Monday, April 30, 2012

Homemade Spaghetti Bolognese


Hi... Last week tibe-tibe teringin makan spegati. nak ajak hubby makan kat luar, hubby bukan peminat makanan yang luar biasa ni. nanti membazir dan rasa tak syok makan beria sorang-sorang. huhuhu... last-last bukak internet dan google. hasil carian, dapatlah resepi spaghetti bolognese ni.

walaupun dalam gambar nmpak macam xsedap, tapi bila makan... va va vooommmm kau... sedapnya.. siap boleh tambah lagi. kos buat pun cuma rm 20 je. huhuhu.... jom kite share resepi ye...

Bahan-bahan
  1. 1 paket spegati
  2. 1 paket daging lembu cincang
  3. 200 ml susu (aku pakai susu pekat manis)
  4. 1 ulas bawang putih dicincang
  5. 1 biji bawang besar dicincang
  6. 1 tin besar tomato puri
  7. 2 biji tomato didadu
  8. 1 biji lobak merak dicincang
  9. 1 batang celery
  10. 1 tin cendawan butang
  11. sedikit oregano
  12. sedikit garam
  13. sedikit minyak


Cara-cara
  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar spegati tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, garam dan gula secukup rasa. 
  7. Renah sos sehingga pekat. 
P/S: aku reneh sos smpai 2 jam sbb nak betul2 pekat. hahaha... habis gas aku. hahaha....

Nota kaki: resepi aku ambil kat cni. http://www.myresipi.com/top/detail/728 tapi dah ubah ikut bahan yang ada dirumah sahaja...

Hasil nya sangat memuaskan... nyum nyummm.... :)

2 comments:

Anonymous said...

nyumm.. nyummm .....

Anonymous said...

nyamiii.. nyami.....