Pagi2 lagi dah bangun. Jam 5 kot.. Duduk layan siaran thailand smpai jam 7.00 pagi waktu thailand. Suami dan abg mie keluar beli sarapan naik tuk-tuk lagi. Kali ni bawak hasil ala2 nasi ayam dan bubur nasi untuk si budak2. Rasa boleh tahan la sedap. Tp kalau kat malaysia, ayam tu ada kuah kicap. Kat aonang plak kuah tauchu. Aku mmng xpernah suka kuah tauchu.. Huhuhu...
Lepas sarapan terus kemas barang. Pagi ni terus cekout sbb flight esok pagi jam 7 pagi. Plan malam ni tido pekan krabi.
Jam 8 cekout dan tunggu driver amik untuk pakej phi phi yg kami dah beli mlm smlm..
Jam 8.40 pagi bas pun smpai... Kat sini aku nak nasihat n bgtau ye.. Sila tunggu awal skit.. Biar kite tunggu dia jgn dia tunggu kite. Nnti kene tinggal. Mmng la dia cakap bus datang jam 8.30 - 9.00 pagi.. Tp sila tunggu awal..
Masa kitorang haritu, lepas pickup kitorang bus g pickup org lain kat hotel lain.. Tapi org tu tak siap lagi kot. Driver bus bising- bising pastu terus tinggal je... Huhuhu..
Kami naik speed boat untuk phi phi island tour. Perjalanan dari satu pulau ke pulau amik masa antara 30 min ke 45 min..
Rasa agak kecewa sbb mcm tak puas mandi pantai dan snokerling. Untuk phi phi island tour ada beberapa pantai yg dia singgah tp tempoh singgah tu tak lebih dari 1 jam.. Dgn budak2 kecik lagi.. Mmng tak puas la..
Tp pantai dia mmng cantik.. Ada 2 tempat yang dia singgah untuk snokerling (open sea). Tempat pertama, aku bawak si bijak turun jugak. Tp suami yg pegang. Tak berani aku.. Dalam kot..
Tempat ke dua. Aku turun lepas suami naik. Suami dah warning arus agak kuat.. Tp aku turun gak.. Ha kau.. Tak pasal2 hanyut.. Jadi berhati-hati la...
Snokerling gear yg disediakan sila la jaga baik2 ye.. Masa kitorang haritu, ada auntie cina tu hilang sbb dia tinggal kat boat. So dia kene bayar gantirugi rm100.. Gile mahal..
Balik dri phi phi tour terus balik hotel untuk mandi2 dan ambil barang yg kami tumpang pagi tadi. Sempat jugak la mandi pool dia.. Hehehee
Dah siap mandi dan solat, terus mintak hotel sediakn van ke pekan krabi. Van charge ke krabi rm50.
Smpai krabi dlm jam 6.30 ptg. Kitorang stay kat hotel nama hometel. Harga untuk satu bilik rm50 dan rm60. Ada 1 katil queen dan satu katil single. Decoration bilik ala2 zaman p-ramlee. Tandas main selak2 je..
Mlm tu dinner kat pasar mlm dia. Ni bukan pasar mlm yg besar tu. Pasar ni hari2 ada kot.. Tak sure plak area mana..
Dinner makan nasi dgn lauk2 mcm masak lemak, rendang kerang, ulam-ulam, ikan keli sambal dan macam2 lagi la.. Semua pedas2 dan sedap2 gile.. Mmng kene dgn selera aku yg kuat makan pedas ni.. 3 pinggan kot makan. Air pun minum bergelas2. Tp air teh ais dia mmng best gile.. Yg lagi terkejut, makan sebanyaj tu kitorang cuma kena bayar rm50!!! Murah gile kot untuk 7 org makan siap tambah2 lagi.. Hahahaha
Lepas makan pusing pasar malam tu beli la pud thai yg glemer tu, beli buah-buahan dan kuih-muih. Semua murah2 dan besar2.. Geram tgk buah2 dia..
Lepas tu singgah kedai ni kejap nak habiskan duit..
Sempat rembat tshirt untuk si bijak. Tapi sehelai je sbb tak de saiz kecik. Rm10..
Balik hotel makan smbung makan buah dan kuih2 yg beli kat pasar tadi.. Dan tertidur la sambil kekenyangan....
1 comment:
sea urge tu bukan bahaya ke? takut kita dengar orang tu cakap kalau terpijak, sakit dia cm pe jek :(
myee kurus
Post a Comment