Showing posts with label Tips dan petua. Show all posts
Showing posts with label Tips dan petua. Show all posts

Thursday, May 7, 2015

Denggi..

Setelah bertarung demam 4 hari, baru la suami nak gagah ke klinik amik darah.. tu pun sbb dengar dr jiran sebelah yg jiran atas bukit tu kene denggi.

Since mmng tanda tu dah ada, so gagah la ke klinik dgn askar2. Tp tak mo g private ye.. nak g gomen.. hahaha... sekali dah sampai gomen, baru menyesal sbb ramai org. Dari jam 3ptg, smpai jam 6ptg baru siap..

Dan.. doc sahkan denggi. Platlet 146. So, doc tak tahan wad. Disuruh balik. Minum air buah, air isotonik, dan air masak yg banyak.. 3 liter sehari atau lebih.. tido pakai kelambu atau pakai ubat nyamuk.. dan makan panadol..

Balik dari rumah... aku plak demam.. huhuhu... harini masuk hari ke 2.. harap2 bukan denggi.. insyaAllah..

Tips dari kawan:

1) Minum jus kiwi- aku bg dia makan buah je. Tak buat jus pun... 

2) daun betik- suh akak belikan jus ni kat kedai mamak sek 21, shah alam. Tp doctor nampak, dia marah... huhuhu... sbb tak tau kandungan lain dalam jus tu.. takut jangkitan kat hati...

3) 100plus- beli smpai 3botol. Nurse suh buang gas sebelum minum sbb takut sakit perut. Perut kosong sbb tak makan kan..

4) Makan sup ketam- aku buat pakai ketam biasa je. Bukan ketam nipah.


Kita ikhtihar, doa dan semoga diberikan kesihatan yg baik.. insyaAllah.. doakan ye..

Wednesday, February 18, 2015

39w3d and still counting

Ok.. saat entry ni ditulis, aku blum lg bersalin. Hahaha.. Due date hari ahad ni ye..

Agak stress jugak menunggu bile nak bersalin. Beg dah siap2 kemas dr minggu ke 35 lg. Over kau..

Rumah dan peti ais pun sentiasa kemas sbb nak bercuti masal sebulan. Wakakaka...

So bile tak bersalin2 lagi ni hari2 fikir nak masak apa ye hari ni.. hahaha...

Ok.. try jugak google2 tips utk cepatkan bersalin... sini aku share skit ye...

1-  makan pedas2. Klo nak advance, gigit2 la cili api yg mentah tu buat ulam ye.. aku mmng xmasalah makan cili 5biji buat ulam mcm tu je. So rasa mcm dah immune kot.. hahahaha... tak jalan...
2- cakap2 dengan baby suh kluar... selalu2 la cakap dengan baby suh kluar.. harap2 baby paham pastu terus cari jalan nak kluar..
3- makan nenas. Kononnya sebagai natural inducer. Aku tak berani sgt makan sbb org cakap makan nenas boleh buat keguguran masa awal2 mengandung. Hahaha... tp aku makan jugak la. Tu pun tak banyak..
4- minum teh daun resberry. Pun konon sebagai natural inducer. Tp aku xpernah cuba.. tak tau nak beli kat mana. Online bnyk jual tp sejak jd housewife ni mmng jarang shopping online..
5- kerap bersama suami... tak tau betul ke tak.. xmo komen banyak2...

Ok.. tu antara tips yg aku boleh share.. huhuhu... tak sabar nak jumpa adik baby..

Harap2 tak overdue. Masa abg baby dulu, time ni dah masuk spital da. Huhuhu...

Saturday, February 14, 2015

7 idea tambah pendapatan bagi surirumah

1- jual kek...
Akak aku buat cake suka-suka utk hilangkan stress smbil jual.. hasilnya agak lumayan... yg penting kene pandai baking dan creative

2- dropship
Banyak supplier2 yang cari agen dropship ni sebenarnya. Cuma kene pandai cari la. Ada yg kenakan yuran pastu senyap.. ada yg ok... kebanyakannya ok la.. barang pun cepat je sampai ke customer cuma margin untung kecik.. tp xpening nak habiskan stok dan g pos barang..

3- jual jamu/suppliment
Samada jual online atau offline. Ada je yg nak beli. Perempuan kan nak cantik.. tp jgn plak cari product tiruan. Sila2 la cuba dulu produk yg nak dijual sblum menjual ye..

4- freelance designer/website
Ni utk org2 yg creative dan pandai guna komputer..

5- jadi babysitter atau org2 tua
Jika diri seorang yg penyayang dan penyabar, boleh la try buat ni. Demand sentiasa ada utk keluarga yg bekerjaya..

6- ambil upah menjahit
Lagi2 bile dah musim raya. Mmng tak menang tangan nak menjahit. Boleh jugak jahit baju kanak2 dan jual online.

7- jual hasil tanaman
Mana2 yang rumah atas tanah, rajin2 la berbudi pada tanah. Tanam sawi 2bulan dah boleh jual. Sikit2 lama2 jadi bukit...

P/s: tu je idea yg ada.. hahaha.. ada idea2 ni aku pun buat. Tp tak konsisten sbb malas. Jd income pun tak la banyak mcm org yg rajin. Pokok pangkalnya doa, usaha dan rajin..

Thursday, February 12, 2015

Tips penjimatan bil elektrik

Katanya tarif elektrik akan turun bulan mac ni.. kalo betul, bagus la.. kite sama2 tunggu ye... hehehe.. minyak kete murah, elektrik murah.. best2.. wwweeeeeee....

So far kat umah ni bil elektrik xpernah lebih dr rm70 sebulan. Paling rendah penah dapat rm30 sebulan. Dulu2 selalu rm80 jugak la... tp lepas kami buat plan penjimatan, ok la skit boleh turun...

Penggunaan elektrik mcm biasa je. Sekadar ada kipas 24 jam, lampu 12 jam, aircond 8jam, peti ais 24 jam, tv selagi blum tido mmng sentiasa terpasang, periuk nasi, cerek elektrik, iron, laptop, handphone dan apa lagi ek......

Apa yg kami praktiskan kat umah ni adalah bile xpakai satu2 alat elektrik tu, terus switch off plug. Xde nak biar dalam mode stanby. Tv off plug, aircond off plug, event plug extention pun off ye. Hahaha... so far nampak skit perbezaannya. Tak banyak pun ada la dalam rm10. Boleh buat makan roti canai.. hahaha...

So, sempena tarif elektrik turun ni boleh ke agak2 nak turunkan bil jadi bawah rm20? Hahahaha... over kau ek...

Ye la kan... bil air bulan2 tak penah bayar sbb tak pernah cecah rm10 pun.. so harap bil elektrik pun boleh dapat free... hahahhaa...


Friday, January 30, 2015

Gender adik baby... gender test guna baking soda...

Ok...
3 kali scan, Dr. kata baby girl..

Tp nurse cek perut kata boy sbb berat sblah kanan. Selalu baby boy suka dok kanan.. tdo pun mengiring belah kanan.. kawan2 yg jumpa pun kata boy sbb perut maju kedepan. Kalo melebar ke tepi kononnya girl..

Terjumpa comment ni kat fb. So try la... 


Google2 la jugak. Pastu try..

Caranya, campurkan je urin dgn baking soda. Kalo berbuih tu kononnya boy.. dan kalo tak de apa2 jadi tu kononnya girl.. so aku buat la 2 kali.. dan hasilnya... 2kali tu jugak tak berbuih (girl)... 

apa2 pun.. sblum baby keluar, mmng tak nak harap sgt.. girl or boy tetap rezeki dan amanah Allah... 

insyaAllah... :)

*update : its a girl :)


Thursday, December 11, 2014

29 weeks dan baby songsang

Selasa haritu g cek up kat klinik desa. Mcm yg scan haritu, nurse ckp baby songsang. Nurse pesan jgn pegi urut dgn bidan plak. Takut baby terbelit tali pusat plak...

So... cuba la menggoogle tips dan petua2 untuk membetulkan kedudukan baby. Ikutkan masih bnyk ruang lg untuk baby pusing2 dalam tu. Nurse bg tempoh sebulan sblum refer ke hospital..

Antara tips2 yg aku dapat adalah....
  1. banyakkan senaman mcm sujud tu. Klo sembayang tu, sujud dan rukuk la lama skit.
  2. letak ais kat bahagian pusat sbb kononnya baby tak suka sejuk
  3. main2 lampu kat bahagian bawah supaya kepala baby pusing
  4. pujuk dgn kasih sayang.. baby boleh dengar dan paham...
  5. dan yg penting, jgn lupa doa...

InsyaAllah....

Smlm jugak aku ke wisma bersalin ikhwan sekali lg. Tp xjumpa doc pun. Niat mmng nak jumpa tp akak kaunter tu kata tak yah sbb baru je lepas cek gomen. Kalo nk datang, datang lg 2 minggu. Tp selalunya klo kes baby songsang ni dia mmng tak terima... huhuhuhu....

Terus google no hospital azzahrah dan buat appoinment dgn dr. Mashitah... harap2 tak kene reject la kat azzahrah...

Doakan sy dapat bersalin secara normal ye.... terima kasih...

Tuesday, October 7, 2014

Tips bercuti di krabi

Antara tips yg boleh aku share sikit kat sini...

  1. plug kat krabi xsama macam kat malaysia ni. So better beli travel adapter siap2 ye. Tp kalo xnak beli pun xpe. Kat aonang banyak jual.. tapi tak sure harga berapa.
  2. utk yg bercuti reramai tu boleh la bawak extention cable. So xde la berebut nak charge handphone, kamera, ipad bagai...
  3. utk yg datang naik flight dan hanya bawak cabin bag, dinasihatkan meminimakan barangan cecair yg dibawa. Contoh mcm air, perfume, sunblock dan lotion. Nanti tak lepas bawak naik flight. Utk yg ada baby tu insyaAllah susu boleh bawak naik. So far org lain kene tahan tp aku punya beg lepas je sbb ada si bijak..
  4. yg ada baby kecik dan plan utk buat aktiviti pantai dan naik bot, boleh la beli siap2 life jacket sbb kat sana tak ada life jacket yg saiz baby. Utamakan keselamatan itu penting. Yg mencari life jacket utk baby boleh try cari kat kenanga wholesale tu. Tingkat 7 kedai nama evergreen kalo xsilap. Harga dalam rm35. Si bijak yg umur 1tahun lebih pakai mmng ngam2 je. Dan boleh adjust smpai aidid, 7 tahun pun boleh pakai...

Ok.. Tu je kot antara tips yang boleh di kongsi.

Thursday, September 11, 2014

Tips nk buat passport

Next week insyaAllah kami akan terbang ke thailand.. Cuti2 budget. Tiket dah beli sejak tahun lepas lagi.. Wakakakaka...

So kena la buat passport.. Kami buat kat pej imegresen kuala kubu bahru saja. Dekat dan cepat.. 

Nak pergi tu sila jgn lupa bawa i.c original, passport yg dah expired/hampir expired dan duit.. Rm 100 utk 2thn dan rm300 utk 5 tahun.. 

Utk si kecil si bijak pandai pulak bawak sijil kelahiran yg original, duit dan ibu/bapa kene datang sekali. Tak boleh wakil2 nenek atau atok ye.. 

Gambar tak perlu ye sbb dia akan amik kat sana je terus masuk sistem.. Jimat duit aku.. Dulu2 nak buat passport gambar asyik kene reject je.. 

Prosedur dia mmng cepat dan senang. 
  1. ambil no giliran dan isi borang ringkas
  2. no giliran dipanggil dan ambil gambar dan cop jari.
  3. tunggu kejap sehingga nama dipanggil utk buat pembayaran... Passport akan siap dalam tempoh 1 jam jika tiada masalah teknikal.. 
  4. selepas 1 jam, nama akan dipanggil dan siap!!! 

Dari prosedure 1-3 tu mmng tak sampai 10 minit kot rasanya.. Sbb mmng tak ramai orang.. 

Si bijak pun baik je masa nak ambil gambar tu.. Mmng sgt bekerjasama.. Hahahaha... 

So passport siap.. Boleh la kita berjalan2.. Yyyeeaahh...

Tuesday, June 17, 2014

Batuk dan rawatan secara alami..

Aku kalau kene batuk-batuk mmng susah gile nak baik. 

Kadang makan berbulan-bulan. Ingt lagi masa blajar kat uitm dulu selalu kene marah dgn maisarah. Takut jangkit la tew.. Hahahaha.. Siap bagi ubat batuk lg kat aku. Hakikatnya batuk tak baik-baik jugak.. 

Sejak dua menjak ni, senang je baik kalau kene batuk-batuk ni. Aku amalkan habatussauda. Tak kira sakit atau pun sihat. Aku beli yg jenis biji-biji tu. mamng rasa dia pelik dan tak sedap. So aku masukkan dalam masakan. Setiap kali masak mesti masukkan. Tumis ke, sup ke, sambal ke, goreng ke... Mesti letak. 

Alhamdulillah.. Kami sekeluarga jarang dah sakit-sakit ni. 

Utk lebih mujarab masa kena batuk tu makan madu dan air lemon. Sedap dan sihat.. 

Alhamdulillah.. Kita ikhtiar dan Allah yang beri kesihatan yg baik.. InsyaAllah... 




Monday, June 16, 2014

Paip bocor dan meter SYABAS patah

Alkisahnya... Bulan lepas bil air tinggi. Biasanya free je.

Gigih kami ke SYABAS Hulu Selangor buat report. Dia kata pihak SYABAS akan datang cek dalam masa 3 hari. Jika kebocoran selepas meter memang owner la yg bertanggungjawab repair. 

3hari selepasnya baru SYABAS datang. Mmng sah bocor. Tp tak tau kat mana bocor tu. Suspect bocor bawah lantai sbb xde nampak basah/air.

Kontraktor yg berdaftar dgn SYABAS boleh betulkan. Tp harga lebih dr RM600 dan dinasihatkan buat paip baru je. Sbb tak tau bocor kat mana. Takkan nak pecah satu rumah kan...

Suami amik inisiatif sendiri betulkan paip. Pakai poly paip dr meter ke tangki, pvc paip dari poly paip yg ke tanggi utk paip sinki dan GI paip utk penyambungan meter paip ke poly paip. Utk GI paip, trip tu kami buat kat kedai hardware area Bukit Sentosa, Rawang. Charge hanya RM1.80 sahaja.

Mula-mula pasang poly paip je kat meter tu. Tapi masa test tu asyik leaking je dekat tempat penyambung. Duk ralit betulkan leaking tu, tetiba meter SYABAS patah.. Huhuhu... Nasib la... Terus stop keje. 




Pagi tadi terus ke SYABAS semula bawak sekali meter tu. hahaha... Kena bayar RM73. Amik kau. Sia-sia kene bayar lagi. 

Suami tanya pasal warranty meter, staf tu cakap tak de warranty. Tapi kena hati-hati sbb meter plastik ni mudah pecah/parah. Masa pasang dgn paip dalam rumah jangan kuat2 sgt. 

Balik tu cepat-cepat suami betulkan paip dan ganti paip poly dgn GI. Nanti org SYABAS datang terus suruh dia pasang. Kalau pecah, suruh dia ganti. Wakakaka... 

Tak sampai sejam, org SYABAS datang. Sambil2 dia pasang tu suami pun tanya la kenapa poly paip asyik leaking je kat kawasan penyambung. Tips dari org SYABAS tu, utk poly paip, jgn pasang terlalu ketat atau terlalu longgar. Just nice... 

Siap tu, suami pun betulkan kawasan-kawasan yg leaking atas tips yang diberikan. Alhamdulillah... Dah boleh basuh baju dah!!!! 

Nasib baik ada abg hero suami tercinta..

Total lost utk semua damage tu adalah RM260!! 

Friday, June 13, 2014

Merancang kehamilan vs merancang untuk hamil

Alhamdulillah. 

Si bijak lahir seblum aku masuk umur 28. Mmng awal2 kawin dah cakap dgn suami nak ada anak sblum 28. 

Banyak tips2 yg digoogle utk memudahkan kehamilan/merancang utk hamil. Alhamdulillah.. Allah beri kami rezeki. 

Antara tips yg diamalkan utk memudahkan kehamilan adalah seperti letakkan bantal dipunggung slpas bersama, berbaring sekurang-kurangnya 10 minit slps bersama, mkn makanan yg berkhasiat, bersama pada waktu subur. 

Nak tau waktu subur kite senang je. Selepas seminggu lebih dtg bulan kita akan perasan ada lendir jernih yg pekat keluar. Itu tandanya kita tgh subur.

Tips ni aku amalkan selepas kawen. Alhamdulillah, bunting pelamin. Hihihi...

Selepas si bijak lahir, masa utk merancang kehamilan. 

Mula2 ingt nak makan pil je. Sbb 99% dapat mencegah. Google punya google katanya pil ni boleh menyebabkan kegemukan/pening dan sebagainya. Cuba utk dapatkan stok pil di Klinik Kesihatan Desa tapi masa datng tu, mmng tengah subur. So nurse suruh dtg lg masa tgh period. Rasa mcm malas nak datang bnyak kali, so ambil keputusan nak rancang sendiri.

Aku guna apps my days. Alhamdulillah masih lg selamat. 




Apps ni bagus jugak sbb kite boleh agak bile time subur dan period. 

Skng ni, tgh plan plak untuk bg si bijak kawan. Masuk harini baru lewat dtg bulan 2 hari. Hihihi.. 

InsyaAllah kalau ada rezeki... :)