🥰
Wednesday, February 9, 2022
Saturday, October 9, 2021
Kek tarik duit tema bola liverpool
Istimewa kek kali ni. Dikirim dari anak yang jauh di perantauan. Dari Saudi untuk ayah di Malaysia...
Diamanahkan menyampaikan kek tarik duit dengan tema bola liverpool. Moga si Ayah gembira dan bahagia menerima hadiah ni...
Wednesday, October 6, 2021
Kek dan Cupcake Minecraft
Tempahan dari kawan seuniversiti. Comel kan cupcake dan figurine Minecraft tu.
Kek saiz mini 5inci. Tapi tidak lah mini sangat pun. Sebab masih lagi ada bakers2 yang buat kek mini saiz 3inci
Menarik atau tidak kek ni?
Tuesday, October 5, 2021
Kek Tarik Duit tema Berbasikal
Meraikan hari lahir si suami yang suka berbasikal dengan kek tarik duit.
Seronok katanya main tarik-tarik duit..
Tq Intan repeat order. Semoga kekal bahagia dengan suami dan anak-anak... InsyaAllah...
Saturday, July 10, 2021
Mary Kay Life
1tahun dah bersama Mary Kay..
alhamdulillah... Kenapa sis masih bersama dengan Mary Kay?
Sebab utamanya adalah product. Sis memang suka sangat dengan set skincare dia. Make up pun best. So bonus utk sis pakai dan beli dengan harga lebih murah..
Sebab keduanya adalah untuk jana pendapatan. Sebabkan sis housewife yang kadang2 ada elaun peribadi kadang-kadang tak de ni. Hahahaha... So, Mary Kay bg peluang sis untuk dapatkan apa yang sis nak. Seronok weh bile kite berjaya dapat pegang duit sendiri hasil usaha penat lelah kita...
Lain-lain sebab of coz great team dan sisterhood yang sangat awesome. Sangat2 membantu... Ooh... Mmng best. Hahaha...
So harini sis join RJ Retreat. Alhamdulillah.. sangat2 inspired dan memberi semangat kepada bakal2 SD InsyaAllah...
Tuesday, October 13, 2020
Resepi Nasi Goreng Brazil
Kes covid makin meningkat. Hari-hari mula catat peningkatan 3angka. Beberapa kawasan berhampiran pun ada kes. Jadi memang risau nak hantar ke sekolah.
Iman saya dah mula cutikan dari sekolah. Risau sebab kat rumah ada anak kecik.
Aktiviti lepak kedai makan pun terpaksa dikurangkan. Maka, bila order kek banyak pun terpaksa la masak. Masak ringkas-ringkas je untuk lepaskan perut lapar. Hahaha...
Harini masak nasi goreng brazil. Kenapa brazil? Sebab sy letak bayam Brazil sebagai sayur dalam nasi goreng ni. Serius sedap...
Bahan-bahan
1) nasi sejuk
2) bawang merah
3) bawang putih
4) belacan
5) cili kering
6) telur
7) bayam brazil
Cara-caranya
1) masukkan bawang merah, bawang putih, belacan dan cili kering ke dalam chopper. Saya pakai chopper sebab ringkas. Malas nk menumbuk.
2) goreng telur dan gaul utk jadikan telur hancur.
3) tumis bahan-bahan yang telah hancur. Perasakan dengan garam dan cukup rasa.
4) Masukkan nasi dan telur. Goreng hingga kering
5) masukkan bayam brazil dan matikan api. Gaul-gaul sikit. Dah siap...
Nyum... sedap.
Saturday, February 1, 2020
Taman tasik titiwangsa
Setelah setahun taman tasik titiwangsa ni ditutup untuk kerja-kerja naik taraf akhirnya dibuka juga pada bulan 12 lepas. Kalau ikutkan, bukak bulan jan 2020 tapi sebab ramai yang tak sabar nak datang masa cuti sekolah haritu, dibuka jugak.
Masa bulan 12 haritu saya dah datang juga. Saya datang hari jumaat, jadi kolam main air kanak-kanak ditutup untuk kerja permbersihan. Jadi kita layan sahaja apa yang ada.
Best.. best sangat. Walaupun permainan nampak tak berapa banyak tapi pada saya yang anak ramai ni sangat-sangat selesa. Kalau yang dulu, saya dan suami akan follow je anak-anak main. Sorang jaga 1 anak. Tak lepas mata. Tapi yang ni dah boleh sembang laki bini sambil mata je kejar anak. Pasalnya anak lari sana, sorang lari sini nampak je pegi mana. Playground nak main tu ada jaring-jaring pintu. Jadi tak lari sepah sangat la.
Lepas anak-anak main, turn mak ayah plak main.
Macam biasa, ada je yang sewa-sewa basikal tu. Haritu naik basikal yang 4 seat rm30/jam. Naeema, kendong pakai carear.
Monday, January 6, 2020
Persiapan sekolah anak darjah 2 dan tadika kemas 2020
Alhamdulillah..
Bermulanya episod persekolahan anak-anak.
Si abam dah masuk darjah 2. Si kakak pula tadika kemas 5tahun. Tahun pertama sekolah. Teruja betul dia nak sekolah. Al maklum la, sekolah ada playground.
Untuk abam iman, ada beberapa barang yang masih pakai yang lama.
Sekolah kebangsaan :
Beg (RM40) sponsor dari nenek. Beg lama dah rosak zipnya. Ingatkan nak repair sahaja tapi nenek dia beria-ria nak belanja beg.
Kasut (RM39)
Stokin (rm10 3pasang)
Tali pinggang pakai yang lama
Seluar (RM21 pasarayaku) seluar lama masih elok tapi sudah senteng.
Baju (RM18) ikutkan pakai baju lama pun ok. Tapi saya beli sepasang baru saya tengok baju lama masih elok. Hahaha..
Tali leher pun masih elok
Lencana dan tanda nama saya ambil semula dari baju lama. Tak membazir.
Buku latihan : RM 45.00 beli di koperasi sekolah
Sekolah agama :
Baju sekolah & sampin nenek dia yang jahitkan
Songkok (RM15 pasarayaku)
Stokin & kasut pakai sekolah kebangsaan punya.
Beg sekolah pakai darjah 1 punya.
Yuran (RM98) termasuk PIBG untuk bulan jan (RM40)
Untuk bulan seterusnya RM20 sebulan.
Buku latihan (RM35)
Stationaries & bekas air beli di MR DIY dan kedai ECO RM2.10. Sekali beli banyak terus sebab dari pengalaman lepas, memang asyik hilang sahaja.
Antara barang yang dah siap. Ada lagi yang belum beli.
Untuk si kakak Ca,
Baju putih untuk sementara dapat uniform (RM12)
Tudung putih (RM8)
Seluar (RM12)
Kasut tak ada saiz jadi pakai sahaja kasut raya dahulu. Nanti tengah tahun baru cari kasut hitam.
Baju uniform biru (RM30)
Baju sukan (RM30)
Tudung biru (RM10)
Baju jumaat (RM50)
Yuran dan buku (RM40.60)
Yuran sekolah (RM50) termasuk yuran bulan januari. Bulan seterusnya RM25 setiap bulan.
Alhamdulillah.. selesai semua pembayaran. Bila anak-anak nak masuk sekolah ni la saya asyik teringat kejadian bulan 12 tahun lepas. Kes kedua kereta kemalangan hingga semua kerja tertangguh sebulan. Suami tak dapat pergi kerja sebab masa tu suami ambil upah buat rumah orang. Kereta digunakan untuk angkat barang kontraktor. Kerja saya juga terbengkalai sebab tiada kenderaan untuk restok barang kedai.
Masa tu malu untuk mintak tolong. Suami beli buku sekolah anak pun dengan berjalan kaki sahaja. Nasib la saya sedang sarat mengandung masa tu, pergi ke klinik pinjam moto jiran. Jika tak sarat, mungkin juga saya ke klinik berjalan kaki..
Allah....bila ingat balik, saya bersyukur sangat diuji sekecil itu sahaja. Sebab rupanya saya kuat walaupun masa tu betapa stressnya saya.
Alhamdulillah.. waktu-waktu itu juga ada sahaja yang datang hulurkan bantuan walaupun tanpa dicanang aibnya. Alhamdulillah....
Kenangan...
Sunday, January 5, 2020
Visit Perak December 2019 - day 2
Awal-awal pagi terus periksa facebook MAPS. Alhamdulillah dah bukak. Jadi pagi tu sarapan di homestay dan siap-siap check out. Sampai di MAPS jam 11 pagi. Tak ramai orang. Untuk tiket, saya beli di shopee untuk package unlimited ride. Rm40 untuk 1 tiket. Tapi kalau tak nak beli tiket pun tak pe. Boleh je masuk dulu dan survey nak main apa. Baru beli card untuk main. Balance card juga boleh redeem bila dah abis main.
Untuk saya, saya rasa sangat-sangat TAK BERBALOI untuk beli UNLIMITED RIDE ni. Sebabnya:
- Masa saya datang ni, walaupun katanya masalah teknikal sudah dibaiki, tapi masih belum sepenuhnya pulih. Dari 18 ride yang available, dalam 7 ride yang tutup/under maintainance/renovation/tak ada aircond.
- Untuk anak 100cm kebawah, rasanya tak perlu beli langsung tiket unlimited ni. Sebab tak banyak mainan yang boleh main. Untuk Ca, walaupun kat rumah dah siap-siap ukur lebih 100cm, tapi scale kat sini jadi tak lepas.
- Masa saya datang, musim hujan. Pagi-pagi dah main semua. Bila pusing balik untuk repeat, hujan start turun dan semua ride yang diluar tutup. Cuma indoor ride sahaja dibuka. Tu pun tak banyak.
Masing-masing masih excited masa ni.
Boboiboi 4d - Masalah teknikal.
Stund legends - Terbaik. Pengubat kekecewaan.
Coral kingdom - Tak ada air cond tapi boleh main. Risiko tanggung sendiri.
Red baron - Ok. Hujan dia tutup.
Fantacy carousel - Ok. Hujan-hujan pun jalan.
Whirling wizard - Tutup
Crystal quest - Tutup
Cave of wonder - Tutup
Space x-plorers - Tutup
Hyperspin - Tak mabuk sangat compare naik kat genting & time square dulu.
Astreoid attact - Tak sempat naik dah hujan.
Playland - Ada yang ada additional charges.
Kid studio - Ada additional charges.
Wormhole technologies - Best jugak.
Bumper blast - Bumper car. 2nd round Ca tak boleh naik. 1st tu lepas sebab dia tak perasan kot.
Dark ride - Ok je. Indoor. So boleh repeat.
Gravity tower - Hahaha... sakit jantung naik. Tapi nak repeat tak dapat sebab hujan.
MAPS theater - Tulis open. Pintu terbukak tapi wire dan kotak sepah-sepah. Rupanya tengah renovate. Tutup.
Nampak tak betapa banyaknya mainan yang tak boleh main untuk pakej yang saya ambil tu.
Ni senarai untuk ride lain yang tak termasuk dalam pakej. Yang peliknya, waktu hujan, ride-ride yang outdoor ada je yang boleh main. Huh...
Red baron
Wormhole technologies. Tengok Naeema sangat2 glowing. Hahaha.
Ambil gambar dengan maskot. rm3 per family. Yang ambil pakej macam saya, free.
Ni stunt yang drift kereta.
Budak-budak baru berani nak buat aksi pose. Hahaha...
Sebab saya tak pernah datang sini dan cuma google sahaja info, jadi saya sangat kecewa. Banyak gambar google yang ada Boboiboy hero academy, The Smurf, The Croods dan beberapa kartoon lain tu sudah tiada. Katanya dulu ada persembahan ala-ala parade di laluan utama. Tapi sekarang sudah tiada.
Saya datang jam 11, ikut jadual Boboiboy ada jam 2 dab stunt kereta jam 3. Jadi sempat main mainan dulu. Cuma kene alert la timing.
Untuk boboiboy 4d, sesampai je ke MAPS tanya jam berapa mula, katanya jam 2. Dari jam 2 hingga jam 2.30 saya tunggu beratur di hadapan pintu. Jam 2.40 baru staff datang dan bagitau ada masalah teknikal. Sangat-sangat kecewa sebab rancangan utama ke MAPS adalah untuk Boboiboy. Nasib la ada boboiboy maskot tu. Boboiboy roller coaster pun anak-anak bukan boleh naik sebab masing-masing tak cukup ketinggian..
Jadi, percutian ke MAPS kalau tanya saya, memang saya sangat-sangat kecewa.
Walaupun begitu, anak-anak seronok sahaja. Biasa la bukan diorang tau apa. Diorang tau main je. Siap cakap lain kali nak datang lagi. Saya senyum sahaja la. Lain kali mungkin tidak. Melainkan ada perubahan dan penambahbaikan boleh la datang lagi.
