Tuesday, July 16, 2019

Resepi asam pedas ikan kembung

Seminggu ni asyik rasa macam tak ada selera pula. Perut kerap rasa lapar tapi tak ada mood nak makan. Jadi saya cuba masak asam pedas ikan kembung. Rasa pedas, masam dia insyaAllah membantu menaikkan selera. InsyaAllah la. Biasa itu yang saya akan buat bila tak ada selera.

Alhamdulillah.. selera pun ok selepas tu. Kadang-kadang lidah manja juga mintak belai. hahahah..

Disini saya kongsikan reseki mudah untuk asam pedas ikan kembung. Biasanya saya akan pakai ikan siakap untuk buat asam pedas. Tapi rasa bosan pula makan ikan siakap. Jadi saya gantikan dengan ikan kembung sederhana besar.

Bahan-bahan

  1. Ikan kembung 6 ekor
  2. Tomato 3 biji
  3. Lada Kering 2 genggam
  4. Bawang putih 3ulas
  5. Bawang merah 3 ulas
  6. Lada hitam 
  7. Belacan
  8. Garam
  9. Air asam jawa
  10. Gula
  11. Daun kesum 
  12. Bunga kantan
Cara-cara
  1. Blend cili kering, bawang putih, bawang merah, lada hitam dan belacan
  2. Tumis bahan-bahan blend dengan minyak hingga naik bau
  3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan (option)
  4. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih
  5. Masukkan tomato dan ikan dan perasakan dengan garam, gula dan asam jawa
  6. Biarkan hingga ikan masak & tutup api.
  7. Siap  


Alhamdulillah. Rezeki harini. Kebetulan ada lebihan roti 2 keping, saya buat makan sementara tunggu anak balik sekolah tengahari. Sedap buat cicah dengan kuah asam pedas. 




No comments: