Tuesday, July 16, 2019

Resepi sambal hitam pahang

*from My little sharing post date Dec 25,2018

Cuti krismas tahun ni tak kemana-mana. Suami cuti 4hari pun duduk di rumah sahaja. Membasuh, mencuci dan mengemas rumah. Nak jalan-jalan masih belum siap lagi keretanya. Bengkel bagitau dalam minggu ni mungkin persona akan siap. Tinggal spray sahaja. Harap-harap sangat kereta siap sebelum naik sekolah. 

Pagi-pagi lagi kakak ipar whatsapp bagitau nak datang melawat. Bawak ikan bakar sekali katanya. Jadi saya masak simple-simple sahaja harini buat menu-menu tambahan. Teringat ada belimbing buluh yang telah direbus yang mama bekalkan awal tahun haritu. Belum pernah cuba masak lagi.

Sebenarnya saya pun tak tau kewujudan sambal hitam ni. Pertama kali makan masa menumpang sewa rumah masa bekerja di Danau Desa dulu. Housemate kebanyakannya adalah orang raub, pahang. Kak ina namanya. Dia memang rajin memasak dan boleh kata setiap hari mesti ada sambal hitam ni. 

Sekali makan terus jatuh cinta. Minta juga resepi dari dia masa tu. Tapi mengenangkan nak merebus belimbing buluh berjam-jam sampai jadi hitam tu, memang tak pernah lagi memcuba resepi ni. 

Setelah bertahun-tahun, baru sekarang sambal ni di komersialkan. Tapi tu la, homemade punya lebih sedap sebab ikut selera sendiri kan. Biasa yang beli tu kurang pedas dan lebih rasa bilis sahaja. Jadi kali ni, ada rezeki kita buat sendiri. 

Bahan-bahan
  1. 1 genggam ikan bilis
  2. 1 genggam cili api. Nak pedas lagi, boleh letak lebih. Terpulang pada selera. 
  3. 5 biji bawang merah
  4. 1 sudu belimbing buluh yang telah direbus 
  5. garam dan gula secukupnya. 


Cara-cara
  1. Bawang merah, cili api, belimbing buluh dan ikan bilis ditumbuk. Saya biarkan sedikit-sedikit bawang dan cili kasar. 
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk. 
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Masak hingga sambal menjadi hitam dan garing. 
  5. Siap.. 


No comments: