Rupanya sudah 9 tahun saya berblog.
Sayang saya pada blog ni. Dari zaman belajar hingga bekerja dan sekarang sudah berbisnes.
Dari zaman putus cinta, bercinta lagi, kahwin dan sekarang beranak 3.
9 tahun perjalanan saya rasa saya semakin matang. Bila baca balik entry-entry lama, malu pula rasanya. Hahaha..
Hampir sahaja saya tutup blog ini. Saya dah pun buat blog baru sejak hujung tahun lepas. Tapi rasa kecintaan saya pada blog ni lebih mendalam. Jadi saya akan post semula entry-entry di blog baru kedalam blog ini. Saya tau tak ramai pun yang baca. Biarlah. Sudah jadi tabiat saya menulis sejak dari bangku sekolah.
Ingat lagi saya selalu menulis diari, cerpen pendek dan novel dalam buku latihan di asrama. Buku itu saya akan usung kesini sana. Tak pernah saya bagi kawan-kawan baca buku tu. Rupanya buku saya itu menjadi perhatian kawan-kawan.
Mereka berpakat alihkan perhatian saya ketika waktu prep dan curi-curi baca. Hahaha.. Tanti, lyn, husna dan arwah ain.. Nakal ye kamu dulu..
Bila sebut nama arwah ain, saya jadi sayu. Saya rindu dia. Kawan baik yang sama-sama nakal di tingkatan satu. Kami sama-sama belajar berdikari dan dia lah orang yang mengajar saya menjadi kuat.
Lepas arwah abah saya meninggal, saya berpindah sekolah ke johor dan tidak pernah berjumpa lagi. Pernah sekali saya terima surat dari dia tapi saya tidak membalasnya.
Beberapa tahun yang lepas, kawan-kawan lain ada berkongsi mengenai dirinya yang tidak sihat. Niat dihati saya nak datang melawatnya yang ketika itu berada di Seremban. Tapi sudah tiba masanya, dia pergi dulu.
Innalillah.. Terima kasih sahabat kerana menjaga aku dulu. Semoga ihsan kau terhadap aku dulu memberikan kau tempat di syurga nanti..
Amin..
No comments:
Post a Comment