Hari tu singgah ke Hari Terbuka Putrajaya selepas hantar kek. Saja bawak anak jalan-jalan. Kata ada pameran askar jadi saya memang teruja sangat la.
Banyak la jentera-jentera dan senjata yang dipamerkan. Boleh pegang dan bergambar. Jadi memang seronok.
Saya pernah menyertai Askar Wataniah 508 (Negeri Sembilan) masa diploma di Politeknik Port Dickson dulu. Saya sertai ketika semester ke 2. Rasa rugi tak join lebih awal padahal masa sem 1, saya dah beratur untuk pendaftran. Cuma waktu tu saya tak jadi daftar sebab nampak orang yang saya tak suka ada nak mendaftar juga. Sem 2, saya gigihkan juga mendaftar sebab tak tahan minat nak join. Orang yang saya tak suka tu pun dah tak ada sebab dia cari saya masa tu tak jumpa jadi dia tak teruskan. Hahaha..
Sepanjang menyertai 508 AW, banyak pengalaman dan tektik-tektik ketenteraan yang saya belajar.
Belajar menembak menggunakan M16 tu biasa. Masuk medan (hutan), muka conteng-conteng, tidur atas tanah, mandi sungai, minum air lintah dan paling siksa kalau datang masa nak memerut dalam hutan. Tapi tetap tak serik.
Setiap bulan mesti akan pergi kem untuk latihan dan latihan yang paling saya suka adalah masa exercise bersama RAMD, RAD. Merasa menembak dan naik kereta kebal.
Dan tentunya tiap kali datang latihan, akan dibayar alaun perjam. Untuk pelajar ketika itu, alaun rm 200 dah banyak sangat dah. Makan dan pengangkutan sepanjang latihan juga free.
Jadi masa pameran tentera di Hari Terbuka Putrajaya, rasa meronta-ronta nak sertai AW lagi. Tapi saya tak rasa saya akan sertai sebab komitmen dengan suami dan anak-anak membantutkan niat saya.
Tapi bila fikirkan lagi, mampu ke saya?
Siapa nak daftar, dialu-alukan. Pakai spek ke, pendek ke tak ada masalah.
No comments:
Post a Comment