Tuesday, October 29, 2019

Resepi Ayam Bakar

Resepi paling simple & sedap..

Haritu saya terbeli peha ayam. Terbeli sebab geram tengok cantik sangan peha ayam tu. Kedai barang dapur baru bukak kat sg buaya ni. Jadi kita menjengah dan nampak peha ayam ni. Biasa nak beli bahagian-bahagian ni sahaja kena beli di NSK atau Tesco. Tapi kedai baru ni ada jual bahagian-bahagian ni. Saya ambil 2 ketul sahaja sebab yang ada cuma saya dan anak-anak. Suami memang biasa makan diluar sebab kerja. 

Bahan-bahan
  1. Peha ayam atau mana-mana bahagian ayam
  2. Bawang putih 2 ulas
  3. Cili giling (saya pakai balance sambal tumis)
  4. Lada hitam
  5. Garam
  6. Jintan manis
  7. Kicap
  8. Sos tiram
  9. Gula (boleh ganti dengan madu atau gula melaka. Saya pakai gula melaka)
  10. Lemon. Saya pakai lemon young living.

Anggaran tiap bahan saya letak secukup rasa sahaja. Ni sikit, tu sikit.

Cara-cara
  1. Blend semua bahan dan masuk dalam plastik. 
  2. Masukkan ayam dan gonyoh-gonyoh. Tangan tak kotor dan semua bahagian ayam dapat diperasakan.
  3. Perap setengah jam atau lebih. Saya perap 2jam. Anak dah nak balik sekolah baru saya panggang. 
  4. Letakkan sedikit minyak dan panggang guna periuk ajaib atau oven hingga masak. 
  5. Nak tau masak ke tak, saya hiris sedikit ayam dan tengok dalam. 
  6. Siap.

Saya letak ayam ditengah-tengah dulang dan makan bersama-sama anak dalam dulang yang sama. Bukan main seronok anak-anak makan berebut.. 


No comments: