Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, January 6, 2020

Persiapan sekolah anak darjah 2 dan tadika kemas 2020

Alhamdulillah.. 

Bermulanya episod persekolahan anak-anak.

Si abam dah masuk darjah 2. Si kakak pula tadika kemas 5tahun. Tahun pertama sekolah. Teruja betul dia nak sekolah. Al maklum la, sekolah ada playground. 

Untuk abam iman, ada beberapa barang yang masih pakai yang lama. 

Sekolah kebangsaan : 

Beg (RM40) sponsor dari nenek. Beg lama dah rosak zipnya. Ingatkan nak repair sahaja tapi nenek dia beria-ria nak belanja beg. 
Kasut (RM39)
Stokin (rm10 3pasang)
Tali pinggang pakai yang lama
Seluar (RM21 pasarayaku) seluar  lama masih elok tapi sudah senteng.
Baju (RM18) ikutkan pakai baju lama pun ok. Tapi saya beli sepasang baru saya tengok baju lama masih elok. Hahaha..
Tali leher pun masih elok
Lencana dan tanda nama saya ambil semula dari baju lama. Tak membazir.
Buku latihan : RM 45.00 beli di koperasi sekolah

Sekolah agama :
Baju sekolah & sampin nenek dia yang jahitkan
Songkok (RM15 pasarayaku)
Stokin & kasut pakai sekolah kebangsaan punya. 
Beg sekolah pakai darjah 1 punya. 
Yuran (RM98) termasuk PIBG untuk bulan jan (RM40)
Untuk bulan seterusnya RM20 sebulan.
Buku latihan (RM35)

Stationaries & bekas air beli di MR DIY dan kedai ECO RM2.10. Sekali beli banyak terus sebab dari pengalaman lepas, memang asyik hilang sahaja. 

Antara barang yang dah siap. Ada lagi yang belum beli.

Untuk si kakak Ca,

Baju putih untuk sementara dapat uniform (RM12)
Tudung putih (RM8)
Seluar (RM12)
Kasut tak ada saiz jadi pakai sahaja kasut raya dahulu. Nanti tengah tahun baru cari kasut hitam.
Baju uniform biru (RM30)
Baju sukan (RM30)
Tudung biru (RM10)
Baju jumaat (RM50)
Yuran dan buku (RM40.60)
Yuran sekolah (RM50) termasuk yuran bulan januari. Bulan seterusnya RM25 setiap bulan.

Alhamdulillah.. selesai semua pembayaran. Bila anak-anak nak masuk sekolah ni la saya asyik teringat kejadian bulan 12 tahun lepas. Kes kedua kereta kemalangan hingga semua kerja tertangguh sebulan. Suami tak dapat pergi kerja sebab masa tu suami ambil upah buat rumah orang. Kereta digunakan untuk angkat barang kontraktor. Kerja saya juga terbengkalai sebab tiada kenderaan untuk restok barang kedai.

Masa tu malu untuk mintak tolong. Suami beli buku sekolah anak pun dengan berjalan kaki sahaja. Nasib la saya sedang sarat mengandung masa tu, pergi ke klinik pinjam moto jiran. Jika tak sarat, mungkin juga saya ke klinik berjalan kaki..

Allah....bila ingat balik, saya bersyukur sangat diuji sekecil itu sahaja. Sebab rupanya saya kuat walaupun masa tu betapa stressnya saya.

Alhamdulillah.. waktu-waktu itu juga ada sahaja yang datang hulurkan bantuan walaupun tanpa dicanang aibnya. Alhamdulillah....


Kenangan...

Sunday, January 5, 2020

Visit Perak December 2019 - day 1

Cuti akhir tahun, kami plan ke Perak. Tujuan utamanya adalah untuk ke MAPS (Movie Animation Park Studio).

Anak-anak la yang paling seronok macam biasa. Gerak dari rumah di Rawang seawal jam 6 pagi. Lepas solat subuh terus jalan. Anak-anak dah teruja, jam 5 pagi lagi dah bangun dan segarkan diri.

