Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Monday, January 6, 2020

Persiapan sekolah anak darjah 2 dan tadika kemas 2020

Alhamdulillah.. 

Bermulanya episod persekolahan anak-anak.

Si abam dah masuk darjah 2. Si kakak pula tadika kemas 5tahun. Tahun pertama sekolah. Teruja betul dia nak sekolah. Al maklum la, sekolah ada playground. 

Untuk abam iman, ada beberapa barang yang masih pakai yang lama. 

Sekolah kebangsaan : 

Beg (RM40) sponsor dari nenek. Beg lama dah rosak zipnya. Ingatkan nak repair sahaja tapi nenek dia beria-ria nak belanja beg. 
Kasut (RM39)
Stokin (rm10 3pasang)
Tali pinggang pakai yang lama
Seluar (RM21 pasarayaku) seluar  lama masih elok tapi sudah senteng.
Baju (RM18) ikutkan pakai baju lama pun ok. Tapi saya beli sepasang baru saya tengok baju lama masih elok. Hahaha..
Tali leher pun masih elok
Lencana dan tanda nama saya ambil semula dari baju lama. Tak membazir.
Buku latihan : RM 45.00 beli di koperasi sekolah

Sekolah agama :
Baju sekolah & sampin nenek dia yang jahitkan
Songkok (RM15 pasarayaku)
Stokin & kasut pakai sekolah kebangsaan punya. 
Beg sekolah pakai darjah 1 punya. 
Yuran (RM98) termasuk PIBG untuk bulan jan (RM40)
Untuk bulan seterusnya RM20 sebulan.
Buku latihan (RM35)

Stationaries & bekas air beli di MR DIY dan kedai ECO RM2.10. Sekali beli banyak terus sebab dari pengalaman lepas, memang asyik hilang sahaja. 

Antara barang yang dah siap. Ada lagi yang belum beli.

Untuk si kakak Ca,

Baju putih untuk sementara dapat uniform (RM12)
Tudung putih (RM8)
Seluar (RM12)
Kasut tak ada saiz jadi pakai sahaja kasut raya dahulu. Nanti tengah tahun baru cari kasut hitam.
Baju uniform biru (RM30)
Baju sukan (RM30)
Tudung biru (RM10)
Baju jumaat (RM50)
Yuran dan buku (RM40.60)
Yuran sekolah (RM50) termasuk yuran bulan januari. Bulan seterusnya RM25 setiap bulan.

Alhamdulillah.. selesai semua pembayaran. Bila anak-anak nak masuk sekolah ni la saya asyik teringat kejadian bulan 12 tahun lepas. Kes kedua kereta kemalangan hingga semua kerja tertangguh sebulan. Suami tak dapat pergi kerja sebab masa tu suami ambil upah buat rumah orang. Kereta digunakan untuk angkat barang kontraktor. Kerja saya juga terbengkalai sebab tiada kenderaan untuk restok barang kedai.

Masa tu malu untuk mintak tolong. Suami beli buku sekolah anak pun dengan berjalan kaki sahaja. Nasib la saya sedang sarat mengandung masa tu, pergi ke klinik pinjam moto jiran. Jika tak sarat, mungkin juga saya ke klinik berjalan kaki..

Allah....bila ingat balik, saya bersyukur sangat diuji sekecil itu sahaja. Sebab rupanya saya kuat walaupun masa tu betapa stressnya saya.

Alhamdulillah.. waktu-waktu itu juga ada sahaja yang datang hulurkan bantuan walaupun tanpa dicanang aibnya. Alhamdulillah....


Kenangan...

Friday, October 25, 2019

Kehilangan

Kehilangan... Kalau kita hilang barang, kita akan gelisah & tak tentu arah kan. Apatah lagi bila kita kehilangan orang yang kita sayang.

Minggu ni dapat lagi berita pemergian seorang kenalan masa di uitm. Walaupun tak berapa rapat dan tak banyak kenangan dengan arwah, tapi rasa ditampar juga. Ajal tak kira usia. Bila-bila masa sahaja. Arwah meninggal sebab menderita kanser payudara. Semoga arwah ditempatkan bersama para solehah..

Cerita tentang kehilangan, saya kehilangan arwah abah pada tahun 1998 akibat serangan jantung. Arwah rebah di ladang selepas ada sedikit masalah di pejabat. Masa tu arwah menjawat sebagai Penolong Pengurus di Felda Chiku 4, Kelantan. Masa tu saya tinggal di asrama Sek Men Clifford, Kuala Lipis. Tingkatan satu. Kehilangan arwah sangat-sangat buat saya terkejut. Demam seminggu. Rindu pada arwah tak terungkap. Ada masanya saya terfikir bahawa arwah abah belum meninggal cuma dibawa pergi seketika. Tapi saya nampak dengan mata saya saat arwah di masukkan kedalam liang. Masa di UiTM, lecturer bahasa arab saya ada iras arwah. Terkejut saya dalam kelas. Dan tiap kali kelas dengan beliau, saya gugup. Ya.. saya sangat rindukannya. Semoga Allah lapangkan kuburnya dan tempatkan arwah bersama orang beriman.

Muhammad Umar. Anak yang saya kandung genap 16 minggu di sahkan tidak mempunyai tempurung kepala dan otak. Jadi doktor sarankan saya terminate kandungan kerana baby tidak boleh hidup lama. Saya ambil masa 4 minggu untuk buat keputusan samada nak teruskan atau terminate. Seperti doktor, rakan dan saudara terdekat juga mendesak untuk terminate kandungan untuk menjaga keselamatan & kesihatan mental saya. Ya.. itu sebenarnya tindakan yang tepat untuk saya. Hingga harini, saya masih belum boleh move on dengan kehilangan seorang anak walaupun saya dah ada pengubat (rainbow baby), Naeema.

Saya tak dapat bayangkan penerimaan saya jika saya teruskan kadungan hingga baby cukup bulan dan meninggal dalam dakapan saya. Teringatkan itu sahaja buat saya pendek nafas dan menangis. Walaupun kadang kala, saya rasa terkilan tak teruskan kandungan sebab saya ada join support group ananchepaly dan ramai juga baby ananchepaly yang mampu bertahan hingga umur 1tahun. Tapi yang lepas sudah lepas.

2 kehilangan terbesar saya buat saya jadi siapa diri saya harini. Stress, panic dan sesak nafas tiap kali teringat. Redha... saya cuba redha atas kehilangan ini.

Ada orang pernah bertanya kepada saya, bila agaknya keadaan jadi normal macam dulu. Jawapan saya, ianya takkan sama sebab kehilangan ini adalah sebahagian dari diri saya. Tapi insyaAllah, saya kuat dari apa yang saya fikirkan. Sakit ni takkan sembuh tapi saya redha.

Anak ibu, Muhammad Umar... cari ibu nanti ya di syurga.



Sunday, October 20, 2019

Askar Wataniah

Hari tu singgah ke Hari Terbuka Putrajaya selepas hantar kek. Saja bawak anak jalan-jalan. Kata ada pameran askar jadi saya memang teruja sangat la. 

Banyak la jentera-jentera dan senjata yang dipamerkan. Boleh pegang dan bergambar. Jadi memang seronok. 

Saya pernah menyertai Askar Wataniah 508 (Negeri Sembilan) masa diploma di Politeknik Port Dickson dulu. Saya sertai ketika semester ke 2. Rasa rugi tak join lebih awal padahal masa sem 1, saya dah beratur untuk pendaftran. Cuma waktu tu saya tak jadi daftar sebab nampak orang yang saya tak suka ada nak mendaftar juga. Sem 2, saya gigihkan juga mendaftar sebab tak tahan minat nak join. Orang yang saya tak suka tu pun dah tak ada sebab dia cari saya masa tu tak jumpa jadi dia tak teruskan. Hahaha..

Sepanjang menyertai 508 AW, banyak pengalaman dan tektik-tektik ketenteraan yang saya belajar. 

Belajar menembak menggunakan M16 tu biasa. Masuk medan (hutan), muka conteng-conteng, tidur atas tanah, mandi sungai, minum air lintah dan paling siksa kalau datang masa nak memerut dalam hutan. Tapi tetap tak serik. 

Setiap bulan mesti akan pergi kem untuk latihan dan latihan yang paling saya suka adalah masa exercise bersama RAMD, RAD. Merasa menembak dan naik kereta kebal.

Dan tentunya tiap kali datang latihan, akan dibayar alaun perjam. Untuk pelajar ketika itu, alaun rm 200 dah banyak sangat dah. Makan dan pengangkutan sepanjang latihan juga free. 

Jadi masa pameran tentera di Hari Terbuka Putrajaya, rasa meronta-ronta nak sertai AW lagi. Tapi saya tak rasa saya akan sertai sebab komitmen dengan suami dan anak-anak membantutkan niat saya. 

Tapi bila fikirkan lagi, mampu ke saya? 

Siapa nak daftar, dialu-alukan. Pakai spek ke, pendek ke tak ada masalah. 


Monday, August 26, 2019

Resepi omelette

Sejak iman darjah 1, rajin la jugak saya masak breakfast. Bukan masak apa pun, lebih pada sediakan makanan (sapu jem kat roti). Hahaha..

Awal-awal tahun memang saya rajin sangat buat kuih, masak nasi pagi-pagi untuk iman sarapan dan bawa bekal ke sekolah. Tapi rupanya iman ni mengikut bapaknya. Sarapan jam 9 pagi. Jadi pagi-pagi memang akan termenung depan makanan. Jadi saya buatkan air dan menu simple sahaja. Bekal pun tak bawakkan sebab dia akan makan sikit je dan baki akan makan kat rumah tengahari tu dengan alisya. Katanya kesian alisya tak ada bekal. Hehehe..

Menu paling biasa saya buat adalah telur setengah masak dan omelette. Menu ni je la yang dia akan makan licin.

Bahan-bahan
  1. 2 biji telur
  2. 1 biji bawang merah di dadu
  3. ½ biji tomato
  4. Sedikit susu full cream
  5. Sedikit cream cheese
  6. Sedikit lada hitam
  7. Garam dan perisa


Cara-cara
  1. Panaskan kuali dan masukkan butter. 
  2. Masukkan kesemua bahan. Terbalikkan dan biarkan masak. Siap.

Simple kan. Tapi insyaAllah sedap sangat.

 

Wednesday, July 10, 2019

Dugaan December

*from My little sharing post date Dec 23,2018

Berat rasa hati nak melangkah ke tahun baru. Dengan anak nak naik darjah 1, due date semakin dekat, dugaan suami kene main dengan business partner. Ni lagi dugaan baru dua-dua kereta terlibat dengan kemalangan.

Kereta persona kene langgar dari belakang masa balik hantar kek. Alhamdulillah sempat hantar. Kalau tak, tak tau nak buat macamana sbb dah janji dengan customer.

Masa tu hujan dari petang jadi jalan agak licin. Dari tol petaling jaya ke sungai buaya. Kena langgar di area rawang. Sebelum kemalangan, kami baru lepas lokasi kemalangan maut. Jadi kereta memang tak berapa laju. Pandu di lorong kanan. Tiba-tiba kereta depan brek mengejut. Kereta kami sempat juga brek. Mungkin seinci lagi nak langgar kereta depan.

Tapi malangnya kereta belakang tak sempat brek dan langgar kami. Hentaman yang sangat kuat buatkan kami langgar kereta depan dan kereta depan langgar kereta satu lagi. Jadi 4 kereta yang terlibat.

Anak-anak yang tidur di seat belakang menangis sekejap dan kemudian sambung tidur balik. Mujur tiada kecederaan.
Keadaan kereta memang teruk dan tak boleh jalan. Allah.. Berat sungguh dugaan. 

Tak lama lepas kemalangan je, datang runner towing. Call sana, call sini, kereta naik towing dan terus pegi balai polis buat report. Kemalangan dalam jam 10malam. Jam 2pagi juga siap semua dan runner towing hantar balik rumah. 

Anak-anak memang menagis bila kejut ajak balik. Baru mereka perasan kereta dah remuk teruk. Allah... 



Sejak kereta persona masuk bengkel, semua urusan pakai kereta kancil. Terpaksa bergilir-gilir pakai kereta dengan suami. Nasib baik anak masih bercuti. 

Hari jumaat haritu ada customer last minute order kek. Kebetulan memang tengah free, kita ambil la. Selalunya suami memang tak kerja malam dan sabtu ahad. Jadi saya confirmkan sahaja dengan customer. 

Bila check barang kedai, ada beberapa barang yang dah abis. Kenalah pegi beli sekejap. Suami pulak tiba-tiba kerja malam. Jadi terpaksa tangguh beli barang hari sabtu pagi tu. Malam tu saya siapkan dulu mana-mana bahagian kek yang boleh disiapkan. Jam 2 pagi jugak tidur. 

Pagi sabtunya, sekali lagi suami kena masuk kerja. Jadi saya hantar sahaja suami ke rumah kawan dia dan saya terus ke kedai bakery. Siap urusan, terus balik nak siapkan kek. 

Entah macamana saya boleh terlelap dan terus masuk ke dalam semak. Mujur Alhamdulillah bukan masuk gaung. Panic, takut, sedih dan semua perasaan jadi satu. Menggigil tangan saya. Anak-anak menangis ketakutan sebab kali ni mereka sedar dan nampak kejadian. 

Ada beberapa orang yang berhenti dan tolong. Terima kasih. 

Keadaan kereta juga teruk. Tak boleh bergerak langsung. Dugaan sungguh buat saya dan suami. 

Merasa juga anak-anak jalan kaki balik ke rumah. Allah.. Kesian.. 



Tuesday, July 9, 2019

9 tahun

Rupanya sudah 9 tahun saya berblog.

Sayang saya pada blog ni. Dari zaman belajar hingga bekerja dan sekarang sudah berbisnes.

Dari zaman putus cinta, bercinta lagi, kahwin dan sekarang beranak 3.

9 tahun perjalanan saya rasa saya semakin matang. Bila baca balik entry-entry lama, malu pula rasanya. Hahaha..

Hampir sahaja saya tutup blog ini. Saya dah pun buat blog baru sejak hujung tahun lepas. Tapi rasa kecintaan saya pada blog ni lebih mendalam. Jadi saya akan post semula entry-entry di blog baru kedalam blog ini. Saya tau tak ramai pun yang baca. Biarlah. Sudah jadi tabiat saya menulis sejak dari bangku sekolah.

Ingat lagi saya selalu menulis diari, cerpen pendek dan novel dalam buku latihan di asrama. Buku itu saya akan usung kesini sana. Tak pernah saya bagi kawan-kawan baca buku tu. Rupanya buku saya itu menjadi perhatian kawan-kawan.

Mereka berpakat alihkan perhatian saya ketika waktu prep dan curi-curi baca. Hahaha.. Tanti, lyn, husna dan arwah ain.. Nakal ye kamu dulu..

Bila sebut nama arwah ain, saya jadi sayu. Saya rindu dia. Kawan baik yang sama-sama nakal di tingkatan satu. Kami sama-sama belajar berdikari dan dia lah orang yang mengajar saya menjadi kuat.

Lepas arwah abah saya meninggal, saya berpindah sekolah ke johor dan tidak pernah berjumpa lagi. Pernah sekali saya terima surat dari dia tapi saya tidak membalasnya.

Beberapa tahun yang lepas, kawan-kawan lain ada berkongsi mengenai dirinya yang tidak sihat. Niat dihati saya nak datang melawatnya yang ketika itu berada di Seremban. Tapi sudah tiba masanya, dia pergi dulu.

Innalillah.. Terima kasih sahabat kerana menjaga aku dulu. Semoga ihsan kau terhadap aku dulu memberikan kau tempat di syurga nanti.. 

Amin..

Friday, January 26, 2018

Celaru

Lama dah rasa tak celaru.. Rasa serabut mcm ni..
Sampai rasa sesak nafas. Rasa hampir mati..
Takut.. Aku ngeri..
Mati itu pasti.. 
Ampun kan aku Ya Allah..

Ampunkan kami semua..
Yg merinduiMu...

Friday, October 7, 2016

Pengubat rindu

Dah lama tak update blog ni...
Sbb tiap kali visit mesti teringat arwah umar..
Kawan-kawan yang mengandung sama-sama dulu masing-masing dah selamat bersalin..
Alhamdulillah.. semuanya makin mudah..
Aku ingat lagi waktu-waktu masih mengandungkan arwah. Tiap pagi aku menangis. Tiap saat aku berfikir.
Lahirnya dia untuk menghadap yang Esa..
Tapi sekarang aku dah tak menangis..
Cuma aku rindu. Bayangan kecilnya yang cukup sempurna pada mataku..
Dan sekarang aku serik... fobia untuk mengandung lagi... doakan aku...

Monday, May 30, 2016

Pantang tanpa baby...

Harini emo sgt...
Sebenarnya hari2 emo.. muka naik jerawat bnyk sgt...  
Sejak umar tak ada, hari2 ibu stress.. berpantang tanpa baby lg stress...
Mmng rehat banyak.. sbb tak kena kacau dgn baby.. tp mental tak kuat...
Banyak rehat mean banyak masa teringatkan umar..
Dah 2minggu umar tinggalkan kami... ibu rindu umar..
Rasa nak lari jauh... tp tak tahu kemana...
Rasa sesak nafas umpama lemas... tp masih bernafas...
Sakit...

Ibu rindu kamu...

Please dont judge...

Setiap tindakan ada penyebabnya...
Please... dont judge...
Kalau rasa diri sendri betul, buat utk diri sendiri bukan paksa org utk buat ikut kehendak kamu...
Kadang2 kata2 kamu buat kami rasa stress, marah, benci dan bergaduh antara kami... kamu tak tahu apa yg kami hadapi...
Jgn samakan kami dgn kamu...
Cuma doakan kami sahaja...


Stop -ve word.. its hurt..

Sunday, May 8, 2016

Mothers day

Selamat hari ibu...

Utk semua ibu2, bakal ibu dan wanita diseluruh dunia.. ibu bukan je  ada pada seorang wanita yg dah beranak.. tp ibu adalah setiap wanita yg penuh kasih sayang...

Tak tau kenapa harini aku rasa stress skit..

Aku teringat.. tinggal 3hari je lagi utk next appoinment aku..
Apa jd lepas tu?

Mana anak aku yg aku kandung 20minggu ni nanti?

Aku takut...

Aku takut nak bayang mcmaner penerimaan aku nanti.. aku jd sesak nafas..

Ya Allah... aku sayang dia.. aku cintakan dia...

Thursday, November 26, 2015

Vape vs rokok...

Pagi tadi breakfast dgn suami... mcm biasa, aku la yang akan cari port paling baik utk makan. Biasanya akan cari meja yg sebelah gegirl... 

Sbb... konon meja yg ada gegirl, xde asap rokok...


Tp.. tp.. tp...

Zaman da berubah. 

Sakit hati mak! Terpaksa angkat nasi pindah meja lain..

Tuesday, April 28, 2015

Misi kuruskan badan lepas bersalin - part 3

Dah 2 bulan berlalu...
Rasa mcm da kurus.. cincin kawen dah tak boleh pakai sbb longgar. Asyik nk tercabut je.. wink wink.. hehehe...
Tadi timbang kat klinik..
Bulan lepas timbang: 58kg
Sebelum bersalin: 53kg
Sekarang: 56kg

Hahaha.. 3kg lagi nak capai target.. bile la agaknya ye..
Hari2 makan banyak.. nasib la..

Sunday, April 19, 2015

Job hunting...

Ok.. rasa dah boleh kot nak keje balik.. hahaha...

Suami pun dah start run projek sana sini.. siang malam sabtu ahad keje.. agak bosan duduk rumah.. klo dulu laki ada 24jam kat umah boleh la ajak jalan hari2.. tak jalan pun, boleh sembang... skang, balik pun xtentu masa.. serius sedey... huhuhu..

Anak2... erm.. mmng sedey jugak kot klo keje balik nanti jumpa anak2 kejap2 je... tp mmng plan nak hantar si bijak ke sekolah. Sbb tgk perkembangan dia, klo duk umah asyik bosan je.. ibu tak pandai nak beraktiviti dgn si bijak. Ibu pun xpandai bersosial dgn jiran2 maka si bijak pun xde kawan sebaya.. kesian kan.. salah ibu.. ibu mmng xpandai nak bergaul.. huhuhu...

Cite2 nak apply jd guru ganti je.. waktu keje dari jam 8pg - 2ptg je.. tp blum ada rezeki lg...

Tuesday, March 24, 2015

Misi kuruskan badan lepas bersalin - part 2

Alhamdulillah... dah sebulan pun bersalinkan nayla.

Td cek berat.. dari 66kg skang 58kg.. target 53kg.. so 5kg lg nak kene buang...

Menu harian aku setakat ni adalah makanan org pantang (rebus2, buah2 dan makan banyak sbb breastfeed)

Harap2 part makan banyak tu tak memusnahkan impian aku utk kekal langsing. Wakakaka...

Perut masih buncit sbb tak pakai bengkung sangat n dah pun start minum air sejuk dalam pantang.. musim panas kot. Huhuhu

Thursday, March 5, 2015

misi kuruskan badan lepas bersalin-part 1

Ni misi aku lepas bersalin ni...
Berat sebelum mengandung: 53kg
Berat lepas bersalin: 66kg
So... harap2 2 bulan lepas bersalin dapat berat badan mcm sblum mengandung... erk.. boleh ke? Kite cube ek..

So, utk tempoh berpantang ni, kite pantang la betol2.. makan memang ikut diet pantang la..

Tak boleh minum air sejuk, udang, ayam dan yg sedap2 dan yg tak sihat semua tak boleh makan...

Perut kene bengkung nak kasi kepet mcm shakira wakaka...

Breastfeed nayla (adik baby) kasi dia sedut lemak2 aku masa mengandungkan dia..

Menu diet pantang kat hospital

Wednesday, February 11, 2015

Rezeki...

Alhamdulillah.... raya cina ni genap. la setahun aku jadi fulltime housewife.

Seronok jd housewife ni. Walaupun agak penat tp rasa berbaloi bile tgk anak membesar depan mata. Kita tau apa yang dia buat seharian, dia makan apa dan semua la..

Yang tak bape best bile cite pasal elaun la. Hahaha.. tak sebanyak masa bekerja. Tp alhamdulillah.. rezeki tu sentiasa ada. Tak pernah tak cukup.

Allah Maha Memberi dan Mengetahui.. =)

Tuesday, December 23, 2014

Rezeki dan dugaan

Hujung2 tahun ni mcm2 dugaan datang...
InsyaAllah... rezeki Allah ada...


Friday, December 19, 2014

....

Hati resah... si bijak demam.. muntah2.. tak selera makan...

Mama kat kpg pulak sorang2 cirit-birit, demam, sakit perut...

Ya Allah.. permudahkan la urusan kami... 

berilah kami kesihatan yg baik... 

peliharalah ibu bapa kami yg jauh dimata tp dekat dihati... 

aminnn

Kisah tempayan

Hujung minggu lepas balik kpg muar sbb adik mama (andak) balik dr sarawak. So ada la buat kenduri, kumpul ramai2 adik beradik mama.

Bilik mandi rumah mama mmng mama letak tempayan sbb tak de kolah. So boleh tadah air buat mandi selain pakai shower. Konon air tempayan tu sejuk. Padahal air shower pun dah sejuk sgt... air gunung la katakan... hahahaha...

Si bijak pulak kalo bab main air ni mmng la suka sgt2nya. Pantang kata jom mandi, terus lari ketuk2 pintu bilik air.

Hari sabtu tu, mcm biasa, suh en suami mandikan si bijak. Mak buyong tak larat nak terbongkok2...

Tah mcm aner tah, masa mandikan si bijak, si bijak boleh termasuk dlm tempayan tu... tempayan tu mmng tak besar mana pun. Paras2 dada si bijak je..

Nasib baik la suami yg mandikan.. terus ditarik si bijak.. yaAllah... hanya tuhan yg tau perasaan ibu... alhamdulillah si bijak tak apa2. Terkejut skit pastu nangis..

Mcmtu kot yg berlaku pada baby2 yg selalu baca kat surat kabar kes lemas2 ni. Huhuhu... alhamdulillah ya Allah anak ibu ni bernasib baik...

So mak ayah, kakak adik abang, mak cik pakcik, nenek atuk semua... sentiasa awasi anak2 semasa dlm bilik air. Jgn tinggalkan air bertakung tanpa tutup dan kunci la bilik air, bilik mandi supaya kes2 mcm ni tak terjadi...