Ah lupa satu lagi. Kedai makan agak terhad. Untuk snack, air agak banyak juga dijual. Tapi makanan berat seperti nasi dan mee tak banyak dijual. Jam 1 tghari masih belum siap masak. Yang ada cuma nasi kandar sahaja. Terpaksa juga kami makan walaupun nasi kandar adalah hidangan terakhir yang saya akan beli biasanya. Terpaksa juga telan untuk alas perut lepas penat main. Sebesar-besar Starship restaurant juga tutup. Huh..
Visit Perak December 2019 - day 1
Cuti akhir tahun, kami plan ke Perak. Tujuan utamanya adalah untuk ke MAPS (Movie Animation Park Studio).
Anak-anak la yang paling seronok macam biasa. Gerak dari rumah di Rawang seawal jam 6 pagi. Lepas solat subuh terus jalan. Anak-anak dah teruja, jam 5 pagi lagi dah bangun dan segarkan diri.
Berhenti di R&R Tapah untuk tunggu kakak ipar & suaminya. Mak lang dan pak lang budak-budak ni la pangkatnya. Sambil-sambil tu, saya alas perut jugak di sini. Makan nasi lemak dengan air coke. Tiba-tiba je saya rasa ada banyak angin dalam badan hingga pening dan nak muntah. Minum coke untuk mudah sedawa. Biasanya memang berkesan. Anak-anak main ditaman permainan disitu.
Kak noi sampai dalam 45min kemudianya dan kami terus menuju ke Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Sampai di sana dalam jam 9 pagi. Banyak kedai-kedai makanan dan mainan dijual disini.
Ada juga bot untuk ke seberang sana Gunung Lang.
Tiket bot :
Dewasa : RM3
Kanak-kanak : RM1.50
Makanan ikan : RM1
Di seberang sana Gunung Lang ada mini zoo. Ada burung merpati yang besar macam ayam, kuang, burung unta, emu, rusa, lembu dan beberapa lagi haiwan.
Ada juga taman permainan, rumah perak, menara tinjau. Agak seronok sebenarnya disini. Cantik sebab dikelilingi gunung batu kapur. Kami tak lama disini sebab rancangnya nak ke MAPS harini.
Jadi sebelum masuk ke MAPS, kami isi perut dulu di kawasan berhampiran. Siap makan, alang-alang sudah tengahari kami terus check in homestay dulu. Nanti dah masuk MAPS, entah jam berapa pula keluar. Kami stay di Putrie Homestay di taman Meru. 5min je nak ke MAPS.
Alhamdulillah. Rumah sangat bersih dan cantik. 3 bilik tidur. 2 bilik tidur ada katil queen dan aircond. 1 bilik lg, kipas dan toto. Ada astro, dapur, meja makan, mesin basuh, petiais dan lengkap la saya kirakan. Memang puas hati dengan rumah ni. 1 malam, kami dapat dengan harga RM150.
Dalam jam 2 petang, kami menuju ke MAPS. Malangnya, MAPS tutup walaupun sepatutnya bukak setiap hari cuti sekolah ni. Katanya ada masalah dengan bekalan elektrik. Esok pun belum tentu dibuka. Akan di warwarkan di facebook katanya.
Dengan hati yang sangat kecewa, kami terus ubah plan. Plan yang disusun untuk hari esok, kami bawa ke harini. Pulang sekejap ke homestay untuk berkemas-kemas. Plan nak ke kellies castle dan hotspring.
Kellies castle ni antara destinasi yang paling saya nak pergi tiap kali ke perak. Ye la, saya suka tempat sejarah ni. Lagi-lagi binaan lama dan hampir runtuh macam ni. Ada sejarah dan cerita disebalik runtuhan batu-batu tu.
Untuk masuk, tiket berharga rm5 untuk dewasa dan rm3 untuk kanak-kanak. Harga ni untuk warganegara ye. Jadi jangan lupa bawa ic.
Istana ni sebenarnya tak pernah siap. Kalau siap dia merupakan binaan pertama yang ada lif di tanah melayu ketika tu.
Saya memang kagum dengan binaan dan struktur bangunan ni. Walaupun dah berpuluh tahun, tapi masih lagi berdiri megah. Depan istana ni ada sungai. Andai kata istana ni siap dan kellie tak mati awal, mesti cantik istana ni.
Ambil gambar dulu sebelum masuk.
Jambatan ni untuk rentas sungai. Masa saya datang, ada beberapa orang lelaki tengah menjala ikan. Geram jugak rasanya nak terjun masuk sungai sekali sebab cuaca agak panas masatu.
Susunan ruang tamu untuk istana kellie ni. Istana ni dibuat berperingkat-peringkat sebenarnya.
Cantikkan view ni. Istana atas bukit tepi sungai. Macam idaman zaman kanak-kanak dulu.
Siap jalan-jalan dan mengkagumi sejarah, kami ke hot spring & waterfall Lubuk Timah pula. Tak sempat nak ambil gambar di hotspring sebab masa sedang seronok mandi, awan dah gelap dan bunyi guruh. Risaukan kejadian kepala air, kami masing-masing terus bersiap dan pulang ke homestay. Masuk sini tiker untuk dewasa RM5 dan kanak-kanak RM3.
Ok sangat tempat ni. Selesa dan bersih. Penat main air, kami pulang ke homestay. Masak-masak dan makan-makan. Anak-anak tidur keletihan. Ajak makan pun tak boleh bangun.
Lepas makan, bincang-bincang untuk back up plan esok. Dalam jam 9, keluar jalan-jalan ke pasar larut malam dan dataran amanjaya.
Di pasar larut malam, biasa-biasa aje. Tapi yang tak selesa bila ramai yang merokok dan vape. Jadi jalan di balik khemah-khemah tu jadi sesak nafas. Tak beli apa pun disitu sebab tak selesa. Terus ke dataran.
Penuh lampu warna-warni dan kereta hiasan yang comel-comel untuk disewa. Anak-anak nak main tapi suami tak izinkan sebab sudah lewat sangat. Masatu sudah lebih jam 12malam. Kami sekadang melihat-lihat dan terus ke homestay untuk berehat.
Semoga esok MAPS bukak...
Monday, December 16, 2019
Kampung baru, KL syurga makanan
Selama hampir 10 tahun duduk sini, baru tahun ni saya jejak kaki ke kg baru, KL. Selama ni dengar-dengar je pasal kg baru. Rupanya memang syok juga sesekali jalan dan makan-makan disini.
Untuk orang yang tak berapa suka jalan di mall dan tinggal di kota macam saya, sesekali jalan di sini memang la seronok.
Haritu ada delivery ke Seri Kembangan, jadi ajak suami sambil-sambil lepak di kg baru. Biasanya pergi waktu siang. Kira ini pertama kali datang waktu malam. Kebetulan juga parking ada betul-betul di hadapan gerai nasi lemak Antarabangsa. Kirakan ni pertama kali juga saya ke kawasan itu. Biasanya pergi di dalam lagi sebab kawasan ni memang penuh orang.
Seronok dapat jalan sini. Anak-anak lagi la seronok. Malan-makan, tengok lampu, tengok klcc dan KL tower di malam hari.
Kek Polis PDRM dan tips dapatkan warna biru polis
Kek ni ditempah oleh customer dari Rawang. 7inci moist choc cake dengan choc ganache dan swiss meringue buttercream. Dekorasi menggunakan edible image dan fondant.
Saya gunakan teknik tekap untuk hasilkan pistol fondant tu. Tambahkan cmc untuk bagi fondant mudah keras supaya dapat berdiri tegak seperti dalam gambar.
Untuk dapatkan buttercream warna biru polis pdrm ni, saya campurkan beberapa warna. Saya berekperiment juga untuk dapatkan warna yang tepat. Antaranya adalah warna biru, royal blue, hitam dan merah. Mulanya buttercream akan jadi biru kelabu. Jadi saya perap buttercream selama 1 malam.
Sunday, December 15, 2019
Burger king deal shopee 12.12
Siapa yang rajin shopping online kat sini? Rasanya siapa yang rajin online, rajin jugak dia shopping online kan.
So far, saya suka shopping di shopee. Dulu saya shopping di lazada & zalora. Tapi bila banyak review lazada beli barang lain, dapat barang lain saya tak beli sangat da. Zalora pula dah tak shopping situ sebab banyak baju fesyen modern muslimah. Saya lebih kepada syarie muslimah.
Dari pemerhatian saya, shopping di shopee lebih mudah dan murah. Juga secure. Mungkin sebab saya dah biasa so saya tau do & dont to do. Juga saya ada jual barang di shopee jadi rajin saya add to cart di shopee. Hahaha..
Kalau biasa shopping di shopee, date-date istimewa macam 11-11,12-12 memang banyak deal yang menarik. Free shipping, voucher & cashback banyak time ni. So plan ur shopping time. Hahaha....
Biasanya saya shopping barang. Tapi utk 12-12 kali ni, saya cuba beli voucher burgerking rm12. Kebetulan je 12-12 haritu ada delivery kek ke area anggun rawang. Jadi lepas delivery, ajak anak-anak jalan.
Pusing-pusing di Aeon, teringat deal burgerking di shopee. Tanya suami, nak cuba ke? Suami on, saya pun terus add to cart dan bayar. On the spot dapat notification voucher code dan terus buat pesanan di kaunter. Mudah dan murah. Alhamdulillah...
Sunday, December 8, 2019
Marry Brown Caltex Sg Choh
Fast food paling dekat dengan rumah rasanya kot. Baru je bukan dalam tengah tahun. Selalu berhenti isi minyak je kat situ tak pernah pulak nak menyinggah. Seingat saya, saya pernah makan marry brown ni 2kali je. Sekali masa kat KLIA sebelum naik flight ke Krabi. Dan sekali lagi masa jalan-jalan kat Genting. Masa kat Genting saya order bubur sebab kawan-kawan cakap bubur dia sedap. Dan masa di KLIA saya makan fish & chip.
Pada saya biasa je rasanya. Tak ada yang special sangat. Mungkin sebab lebih teruja nak berjalan dari makan fast food kot. Hahaha..
Semalam balik dari hantar kek kahwin ke Rawang Perdana, anak-anak dah kebulur dalam kereta. Baby Naeema pun menangis-nangis tak nak duduk di car seat. Saya yang memandu agak serabut dengar jeritan dia. Terus berhenti kejap di Marry Brown. Sambil-sambil cuba makan sini.
Masuk je rasa macam wow.. waktu tu memang tak ramai orang jadi memang rasa sangat selesa. Meja luas dan bersih. Environment yang sangat selesa. Ruang bermain yang bersih dan cantik. Memang rasa selesa.
Mulanya saya order kiddy meal set burget dan bubur sahaja untuk anak-anak. Tapi selepas rasa dan tengok anak makan, terus saya order snack meal untuk saya. 2ketul ayam, 1 mashed potatoes, 1 salad dan 1 bun. Sedap pula saya rasa bun dia. Hahaha.. maklumlah tak pernah makan.
Alhamdulillah anak-anak enjoy makan dan main kat situ. Dapat pula toy utk set kiddy meal tu. Lagi la mereka seronok. Naeema pula enjoy je.
Siap makan, anak-anak pun dah tenang boleh la teruskan pemanduan pulang ke rumah. Lain kali boleh ajak suami makan sini lagi. Seronok dan puas hati.
Saturday, December 7, 2019
Kek ultraman dan tips dapatkan buttercream warna merah menyala
Kek ni sebenarnya di tempah last minit. Memandangkan saya tak de kerja lain waktu tu, saya ambil je. Order jam 12, nak pick up jam 8mlm. Dah ambil order baru terfikir nak cari toy kat mana. Hahahaha...
Biasanya saya akan cari toy cake di bakery atau online. Tapi bakery agak jauh sikit jadi saya cuba-cuba sahaja cari di kedai mamak. Alhamdulillah ada toy banyak ni. Customer nak 5ketul pula tu. Ngam ngam sahaja la.
Barang-barang lain semua dah ada di rumah, jadi terus balik dan baking. Pertama sekali buat cream sebab nak dapatkan warna cream merah pekat biasanya kena perap sekejap.
Ini dia tips dapat warna buttercream merah menyala macamni dengan tambah sedikit pewarna coklat dan oren kedalam buttercream merah. Kemudian perap sekejap (dalam 15 ke 30 min) dalam bekas gelap.
Untuk kek ni, siap baking dan biarkan kek sejuk cream pun sudah ready. Warna sudah naik macam dalam gambar. Puas hati rasanya.
Dulu masa mula-mula buat kek, mmng susah nk dapatkan warna macamni. Nak letak pewarna banyak-banyak rasa tak sesuai sebab anak-anak yang akan makan. Jadi teknik perap ni boleh jadi trick untuk selesaikan masalah. Boleh juga apply untuk warnakan fondant.
Wednesday, December 4, 2019
Frozen 2
Untuk mak ayah yang ada anak perempuan, mesti faham demam frozen macamana. Bukan anak-anak je yang suka rasanya, kakak-kakak dan mak-mak pun layan movie frozen ni. Pada saya sendiri, karton disney memang tak pernah mengecewakan.
Hari ke 3 ditayangkan saya tak dapat tahan diri nak pergi tengok juga. Kebetulan suami balik kerja awal sedikit dari biasa. Saya tengok tiket online tgv masih ada empty seat utk jam 8malam jadi cepat-cepat beli. Anak 3 jadi saya beli 2 tiket couple seat total rm82.00. Beli melalui online dan akan terima pengesahan melalui email. Jadi nak masuk nanti tinggal scan sahaja.
Bila bagitau si alisha yang kita akan menonton wayang frozen 2, dia la yang paling beria-ia. Dah dia ajak dari mula thriller ditayangkan di astro. Tapi macam biasa la, dia punya barang masuk wayang macam nak pergi balik kampung. Siap bawak penutup telinga untuk Naeema. Takut bising Naeema nak tidur katanya. Pulak tu sibuk nak pakai baju frozen dan ikat rambut macam elsa.
Untuk Frozen 2, bagi saya, sangat-sangat enjoy tengok. Kelakar dan lagu-lagunya best. Alisha keluar wayang terus menyanyi-nyanyi.
Rasa nak pergi tengok lagi pula. Hahaha..
Untuk movie egen Ali the movie, saya masih belum menonton. Sebab saya jarang tengok rancangan ni di tv. Tapi rata-rata kawan-kawan yang dah tengok kata best. Saya ajak si Iman, tapi dia tak mau. Dia lebih kepada movie boboiboy jadi dia tak heran movie lain. Hahaha...
Friday, November 29, 2019
Gigit hujung bucu
Bila travel, samada long distance atau short distance. Mesti kadang ada je ragamnya. Lagi-lagi bila handle 3kids without husband.
Kalini saya ke klinik serendah sebab si Iman batuk-batuk dah lebih 2minggu. Dari pengalaman lepas, kalau batuk tak baik-baik jugak lepas makan ubat, sila la ke klinik. Di kuatiri tibi. Tibi ni bahaya dan boleh tersebar ke orang sekeliling kita. Dan ia juga boleh bawa maut.
Sebelum sampai klinik, saya dah tapau makanan siap-siap. Biasanya beli kuih je sebab senang nak makan. Tapi kuih habis masa saya datang. Jadi bungkus mee dalam plastik.
Nak makan, koyakkan hujung bucu dan makan. Mula-mula sibuk jugak mintak sudu nak makan. Tapi saya tak bagi sebab risau makan tumpah-tumpah. Lama-lama seronok pula mereka makan macam tu.
Alhamdulillah..result sample kahak dan ujian tibi dan xray, iman baik-baik sahaja. Saya suka klinik kerajaan sebab memang detail pemeriksaannya. Cuma kena tunggu lama. Biasa la, nak makan kfc pun kadang kene tunggu jugak ayam siap goreng.
Tuesday, November 5, 2019
Ikan kembung masak lemak tauchu
Harini teringin makan ikan kembung. Suami jenis tak berapa makan ikan ni, jadi saya memang jarang-jarang masak ikan. Saya pulak bukan jenis masak tiga empat lauk. Cukup satu jenis lauk dan satu sayur. Kalau banyak-banyak pastu tak habis mula la saya stress dan down.
Haritu mama datang rumah saya dan saya masak tauchu lemak ni. Dulu masa sekolah asrama paling saya tak suka kalau ada menu ikan masak tauchu ni. Tapi resepi mak saya lain sikit, jadi memang kena dengan selera saya.
Bahan-bahan
- Ikan kembung
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili
- Tauchu
- Santan
Cara-cara
- Goreng ikan bersama kunyit dan perasakan dengan garam
- Potong bawang merah, bawang putih dan cili. Saya tak potong sebab anak-anak tak makan pedas.
- Tumis bahan-bahan yang telah dihiris tadi. Masukkan tauchu dan santan.
- Masukkan ikan goreng.
- Tambah garam jika perlu sbb biasanya tauchu ni dah masih. Kalau da cukup masin, tak perlu letak garan lagi.
- Siap...
Boleh juga letak tomato atau kucai jika mau. Tapi kali ni saya buat kosong sebab ada sayur lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)