Berhenti di R&R Tapah untuk tunggu kakak ipar & suaminya. Mak lang dan pak lang budak-budak ni la pangkatnya. Sambil-sambil tu, saya alas perut jugak di sini. Makan nasi lemak dengan air coke. Tiba-tiba je saya rasa ada banyak angin dalam badan hingga pening dan nak muntah. Minum coke untuk mudah sedawa. Biasanya memang berkesan. Anak-anak main ditaman permainan disitu.

Kak noi sampai dalam 45min kemudianya dan kami terus menuju ke Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Sampai di sana dalam jam 9 pagi. Banyak kedai-kedai makanan dan mainan dijual disini. 

Ada juga bot untuk ke seberang sana Gunung Lang. 

Tiket bot :
Dewasa : RM3
Kanak-kanak : RM1.50
Makanan ikan : RM1


Di seberang sana Gunung Lang ada mini zoo. Ada burung merpati yang besar macam ayam, kuang, burung unta, emu, rusa, lembu dan beberapa lagi haiwan. 


Ada juga taman permainan, rumah perak, menara tinjau. Agak seronok sebenarnya disini. Cantik sebab dikelilingi gunung batu kapur. Kami tak lama disini sebab rancangnya nak ke MAPS harini. 

Jadi sebelum masuk ke MAPS, kami isi perut dulu di kawasan berhampiran. Siap makan, alang-alang sudah tengahari kami terus check in homestay dulu. Nanti dah masuk MAPS, entah jam berapa pula keluar. Kami stay di Putrie Homestay di taman Meru. 5min je nak ke MAPS. 

Alhamdulillah. Rumah sangat bersih dan cantik. 3 bilik tidur. 2 bilik tidur ada katil queen dan aircond. 1 bilik lg, kipas dan toto. Ada astro, dapur, meja makan, mesin basuh, petiais dan lengkap la saya kirakan. Memang puas hati dengan rumah ni. 1 malam, kami dapat dengan harga RM150.

Dalam jam 2 petang, kami menuju ke MAPS. Malangnya, MAPS tutup walaupun sepatutnya bukak setiap hari cuti sekolah ni. Katanya ada masalah dengan bekalan elektrik. Esok pun belum tentu dibuka. Akan di warwarkan di facebook katanya. 

Dengan hati yang sangat kecewa, kami terus ubah plan. Plan yang disusun untuk hari esok, kami bawa ke harini. Pulang sekejap ke homestay untuk berkemas-kemas. Plan nak ke kellies castle dan hotspring.

Kellies castle ni antara destinasi yang paling saya nak pergi tiap kali ke perak. Ye la, saya suka tempat sejarah ni. Lagi-lagi binaan lama dan hampir runtuh macam ni. Ada sejarah dan cerita disebalik runtuhan batu-batu tu.

Untuk masuk, tiket berharga rm5 untuk dewasa dan rm3 untuk kanak-kanak. Harga ni untuk warganegara ye. Jadi jangan lupa bawa ic. 

Istana ni sebenarnya tak pernah siap. Kalau siap dia merupakan binaan pertama yang ada lif di tanah melayu ketika tu. 

Saya memang kagum dengan binaan dan struktur bangunan ni. Walaupun dah berpuluh tahun, tapi masih lagi berdiri megah. Depan istana ni ada sungai. Andai kata istana ni siap dan kellie tak mati awal, mesti cantik istana ni.


Ambil gambar dulu sebelum masuk. 
Jambatan ni untuk rentas sungai. Masa saya datang, ada beberapa orang lelaki tengah menjala ikan. Geram jugak rasanya nak terjun masuk sungai sekali sebab cuaca agak panas masatu.


Susunan ruang tamu untuk istana kellie ni. Istana ni dibuat berperingkat-peringkat sebenarnya. 

Cantikkan view ni. Istana atas bukit tepi sungai. Macam idaman zaman kanak-kanak dulu.

Siap jalan-jalan dan mengkagumi sejarah, kami ke hot spring & waterfall Lubuk Timah pula. Tak sempat nak ambil gambar di hotspring sebab masa sedang seronok mandi, awan dah gelap dan bunyi guruh. Risaukan kejadian kepala air, kami masing-masing terus bersiap dan pulang ke homestay. Masuk sini tiker untuk dewasa RM5 dan kanak-kanak RM3.

Ok sangat tempat ni. Selesa dan bersih. Penat main air, kami pulang ke homestay. Masak-masak dan makan-makan. Anak-anak tidur keletihan. Ajak makan pun tak boleh bangun. 


Bersteamboat & grill malam tu. Ayam dan daging dah siap-siap perap pakai sos nandos. 

Lepas makan, bincang-bincang untuk back up plan esok. Dalam jam 9, keluar jalan-jalan ke pasar larut malam dan dataran amanjaya. 

Di pasar larut malam, biasa-biasa aje. Tapi yang tak selesa bila ramai yang merokok dan vape. Jadi jalan di balik khemah-khemah tu jadi sesak nafas. Tak beli apa pun disitu sebab tak selesa. Terus ke dataran. 

Penuh lampu warna-warni dan kereta hiasan yang comel-comel untuk disewa. Anak-anak nak main tapi suami tak izinkan sebab sudah lewat sangat. Masatu sudah lebih jam 12malam. Kami sekadang melihat-lihat dan terus ke homestay untuk berehat.

Semoga esok MAPS bukak... 








Monday, August 26, 2019

Resepi omelette

Sejak iman darjah 1, rajin la jugak saya masak breakfast. Bukan masak apa pun, lebih pada sediakan makanan (sapu jem kat roti). Hahaha..

Awal-awal tahun memang saya rajin sangat buat kuih, masak nasi pagi-pagi untuk iman sarapan dan bawa bekal ke sekolah. Tapi rupanya iman ni mengikut bapaknya. Sarapan jam 9 pagi. Jadi pagi-pagi memang akan termenung depan makanan. Jadi saya buatkan air dan menu simple sahaja. Bekal pun tak bawakkan sebab dia akan makan sikit je dan baki akan makan kat rumah tengahari tu dengan alisya. Katanya kesian alisya tak ada bekal. Hehehe..

Menu paling biasa saya buat adalah telur setengah masak dan omelette. Menu ni je la yang dia akan makan licin.

Bahan-bahan
  1. 2 biji telur
  2. 1 biji bawang merah di dadu
  3. ½ biji tomato
  4. Sedikit susu full cream
  5. Sedikit cream cheese
  6. Sedikit lada hitam
  7. Garam dan perisa


Cara-cara
  1. Panaskan kuali dan masukkan butter. 
  2. Masukkan kesemua bahan. Terbalikkan dan biarkan masak. Siap.

Simple kan. Tapi insyaAllah sedap sangat.

 

Monday, September 28, 2015

Salam aidiladha

Alhamdulillah.. walaupun raya tak kemana2 sbb tak de cuti, tp happy je sbb disamping suami dan anak.

Tak dapat rasa rendang dan lodeh mama, kite masak sendiri je la.. hehehe.. tu pun plan masak last minit. Jd pakai instant adabi saje la..

Ke tesco kononnya nak cari lengkuas, daun kunyit dan kerisik.. pusing2 tak jumpa.. yg jumpa perencah segera rendang adabi. Wakakaka...

1st time kot pakai instant ni. Not bad jugak.. yg penting ada rendang pagi raya..

Friday, May 8, 2015

Warded di DEMC

Minggu yg sgt2 meletihkan.. dari cuti hari buruh, si bijak demam... baik demam.. suami pulak demam..

Suami demam lain macam... tahun lepas dia penah kene viral fever. Tp demam kali ni lebih teruk rasanya kata dia la..

Hari ke2 demam, suh dia try buat ujian darah. Memandangkan kat umah tu mmng banyak gile nyamuk kebelakangan ni..

Tp klinik just bg ubat demam je. Katanya ujian darah cume dibuat selepas 3hari demam.. so esok, klo xkebah jugak, baru buat ujian darah..

Tapi... tapi.. tapi... esoknya aku ada interview KPJ.. Maka tak pegi buat ujian darah.

Khamis.. hari ke 4 demam..

Pagi tu suami dah ok skit. Cuma pening2 kepala je katanya. Dia keluar umah jam 9pg sbb ada tender kat perodua. Kol 11, dia whatapps. Ajak g klinik buat ujian darah.


Balik dari perodua, nampak muka dia lemah.. cepat2 siapkan anak2. Aku capai je apa yg patut dan terus drive ke klinik kesihatan Serendah.

Dari jam 3ptg.. jam 6ptg baru siap. Biasa la kan klinik gomen..

Platelet 146. Doktor kata positif denggi. Tp tak masuk wad sbb doctor kata, klo semua kes denggi nak masuk wad, penuh la wad.. huhuhu..

Balik umah terus rehat. Sambil2 kemas apa2 yg patut. Esok klo demam teruk lg, nak ajak suami g cek in masuk private je.. sbb mlm tu suami mmng xboleh rehat. Anak2 demam.. aku pun dah start demam.. mmng tak larat la hai...

Pgnya, kol 4pg kot askar2 dah bangun.. asuhai.. dah la malamnya tak dapat rehat.. so, kol 8 terus ke DEMC, Shah Alam.

Ingtkan nak suh masuk Columbia Asia Puchong je. Sbb penah masuk situ. Tp kak dayang nak balik kpg. So, xberani nak stay umah dia sorang2. Tu yg ke shah alam. Boleh stay kat umah kak jat or kak noi je..

Smpai kat DEMC, buat ujian darah.. doctor suh masuk wad.. selayaknya dapat bilik 4 katil. Tp sbb sakit denggi kot. Tu yg dapat bilik sorang. Tp xpe.  Prudential cover..

Hari pertama masuk wad, jumaat.. suami nampak sihat je. Cume kurang makan. Segala jenis jus beli sbb katanya kene minum air banyak2. 100 plus smpai 3 botol kot. Hahahaha... masa ni platlet jatuh 107. Mmng risau...

Hari ke2, sabtu... badan dah start naik bintik2 merah. Platlet jatuh lagi... bg makan sup ketam dan buah kiwi. Alhamdulillah boleh jugak dia makan..

Hari ke3, ahad... suami pasif sgt.. mmng risau. Nasib baik anak2 tidur je.. platlet jatuh lg. Pg tu turun 70.

Makan puding je.. yg lain semua aku yg habiskan sbb dia tak boleh makan. Nak muntah. Sup ketam aku buat smpai ke sudah tak dimakan. Huhuhu..

Ptgnya doctor pusing.. alhamdulillah platlet dah naik 78. Doctor kata bukan denggi berdarah. Baru la hati ni senang skit.. huhuhu...
Tp sbbkan masih demam, doctor suh masuk air lg. Tgk result darah esok pg plak mcmaner...

Hari ke 4, isnin.. hari lahir suami.. hahaha.. sambut kat spital..
Sblum smpai spital ingt nak beli la makanan sedap2 skit sbb birthday dia kan.. tp takut tak boleh masuk mcm smlm je..

Sesampai spital je, tgk dia tgh makan cococrunch.. alhamdulillah... dah ada selera makan..

Dia kata doctor dah suh tanggal air dan cek lg lepas asar. Klo dah tak demam, harini boleh kluar.. dan platlet dah naik 108. Alhamdulillah..

4hari di spital.. bill rm4k++.. alhamdulillah semua ditanggung prudential.

Skang ni, bukan langgar kereta je masuk wad. Langgar dgn nyamuk atau tikus pun boleh masuk wad...

Alhamdulillah skng suami dah sihat.. asyik nak makan je.. dan aku plak makin fobia dengan nyamuk.. balik dari spital terus borong segala macam ubat nyamuk. Dari jenis bakar, karen, sembur dan sapu.. borong semua.. 24jam berbau ubat nyamuk dah umah ni... nasib la... hehehe...







Wednesday, May 6, 2015

Demam...

Hi hohohoho... 
Hi hohohoho...

Tiap kali arwah abah demam dulu, mesti tengok dia berselubung pastu sebut 'hi hohohoho...'

Dan tiap kali aku demam, mesti arwah suh aku baring kat pangku dan abah cakap, 'sian anak abah ni demam. Kecik-kecik dah demam'.. padahal masa tu kaki dah panjang.. dah terjulur keluar...

Tp tiap kali dengar abah cakap mcm tu, terus nangis.. manja la tu kononnya...

Skng, klo demam, sendiri jaga diri sbb anak2 dan suami akan demam kaw-kaw.. alhamdulillah, masih larat berbakti walaupun dalam kesakitan..

Alhamdullillah, nayla demam sikit je. InsyaAllah, ikut mcm ibu dia.. kuat lawan sakit..

P/s: nayla, kita perempuan.. nampak lembut tp kita paling kuat tau... kite kuat nangis tp kita tabah tau.. sbb kite perempuan.. tu keistimewaan kite..


Saturday, May 2, 2015

Cuti hari buruh

Utk pertama kali sejak kawen, balik kpg tanpa suami (kecuali waktu pantang)...

Apa kan daya, suami kene keje pada hari pekerja.. boleh?? Huhuhu...

Makanya, balik kpg dengan anak2.. dan kakak2 juga balik tanpa suami.. laki masing2 keje... boleh?? Huhuhu...

Anak2 bila dikampung mmng paling happy.. dapat main ayam, kucing, angsa... main lari2 kat halaman rumah.. main bola dlm rumah...

Yg letihnya mak2 la... si bijak pun sama.. main tak ingat masa.. padahal tghari panas terik.. org sibuk g masjid semayang jumaat, dia sibuk main batu bata kat luar rumah..

Sudahnya, ptg terus meragam dan demam. Suhu cecah 39℃ jugak.. ibu panik la.. dah la ayah jauh..

Nasib adik baby nayla ok je ibu tak tengok dia sgt. Si bijak melepet je sepanjang hari...

Cepat sembuh ye sayang.. ibu risau ni...


Monday, April 20, 2015

Tanggungjawab

Walaupun masih kecil, si bijak dah tau tanggungjawab jd abg..

Walaupun selalu main toy smpai kene kat adik.. selalu buat bising smpai adik terbangun... selalu goyang katil adik waktu adik tdo... tp tiap kali adik nangis waktu ibu tgh buzy masak atau mandi, si bijak ni la yang akan smpai kat adik dulu..

Walaupun sekadar menyentuh pipi atau kaki, si adik boleh senyap dan senyum.. mungkin paham si abg sedang memujuk..

Sejuk hati ibu tgk anak2 ibu membesar dengan sihat dan bijak..

P/s: si ayah plak, bila tanggungjawab makin bertambah, dia akan demam sehari.. masa lepas akad nikah, demam.. masa abg baby lahir, demam.. masa adik baby lahir, demam lg.. hahaha... last2 dr kita nak manja2 mintak tolong itu ini konon baru lepas bersalin, last2 apa pun xboleh.. hahaha..

Friday, March 13, 2015

Kanser

Dalam seminggu ni dapat berita kawan sekolah menengah (sek tinggi kluang) mengalami musibah. Rabiatul adawiyah katanya sedang menjalankan pembedahan utk kanser rahim tahap 4. Aku rapat dgn dia masa form 2. Masa tu aku baru pindah ke STK dari sek men clifford. So tak ramai kawan lg. So dia antara kawan baru aku masa tu.

Salihah misdi, antara kenalan STK jugak. Tp aku tak rapat dgn dia. Sekadar kenalan satu sekolah. Skng koma di hospital sbb ada darah beku di kepala. (Sahabat ini telah meninggal dunia pada 23.04.15 setelah berjuang selama 2minggu dari koma. Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yang soleh. Alfatihah....)

Hati jadi sayu dan sedih jugak bila dapat berita tu. Semoga sahabat2 ku ini sembuh dari penyakit mereka dan dapat kembali menjalani kehidupan bersama suami dan anak-anak tercinta.. amin...

Teringat beberapa tahun lepas bila dapat tahu mama disyaki mengidap kanser. Ingat lagi, masa tu baru habis kelas semester 2 kat uitm dungun. Dapat call dari mama.

