Monday, December 16, 2019

Kampung baru, KL syurga makanan

Selama hampir 10 tahun duduk sini, baru tahun ni saya jejak kaki ke kg baru, KL. Selama ni dengar-dengar je pasal kg baru. Rupanya memang syok juga sesekali jalan dan makan-makan disini.

Untuk orang yang tak berapa suka jalan di mall dan tinggal di kota macam saya, sesekali jalan di sini memang la seronok. 

Haritu ada delivery ke Seri Kembangan, jadi ajak suami sambil-sambil lepak di kg baru. Biasanya pergi waktu siang. Kira ini pertama kali datang waktu malam. Kebetulan juga parking ada betul-betul di hadapan gerai nasi lemak Antarabangsa. Kirakan ni pertama kali juga saya ke kawasan itu. Biasanya pergi di dalam lagi sebab kawasan ni memang penuh orang. 

Seronok dapat jalan sini. Anak-anak lagi la seronok. Malan-makan, tengok lampu, tengok klcc dan KL tower di malam hari. 

Kek Polis PDRM dan tips dapatkan warna biru polis

Kek ni ditempah oleh customer dari Rawang. 7inci moist choc cake dengan choc ganache dan swiss meringue buttercream. Dekorasi menggunakan edible image dan fondant.

Saya gunakan teknik tekap untuk hasilkan pistol fondant tu. Tambahkan cmc untuk bagi fondant mudah keras supaya dapat berdiri tegak seperti dalam gambar. 

Untuk dapatkan buttercream warna biru polis pdrm ni, saya campurkan beberapa warna. Saya berekperiment juga untuk dapatkan warna yang tepat. Antaranya adalah warna biru, royal blue, hitam dan merah. Mulanya buttercream akan jadi biru kelabu. Jadi saya perap buttercream selama 1 malam. 

Keesokannya... wallaaahhh... jadi warna yang diimpikan


Sunday, December 15, 2019

Burger king deal shopee 12.12

Siapa yang rajin shopping online kat sini? Rasanya siapa yang rajin online, rajin jugak dia shopping online kan. 

So far, saya suka shopping di shopee. Dulu saya shopping di lazada & zalora. Tapi bila banyak review lazada beli barang lain, dapat barang lain saya tak beli sangat da. Zalora pula dah tak shopping situ sebab banyak baju fesyen modern muslimah. Saya lebih kepada syarie muslimah. 

Dari pemerhatian saya, shopping di shopee lebih mudah dan murah. Juga secure. Mungkin sebab saya dah biasa so saya tau do & dont to do. Juga saya ada jual barang di shopee jadi rajin saya add to cart di shopee. Hahaha..

Kalau biasa shopping di shopee, date-date istimewa macam 11-11,12-12 memang banyak deal yang menarik. Free shipping, voucher & cashback banyak time ni. So plan ur shopping time. Hahaha....

Biasanya saya shopping barang. Tapi utk 12-12 kali ni, saya cuba beli voucher burgerking rm12. Kebetulan je 12-12 haritu ada delivery kek ke area anggun rawang. Jadi lepas delivery, ajak anak-anak jalan. 

Pusing-pusing di Aeon, teringat deal burgerking di shopee. Tanya suami, nak cuba ke? Suami on, saya pun terus add to cart dan bayar. On the spot dapat notification voucher code dan terus buat pesanan di kaunter. Mudah dan murah. Alhamdulillah... 




Sunday, December 8, 2019

Marry Brown Caltex Sg Choh

Fast food paling dekat dengan rumah rasanya kot. Baru je bukan dalam tengah tahun. Selalu berhenti isi minyak je kat situ tak pernah pulak nak menyinggah. Seingat saya, saya pernah makan marry brown ni 2kali je. Sekali masa kat KLIA sebelum naik flight ke Krabi. Dan sekali lagi masa jalan-jalan kat Genting. Masa kat Genting saya order bubur sebab kawan-kawan cakap bubur dia sedap. Dan masa di KLIA saya makan fish & chip. 

Pada saya biasa je rasanya. Tak ada yang special sangat. Mungkin sebab lebih teruja nak berjalan dari makan fast food kot. Hahaha..

Semalam balik dari hantar kek kahwin ke Rawang Perdana, anak-anak dah kebulur dalam kereta. Baby Naeema pun menangis-nangis tak nak duduk di car seat. Saya yang memandu agak serabut dengar jeritan dia. Terus berhenti kejap di Marry Brown. Sambil-sambil cuba makan sini.

Masuk je rasa macam wow.. waktu tu memang tak ramai orang jadi memang rasa sangat selesa. Meja luas dan bersih. Environment yang sangat selesa. Ruang bermain yang bersih dan cantik. Memang rasa selesa. 

Mulanya saya order kiddy meal set burget dan bubur sahaja untuk anak-anak. Tapi selepas rasa dan tengok anak makan, terus saya order snack meal untuk saya. 2ketul ayam, 1 mashed potatoes, 1 salad dan 1 bun. Sedap pula saya rasa bun dia. Hahaha.. maklumlah tak pernah makan. 

Alhamdulillah anak-anak enjoy makan dan main kat situ. Dapat pula toy utk set kiddy meal tu. Lagi la mereka seronok. Naeema pula enjoy je. 

Siap makan, anak-anak pun dah tenang boleh la teruskan pemanduan pulang ke rumah. Lain kali boleh ajak suami makan sini lagi. Seronok dan puas hati. 



Saturday, December 7, 2019

Kek ultraman dan tips dapatkan buttercream warna merah menyala

Kek ni sebenarnya di tempah last minit. Memandangkan saya tak de kerja lain waktu tu, saya ambil je. Order jam 12, nak pick up jam 8mlm. Dah ambil order baru terfikir nak cari toy kat mana. Hahahaha...

Biasanya saya akan cari toy cake di bakery atau online. Tapi bakery agak jauh sikit jadi saya cuba-cuba sahaja cari di kedai mamak. Alhamdulillah ada toy banyak ni. Customer nak 5ketul pula tu. Ngam ngam sahaja la. 

Barang-barang lain semua dah ada di rumah, jadi terus balik dan baking. Pertama sekali buat cream sebab nak dapatkan warna cream merah pekat biasanya kena perap sekejap. 

Ini dia tips dapat warna buttercream merah menyala macamni dengan tambah sedikit pewarna coklat dan oren kedalam buttercream merah. Kemudian perap sekejap (dalam 15 ke 30 min) dalam bekas gelap. 

Untuk kek ni, siap baking dan biarkan kek sejuk cream pun sudah ready. Warna sudah naik macam dalam gambar. Puas hati rasanya.

Dulu masa mula-mula buat kek, mmng susah nk dapatkan warna macamni. Nak letak pewarna banyak-banyak rasa tak sesuai sebab anak-anak yang akan makan. Jadi teknik perap ni boleh jadi trick untuk selesaikan masalah. Boleh juga apply untuk warnakan fondant. 

Wednesday, December 4, 2019

Frozen 2

Untuk mak ayah yang ada anak perempuan, mesti faham demam frozen macamana. Bukan anak-anak je yang suka rasanya, kakak-kakak dan mak-mak pun layan movie frozen ni. Pada saya sendiri, karton disney memang tak pernah mengecewakan.

Hari ke 3 ditayangkan saya tak dapat tahan diri nak pergi tengok juga. Kebetulan suami balik kerja awal sedikit dari biasa. Saya tengok tiket online tgv masih ada empty seat utk jam 8malam jadi cepat-cepat beli. Anak 3 jadi saya beli 2 tiket couple seat total rm82.00. Beli melalui online dan akan terima pengesahan melalui email. Jadi nak masuk nanti tinggal scan sahaja.

Bila bagitau si alisha yang kita akan menonton wayang frozen 2, dia la yang paling beria-ia. Dah dia ajak dari mula thriller ditayangkan di astro. Tapi macam biasa la, dia punya barang masuk wayang macam nak pergi balik kampung. Siap bawak penutup telinga untuk Naeema. Takut bising Naeema nak tidur katanya. Pulak tu sibuk nak pakai baju frozen dan ikat rambut macam elsa. 

Untuk Frozen 2, bagi saya, sangat-sangat enjoy tengok. Kelakar dan lagu-lagunya best. Alisha keluar wayang terus menyanyi-nyanyi. 

Rasa nak pergi tengok lagi pula. Hahaha.. 

Untuk movie egen Ali the movie, saya masih belum menonton. Sebab saya jarang tengok rancangan ni di tv. Tapi rata-rata kawan-kawan yang dah tengok kata best. Saya ajak si Iman, tapi dia tak mau. Dia lebih kepada movie boboiboy jadi dia tak heran movie lain. Hahaha...