Pertussis atau batuk kokol. Cukuplah sekali pengalaman ni.
Masa ni baby naeema baru nak masuk 3bulan. Dia kena batuk dan selsema hampir 3hari. Tapi pagi tu dia batuk teruk sangat. Non stop batuk hingga muka merah dan agak tercungap-cungap. Dari pengalaman Kakak Ca masih baby dulu, kalau anak bernafas laju (lebih 60 dalam 1min) dan ada lekuk pada dada, segera ke hospital.
Jadi pagi tu, terus ajak suami ke hospital selayang. Iman terpaksa ponteng sekolah. Sampai di hospital, Naeema terus di bawa ke zon merah. Di beri bantuan oksigen dan gas. Xray juga dibuat di situ.
Beberapa orang doktor datang dan decide untuk masukkan Naeema ke wad. Masa ni masih pakai bantuan oksigen yang biasa tu. Naik wad, doktor tengok dia masih tak ok pakai oksigen tu terus tukar pakai Bipap.
Masa pakai bipap ni dia tak boleh menyusu direct. Susu diberi melalui tiub. Jadi saya bersungguh pump untuk pastikan bekalan susu sentiasa cukup.
Masa ni ramadhan. Dengan tak sempat sahur dan terus duduk di wad memang agak mencabar untuk sediakan susu yang cukup.
Lepas dipakaikan mesin bipap, Naeema lebih banyak tidur dan tak berapa aktif. Sayu hati tengok.
Mula2 pakai oksige ni
Ni masa dah tanggal bipap. Muka ada senyum skit.
Pakai bipap. Minum susu pakai tiub.
Tanggal semua wayar. Tinggal 1 hari untuk observe keadaan dia tanpa ada apa2 bantuan.
Hampir 9hari juga berkampung di wad. 5hari pakai bipap. Alhamdulillah. Berkat doa ibu, ayah, nenek, saudara mara dan kenalan semua, Naeema semakin sembuh.
Lepas balik hospital, seminggu kemudiannya, masuk lagi ke wad sebab batuk dan nafas laju. Seminggu sebelum raya. Kali ni duduk 6 hari. Masa tu dah tak fikir nak raya. Kalau boleh, memang tak nak balik sebab risau Naeema terdedah dengan orang lain.
Tapi doktor kata tak ada masalah cuma jangan bagi baby jumpa orang sangat. Jadi masa raya memang tak pegi mana-mana. Simpan baby Naeema dalam bilik nenek.
Seminggu selepas raya, repeat lagi masuk hospital sebab batuk dan nafas laju juga. Kali ni masuk 5 hari.
Batuk kokol atau batuk 100hari biasa memang susah nak baik. Akan on off batuk hingga 100 hari. Tapi sebabkan Naeema ada masalah sikit masa batuk tu yang buatkan dia nampak teruk.
Masa Naeema di hospital, kami 1 keluarga juga kena ambil antibiotic untuk batuk kokol ni. Alhamdulillah tiada yang dapat jangkitan ni.
Sekarang, Naeema dah 8bulan. Kenangan keluar masuk hospital masih segar dalam fikiran. Betapa stressnya saya dengan fikirkan keadaan Naeema yang sakit, Iman dan Alisha dirumah dan suami yang menggalas tugas saya. Alhamdulillah semua sudah lepas.
Cuma sekarang, Naeema masih ada masalah nafas laju dan lekuk di dada jika batuk. Tiap kali batuk selsema, segala petua saya cuba. Beg hospital sentiasa standby.
Apa yang bahaya bila nafas laju dan dada lekuk? Kebiasaannya kita akan nafas tanpa guna banyak tenaga. Tapi bila dada lekuk tu bermakna paru-paru berkerja lebih kuat untuk supply oksigen. Dan jika oksigen dalam darah kurang akan effect kepada otak. Sebab itu perlu segera ke hospital dan dapatkan bantuan perubatan.
Masa pertama kali saya berhadapan dengan situasi baby nafas laju dan lekuk dada ni 4tahun lepas. Masa tu Alisha 6 bulan batuk dan selsema hampir seminggu. Saya tak kisah pasal nafas laju dan lekuk dada tu. Saya bawa ke klinik kesihatan cuma sebab dia batuk tak baik-baik. Terus Alisha dikejarkan ke hopital naik ambulan. Rupanya itu masalah serius dan boleh mengancam nyawa.
Alhamdulillah.. semakin Alisha membesar, kurang dah masalah pernafasan dia. Sekarang perhatian lebih kepada Naeema.
Untuk Naeema sekarang, saya sapu essential oil RC young living hadiah dari coursemate. Sapu didada bila dia diserang batuk selsema. Kahak keluar bila dia muntah dan buang air. Tapi masih perlu pantau jika dia nafas laju, lekuk dan dehydrate akibat muntah dan cirit-birit.
Apa pun, jumpa doktor. Biarlah menunggu berjam di klinik kerajaan atau hospital tetap dapatkan rawatan segera. Sabar sedikit dari menyesal di kemudian hari...
insyaAllah.. semoga Allah lindungi anak-anak kita.
No comments:
Post a Comment