Monday, January 6, 2020

Persiapan sekolah anak darjah 2 dan tadika kemas 2020

Alhamdulillah.. 

Bermulanya episod persekolahan anak-anak.

Si abam dah masuk darjah 2. Si kakak pula tadika kemas 5tahun. Tahun pertama sekolah. Teruja betul dia nak sekolah. Al maklum la, sekolah ada playground. 

Untuk abam iman, ada beberapa barang yang masih pakai yang lama. 

Sekolah kebangsaan : 

Beg (RM40) sponsor dari nenek. Beg lama dah rosak zipnya. Ingatkan nak repair sahaja tapi nenek dia beria-ria nak belanja beg. 
Kasut (RM39)
Stokin (rm10 3pasang)
Tali pinggang pakai yang lama
Seluar (RM21 pasarayaku) seluar  lama masih elok tapi sudah senteng.
Baju (RM18) ikutkan pakai baju lama pun ok. Tapi saya beli sepasang baru saya tengok baju lama masih elok. Hahaha..
Tali leher pun masih elok
Lencana dan tanda nama saya ambil semula dari baju lama. Tak membazir.
Buku latihan : RM 45.00 beli di koperasi sekolah

Sekolah agama :
Baju sekolah & sampin nenek dia yang jahitkan
Songkok (RM15 pasarayaku)
Stokin & kasut pakai sekolah kebangsaan punya. 
Beg sekolah pakai darjah 1 punya. 
Yuran (RM98) termasuk PIBG untuk bulan jan (RM40)
Untuk bulan seterusnya RM20 sebulan.
Buku latihan (RM35)

Stationaries & bekas air beli di MR DIY dan kedai ECO RM2.10. Sekali beli banyak terus sebab dari pengalaman lepas, memang asyik hilang sahaja. 

Antara barang yang dah siap. Ada lagi yang belum beli.

Untuk si kakak Ca,

Baju putih untuk sementara dapat uniform (RM12)
Tudung putih (RM8)
Seluar (RM12)
Kasut tak ada saiz jadi pakai sahaja kasut raya dahulu. Nanti tengah tahun baru cari kasut hitam.
Baju uniform biru (RM30)
Baju sukan (RM30)
Tudung biru (RM10)
Baju jumaat (RM50)
Yuran dan buku (RM40.60)
Yuran sekolah (RM50) termasuk yuran bulan januari. Bulan seterusnya RM25 setiap bulan.

Alhamdulillah.. selesai semua pembayaran. Bila anak-anak nak masuk sekolah ni la saya asyik teringat kejadian bulan 12 tahun lepas. Kes kedua kereta kemalangan hingga semua kerja tertangguh sebulan. Suami tak dapat pergi kerja sebab masa tu suami ambil upah buat rumah orang. Kereta digunakan untuk angkat barang kontraktor. Kerja saya juga terbengkalai sebab tiada kenderaan untuk restok barang kedai.

Masa tu malu untuk mintak tolong. Suami beli buku sekolah anak pun dengan berjalan kaki sahaja. Nasib la saya sedang sarat mengandung masa tu, pergi ke klinik pinjam moto jiran. Jika tak sarat, mungkin juga saya ke klinik berjalan kaki..

Allah....bila ingat balik, saya bersyukur sangat diuji sekecil itu sahaja. Sebab rupanya saya kuat walaupun masa tu betapa stressnya saya.

Alhamdulillah.. waktu-waktu itu juga ada sahaja yang datang hulurkan bantuan walaupun tanpa dicanang aibnya. Alhamdulillah....


Kenangan...

No comments: