Cuti sekolah kali ni plan jalan-jalan sikit dengan
anak-anak. Rasanya dah lama sangat tak berholiday. Raya aidilfitri haritu kene
kuarantin sebab baby Naeema tak sihat. Alhamdulillah rezeki suami meng’grab’
boleh la belanja anak-anak sikit katanya.
Hotel booking 1 minggu awal guna trivago. Memang mudah
sangat-sangat sebab boleh compare deal terbaik dengan budget. Ambil budget
hotel je pun tapi ok sangat la hotelnya. Queen & single bed with private
toilet 2 malam cuma RM243 sahaja. Hotel bersih, tuala, sabun dan shampoo disediakan, wifi, tv dengan
siaran menarik dan air minuman panas & sejuk. Lokasi dekat dengan kedai
makan dan kedai runcit. Cuma agak kecewa sebab mulanya cari hotel kawasan tu
sebab mudah nak pergi pasar malam. Rupanya tapak pasar malam dah lama pindah
berhampiran padang golf.
Day 1
Gerak dari rumah jam 7 pagi. Anak-anak masih tidur lagi tapi
angkat je la. Sambung tidur dalam kereta. Berhenti sarapan roti tampal di
warung area Rasa. Suami kata roti tampal dia sedap jadi kita cuba la.
Masuk PLUS Tanjung Malim dan keluar PLUS Tapah. Sepanjang
naik Cameron Highland tu Nampak banyak gerai-gerai orang asli tempatan menjual
petai, durian dan hasil hutan. Berlonggok-longgok durian. Banyak juga lori
peraih yang memborong durian pagi tu. Mula-mula rasa biasa je la. Lama-lama
tergoda pula tengok banyak sangat durian. 1kg rm5. Huhuhu..
Singgah la juga ke gerai terakhir sebelum sampai Ringlet.
Beli 1 longgok durian dengan 1biji durian daun. Katanya durian daun ni dia
kutip kat atas bukit. Susah nak dapat jadi 1biji rm10. Nak rasa punya pasal
kita beli je la. Sedap juga tapi isi dia ada rasa daun. Hehehe…
Durian lain, puas makan. Masak elok cuma ada la ulat buah
sebesar ibu jari berkongsi rezeki. Hehehe..
Sampai-sampai Berinchang tepat jam 12. Terus check in hotel.
Rehat-rehat dihotel dan jam 2 keluar ke Big Red Farm. Iman dan Alisya dah tak
sabra-sabar sangat nak makan strawberry.
Plannya nak petik strawberry tapi masa saya bertanya-tanya
di kaunter, pekerja ladang dah arahkan tutup sebab strawberry dah abis. Tak ada
rezeki anak-anak.
Tapi sempat la bertanya-tanya bayaran. Rm25 utk ½ kg tapi untuk
masuk akan dikenakan deposit rm50 dan boleh memetik hingga paras pertama bakul
yang disediakan. Jika lebih atau penuh bakul, deposit tak dipulangkan. Dan hanya
boleh masuk 2 orang sahaja.
Disebabkan tak dapat memetik strawberry, kami hanya minum
dan makan sahaja dessert disitu. Memang sedap dan pelbagai.
Lebih kurang jam 5, kami balik ke hotel. Sempat la kena pow
dengan iman topi koboi sebelum sampai hotel.
Malamnya, plan nak cari makanan ringan dan sayur-sayuran
untuk buat steamboat di hotel. Kami berjalan kaki ke pasar malam kononnya. Rupanya
tapak pasar malam sudah berpindan, yang ada cuma deretan kedai pakaian dan food
truck. Jadi malamnya, kami hanya lepak-lepak menonton tv dihotel sambil makan steamboat.