Monday, January 6, 2020

Persiapan sekolah anak darjah 2 dan tadika kemas 2020

Alhamdulillah.. 

Bermulanya episod persekolahan anak-anak.

Si abam dah masuk darjah 2. Si kakak pula tadika kemas 5tahun. Tahun pertama sekolah. Teruja betul dia nak sekolah. Al maklum la, sekolah ada playground. 

Untuk abam iman, ada beberapa barang yang masih pakai yang lama. 

Sekolah kebangsaan : 

Beg (RM40) sponsor dari nenek. Beg lama dah rosak zipnya. Ingatkan nak repair sahaja tapi nenek dia beria-ria nak belanja beg. 
Kasut (RM39)
Stokin (rm10 3pasang)
Tali pinggang pakai yang lama
Seluar (RM21 pasarayaku) seluar  lama masih elok tapi sudah senteng.
Baju (RM18) ikutkan pakai baju lama pun ok. Tapi saya beli sepasang baru saya tengok baju lama masih elok. Hahaha..
Tali leher pun masih elok
Lencana dan tanda nama saya ambil semula dari baju lama. Tak membazir.
Buku latihan : RM 45.00 beli di koperasi sekolah

Sekolah agama :
Baju sekolah & sampin nenek dia yang jahitkan
Songkok (RM15 pasarayaku)
Stokin & kasut pakai sekolah kebangsaan punya. 
Beg sekolah pakai darjah 1 punya. 
Yuran (RM98) termasuk PIBG untuk bulan jan (RM40)
Untuk bulan seterusnya RM20 sebulan.
Buku latihan (RM35)

Stationaries & bekas air beli di MR DIY dan kedai ECO RM2.10. Sekali beli banyak terus sebab dari pengalaman lepas, memang asyik hilang sahaja. 

Antara barang yang dah siap. Ada lagi yang belum beli.

Untuk si kakak Ca,

Baju putih untuk sementara dapat uniform (RM12)
Tudung putih (RM8)
Seluar (RM12)
Kasut tak ada saiz jadi pakai sahaja kasut raya dahulu. Nanti tengah tahun baru cari kasut hitam.
Baju uniform biru (RM30)
Baju sukan (RM30)
Tudung biru (RM10)
Baju jumaat (RM50)
Yuran dan buku (RM40.60)
Yuran sekolah (RM50) termasuk yuran bulan januari. Bulan seterusnya RM25 setiap bulan.

Alhamdulillah.. selesai semua pembayaran. Bila anak-anak nak masuk sekolah ni la saya asyik teringat kejadian bulan 12 tahun lepas. Kes kedua kereta kemalangan hingga semua kerja tertangguh sebulan. Suami tak dapat pergi kerja sebab masa tu suami ambil upah buat rumah orang. Kereta digunakan untuk angkat barang kontraktor. Kerja saya juga terbengkalai sebab tiada kenderaan untuk restok barang kedai.

Masa tu malu untuk mintak tolong. Suami beli buku sekolah anak pun dengan berjalan kaki sahaja. Nasib la saya sedang sarat mengandung masa tu, pergi ke klinik pinjam moto jiran. Jika tak sarat, mungkin juga saya ke klinik berjalan kaki..

Allah....bila ingat balik, saya bersyukur sangat diuji sekecil itu sahaja. Sebab rupanya saya kuat walaupun masa tu betapa stressnya saya.

Alhamdulillah.. waktu-waktu itu juga ada sahaja yang datang hulurkan bantuan walaupun tanpa dicanang aibnya. Alhamdulillah....


Kenangan...

Sunday, January 5, 2020

Visit Perak December 2019 - day 2

Awal-awal pagi terus periksa facebook MAPS. Alhamdulillah dah bukak. Jadi pagi tu sarapan di homestay dan siap-siap check out. Sampai di MAPS jam 11 pagi. Tak ramai orang. Untuk tiket, saya beli di shopee untuk package unlimited ride. Rm40 untuk 1 tiket. Tapi kalau tak nak beli tiket pun tak pe. Boleh je masuk dulu dan survey nak main apa. Baru beli card untuk main. Balance card juga boleh redeem bila dah abis main.

Untuk saya, saya rasa sangat-sangat TAK BERBALOI untuk beli UNLIMITED RIDE ni. Sebabnya:


  1. Masa saya datang ni, walaupun katanya masalah teknikal sudah dibaiki, tapi masih belum sepenuhnya pulih. Dari 18 ride yang available, dalam 7 ride yang tutup/under maintainance/renovation/tak ada aircond.
  2. Untuk anak 100cm kebawah, rasanya tak perlu beli langsung tiket unlimited ni. Sebab tak banyak mainan yang boleh main. Untuk Ca, walaupun kat rumah dah siap-siap ukur lebih 100cm, tapi scale kat sini jadi tak lepas. 
  3. Masa saya datang, musim hujan. Pagi-pagi dah main semua. Bila pusing balik untuk repeat, hujan start turun dan semua ride yang diluar tutup. Cuma indoor ride sahaja dibuka. Tu pun tak banyak.

Masing-masing masih excited masa ni.



Boboiboi 4d - Masalah teknikal.
Stund legends - Terbaik. Pengubat kekecewaan.
Coral kingdom - Tak ada air cond tapi boleh main. Risiko tanggung sendiri.
Red baron - Ok. Hujan dia tutup.
Fantacy carousel - Ok. Hujan-hujan pun jalan.
Whirling wizard - Tutup
Crystal quest - Tutup
Cave of wonder - Tutup
Space x-plorers - Tutup
Hyperspin - Tak mabuk sangat compare naik kat genting & time square dulu.
Astreoid attact - Tak sempat naik dah hujan.
Playland - Ada yang ada additional charges.
Kid studio - Ada additional charges.
Wormhole technologies - Best jugak.
Bumper blast - Bumper car. 2nd round Ca tak boleh naik. 1st tu lepas sebab dia tak perasan kot.
Dark ride - Ok je. Indoor. So boleh repeat.
Gravity tower - Hahaha... sakit jantung naik. Tapi nak repeat tak dapat sebab hujan.
MAPS theater - Tulis open. Pintu terbukak tapi wire dan kotak sepah-sepah. Rupanya tengah renovate. Tutup.

Nampak tak betapa banyaknya mainan yang tak boleh main untuk pakej yang saya ambil tu.

Ni senarai untuk ride lain yang tak termasuk dalam pakej. Yang peliknya, waktu hujan, ride-ride yang outdoor ada je yang boleh main. Huh...

Red baron
Wormhole technologies. Tengok Naeema sangat2 glowing. Hahaha.  

Ambil gambar dengan maskot. rm3 per family. Yang ambil pakej macam saya, free.
Ni stunt yang drift kereta. 
Budak-budak baru berani nak buat aksi pose. Hahaha...
Coral Kingdom - Tak ada air cond. Jadi tak boleh masuk lama-lama. Nanti anak-anak lemas.

Sebab saya tak pernah datang sini dan cuma google sahaja info, jadi saya sangat kecewa. Banyak gambar google yang ada Boboiboy hero academy, The Smurf, The Croods dan beberapa kartoon lain tu sudah tiada. Katanya dulu ada persembahan ala-ala parade di laluan utama. Tapi sekarang sudah tiada. 

Saya datang jam 11, ikut jadual Boboiboy ada jam 2 dab stunt kereta jam 3. Jadi sempat main mainan dulu. Cuma kene alert la timing. 

Untuk boboiboy 4d, sesampai je ke MAPS tanya jam berapa mula, katanya jam 2. Dari jam 2 hingga jam 2.30 saya tunggu beratur di hadapan pintu. Jam 2.40 baru staff datang dan bagitau ada masalah teknikal. Sangat-sangat kecewa sebab rancangan utama ke MAPS adalah untuk Boboiboy. Nasib la ada boboiboy maskot tu. Boboiboy roller coaster pun anak-anak bukan boleh naik sebab masing-masing tak cukup ketinggian..

Jadi, percutian ke MAPS kalau tanya saya, memang saya sangat-sangat kecewa. 

Walaupun begitu, anak-anak seronok sahaja. Biasa la bukan diorang tau apa. Diorang tau main je. Siap cakap lain kali nak datang lagi. Saya senyum sahaja la. Lain kali mungkin tidak. Melainkan ada perubahan dan penambahbaikan boleh la datang lagi. 

Ah lupa satu lagi. Kedai makan agak terhad. Untuk snack, air agak banyak juga dijual. Tapi makanan berat seperti nasi dan mee tak banyak dijual. Jam 1 tghari masih belum siap masak. Yang ada cuma nasi kandar sahaja. Terpaksa juga kami makan walaupun nasi kandar adalah hidangan terakhir yang saya akan beli biasanya. Terpaksa juga telan untuk alas perut lepas penat main. Sebesar-besar Starship restaurant juga tutup. Huh..



Visit Perak December 2019 - day 1

Cuti akhir tahun, kami plan ke Perak. Tujuan utamanya adalah untuk ke MAPS (Movie Animation Park Studio).

Anak-anak la yang paling seronok macam biasa. Gerak dari rumah di Rawang seawal jam 6 pagi. Lepas solat subuh terus jalan. Anak-anak dah teruja, jam 5 pagi lagi dah bangun dan segarkan diri.

Berhenti di R&R Tapah untuk tunggu kakak ipar & suaminya. Mak lang dan pak lang budak-budak ni la pangkatnya. Sambil-sambil tu, saya alas perut jugak di sini. Makan nasi lemak dengan air coke. Tiba-tiba je saya rasa ada banyak angin dalam badan hingga pening dan nak muntah. Minum coke untuk mudah sedawa. Biasanya memang berkesan. Anak-anak main ditaman permainan disitu.

Kak noi sampai dalam 45min kemudianya dan kami terus menuju ke Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Sampai di sana dalam jam 9 pagi. Banyak kedai-kedai makanan dan mainan dijual disini. 

Ada juga bot untuk ke seberang sana Gunung Lang. 

Tiket bot :
Dewasa : RM3
Kanak-kanak : RM1.50
Makanan ikan : RM1


Di seberang sana Gunung Lang ada mini zoo. Ada burung merpati yang besar macam ayam, kuang, burung unta, emu, rusa, lembu dan beberapa lagi haiwan. 


Ada juga taman permainan, rumah perak, menara tinjau. Agak seronok sebenarnya disini. Cantik sebab dikelilingi gunung batu kapur. Kami tak lama disini sebab rancangnya nak ke MAPS harini. 

Jadi sebelum masuk ke MAPS, kami isi perut dulu di kawasan berhampiran. Siap makan, alang-alang sudah tengahari kami terus check in homestay dulu. Nanti dah masuk MAPS, entah jam berapa pula keluar. Kami stay di Putrie Homestay di taman Meru. 5min je nak ke MAPS. 

Alhamdulillah. Rumah sangat bersih dan cantik. 3 bilik tidur. 2 bilik tidur ada katil queen dan aircond. 1 bilik lg, kipas dan toto. Ada astro, dapur, meja makan, mesin basuh, petiais dan lengkap la saya kirakan. Memang puas hati dengan rumah ni. 1 malam, kami dapat dengan harga RM150.

Dalam jam 2 petang, kami menuju ke MAPS. Malangnya, MAPS tutup walaupun sepatutnya bukak setiap hari cuti sekolah ni. Katanya ada masalah dengan bekalan elektrik. Esok pun belum tentu dibuka. Akan di warwarkan di facebook katanya. 

Dengan hati yang sangat kecewa, kami terus ubah plan. Plan yang disusun untuk hari esok, kami bawa ke harini. Pulang sekejap ke homestay untuk berkemas-kemas. Plan nak ke kellies castle dan hotspring.

Kellies castle ni antara destinasi yang paling saya nak pergi tiap kali ke perak. Ye la, saya suka tempat sejarah ni. Lagi-lagi binaan lama dan hampir runtuh macam ni. Ada sejarah dan cerita disebalik runtuhan batu-batu tu.

Untuk masuk, tiket berharga rm5 untuk dewasa dan rm3 untuk kanak-kanak. Harga ni untuk warganegara ye. Jadi jangan lupa bawa ic. 

Istana ni sebenarnya tak pernah siap. Kalau siap dia merupakan binaan pertama yang ada lif di tanah melayu ketika tu. 

Saya memang kagum dengan binaan dan struktur bangunan ni. Walaupun dah berpuluh tahun, tapi masih lagi berdiri megah. Depan istana ni ada sungai. Andai kata istana ni siap dan kellie tak mati awal, mesti cantik istana ni.


Ambil gambar dulu sebelum masuk. 
Jambatan ni untuk rentas sungai. Masa saya datang, ada beberapa orang lelaki tengah menjala ikan. Geram jugak rasanya nak terjun masuk sungai sekali sebab cuaca agak panas masatu.


Susunan ruang tamu untuk istana kellie ni. Istana ni dibuat berperingkat-peringkat sebenarnya. 

Cantikkan view ni. Istana atas bukit tepi sungai. Macam idaman zaman kanak-kanak dulu.

Siap jalan-jalan dan mengkagumi sejarah, kami ke hot spring & waterfall Lubuk Timah pula. Tak sempat nak ambil gambar di hotspring sebab masa sedang seronok mandi, awan dah gelap dan bunyi guruh. Risaukan kejadian kepala air, kami masing-masing terus bersiap dan pulang ke homestay. Masuk sini tiker untuk dewasa RM5 dan kanak-kanak RM3.

Ok sangat tempat ni. Selesa dan bersih. Penat main air, kami pulang ke homestay. Masak-masak dan makan-makan. Anak-anak tidur keletihan. Ajak makan pun tak boleh bangun. 


Bersteamboat & grill malam tu. Ayam dan daging dah siap-siap perap pakai sos nandos. 

Lepas makan, bincang-bincang untuk back up plan esok. Dalam jam 9, keluar jalan-jalan ke pasar larut malam dan dataran amanjaya. 

Di pasar larut malam, biasa-biasa aje. Tapi yang tak selesa bila ramai yang merokok dan vape. Jadi jalan di balik khemah-khemah tu jadi sesak nafas. Tak beli apa pun disitu sebab tak selesa. Terus ke dataran. 

Penuh lampu warna-warni dan kereta hiasan yang comel-comel untuk disewa. Anak-anak nak main tapi suami tak izinkan sebab sudah lewat sangat. Masatu sudah lebih jam 12malam. Kami sekadang melihat-lihat dan terus ke homestay untuk berehat.

Semoga esok MAPS bukak...