*waktu aku tulis entry ni, si baby sudah pun 5bulan lebih usianya..
Alhamdulillah… proses bersalin kalini lebih mudah dan cepat. Aku selalu risaukan si abang iman dan si kakak lisha bila aku nak bersalin. Yela, masa bersalinkan alisha dulu, iman aku hantar rumah kak jat. Tak apa lagi sebab anak sorang dan iman memang jenis tak banyak perangai. Ni bila dah ada geng, risau juga dia meligat di rumah orang. Kejar kucing orang, pecahkan barang orang. Masa terminate arwah baby umar pun kak jat kata alisha pecahkan perfume dia yang beli kat US dulu. Huhuhu… jadi aku sangat-sangat risau. Dengan iman sekolah lagi. Suami yang mula kerja GRAB (tak tau dimana dia kalau-kalau dah tiba waktu nak bersalin.
10 feb 2019 (ahad) lebih kurang jam 12 tengahari dah mula rasa perut keras-keras. Macam biasa dah dekat nak due ni, masak ringkas-ringkas je untuk anak. Barang-barang baby dah siap kemas. 3beg semuanya. Suami kerja macam biasa. Plan malam nak tukar barang kereta. Appointment dengan bengkel jam 9mlm. Kak noi pulak nak dating hantar mak mertua ke rumah. Jadi kemas-kemas rumah ala kadar sahaja.
4petang – kontraksi rasa semakin kuat dan kerap. Install apps ni kat phone untuk track kontrasi. Tapi sakit masih lagi boleh tahan. Blum bagitau suami lagi yang dah sakit-sakit. Cuma pesan jangan amik job jauh-jauh je la.
7mlm – kontraksi makin kerap. Tapi masih tak yakin sebab bersalinkan alisha dan iman dulu pun macam ni jugak. Tapi pegi hospital disuruh balik dulu. Aku screenshot apps dan hantar kat kak dayang. Dia kata dah boleh pegi hospital da. Jadi terus whatapps suami bagitau dah start sakit. Suami pun memang dah odw balik sebab kak noi nak datang lepas magrib.
8mlm – kak noi datang, aku tak mampu nak keluar layan. Duduk je dalam bilik. Plan nak ke hospital lepas suami hantar kereta ke bengkel dalam jam 10 gitu.
9mlm – kak noi balik dan terus ke hospital. Suami kata bengkel postpone esok sebab pome nada urusan lain. Alhamdulillah. Allah S.W.T permudahkan perjalanan aku.
10.30mlm – masuk ke dewan bersalin. Anak-anak tinggal dengan suami sahaja memandangkan kanak-kanak tak boleh masuk dewan bersalin. Suami lari-lari nak hantar barang dan dokumen sebab tinggalkan anak kejap di kereta.
Aku pulak kat dalam dewan bersalin layan kontraksi sendiri. Tak ada orang malam tu. Doctor cek bukaan dah 3cm dan kontraksi memang ada. Jadi dia daftarkan wad untuk aku. Anggaran bersalin mungkin esok. Jadi jarum pun dia pasang siap-siap. Dia pesan kalau sakit sangat, nak mintak pain killer boleh bagitau.
12 mlm – sudah mula rasa sakit sangat. Aku panggil nurse mintak pain killer dan dia suruh tunggu kejap. Sebab tak ada pesakit lain, nurse suruh aku baring je di katil.
11 feb 2019 (isnin)
12.30 pagi – doctor datang cek lagi bukaan. Sebab nak bagi pain killer, kene cek dulu katanya. Dia terkejut sebab bukaan dan 6cm. terus nurse siapkan aku dan tolak ke labour room. Pain killer pun tak bagi sebab kata bukaan dan 6cm. takut baby tidur dan lemas nanti. So bertabah lah aku tahan sakit original nak bersalin.
Suami naik kejap je jumpa aku dalam labour room pastu kene ‘halau’ dengan doctor dan nurse sebab diorang tau anak-anak kene tinggal dalam kereta. Hahaha.. “suami jangan risau ye. Kita jagakan isteri awak. Kita ramai ni. Jangan risau. Pegi jaga anak sana” aku ingat lagi ayat-ayat nurse & doctor tu. Hahaha..
1.38pagi – lahir la baby comel botak menangis-nangis lepas 3 kali teran. Bila teringat balik memang seriau. Hahaha.. baby comel berat 3.0kg. lepas kene jahit, baby susu, sempat jumpa ayah dia dan qamatkan kat telinga, aku dan baby naik ke wad jam 3pagi.
Sampai wad, ingat nak mintak 2nd class tadi dah penuh. Jadi masuk je la 3rd class. Lagipun nurse cakap kalau tak ada apa-apa masalah biasanya tengahari dah boleh keluar. Alhamdulillah. Jam 2 dah boleh keluar. Suami datang jemput jam 4 petang. Paginya suami dan anak-anak balik umah jam 3 pagi. Kesian kat abang iman sbb esoknya nak sekolah.
Alhamdullillah.. tiap kali aku throwback je,aku rasa insaf gila. Rasa bersyukur sangat-sangat. Semua yang aku hajatkan dan mintak kat Allah S.W.T, Allah S.W.T izinkan.
1. Permudahkan urusan aku, suami aku dan anak-anak aku.
a. Urusan aku sebab aku buat kek sampai order terakhir aku siap baru aku start rasa sakit-sakit.
b. Urusan suami sebab suami balik awal, tak dapat job hantar orang jauh-jauh & bengkel kereta pun kebetulan ada urusan lain.
c. Urusan anak sebab iman sekolah, tak de la aku risau siapa yang nak pick up iman, nak bg makan budak-budak
2. Permudahkan solat aku sebab aku bersalin tengah pagi buta. Sama macam masa bersalinkan alisha. Masa bersalinkan iman dulu aku sakit terlantar 2hari tak solat.
3. Allah pelihara aurat aku. Walaupun aku bersalin hospital gomen, malam tu taka da 1 pun staff lelaki dan non muslim yang jaga aku. Cantiknya peraturan Allah…
Insafkan…
No comments:
Post a Comment