Friday, October 25, 2019

Kehilangan

Kehilangan... Kalau kita hilang barang, kita akan gelisah & tak tentu arah kan. Apatah lagi bila kita kehilangan orang yang kita sayang.

Minggu ni dapat lagi berita pemergian seorang kenalan masa di uitm. Walaupun tak berapa rapat dan tak banyak kenangan dengan arwah, tapi rasa ditampar juga. Ajal tak kira usia. Bila-bila masa sahaja. Arwah meninggal sebab menderita kanser payudara. Semoga arwah ditempatkan bersama para solehah..

Cerita tentang kehilangan, saya kehilangan arwah abah pada tahun 1998 akibat serangan jantung. Arwah rebah di ladang selepas ada sedikit masalah di pejabat. Masa tu arwah menjawat sebagai Penolong Pengurus di Felda Chiku 4, Kelantan. Masa tu saya tinggal di asrama Sek Men Clifford, Kuala Lipis. Tingkatan satu. Kehilangan arwah sangat-sangat buat saya terkejut. Demam seminggu. Rindu pada arwah tak terungkap. Ada masanya saya terfikir bahawa arwah abah belum meninggal cuma dibawa pergi seketika. Tapi saya nampak dengan mata saya saat arwah di masukkan kedalam liang. Masa di UiTM, lecturer bahasa arab saya ada iras arwah. Terkejut saya dalam kelas. Dan tiap kali kelas dengan beliau, saya gugup. Ya.. saya sangat rindukannya. Semoga Allah lapangkan kuburnya dan tempatkan arwah bersama orang beriman.

Muhammad Umar. Anak yang saya kandung genap 16 minggu di sahkan tidak mempunyai tempurung kepala dan otak. Jadi doktor sarankan saya terminate kandungan kerana baby tidak boleh hidup lama. Saya ambil masa 4 minggu untuk buat keputusan samada nak teruskan atau terminate. Seperti doktor, rakan dan saudara terdekat juga mendesak untuk terminate kandungan untuk menjaga keselamatan & kesihatan mental saya. Ya.. itu sebenarnya tindakan yang tepat untuk saya. Hingga harini, saya masih belum boleh move on dengan kehilangan seorang anak walaupun saya dah ada pengubat (rainbow baby), Naeema.

Saya tak dapat bayangkan penerimaan saya jika saya teruskan kadungan hingga baby cukup bulan dan meninggal dalam dakapan saya. Teringatkan itu sahaja buat saya pendek nafas dan menangis. Walaupun kadang kala, saya rasa terkilan tak teruskan kandungan sebab saya ada join support group ananchepaly dan ramai juga baby ananchepaly yang mampu bertahan hingga umur 1tahun. Tapi yang lepas sudah lepas.

2 kehilangan terbesar saya buat saya jadi siapa diri saya harini. Stress, panic dan sesak nafas tiap kali teringat. Redha... saya cuba redha atas kehilangan ini.

Ada orang pernah bertanya kepada saya, bila agaknya keadaan jadi normal macam dulu. Jawapan saya, ianya takkan sama sebab kehilangan ini adalah sebahagian dari diri saya. Tapi insyaAllah, saya kuat dari apa yang saya fikirkan. Sakit ni takkan sembuh tapi saya redha.

Anak ibu, Muhammad Umar... cari ibu nanti ya di syurga.



No comments: