Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Sunday, August 25, 2019

Cameron Highland 2019 - Day1

Cuti sekolah kali ni plan jalan-jalan sikit dengan anak-anak. Rasanya dah lama sangat tak berholiday. Raya aidilfitri haritu kene kuarantin sebab baby Naeema tak sihat. Alhamdulillah rezeki suami meng’grab’ boleh la belanja anak-anak sikit katanya.

Hotel booking 1 minggu awal guna trivago. Memang mudah sangat-sangat sebab boleh compare deal terbaik dengan budget. Ambil budget hotel je pun tapi ok sangat la hotelnya. Queen & single bed with private toilet 2 malam cuma RM243 sahaja. Hotel bersih, tuala, sabun dan shampoo disediakan, wifi, tv dengan siaran menarik dan air minuman panas & sejuk. Lokasi dekat dengan kedai makan dan kedai runcit. Cuma agak kecewa sebab mulanya cari hotel kawasan tu sebab mudah nak pergi pasar malam. Rupanya tapak pasar malam dah lama pindah berhampiran padang golf.


Day 1

Gerak dari rumah jam 7 pagi. Anak-anak masih tidur lagi tapi angkat je la. Sambung tidur dalam kereta. Berhenti sarapan roti tampal di warung area Rasa. Suami kata roti tampal dia sedap jadi kita cuba la.

Masuk PLUS Tanjung Malim dan keluar PLUS Tapah. Sepanjang naik Cameron Highland tu Nampak banyak gerai-gerai orang asli tempatan menjual petai, durian dan hasil hutan. Berlonggok-longgok durian. Banyak juga lori peraih yang memborong durian pagi tu. Mula-mula rasa biasa je la. Lama-lama tergoda pula tengok banyak sangat durian. 1kg rm5. Huhuhu..


Singgah la juga ke gerai terakhir sebelum sampai Ringlet. Beli 1 longgok durian dengan 1biji durian daun. Katanya durian daun ni dia kutip kat atas bukit. Susah nak dapat jadi 1biji rm10. Nak rasa punya pasal kita beli je la. Sedap juga tapi isi dia ada rasa daun. Hehehe…


Durian lain, puas makan. Masak elok cuma ada la ulat buah sebesar ibu jari berkongsi rezeki. Hehehe..

Sampai-sampai Berinchang tepat jam 12. Terus check in hotel. Rehat-rehat dihotel dan jam 2 keluar ke Big Red Farm. Iman dan Alisya dah tak sabra-sabar sangat nak makan strawberry.

Plannya nak petik strawberry tapi masa saya bertanya-tanya di kaunter, pekerja ladang dah arahkan tutup sebab strawberry dah abis. Tak ada rezeki anak-anak.

Tapi sempat la bertanya-tanya bayaran. Rm25 utk ½ kg tapi untuk masuk akan dikenakan deposit rm50 dan boleh memetik hingga paras pertama bakul yang disediakan. Jika lebih atau penuh bakul, deposit tak dipulangkan. Dan hanya boleh masuk 2 orang sahaja.

Disebabkan tak dapat memetik strawberry, kami hanya minum dan makan sahaja dessert disitu. Memang sedap dan pelbagai.

Lebih kurang jam 5, kami balik ke hotel. Sempat la kena pow dengan iman topi koboi sebelum sampai hotel.

Malamnya, plan nak cari makanan ringan dan sayur-sayuran untuk buat steamboat di hotel. Kami berjalan kaki ke pasar malam kononnya. Rupanya tapak pasar malam sudah berpindan, yang ada cuma deretan kedai pakaian dan food truck. Jadi malamnya, kami hanya lepak-lepak menonton tv dihotel sambil makan steamboat.














Friday, March 4, 2016

Nayla turn 1 and short vacation at cameron highland

Pejam celik anak dara dah pun masuk 1years old..

Gigi dah 6 (4atas 2bawah).. kuat menggigit. Kuat makan. Kuat nangis. Kuat main. Kuat memanjat. Kuat buli abg. Kuat dan sihat.. alhamdulillah...

Si bijak abg iman pun makin kuat membebel. Kuat dengki adik. Kuat nangis. Kuat makan. Kuat nyani dgn nada tinggi... pecah telinga mak...

Happy birthday nayla nur alisha... moga jadi anak yg kuat dan sihat..

