Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, November 5, 2019

Ikan kembung masak lemak tauchu

Harini teringin makan ikan kembung. Suami jenis tak berapa makan ikan ni, jadi saya memang jarang-jarang masak ikan. Saya pulak bukan jenis masak tiga empat lauk. Cukup satu jenis lauk dan satu sayur. Kalau banyak-banyak pastu tak habis mula la saya stress dan down. 

Haritu mama datang rumah saya dan saya masak tauchu lemak ni. Dulu masa sekolah asrama paling saya tak suka kalau ada menu ikan masak tauchu ni. Tapi resepi mak saya lain sikit, jadi memang kena dengan selera saya. 

Bahan-bahan
  1. Ikan kembung 
  2. Bawang merah
  3. Bawang putih
  4. Cili
  5. Tauchu
  6. Santan

Cara-cara
  1. Goreng ikan bersama kunyit dan perasakan dengan garam
  2. Potong bawang merah, bawang putih dan cili. Saya tak potong sebab anak-anak tak makan pedas.
  3. Tumis bahan-bahan yang telah dihiris tadi. Masukkan tauchu dan santan.
  4. Masukkan ikan goreng. 
  5. Tambah garam jika perlu sbb biasanya tauchu ni dah masih. Kalau da cukup masin, tak perlu letak garan lagi.
  6. Siap...

Boleh juga letak tomato atau kucai jika mau. Tapi kali ni saya buat kosong sebab ada sayur lain.  

Tuesday, October 29, 2019

Resepi Ayam Bakar

Resepi paling simple & sedap..

Haritu saya terbeli peha ayam. Terbeli sebab geram tengok cantik sangan peha ayam tu. Kedai barang dapur baru bukak kat sg buaya ni. Jadi kita menjengah dan nampak peha ayam ni. Biasa nak beli bahagian-bahagian ni sahaja kena beli di NSK atau Tesco. Tapi kedai baru ni ada jual bahagian-bahagian ni. Saya ambil 2 ketul sahaja sebab yang ada cuma saya dan anak-anak. Suami memang biasa makan diluar sebab kerja. 

Bahan-bahan
  1. Peha ayam atau mana-mana bahagian ayam
  2. Bawang putih 2 ulas
  3. Cili giling (saya pakai balance sambal tumis)
  4. Lada hitam
  5. Garam
  6. Jintan manis
  7. Kicap
  8. Sos tiram
  9. Gula (boleh ganti dengan madu atau gula melaka. Saya pakai gula melaka)
  10. Lemon. Saya pakai lemon young living.

Anggaran tiap bahan saya letak secukup rasa sahaja. Ni sikit, tu sikit.

Cara-cara
  1. Blend semua bahan dan masuk dalam plastik. 
  2. Masukkan ayam dan gonyoh-gonyoh. Tangan tak kotor dan semua bahagian ayam dapat diperasakan.
  3. Perap setengah jam atau lebih. Saya perap 2jam. Anak dah nak balik sekolah baru saya panggang. 
  4. Letakkan sedikit minyak dan panggang guna periuk ajaib atau oven hingga masak. 
  5. Nak tau masak ke tak, saya hiris sedikit ayam dan tengok dalam. 
  6. Siap.

Saya letak ayam ditengah-tengah dulang dan makan bersama-sama anak dalam dulang yang sama. Bukan main seronok anak-anak makan berebut.. 


Tuesday, July 16, 2019

Homemade hot chocolate

*from My little sharing post date Dec 26,2018

Kali ni saya nak share pulak resepi simple homemade hot chocolate drink / minimum coklat panas. 

Biasa kita minum milo, vico je kan. Pernah jugak sesekali cuba chocolate drink tesco dan giant. Anak-anak suka juga minum air coklat ni. Tapi bila kadang-kadang stok dapur habis. Jenuh la memujuk suruh minum air lain.. 

Try cari resepi di google. Tapi resepi yang saya kongsikan ni, saya olah sendiri ikut sesimple yang boleh. Hahaha.. 

Bahan-bahan
  1. 1 1/2 sudu besar serbuk koko
  2. 6 cawan air
  3. susu pekat manis secukupnya. Boleh juga kurangkan susu dan gantikan dengan brown sugar. 

Cara-cara
  1. masukkan air, susu dan serbuk koko dalam periuk
  2. masak hingga didih dan kacau
  3. siap


Simple bukan.. Senang dan sedap. Bahan pun tak banyak. Boleh olah tahap kemanisan mengikut keperluan masing-masing. 

Suami suka minum sambil cicah biskut gula. Anak-anak suka bila saya tambahkan marshmallow dalam hot chocolate mereka. Saya pula, dua-dua suka.. Jadi saya memang akan dapat extra 😂😂😂

Resepi sambal hitam pahang

*from My little sharing post date Dec 25,2018

Cuti krismas tahun ni tak kemana-mana. Suami cuti 4hari pun duduk di rumah sahaja. Membasuh, mencuci dan mengemas rumah. Nak jalan-jalan masih belum siap lagi keretanya. Bengkel bagitau dalam minggu ni mungkin persona akan siap. Tinggal spray sahaja. Harap-harap sangat kereta siap sebelum naik sekolah. 

Pagi-pagi lagi kakak ipar whatsapp bagitau nak datang melawat. Bawak ikan bakar sekali katanya. Jadi saya masak simple-simple sahaja harini buat menu-menu tambahan. Teringat ada belimbing buluh yang telah direbus yang mama bekalkan awal tahun haritu. Belum pernah cuba masak lagi.

Sebenarnya saya pun tak tau kewujudan sambal hitam ni. Pertama kali makan masa menumpang sewa rumah masa bekerja di Danau Desa dulu. Housemate kebanyakannya adalah orang raub, pahang. Kak ina namanya. Dia memang rajin memasak dan boleh kata setiap hari mesti ada sambal hitam ni. 

Sekali makan terus jatuh cinta. Minta juga resepi dari dia masa tu. Tapi mengenangkan nak merebus belimbing buluh berjam-jam sampai jadi hitam tu, memang tak pernah lagi memcuba resepi ni. 

Setelah bertahun-tahun, baru sekarang sambal ni di komersialkan. Tapi tu la, homemade punya lebih sedap sebab ikut selera sendiri kan. Biasa yang beli tu kurang pedas dan lebih rasa bilis sahaja. Jadi kali ni, ada rezeki kita buat sendiri. 

Bahan-bahan
  1. 1 genggam ikan bilis
  2. 1 genggam cili api. Nak pedas lagi, boleh letak lebih. Terpulang pada selera. 
  3. 5 biji bawang merah
  4. 1 sudu belimbing buluh yang telah direbus 
  5. garam dan gula secukupnya. 


Cara-cara
  1. Bawang merah, cili api, belimbing buluh dan ikan bilis ditumbuk. Saya biarkan sedikit-sedikit bawang dan cili kasar. 
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk. 
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Masak hingga sambal menjadi hitam dan garing. 
  5. Siap.. 


Resepi asam pedas ikan kembung

Seminggu ni asyik rasa macam tak ada selera pula. Perut kerap rasa lapar tapi tak ada mood nak makan. Jadi saya cuba masak asam pedas ikan kembung. Rasa pedas, masam dia insyaAllah membantu menaikkan selera. InsyaAllah la. Biasa itu yang saya akan buat bila tak ada selera.

Alhamdulillah.. selera pun ok selepas tu. Kadang-kadang lidah manja juga mintak belai. hahahah..

Disini saya kongsikan reseki mudah untuk asam pedas ikan kembung. Biasanya saya akan pakai ikan siakap untuk buat asam pedas. Tapi rasa bosan pula makan ikan siakap. Jadi saya gantikan dengan ikan kembung sederhana besar.

Bahan-bahan

  1. Ikan kembung 6 ekor
  2. Tomato 3 biji
  3. Lada Kering 2 genggam
  4. Bawang putih 3ulas
  5. Bawang merah 3 ulas
  6. Lada hitam 
  7. Belacan
  8. Garam
  9. Air asam jawa
  10. Gula
  11. Daun kesum 
  12. Bunga kantan
Cara-cara
  1. Blend cili kering, bawang putih, bawang merah, lada hitam dan belacan
  2. Tumis bahan-bahan blend dengan minyak hingga naik bau
  3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan (option)
  4. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih
  5. Masukkan tomato dan ikan dan perasakan dengan garam, gula dan asam jawa
  6. Biarkan hingga ikan masak & tutup api.
  7. Siap  


Alhamdulillah. Rezeki harini. Kebetulan ada lebihan roti 2 keping, saya buat makan sementara tunggu anak balik sekolah tengahari. Sedap buat cicah dengan kuah asam pedas. 




Friday, July 12, 2019

Resepi biskut cinnamon

*from My little sharing post date Dec 23,2018


Agak stress dengan kejadian yang berlaku. Masih fobia dan terbayang-bayang macamana kereta boleh terlanggar semak samun tu. Allah.. Nasib semua selamat..

Harini dapat perkhabaran berlakunya tsunami di Anyer, Indonesia. Lagi berat ujian yang Allah beri kepada mereka. Semoga mangsa dan keluarga mereka tabah. Bantu la mereka jika berkeupayaan sebab mereka memang sangat-sangat memerlukan ketika ini.

Tekanan demi tekanan ni buatkan saya nak makan benda manis. Terasa nak makan cinnamon cookies pula nak dekat-dekat Krismas ni.


Bahan-bahan
  1. 1 cawan gula. Saya pakai gula prai dan kisar. Boleh kurangkan sedikit ye kalau tak nak manis sangat. 
  2. 1⁄2 cawan butter. 
  3. 1 biji telur 
  4. 1 sudu kecil esen vanilla
  5. 1 1⁄2 cawan tepung
  6. 1 1⁄2 sudu kecil serbuk cinnamon 
  7. 1 sudu kecil baking powder
  8. sedikit garam
  9. cinnamon sugar. Yang ni saya tak letak. Tapi kalau letak lebih ngam la rasanya..


Cara-cara
  1. Masukkan butter dan gula dalam mixer dan mix hingga berkrim kemudian masukkan telur dan esen vanilla. 
  2. Dalam bekas lain, ayakkan tepung, serbuk cinnamom, baking powder dan garam. 
  3. Masukkan campuran tepung sikit-sikit dalam mixer dan adun sebati. 
  4. Tutup adunan dan simpan dalam peti sehingga boleh di bentuk. 
  5. Bentukkan adunan dan bakar 160°c selama 30 minit. (anggaran)
  6. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.


Untuk kali ni, saya skit step yang masuk peti tu. Saya terus masuk piping bag dan picit atas baking paper. Nampak tak betapa cravingnya nak makan cinnamon cookies ni. Hahahaha...

Alhamdulillah dapat jugak makan. Adunan dapat jugak la 1 balang sederhana tu. Tapi laju jugak la biskut ni. Maghrib tadi siap bakar, isyak dah tinggal separuh.  


Wednesday, July 10, 2019

Ikan kembung masak singgang

*from My little sharing post date Dec 11,2018

Assalammualaikum.. 

Sejak dua menjak ni memang malas sangat. Badan rasa berat. Maklumlah berat dah naik 2kilo lagi. Cecah jugak angka 70kg tu. 1st time dalam sejarah hidup berat banyak tu. Harap-harap lepas bersalin boleh turun balik macam asal. 

Bila badan dah berat, perut dah besar agak banyak pergerakan yang terbatas. Lagi-lagi jenis orang yang cemerkap macam saya. Buat kerja asyik ada je barang yang jatuh. Nak tunduk-tunduk ambil punya la payah. 😅😅 sudahnya panggil anak-anak tolong ambilkan. hehehehe... 

Ok. Saya nak share menu paling saya suka makan masa anak dara dulu. Dah kahwin ni, selera lain skit. Bukan apa, suami tak makan sangat ikan masak macam ni. Hanyir katanya. Jadi sejak kahwin memang jarang sangat masak ikan style rebus-rebus, stim-stim ni. Nanti kene masak lauk lain untuk dia. Suami pula bukan jenis pemakan sangat. Bila masak lebih lauk, tak habis pulak. Saya memang paling tak suka membazir makan. Biar ngam-ngam sahaja. Kalau terkurang, pandai la topup makan buah, biskut atau apa-apa. Kalau terlebih, saya jadi stress tengok lauk tu. 😭😭

Resepi singgang ikan kembung

Bahan-bahan:
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit
- 1 biji bawang besar 
- 3 biji bawang putih (semua diatas potong mayang) 
- 2 tangkai serai diketuk
- lada secukupnya. Saya suka pedas jadi saya memang pakai cili. Belah 4 ye. 
- 3 ekor ikan kembung sederhana besar. Siap cuci dan potong dua. 
- air asam jawa secukupnya
- 2 biji terung
- garam dan perasa tambahan






Cara-cara:
- Masukkan air kedalam periuk secukupnya. Kalau suka hirup-hirup, boleh lebihkan air.
- Masukkan halia, kunyit, bawang merah, bawang putih, serai, cili dan terung kedalam air. 
- Masak hingga terung layu. 
- Masukkan ikan, air asam jawa, garam dan perasa tembahan secukupnya. 
- Biarkan seketika dan tutup api. 
- Siap. Boleh dah dihidangkan. 


Saya kalau lauk. Ni biasanya akan makan nasi kosong dengan terung sahaja. Ikan dan kuah hirup-hirup last sekali 😂😂😂



Friday, April 24, 2015

Resepi cekodok kembong manis

Aku xpenah makan cekodok ni.. Haritu kak noi datang umah bawak cekodok ni.. sedap la pulak.. si bijak pun makan banyak je..

Esoknya try buat..

Pastu asyik buat je la.. sbb sedap. Hehehe...

Bahan2
  1. Tepung gandum
  2. Gula pasir/gula merah/gula melaka (aku paling suka pakai gula melaka dan gula pasir)
  3. Sedikit garam
  4. Sedikit yis (mauripan)
  5. Susu pekat manis (boleh jugak kalo xnak letak)
  6. Baking powder


Cara2
  1. Bancuh yis guna air suam
  2. Masukkan tepung, gula, garam, susu dan baking powder dalam bekas
  3. Masukkan yis dalam bekas tepung dan tambah air
  4. Kacau smpai sebati
  5. Goreng dengan minyak mcm goreng cekodok biasa tu..
  6. Dah siap...

Sedap makan panas2... ranggup diluar, lembut didalam... nyum nyum

Thursday, February 19, 2015

Resepi apam lempeng

Sejak tunggu hari ni, breakfast simple2 je.. masak utk sekali makan je.. kang masak banyak2 buatnya terberanak siapa plak nak menghabiskan. Suami?? Suami aku bukan pemakan orgnya.. bg makan ayam goreng pagi boleh tahan smpai ke esok hari ye.. sbb tu body slim je.. hehehe...

So, kat umah mmng stok bahan2 kering dan sayur2 tahan lama je. Kata cuti sebulan. So, harini kite masak lempeng apam...

Bahan2,
  1. Tepung gandum
  2. Garam
  3. Gula
  4. Mauripan

Cara2,
  1. Bancuh mauripan dengan air suam.
  2. Bancuh tepung, gula dan garam guna air.
  3. Dah sebati baru masukkan bancuhan mauripan.
  4. Biarkan selama 2 jam.
  5. Bila dah siap perap, panaskan kuali dan goreng mcm buat lempeng...
  6. Siap dan boleh dihidangkan...
  7. Aku goreng pakai kuali biasa je. Tips xmo lempeng melekat kat kuali adalah sblum pakai tu, basuh bersih2 kuali siap gosok2 pakai berus dawai tu ye.. hahaha...



Makan cecah smbal tumis.. sedap wooo... sambal tumis mmng buat banyak skit simpan dalam peti. T dalam pantang, suami nk makan tinggal panaskan je..

p/s: bertuah badan, suami jenis tak cerewet makan. Telur goreng dgn smbal tumis hari2 pun dah boleh jalan.. hahaha... 

Saturday, July 5, 2014

Resepi ikan patin tempoyak simple

Smlm shopping terambil ikan patin. Mmng tak penah beli kot sejak kawin ni. 

Teringat kat rumah ada balance tempoyak tahun bile tah. 

Resepi ni mudah je.. 

Tumbukkan cili dgn kunyit. Masukkan tempoyak, bahan2 yg dah di tumbuk, masukkan ikan patin, masukkan air, garam, perasa tambahan pastu masak atas dapur.. 

Tunggu masak... Siap.. Da boleh makan.. 


Sunday, June 15, 2014

Resepi mee goreng basah simple

Tetiba rasa nak makan mee goreng yg berkuah.. Nyum nyum...


Bahan-bahan
  1. Bawang merah, bawang putih, ikan bilis, belacan, cili padi, cili kering. Aku kisar semua sekali gus. Kalo xnak pedas, boleh kurangkan cili.
  2. Sayur aku guna kobis dan tomato. 
  3. Cuka
  4. Kicap
  5. Fishball

Cara-caranya
  1. Tumis bahan kisar smpai naik bau.
  2. Letak sayur kobis dan fishball.
  3. Masukkan garam, kicap dan cuka secukup rasa.
  4. Masukkan mee dan biar dia masak. 
  5. Masukkan tomato.
  6. Siap. 

Sedia utk dimakan. 

Utk bg berkuah, air letak banyak2 skit. Tp jgn bnyk sgt nnti xsedap plak. 

Saturday, June 7, 2014

Resepi pucuk labu masak lemak putih

Haritu beli labu, tabur biji dia kat depan rumah. Sekali tumbuh dan membesar dgn gembira. Siap keluar pagar dan panjat pagar. Walaupun nmpk semak tp aku suka sbb pokok tumbuh dgn segar bugar.. 

Sekali dia berbunga mmng banyak.. Tp asyik gugur je.. Rupanya bunga labu ada jantan dan betinanya.. Lain kali la aku cerita pasal bunga labu ye.. 

Nak dijadikan cerita pokok labu ni asyik keluar bunga jantan je. Dan smlm ada org mesin rumput kat luar pagar tu. rupa-rupanya dia terpotong sekali pokok labu aku.. 

Ptg2 tgk asal la daun labu ni layu je. Baru teringt ada org mesin rumput.. Jadi terus petik pucuk labu ni utk buat lauk esoknya...


Resepi pucuk labu masak lemak putih
  1. Pucuk labu ni kene gentil/ramas2 utk buang bulu. 
  2. Bawang merah, bawang putih, ikan bilis ditumbuk
  3. Hiris sikit lada hijau/merah
  4. Tumis bahan2 tumbuk dgn lada
  5. Masukkan santan dan pucuk labu
  6. Reneh hingga masak..
  7. Masukkan garam dan perasa tambahan...
  8. Siap..


Jgn lupa buat smbal belacan dan goreng ikan masin..

Gambar hasil masakan tak sempat nak snap sbb dah lapar sgt terus makan smpai licin. Hahahaha


Monday, April 30, 2012

Homemade Spaghetti Bolognese


Hi... Last week tibe-tibe teringin makan spegati. nak ajak hubby makan kat luar, hubby bukan peminat makanan yang luar biasa ni. nanti membazir dan rasa tak syok makan beria sorang-sorang. huhuhu... last-last bukak internet dan google. hasil carian, dapatlah resepi spaghetti bolognese ni.

walaupun dalam gambar nmpak macam xsedap, tapi bila makan... va va vooommmm kau... sedapnya.. siap boleh tambah lagi. kos buat pun cuma rm 20 je. huhuhu.... jom kite share resepi ye...

Bahan-bahan
  1. 1 paket spegati
  2. 1 paket daging lembu cincang
  3. 200 ml susu (aku pakai susu pekat manis)
  4. 1 ulas bawang putih dicincang
  5. 1 biji bawang besar dicincang
  6. 1 tin besar tomato puri
  7. 2 biji tomato didadu
  8. 1 biji lobak merak dicincang
  9. 1 batang celery
  10. 1 tin cendawan butang
  11. sedikit oregano
  12. sedikit garam
  13. sedikit minyak


Cara-cara
  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar spegati tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, garam dan gula secukup rasa. 
  7. Renah sos sehingga pekat. 
P/S: aku reneh sos smpai 2 jam sbb nak betul2 pekat. hahaha... habis gas aku. hahaha....

Nota kaki: resepi aku ambil kat cni. http://www.myresipi.com/top/detail/728 tapi dah ubah ikut bahan yang ada dirumah sahaja...

Hasil nya sangat memuaskan... nyum nyummm.... :)