Mama baru abis cek up di hospital putrajaya dan mama kata doctor suspect mama kene kanser. Hanya Allah yang tau betapa takutnya aku masa tu. Aku menangis... tp mama kata jgn risau.. tak confirm lg. Next week akan ada test utk confirmkan..

Takut, sedey... tp aku tau mama lagi takut dari aku.. next weeknya, doktor sahkan mama kene kanser usus. Dan doktor terus set tarikh utk pembedahan.

Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar. Usus terpaksa dibuang utk elakkan kanser merebak ke tempat lain. Dan alhamdulillah kanser masih tahap permulaan. 

Dalam tempoh nak merawat tu mmng aku kerap ulang alik putrajaya-dungun-muar.. dan skang mama masih lg ada follow up di hospital putrajaya utk monitor kesihatannya...

Nasib baik juga mama dapat kesan awal penyakit dia bila dia perasan tiap kali buang air besar, najis ada darah. G klinik dua tiga kali, doktor kata buasir dan bg ubat. Masuk kali ke 4, tak baik2 jugak tu yg doctor buat surat refer ke hospital.. 

Alhamdulillah mama dapat harungi penyakitnya. Dan aku doakan kawan2 aku yg sedang ditimpa musibah, semoga urusannya dipermudahkan.. amin... 

P/s: prihatin pada setiap perubahan fizikal kita. 
Tahi lalat aku yg kat muka ni semakin membesar plak bile mengandung. Huhuhu... ngeri...


Mama lepas kene buat colon. Kene puasa 2hari. Siap buat kolon, dia nak makan mcm2.. layankan... hehehehe...

Thursday, March 12, 2015

Adik baby...

Adik baby nama dia nayla nur alisha.. membawa maksud kejayaan cahaya yang dipelihara..

Semoga adik baby menjadi org yg berjaya.. menjadi muslimah yg baik.. dan dipelihara maruah dan imannya.. insyaAllah...


Sunday, March 8, 2015

Big baby...

Kelambu adik baby jadi mangsa abg baby.. kelambu ni murah je.. rm24 kalo tak silap. Beli kat tesco.. biar tak cantik asal murah... 

Playpen ni mmng abg baby punya dulu. Tp sejak masuk 1tahun, abg baby dah start tdo dgn ibu ayah... 

Alas ni pun mmng dia punya dulu.. so fefeeling baby ler tue.... 

Friday, March 6, 2015

Penerimaan abg baby

Dah 10 hari dah usia adik baby.. berat naik 300g dari lahir.. Hari pertama balik rumah dr hospital, abg baby moody je. Sbb baru bangun tdo.

Nampak ibu je, dia nangis dan peluk. Rindu la tu.. ajak abg baby masuk bilik nak kasi jumpa adik baby. Muka dia berubah skit. Pastu terus keluar bilik.

Esok pagi, cuba letak adik baby atas riba abg baby... muka sedey2 nak nangis...

Tak nak pandang adik baby langsung...

Hari ke 3, dah mula senyum2 dan menjengah bile adik baby nangis. Tp still xde sentuhan..

Hari ke 4, dah mula datang rapat2. Cuit2 kaki adik baby pakai kaki.. hahaha... sgt tak sopan...

Hari ke 5, pegang kaki adik baby pakai tangan pastu gelak2...

Hari ke 7, dah mula pegang pipi adik baby.. pastu pandang ibu.. dan senyum... hehehehe...

Sian abg baby ibu ni.. tak pe la.. belajar skit2 utk sayang adik baby ye...

Tp yg paling sayu, nmpak abg baby cuba nak cari tempat bermanja lain.. klo dulu mmng tak heran dgn nenek. Tp skng asyik nak kepit dgn nenek je.. nak nangis tgk ibu pegang adik baby, terus kejar nenek.. sian nenek...

Abg baby, walaupun ibu ada adik baby ke, baby baby ke... abg baby tetap dalam hati ibu... ibu sayang abang baby... mmmuuuaahhh...


Muka sedey sbb ada adik baby... jeles la tu....

Selalu nk tdo peluk tgn ibu. Tp ibu tgh pegang adik baby, abg baby peluk kaki je... huhuhu... sian...

Kejar nenek sampai tertdo kt ruang mkn...

Sunday, February 15, 2015

Emir and iman turns 2!!!

Ok... walaupun birthday dua budak ni dah lepas... tp selebrate jugak la... walaupun sebenarnya iman tumpang je selebrate party emir.. hahaha...

So.. Happy birthday sayang2... semoga jadi anak yang baik ye...


Thursday, February 12, 2015

Kereta control mini cooper =)

Happy birthday emir arshad... yeeeaahh...

Emir arshad ni sepupu si bijak. Beza umur 2 bulan tp nanti klo sekolah sibijak jd senior la sbb lahir bulan 12. Hahahaha...

Emir lahir dengan berat bawah 2kg. Memang kecik sgt2. Takut nak pegang. Mama dia je yg berani pegang dan mandikan. 

Lahir secara normal tp hampir czer sbb dah berak dalam perut. Ada masalah pernafasan, paru2 sbb berak dalam perut. Dan doc suspect ada masalah lain jugak sbb lahir cukup bulan tp berat tak cukup. Kene tahan wad hampir 2 minggu kot.. sian sgt.. 

Selepas hampir setahun lebih refer hospital dan buat mcm2 test, doc sahkan dia mengalami cerebral palsy. Mula2 tu macam2 yg doc suspect.. jantung berlubang la, sindrom down la, hati la.. dan hampir2 kene operate sbb nak tau sakit apa.. padahal doc pun tak tau sakit apa lagi masa tu.. 

Alhamdulillah skng dah jadi budak yg bijak. Petah cakap. Walaupun ada masalah pergerakan. Still tak boleh berjalan dgn betul. Tp otak dia mmng cerdik. Geram tgk.. 

Happy birthday emir... cun, uncle dgn iman sayang emir tau... =)

Sumber dr wikipidea..

"Cerebral palsy (CP) is a group of permanent movement problems that do not get worse over time. They cause physical disability, mainly in the areas of body movement. There may also be problems with sensation, depth perception, and communication ability. Difficulty with cognition and epilepsy are found in about one third of cases. There are subtypes including a type characterized by spasticity, a type characterized by poor coordination, and types which feature both symptoms or neither.

Cerebral palsy is caused by damage to the motor control centers of the developing brain and can occur during pregnancy, during childbirth, or after birth up to about age three.About 2% of all cerebral palsy cases are believed to be due to a genetic cause.Cerebral palsy is not an infectious disease. Most cases are diagnosed at a young age rather than during adolescence or adulthood.

Improvements in the care of newborns has helped reduce the number of babies who develop cerebral palsy and increased the survival of those with very low birth weights.There is no cure, with efforts attempting to treat and prevent complications. It occurs in about 2.1 per 1,000 live births.Physical and occupational therapy may help.

Cerebral refers to the cerebrum, which is the affected area of the brain. The disorder may often involve connections between the cortex and other parts of the brain such as the cerebellum. The root word "palsy" means "paralysis". In medicine, this is often used in reference to the paralysis or weakness that often accompanies nerve damage, loss of sensation or muscle disorders involving uncontrollable movements such as trembling or shaking."

P/s: hadiah mini cooper tu bukan aku yg beli pun.. hahahaha... papa mama dia la yg beli.. tp nanti iman nak tumpang naik. Main kat dataran. Wakakaka... cun beli hadiah lain ye emir.. murah skit la kan.. hahahaha... (mini cooper tu rm270 siap free gift tom the talking cat)

Wednesday, January 7, 2015

Potong rambut

1st time g bawak si bijak potong rambut kt kedai. Sblum2 ni potong sendri je time si bijak tidor. Tu pun potong kasi lepas syarat je...



Thursday, December 18, 2014

Happy birthday si bijak

Si bijak masuk 2 tahun... pg2 lg dah mainkan slide show gmbar2 baby si bijak kat tv. Tergedik2 dia ketawa.. paham agaknya...

Tak tau nak selebrate kat mana sbb si bijak xde selera makan. Semua makanan feveret dia, dia reject mentah2... agak stress jugak la....

Last2 g jalan2 tesco dan jusco. Dia paling enjoy kalau lepas bebas kat pasaraya. Mmng jalan tak toleh kiri kanan. Toys ke, jajan ke, cartoon ke mmng tak layan punya time ni. Yg penting dapat lepas bebas jalan, lari dan merangkak sepuas hati...

Jimat jugak dapat anak mcm si bijak. Hahahaha... xde kerenah nak mintak jajan dgn toys...

Tghari ajak makan kfc. Seperti yg dijangka, mmng tak pandang langsung pun kfc tu.. sian... dah kurus dah anak ibu ni...

Ptg, pegi playground plak... puas la melayan dia main satu hari ni... xpe la nak... ibu ayah tak tau nak bg hadiah apa.. ni pun cukup la ye...

Yg penting, ibu ayah love iman banyak sgt... iman sentiasa baby di hati ayah ibu..

Semoga menjadi anak yg soleh, hormat org tua dan sihat cergas cerdas seadanya... amin.... insyaAllah...

Bibir tebal ikut ibu.. kening garang mcm ayah... hihihu

Muka budak 2 tahun tak boleh nak bukak mata bangun pagi.... 

Monday, September 23, 2013

PruBSN Takaful

Ingat tak kisah kami anak beranak demam virus.... 3hari terbaring di rumah dan 2 hari aku dan iman jd nomad sbb suami kene warded di Columbia Asia Puchong...

Rasanya baru 2minggu lepas... dan harini dah dapat payment utk alaun duduk wad...

bestkan.. duduk wad pun dapat duit. makan, minum sedap. siap ada chef amik order nak makan apa. layanan nurse pun tiptop..

untung la ada PruBSN Takaful... 

nak info lebih lanjut, boleh call agent terbaik PruBSN Takaful merangkap kakak kecintaan ku...

NUR IZZATY ABU HAIRI
0196678283


Wednesday, May 8, 2013

Aku seorang ibu


Lama dah tak update blog bersawang ni. Sejak da ada si bijak, makin kurang masa utk diri sendiri. Sbb masa yg ada terlalu pantas untuk aku bermanja, mendidik dn mengasuh si bijak iman.
 
Alhamdulillah, aku selamat bersalinkn si bijak hujung tahun lepas.

Anugerah terindah hingga hujung nyawa.


Upload pic si bijak skit untuk introduce :-)


Nama: Muhammad Firas Iman bin Mohd Sharif
Makna: Yg terpuji, tajam akal (bijak) dan beriman
Tarikh lahir: 18/12/2012
Masa: 02:07 petang
Berat: 2.8kg


Wednesday, September 28, 2011

Kos majlis pertunangan ku

hal tunang-bertunang ni dah pun berlalu hampir 6bulan lepas kot. tapi masih belum basi selagi aku blum jadi isteri orng. dan walaupun berpuluh tahun akan datang, insyaAllah aku akan ingt majlis pertunangan aku dengan lelaki yang aku cintai.

alhamdulillah, majlis pertunangan aku simple je. seperti yang aku impikan. bila kira2 balik semua kos pertunangan aku, xsampai kot 1ribu ringgit.

ok, kite cube kire2 balik ek:

hantaran dari aku kepada dia : rm 200


makanan dan minuman: di sponsor oleh mama



baju tunang: pakai balik baju tunang kak jat


Kak jat masa majlis tunang dia


Pakai je balik baju kak jat. pastu tambah manik. so jadi cantik skit 

tudung tunang: rm 20 (discount dgn cik ann)
gubahan hantaran: rm 20 (barang2 seperti kotak dan alas hantaran, recycle majlis tunang akak dayang)


cadar tunang: pakai cadar tunang akak

so, total semua rm 220 je kot. hahaha... lain semua pakai recycle je. sbb aku fikir, tunang je pun. yang penting kehidupan lepas kawen.
lagipun, kalau semua nak beli baru, bukan aku pakai pun lepas majlis tunang tu. sbb akak2 aku punye barang tu semua pakai sekali je. membazir kot....

hope majlis kawen pun boleh la buat yang simple2 mcm ni je. insyaAllah...