Wednesday, September 17, 2014

Krabi trip - day 1.

Seperti dirancang... Team A (kak dayang dan anak beranaknya) gerak dari rumah jam 5 pg. flight jam 7 pg..
Team B ( kami anak beranank, mama dan kak jat) pulak gerak jam 10 pg dr rumah. Flight jam 1.15 tghari.. 

Kak dayang sampai awal maka tugasnya untuk cek in hotel dan survey pakej tour. 




Sesampai je kami terus beli simcard DTAC rm35. Dalam ada 100 bath utk call dan unlimited internet untuk 7 hari. Simcard ni beli kat kedai jual2 snek dalam airport. Yg booth2 tu pun ada jugak. Simpack Happy DTAC dan True. Siap free lagi.. Tp isi dalam kosong. Kene beli topup kat 7e dan beli sama ada nak untuk call or internet. Sebabkan suami mmng masih dalam mode kerja so beli siap2 simcard yg rm35 seperti diatas.. Tak payah topup2 dah... Boleh terus masuk kerja.. 

Dari krabi ke Aonang kami naik taxi rm60. Dan dia terus hantr terus ke hotel. Taxi kami akan berhenti sekejap di taxi station. Nnti ada org akan datang dan try jual pakej tuor. Tp sbb kami dah suruh team A survey maka kami pun menolak dgn baik.. 

Sampai hotel... Anyavee Ban Aonang. Betul2 tepi panai ditengah2 pekan Aonang. 

Hotel dah booking siap2 di booking.my. Rm600 utk 2 bilik dan 2malam.. So far hotel dan servis mmng best. Terasa welcome sgt.. 

Org2 sini mmng best la. Ramah dan sgt membantu... 



Tak de aktiviti petang tu cuma keluar beli air mineral botol besar sbb air dia rasa payau. 

Cuaca pun sejuk dan hujan renyai2. Katanya pakej tour ke pulau2 tak ada sbb tgh monsun. So dia xmo amik risiko sbb team kami ramai budak2. 

Malam pulak kami melepak dan bershopping2. 

Makan di restoren lemon. Dari hotel naik tuk-tuk. Rm3 perperson. Mula-mula naik mmng jakun la.. Hahahaha... 


Makan malam budget menu ikan masak stim limau, green kari, tomyam seafood dan telur bungkus. Air sirap limau yg sedap. Total lost rm120 utk 7 org makan. Alhamdulillah... Kenyang dan boleh la tahan sedap.. 

Sambil jalan balik terbeli pulak fridge magnet rm10 utk 3 keping. Antara yang termurah.... Kak jat pulak beli topi ala2 fazura macam dalam cerita pisau cukur dgn harga rm20. 

Balik hotel tidor..... 

Hari ke 2 (hari ni) plan akan ke emerarld pool, hotspring dan elephent tour. Dapat harga rm500 utk 6 dewasa 1 kanak-kanak. Dewasa rm75. Kanak2 5 tahun dan keatas rm50. Infant sehingga 4 tahun free.. Makan, minum dan transport disediakan.. 

Ok.. Sambung mlm nanti.. Nak pegi elephant tour ni.. Driver dah tunggu.. Adios... 


1 comment:

Myee said...

Cepat la update lagi. Tazabar. Aku pergi bulan 11. Phuket krabi. Tips yg sim rm35 tu boleh pakai. Eh tak nampak pn pewot. Hihi