*from My little sharing post date Dec 23,2018
Berat rasa hati nak melangkah ke tahun baru. Dengan anak nak naik darjah 1, due date semakin dekat, dugaan suami kene main dengan business partner. Ni lagi dugaan baru dua-dua kereta terlibat dengan kemalangan.
Kereta persona kene langgar dari belakang masa balik hantar kek. Alhamdulillah sempat hantar. Kalau tak, tak tau nak buat macamana sbb dah janji dengan customer.
Masa tu hujan dari petang jadi jalan agak licin. Dari tol petaling jaya ke sungai buaya. Kena langgar di area rawang. Sebelum kemalangan, kami baru lepas lokasi kemalangan maut. Jadi kereta memang tak berapa laju. Pandu di lorong kanan. Tiba-tiba kereta depan brek mengejut. Kereta kami sempat juga brek. Mungkin seinci lagi nak langgar kereta depan.
Tapi malangnya kereta belakang tak sempat brek dan langgar kami. Hentaman yang sangat kuat buatkan kami langgar kereta depan dan kereta depan langgar kereta satu lagi. Jadi 4 kereta yang terlibat.
Anak-anak yang tidur di seat belakang menangis sekejap dan kemudian sambung tidur balik. Mujur tiada kecederaan.
Keadaan kereta memang teruk dan tak boleh jalan. Allah.. Berat sungguh dugaan.
Tak lama lepas kemalangan je, datang runner towing. Call sana, call sini, kereta naik towing dan terus pegi balai polis buat report. Kemalangan dalam jam 10malam. Jam 2pagi juga siap semua dan runner towing hantar balik rumah.
Anak-anak memang menagis bila kejut ajak balik. Baru mereka perasan kereta dah remuk teruk. Allah...
Sejak kereta persona masuk bengkel, semua urusan pakai kereta kancil. Terpaksa bergilir-gilir pakai kereta dengan suami. Nasib baik anak masih bercuti.
Hari jumaat haritu ada customer last minute order kek. Kebetulan memang tengah free, kita ambil la. Selalunya suami memang tak kerja malam dan sabtu ahad. Jadi saya confirmkan sahaja dengan customer.
Bila check barang kedai, ada beberapa barang yang dah abis. Kenalah pegi beli sekejap. Suami pulak tiba-tiba kerja malam. Jadi terpaksa tangguh beli barang hari sabtu pagi tu. Malam tu saya siapkan dulu mana-mana bahagian kek yang boleh disiapkan. Jam 2 pagi jugak tidur.
Pagi sabtunya, sekali lagi suami kena masuk kerja. Jadi saya hantar sahaja suami ke rumah kawan dia dan saya terus ke kedai bakery. Siap urusan, terus balik nak siapkan kek.
Entah macamana saya boleh terlelap dan terus masuk ke dalam semak. Mujur Alhamdulillah bukan masuk gaung. Panic, takut, sedih dan semua perasaan jadi satu. Menggigil tangan saya. Anak-anak menangis ketakutan sebab kali ni mereka sedar dan nampak kejadian.
Ada beberapa orang yang berhenti dan tolong. Terima kasih.
Keadaan kereta juga teruk. Tak boleh bergerak langsung. Dugaan sungguh buat saya dan suami.
Merasa juga anak-anak jalan kaki balik ke rumah. Allah.. Kesian..
No comments:
Post a Comment