Sunday, August 25, 2019

Cameron Highland 2019 - Day1

Cuti sekolah kali ni plan jalan-jalan sikit dengan anak-anak. Rasanya dah lama sangat tak berholiday. Raya aidilfitri haritu kene kuarantin sebab baby Naeema tak sihat. Alhamdulillah rezeki suami meng’grab’ boleh la belanja anak-anak sikit katanya.

Hotel booking 1 minggu awal guna trivago. Memang mudah sangat-sangat sebab boleh compare deal terbaik dengan budget. Ambil budget hotel je pun tapi ok sangat la hotelnya. Queen & single bed with private toilet 2 malam cuma RM243 sahaja. Hotel bersih, tuala, sabun dan shampoo disediakan, wifi, tv dengan siaran menarik dan air minuman panas & sejuk. Lokasi dekat dengan kedai makan dan kedai runcit. Cuma agak kecewa sebab mulanya cari hotel kawasan tu sebab mudah nak pergi pasar malam. Rupanya tapak pasar malam dah lama pindah berhampiran padang golf.


Day 1

Gerak dari rumah jam 7 pagi. Anak-anak masih tidur lagi tapi angkat je la. Sambung tidur dalam kereta. Berhenti sarapan roti tampal di warung area Rasa. Suami kata roti tampal dia sedap jadi kita cuba la.

Masuk PLUS Tanjung Malim dan keluar PLUS Tapah. Sepanjang naik Cameron Highland tu Nampak banyak gerai-gerai orang asli tempatan menjual petai, durian dan hasil hutan. Berlonggok-longgok durian. Banyak juga lori peraih yang memborong durian pagi tu. Mula-mula rasa biasa je la. Lama-lama tergoda pula tengok banyak sangat durian. 1kg rm5. Huhuhu..


Singgah la juga ke gerai terakhir sebelum sampai Ringlet. Beli 1 longgok durian dengan 1biji durian daun. Katanya durian daun ni dia kutip kat atas bukit. Susah nak dapat jadi 1biji rm10. Nak rasa punya pasal kita beli je la. Sedap juga tapi isi dia ada rasa daun. Hehehe…


Durian lain, puas makan. Masak elok cuma ada la ulat buah sebesar ibu jari berkongsi rezeki. Hehehe..

Sampai-sampai Berinchang tepat jam 12. Terus check in hotel. Rehat-rehat dihotel dan jam 2 keluar ke Big Red Farm. Iman dan Alisya dah tak sabra-sabar sangat nak makan strawberry.

Plannya nak petik strawberry tapi masa saya bertanya-tanya di kaunter, pekerja ladang dah arahkan tutup sebab strawberry dah abis. Tak ada rezeki anak-anak.

Tapi sempat la bertanya-tanya bayaran. Rm25 utk ½ kg tapi untuk masuk akan dikenakan deposit rm50 dan boleh memetik hingga paras pertama bakul yang disediakan. Jika lebih atau penuh bakul, deposit tak dipulangkan. Dan hanya boleh masuk 2 orang sahaja.

Disebabkan tak dapat memetik strawberry, kami hanya minum dan makan sahaja dessert disitu. Memang sedap dan pelbagai.

Lebih kurang jam 5, kami balik ke hotel. Sempat la kena pow dengan iman topi koboi sebelum sampai hotel.

Malamnya, plan nak cari makanan ringan dan sayur-sayuran untuk buat steamboat di hotel. Kami berjalan kaki ke pasar malam kononnya. Rupanya tapak pasar malam sudah berpindan, yang ada cuma deretan kedai pakaian dan food truck. Jadi malamnya, kami hanya lepak-lepak menonton tv dihotel sambil makan steamboat.














No comments: