Tuesday, October 16, 2012

4D Scan @ Klinik Ajwa

Dikisahkan.... selepas merajuk dengan ANIZA MEDICAL CENTER (AMC), Rawang, suami pun pujuk untuk buat 4D scan kat tempat lain...
Cari punye cari, akhirnya dapat booking date dekat Klinik Ajwa, Seksyen 7, Shah Alam.
Tiba hari yang dijanjikan, aku dengan suami mcm biasa, awal2 lagi dah terpacak depan klinik. hihihi... teruja nak tengok baby. maklumlah, pertama kali nak p scan. selama ni g scan kat gomen pun bukan doc bagi tgk screen. suami nak masuk pun kene halau. merajuk punya pasal, tu yang buat 4D... cis... alasan je tu...
Masa tunggu giliran, mmng nervous gile. teruja memng teruja tapi tetap cuak jugak. dan prosedur scan pun berlalu... masa dalam bilik scan, suami tak habis-habis tanya pasal baby. memng baby macam tu ke? kenapa dia banyak gerak? kenapa mata dia tak bukak? mcm-macam soalan dia tanya. aku pulak asyik tersengih pandang screen...
comelnya anak ibu ni... Alhamdulillah, anak ibu sihat. dan dengan bangganya dia tunjukkan gender dia.. hehehe... :)


Tapak kaki... benda pertama dia kasi ibu dgn ayah tgk :P

 Sedap dia tidor dalam perut ibu :)

 Menjelir lidah bile dah bosan kene kacau...


No comments: