Sejak iman darjah 1, rajin la jugak saya masak breakfast.
Bukan masak apa pun, lebih pada sediakan makanan (sapu jem kat roti). Hahaha..
Awal-awal tahun memang saya rajin sangat buat kuih, masak
nasi pagi-pagi untuk iman sarapan dan bawa bekal ke sekolah. Tapi rupanya iman
ni mengikut bapaknya. Sarapan jam 9 pagi. Jadi pagi-pagi memang akan termenung
depan makanan. Jadi saya buatkan air dan menu simple sahaja. Bekal pun tak
bawakkan sebab dia akan makan sikit je dan baki akan makan kat rumah tengahari
tu dengan alisya. Katanya kesian alisya tak ada bekal. Hehehe..
Menu paling biasa saya buat adalah telur setengah masak dan
omelette. Menu ni je la yang dia akan makan licin.
Bahan-bahan
- 2 biji telur
- 1 biji bawang merah di dadu
- ½ biji tomato
- Sedikit susu full cream
- Sedikit cream cheese
- Sedikit lada hitam
- Garam dan perisa
- Panaskan kuali dan masukkan butter.
- Masukkan kesemua bahan. Terbalikkan dan biarkan masak. Siap.
Simple kan. Tapi insyaAllah sedap sangat.
No comments:
Post a Comment