So, tak potong kek pun.. kita holiday kat cameron highland je. Sbb dapat tiket free 3h2m appartment 2bilik. Tiket menang cabutan bertuah big bad wolf katanya.. hahaha...

Saturday, April 25, 2015

Traders hotel KL

Percutian pertama utk tahun ni... insyaAllah yg lain akan menyusul...

Bercuti di tgh2 kota Kuala Lumpur.. berbintangkan cahaya lampu KLCC.. cantik view dia..

Bilik yg besar dan cantik..

Saturday, November 29, 2014

Cameroon highland

Percutian bersama keluarga suami... 3 family.. abg isa dgn family dan mak, kak noi dgn suami dan kami.

Stay di villa dahlia, tanah rata. Rate harga 'free'... sbb suami dgn kk noi ada join membership swiss garden. So tiap2 2 tahun dpt la 5 mlm penginapan. Kt cameroon mmng xde swiss garden tp boleh pakai kat villa dahlia ni... kami ambil apartment 2 bilik...

So far, appartmentnya not bad... yg badnya adalah servis... nanti kite cite ye...

Dr rawang kami kluar exit tapah. Singgah ke kuala wol, sungai air panas.. jakun kot sbb air sungai dia panas.. hahaha...

Pastu singgah pulak kt lata iskandar.. air sejuk plak.. hahaha.. mcm biasa, si bijak paling teruja nak main air. Bile dah celup kaki, tau pulak dia mintak peluk sbb sejuk. Hahaha...

Then terus ke tanah rata utk cek in.

Lepas tghari jalan2 di ladang boh, habu. Masuk ni kali ke 3 aku dn suami ke sini. Mmng tak lepaskn peluang naik bukit boh tu utk lihat keindahan ciptaanNya...

Bayangkan mak buyong 6 bulan ni duk panjat bukit. Hahaha... tercabut lutut... tp semua tu sgt2 berbaloi dgn keindahan bukit boh... sejuk, udara yg nyaman dan berkabus, pemandangan yg cantik.. mmng destinasi terbaik la kat cameroon ni...

Balik dr ladang boh terus ke kea farm, 3 km dr brincang. Sayur murah2... ada yg 4 pek rm10.. dan ada yg 16 pek rm10..

Habis shopping sayur,  kami balik hotel.. prepare utk dinner mlm ni.. plan nak buat steamboat grill...

Ayam perap dan bola2 steamboat mmng da bawak siap2... mlmnya... kami kekenyangann....  Alhamdulillah... syukur... sedap kot.. sejuk2 mkan steamboat...

Esoknya pulak, pg2 dah siap2 masak nasi lemak..

Lepas sarapan, destinasi pertama adalah ke Big red strawberry farm. Tgk pokok salad dan strawberry smbil makan2.

Tghari, kami balik ke hotel. Makan tghari kami masak sendiri.. simple tp sedap.. sayur segar kot...

Ptgnya ke kebun lavendar. Tak banyak gambar kat sini sbb tak de mood nak snap gambar.. dah penat kot. Ikutkan hati mak buyong ni, mmng malas nak ikut.. tp tak penah ke sini lagi jadi ikut je la. Jalan pelan2...

Kat lavender ni mmng cantik. Selain lavender, ada mcm2 bunga lagi yg cantik2 dan kembang mekar. Angin sepoi2 pun bau harum je...

Lupa nak cakap, nak masuk sini kene bayar rm5 utk dewasa, rm3 kanak2 dan utk mak (warga emas) rm3.

Kami beli aiskrim lavender, rm5.50. Tp mcm pelik plak rasa dia sbb bau wangi kan... selalu kan lavender ni pakai utk cuci toilet, cuci lantai... ni tetiba buat aiskim mmng rasa mcm pelik skit kot. Hahahaha...

Balik jam 6, terus ke hotel. Hujan agak lebat. Dr lavender farm nak le tanah rata nmpak bnyk sgt air limpah kat jalan. Agak menakutkan jugak..

Aktiviti malam kedua, duduk hotel je. Sejuk kot. Suhu 19˚c. Kak noi dan suami dah balik KL sbb esok keje. Tp blum smpai lata iskandar diorang terpaksa u-turn sbb ada pokok tumbang. Terpaksa patah balik ikut jalan simpang pulai.

Tgh2 malam yg sejuk beku tu, si bijak kene muntah2 pulak. Lebih 10 kali muntah. Mmng tak tidor la jaga si bijak. Tilam, sofa, baju, selimut, sweater semua kene muntah.. mmng bertambah2 sejuk... huhuhu...

Smlm plan konon nk g bee farm la pg tu. Tp dgn keadaan si bijak yg tak mengizinkan, kol 9 pg kami dah cek out. Nak bawak ke hospital situ takut kene taham wad plak.. tak tahan sejuk kot klo kene bermalam kat spital. Dah la baju semua dah kene muntah.

Sblum balik, singgah ke kea farm nak beli sayur n strawberry yg akak dyg kirim. Dgr2 org kedai cakap yg banjir lumpur kat ringlet. Dia suh hati2 drivr balik. Siap cakap lg harga strawberry pun mahal skit sbb hujan. Hahaha... nasib la...

Alhamdulillah, perjalanan balik kami xdr masalah. Smpai KL terus monitor keadaan si bijak. Dan alhamdulillah juga si bijak dah mula nak makan dan dah tak muntah2..

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami dan jauhkn kami dr musibah yg menimpa penduduk di cameroon highland pd hari kejadian..

Budak tak boleh bangun pagi

Sungai air panas

Lata iskandar

Dapur appartment

Bahan2 steamboat


Bakar2 pulak



Tanah runtuh

Muka budak muntah2... sian...

Tuesday, October 7, 2014

Tips bercuti di krabi

Antara tips yg boleh aku share sikit kat sini...

  1. plug kat krabi xsama macam kat malaysia ni. So better beli travel adapter siap2 ye. Tp kalo xnak beli pun xpe. Kat aonang banyak jual.. tapi tak sure harga berapa.
  2. utk yg bercuti reramai tu boleh la bawak extention cable. So xde la berebut nak charge handphone, kamera, ipad bagai...
  3. utk yg datang naik flight dan hanya bawak cabin bag, dinasihatkan meminimakan barangan cecair yg dibawa. Contoh mcm air, perfume, sunblock dan lotion. Nanti tak lepas bawak naik flight. Utk yg ada baby tu insyaAllah susu boleh bawak naik. So far org lain kene tahan tp aku punya beg lepas je sbb ada si bijak..
  4. yg ada baby kecik dan plan utk buat aktiviti pantai dan naik bot, boleh la beli siap2 life jacket sbb kat sana tak ada life jacket yg saiz baby. Utamakan keselamatan itu penting. Yg mencari life jacket utk baby boleh try cari kat kenanga wholesale tu. Tingkat 7 kedai nama evergreen kalo xsilap. Harga dalam rm35. Si bijak yg umur 1tahun lebih pakai mmng ngam2 je. Dan boleh adjust smpai aidid, 7 tahun pun boleh pakai...

Ok.. Tu je kot antara tips yang boleh di kongsi.

Friday, October 3, 2014

Krabi trip - day 3

Pagi2 lagi dah bangun. Jam 5 kot.. Duduk layan siaran thailand smpai jam 7.00 pagi waktu thailand. Suami dan abg mie keluar beli sarapan naik tuk-tuk lagi. Kali ni bawak hasil ala2 nasi ayam dan bubur nasi untuk si budak2. Rasa boleh tahan la sedap. Tp kalau kat malaysia, ayam tu ada kuah kicap. Kat aonang plak kuah tauchu. Aku mmng xpernah suka kuah tauchu.. Huhuhu...

Lepas sarapan terus kemas barang. Pagi ni terus cekout sbb flight esok pagi jam 7 pagi. Plan malam ni tido pekan krabi. 

Jam 8 cekout dan tunggu driver amik untuk pakej phi phi yg kami dah beli mlm smlm..

Jam 8.40 pagi bas pun smpai... Kat sini aku nak nasihat n bgtau ye.. Sila tunggu awal skit.. Biar kite tunggu dia jgn dia tunggu kite. Nnti kene tinggal. Mmng la dia cakap bus datang jam 8.30 - 9.00 pagi.. Tp sila tunggu awal.. 

Masa kitorang haritu, lepas pickup kitorang bus g pickup org lain kat hotel lain.. Tapi org tu tak siap lagi kot. Driver bus bising- bising pastu terus tinggal je... Huhuhu.. 

Kami naik speed boat untuk phi phi island tour. Perjalanan dari satu pulau ke pulau amik masa antara 30 min ke 45 min.. 

Rasa agak kecewa sbb mcm tak puas mandi pantai dan snokerling. Untuk phi phi island tour ada beberapa pantai yg dia singgah tp tempoh singgah tu tak lebih dari 1 jam.. Dgn budak2 kecik lagi.. Mmng tak puas la.. 

Tp pantai dia mmng cantik.. Ada 2 tempat yang dia singgah untuk snokerling (open sea). Tempat pertama, aku bawak si bijak turun jugak. Tp suami yg pegang. Tak berani aku.. Dalam kot..

Tempat ke dua. Aku turun lepas suami naik. Suami dah warning arus agak kuat.. Tp aku turun gak.. Ha kau.. Tak pasal2 hanyut.. Jadi berhati-hati la...

Snokerling gear yg disediakan sila la jaga baik2 ye.. Masa kitorang haritu, ada auntie cina tu hilang sbb dia tinggal kat boat. So dia kene bayar gantirugi rm100.. Gile mahal.. 




Balik dri phi phi tour terus balik hotel untuk mandi2 dan ambil barang yg kami tumpang pagi tadi. Sempat jugak la mandi pool dia.. Hehehee


Dah siap mandi dan solat, terus mintak hotel sediakn van ke pekan krabi. Van charge ke krabi rm50. 

Smpai krabi dlm jam 6.30 ptg. Kitorang stay kat hotel nama hometel. Harga untuk satu bilik rm50 dan rm60. Ada 1 katil queen dan satu katil single. Decoration bilik ala2 zaman p-ramlee. Tandas main selak2 je.. 

Mlm tu dinner kat pasar mlm dia. Ni bukan pasar mlm yg besar tu. Pasar ni hari2 ada kot.. Tak sure plak area mana.. 




Dinner makan nasi dgn lauk2 mcm masak lemak, rendang kerang, ulam-ulam, ikan keli sambal dan macam2 lagi la.. Semua pedas2 dan sedap2 gile.. Mmng kene dgn selera aku yg kuat makan pedas ni.. 3 pinggan kot makan. Air pun minum bergelas2. Tp air teh ais dia mmng best gile.. Yg lagi terkejut, makan sebanyaj tu kitorang cuma kena bayar rm50!!! Murah gile kot untuk 7 org makan siap tambah2 lagi.. Hahahaha

Lepas makan pusing pasar malam tu beli la pud thai yg glemer tu, beli buah-buahan dan kuih-muih. Semua murah2 dan besar2.. Geram tgk buah2 dia.. 

Lepas tu singgah kedai ni kejap nak habiskan duit.. 


Sempat rembat tshirt untuk si bijak. Tapi sehelai je sbb tak de saiz kecik. Rm10.. 

Balik hotel makan smbung makan buah dan kuih2 yg beli kat pasar tadi.. Dan tertidur la sambil kekenyangan.... 












Saturday, September 20, 2014

Krabi trip - day 2

Kol 5 pg dah bangun sbb dah terbiasa bangun pg kt malaysia kol 6.

Duk lepas smbil tgk tv siaran thailand. Walaupun xpaham tgk jugk.. Haha.. 

Jam 7 pg gerakkan anggota lelaki utk cari sarapan. Pagi2 mmng xde kedai yg bukak. Terpaksa naik tuk-tuk cari kedai sarapan yg halal. Harga tuk-tuk rm20. 

Pulut dgn ayam goreng... 

Kuih ondeh-ondeh

Dan beli jugk bubur nasi untuk si kecil bijak dan si emir arshad.. Total lost rm20 utk 7org mkn dan 2 baby.

Jam 8.30 pg siap2 tunggu kat lobby hotel tunggu org dtg pick up untuk pakej yg kami beli smlm. Hotspring, emerald pool dan elephant trekking. 

Pagi tu cerah je.. Sesampai ke hotspring hujan pun turun mencurah-curah... Maka kolam air panas tu jd sejuk... Hahaha.. Xde rezeki.. 

Rendam lebih kurang je la.. 

Kemudian terus ke emerald pool. Dr parking ke kolam emerald tu kene jalan kaki lebih kurang 1km. Hujan masih lg mencurah2 tp tetap gigih jalan kaki nk pegi jugak.. 

Mmng subhanallah cantik sgt emerald pool tu. Tp kene hati2 ye sbb nk masuk kolam tu agak licin. Ramai yg jatuh termasuk si suami.. 

Utk elakkan jatuh, kene menggelungsur la.. 


Si bijak pun nk mandi jugk walaupun kehujanan.. 

Mandi kejap je pun kat emerald pool tu sbb risau si bijak kene hujan lebat. Siap mandi dan salin baju terus g lunch. 

Sedap gile makan tghari tu. Mkn buffet disediakan. So masing2 tambah2 makannya.. Mmng puas hati dan sedap.. 

Lepas makan beli baju hujan 2 helai rm3. Takut naik gajah kene hujan plak.. 

Smpai tempat gajah si bijak tidor pulak.. Tp kejut jugak sbb nak kasi dia tgk gajah.. Terus bulat mata dia seronok.. Hahaha.. 

Naik gajah masuk trek hutan pastu masuk sungai kejap. Agak cuak jugak la.. Tp mmng best.. 

Rasa cuak bile gajah main sembur2 air pastu mendengus2 mcm marah.. Macam2 fikir dalam kepala masa tu.. Tp serius best... 



Lepas main gajah ada sessi bagi makan gajah. 1pinggan pisang rm5. Dan beli jugak gambar naik gajah yg dah siap frame. Rm10. 

Balik hotel jam 4.30 ptg. Siap2 nak jalan dekat kedai-kedai bawah hotel.. 

Survey punya survey last2 tak beli apa pun. Kk jat dgn mama je beli tshit dgn beg. Suami ajak shopping malam pulak sbb dah penat berjalan.. 

Lepas magrib, keluar pegi dinner. Hari ni makan kat sebelah restoren smlm. Nama restoren Bamboo. Naik tuk-tuk rm18 utk 2 tuk-tuk. 

Menu malam seafood. Udang, sotong, ketam dan sayur... Total lost rm200. 

Agak kecewa skit makan kat bamboo.. Rasa mcm kene tipu sbb masa pilih ketam, ketam masih hidup dan siap gerak2 lagi.. Tp bile makan rasa ketam lama. Tak fresh.. Udang pun rasa tak fresh.. Terus rasa tak berbaloi.. 

Siap makan survey plak pakej utk pulau esok. Alhamdulillah dapat beli pakej utk phi phi island rm570 utk 6 dewasa 1 kanak-kanak. 3 budak bawah umur yg lain (4 thun dn kebawah) free..  

Sambil tunggu deal pakej pulau kami beli pancake pisang yg glemer tu.. Rm4. Bnyk kot kami beli. Suami plak amik pancake mangga.. Rupanya mangga lg sedap kot.. Huhuhu... 

Sambil2 tunggu si bijak pulak pop-pop.. Makanya aktiviti shopping terpaksa ditangguhkan. Bergegas balik hotel sbb cari public toilet tak jumpa. Tuk-tuk rm9. 

Mula ingt nk tidor kn si bijak dulu sblum g shopping.. Tp si bijak jatuh katil pulak... Menangis kuat sampai benjol kepala.. Tak sampai hati nk tinggal maka bawak jugak lah naik stroller... 

Shopping tshirt krabi dapat rm13 sehelai. Rembat 4 helai.. Baju tidor  utk mak mertua rm35. Pashmina utk kakak ipar rm14. Nak shopping baju sendiri dan si bijak dah tak sempat.. Rata-rata kedai tutup jam 10mlm.. Nasib la.. 

Balik hotel, yg tinggal cuma mama dgn budak2 yg dah tido. Abg mie, kk dyg dgn kk jat g buat pedi meni dan berurut kt bawah hotel. Malas nak join.. Maka terus tido... 

Esoknya akan ke pulau.. So charge energy!!!! Zzzzzz....






Wednesday, September 17, 2014

Krabi trip - day 1.

Seperti dirancang... Team A (kak dayang dan anak beranaknya) gerak dari rumah jam 5 pg. flight jam 7 pg..
Team B ( kami anak beranank, mama dan kak jat) pulak gerak jam 10 pg dr rumah. Flight jam 1.15 tghari.. 

Kak dayang sampai awal maka tugasnya untuk cek in hotel dan survey pakej tour. 




Sesampai je kami terus beli simcard DTAC rm35. Dalam ada 100 bath utk call dan unlimited internet untuk 7 hari. Simcard ni beli kat kedai jual2 snek dalam airport. Yg booth2 tu pun ada jugak. Simpack Happy DTAC dan True. Siap free lagi.. Tp isi dalam kosong. Kene beli topup kat 7e dan beli sama ada nak untuk call or internet. Sebabkan suami mmng masih dalam mode kerja so beli siap2 simcard yg rm35 seperti diatas.. Tak payah topup2 dah... Boleh terus masuk kerja.. 

Dari krabi ke Aonang kami naik taxi rm60. Dan dia terus hantr terus ke hotel. Taxi kami akan berhenti sekejap di taxi station. Nnti ada org akan datang dan try jual pakej tuor. Tp sbb kami dah suruh team A survey maka kami pun menolak dgn baik.. 

Sampai hotel... Anyavee Ban Aonang. Betul2 tepi panai ditengah2 pekan Aonang. 

Hotel dah booking siap2 di booking.my. Rm600 utk 2 bilik dan 2malam.. So far hotel dan servis mmng best. Terasa welcome sgt.. 

Org2 sini mmng best la. Ramah dan sgt membantu... 



Tak de aktiviti petang tu cuma keluar beli air mineral botol besar sbb air dia rasa payau. 

Cuaca pun sejuk dan hujan renyai2. Katanya pakej tour ke pulau2 tak ada sbb tgh monsun. So dia xmo amik risiko sbb team kami ramai budak2. 

Malam pulak kami melepak dan bershopping2. 

Makan di restoren lemon. Dari hotel naik tuk-tuk. Rm3 perperson. Mula-mula naik mmng jakun la.. Hahahaha... 


Makan malam budget menu ikan masak stim limau, green kari, tomyam seafood dan telur bungkus. Air sirap limau yg sedap. Total lost rm120 utk 7 org makan. Alhamdulillah... Kenyang dan boleh la tahan sedap.. 

Sambil jalan balik terbeli pulak fridge magnet rm10 utk 3 keping. Antara yang termurah.... Kak jat pulak beli topi ala2 fazura macam dalam cerita pisau cukur dgn harga rm20. 

Balik hotel tidor..... 

Hari ke 2 (hari ni) plan akan ke emerarld pool, hotspring dan elephent tour. Dapat harga rm500 utk 6 dewasa 1 kanak-kanak. Dewasa rm75. Kanak2 5 tahun dan keatas rm50. Infant sehingga 4 tahun free.. Makan, minum dan transport disediakan.. 

Ok.. Sambung mlm nanti.. Nak pegi elephant tour ni.. Driver dah tunggu.. Adios... 


Monday, June 2, 2014

Taman Burung, KL




Berlibur di Taman Burung KL. pegi masa demam selsema. Masuk2 bau taik burung mmng sgt2 melemaskan. Jalan laju2 terus balik. Maybe waktu sihat jalan situ mesti lg enjoy...


Monday, December 7, 2009

tiger and lion...


dia asyik nak main kuda kecik ni...



zirafah yng cantik



gajah yang besar



lion ni tgh tdo... syyyyyuuuuuuu.....



camel is unta



ni bukan kami dalam akuarium. tapi akuarium yng dalam kami. we are the mermaid.. lalalala



tgk telinga kuda ni. cute...



burung bangau tdo dgn berdiri atas 1 kaki. hebatkan...


tiger is rimau....
lion is singa...

smlm p zoo. best sgt2. main ngan kuda padi, tgk singa laut wat persembahan. tiket masuk rm20. aku p ngan dia naik kete. dekat sgt dgn umah aku. dlm 5minit dah smpai. siap bawak bekal lagi tu. aku masak nasi, kerang rebus, ayam goreng sambal kegemaran dia ngan smbal petai.

smpai2 je dalm kol 11 tu, terus dia ajak makan. aku gelak je. ingatkan nak makan tghari. kami makan sama2. makan 1bungkus je. 1 bungkus lagi simpan tuk petang. pstu jalan2 dlam tu. tgk zirafah, elephen, babon, raccon, cat stone, tiger, lion. seronak sgt2.

yang paling best tgk bad (singa laut). cute sgt2. dah la bijak. dia main bola n teguk2 tgn. cantik. tetiba rasa macm nak keje kat zoo. hehehe. dlm kol 2 dah abis round 1 park tu. pastu dia ajak makan lagi sekali. biar betul perut dia ni. hehehee.. tapi aku layan kan jugak dia makan.

pas makan kitorng balik. p jj kat wangsamaju dulu. makan yougart n jalan2. pastu balik umah. best sgt2 kuar smalm. tg sanyang. i love u so much....