Thursday, December 13, 2012

38 weeks - head not engage

Nak update sikit utk hari2 terakhir sebelum bergelar ibu :)

Sejak isnin aritu, dah start cuti. saje cuti awal sbb takut apa2 jadi kat opis, en suami jauh. aku kan budak manja. sakit sikit nak ada dia.. huhuhu... ye la kan... pengalaman pertama. lebih2 lagi perjalanan dari rumah ke opis amik masa lebih 2jam setengah utk satu perjalanan. balik kerja terus keletihan yang amat sgt... oh tidak... nasib baik en suami yang offer utk cuti awal (unpaid leave). terus kata xpe ke kalo unpaid? cukup ke duit nak smbut baby? akikah? pindah umah? road tax? tukar tayar? wah... gile banyak nak pakai duit hujung tahun ni... tp bile dah di offer beberapa kali, terima je la. sekurang-kurangnya dapat la aku prepare mental dan fizikal sebelum sambut si kecik :)
Smlm pagi ada weekly check up mcm biasa. so far xde masalah. berat badan, tekanan darah, heart beat semua ok. cuma masa nurse buat pemeriksaan perut, nurse cakap head not engage (HNE). so, kena la refer doc kat klinik serendah. 
call en suami mintak hantar ke serendah. sekarang ni mmng en suami xbagi drive sendiri. so, kalo nak g mana2 mesti berteman dan dia yg drive. huhuhu... rasa mcm puteri :)
menurut nurse kat sungai buaya ni, kalo baby blum engage ada kemungkinan tak boleh bersalin normal. so, kene refer doctor untuk kepastian. serius seriau dengar. kalau boleh aku nak bersalin normal. biar sakit cume sehari je. doakan je la yang terbaik untk aku.
tghari tu terus refer ke klinik serendah. doctor kat situ macam baru je sbb tak tau apa nak buat. siap tanya kat doc satu lagi (satu bilik ada 2 doc, 2 patient dan sorang nurse).. dah la bilik kecik... huhuhu... 
doc aku tanya kat doc sorang lagi, "kalo head not engage apa nak buat ye? kene scan ke?" dan jawap doc sorang lagi, "entah la ye. tak pasti pulak. cube scan la. tak pun tanya kat doc aniza..."
dalam hati aku, "sabar je la dapat doc mcm ni...."
lepas doc scan, dia sah kan baby blum engage dan dia pun telephone doc aniza utk pengesahan. lepas diorang berdiskusi, dia cakap, "saya dah berbincang masalah awak dengan pakar kite, kebiasaan untuk anak pertama, minggu ke 37 dah engage. tapi mungkin lewat sedikit. tapi xada masalah selagi kedudukan kepala baby masih dibawah. sbb selagi baby blum engage, risau baby boleh berpusing balik. jadi, teruskan pemeriksaan mingguan seperti biasa. selagi kedudukan kepala baby kat bawah, so xde masalah. tapi jika baby pusing balik, terus datang ke sini la. kita akan refer kepada hospital..."
begitulah penjelasan...

p/s: doakan aku dan baby selamat dilahirkan :) 

Friday, November 23, 2012

minggu ke 36

Cuba tengok ticker kat bawah ni... dengan rasminya harini, baby dalam kandungan dah masuk 36 minggu 1 hari... yeeahhh... 'saya dah nak keluar. nak jumpa ibu dengan ayah. :)'


perasaan aku time ni mmng la teruja, nebes, takut dan macam-macam lagi la. tp alhamdulillah, segala persiapan awal nak sambut baby dah pun dibuat. baju dan barang utk aku dan baby dah pun siap packing dalam beg sejak kandungan masuk 7 bulan. harap semua berjalan dengan lancar maklum la aku ni jenis yg senang panic. t semua plan yg dah dibuat utk sambut baby lari entah mana.

aku plan nak ambil cuti awal kot. tp masih belum final lagi nak ambil bila. sbb kalo boleh mmng aku xnak kacau maternity leave. so terpaksa la unpaid leave memandangkan aku dah tak ada cuti. so, kire-kire mungkin akan amik unpaid leave 2minggu awal dari tarikh jangkaan bersalin.

maklum la, aku g balik kerja amik masa almost 5 hours dalam train sahaja. tu blum masuk masa yg diambil dari rumah ke ktm dan dari ktm ke opis. huhuhu...

masa mula2 masuk kerja, time tu baby baru 2 bulan lebih. mmang tak rasa penat pun travel hari2 naik train. naik train 5jam umpama naik train 5 minit. sbb aku tidur je dalam train tu... hahaha... tp bile perut dah besar dan baby makin berat, 5 jam tu rasanya cukup lama. macam2 posisi duduk dah dalam train tu. tu yg terfikir nak cuti awal je.

oh... x sabar... xsabar... xsabar....

Thursday, November 1, 2012

Permohonan kini dibuka - BR1M 2.0

Salam... Kepada para blogger semua... kepada sesiapa yg layak untuk mendapat bantuan BR1M 2.0, borang permohonan sudah boleh diisi di talian.... sila ke link https://ebr1m.hasil.gov.my/ untuk maklumat lanjut..

antara syarat2 kelayakan :)

  •   Isi rumah yang layak (RM500):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
                  isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
                  > Berkahwin;
                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
                  bulanan RM3,000 dan ke bawah.

  •   Individu yang layak (RM250):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
                  dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Semoga berjaya :)

Tuesday, October 23, 2012

Kad KOMUTER 1 MALAYSIA


Salam 1 Malaysia semua blogger…
Kat sini aku nak bgtau berita baik kepada pengguna tegar perkhidmatan KTM KOMUTER bahawa mulai 1 Nov 2012, anda layak untuk mendapat diskaun 50% utk tiket perjalanan KTM Komuter bagi tempoh setahun.


Tp anda perlu mendaftar untuk mendapatkan kad KOMUTER 1 MALAYSIA dulu bermula 22 Oct hingga 22 Nov di stesyen-stesyen komuter terpilih. Lepas dari tarikh 22 nov, cume boleh buat kat KTM KL SENTRAL sahaja.

Syarat-syarat untuk mendaftar mestilah warganegara Malaysia yg berpendapatan rm 3000 sebulan. So, mana-mana yang layak tu sila la apply ye.

Ni contoh kad nya… saya dah buat. Anda bila lagi… hehehe…


P/S: cakap dengan suami, ‘abg tak jeles ke ada gambar lelaki lain dalam wallet sayang???’ dan jawab si suami… 'nak buat mcmane. Utk penjimatan berganda'… hahahhaha…

Tuesday, October 16, 2012

4D Scan @ Klinik Ajwa

Dikisahkan.... selepas merajuk dengan ANIZA MEDICAL CENTER (AMC), Rawang, suami pun pujuk untuk buat 4D scan kat tempat lain...
Cari punye cari, akhirnya dapat booking date dekat Klinik Ajwa, Seksyen 7, Shah Alam.
Tiba hari yang dijanjikan, aku dengan suami mcm biasa, awal2 lagi dah terpacak depan klinik. hihihi... teruja nak tengok baby. maklumlah, pertama kali nak p scan. selama ni g scan kat gomen pun bukan doc bagi tgk screen. suami nak masuk pun kene halau. merajuk punya pasal, tu yang buat 4D... cis... alasan je tu...
Masa tunggu giliran, mmng nervous gile. teruja memng teruja tapi tetap cuak jugak. dan prosedur scan pun berlalu... masa dalam bilik scan, suami tak habis-habis tanya pasal baby. memng baby macam tu ke? kenapa dia banyak gerak? kenapa mata dia tak bukak? mcm-macam soalan dia tanya. aku pulak asyik tersengih pandang screen...
comelnya anak ibu ni... Alhamdulillah, anak ibu sihat. dan dengan bangganya dia tunjukkan gender dia.. hehehe... :)


Tapak kaki... benda pertama dia kasi ibu dgn ayah tgk :P

 Sedap dia tidor dalam perut ibu :)

 Menjelir lidah bile dah bosan kene kacau...


Monday, October 1, 2012

Episod Scan 4d yang tak menjadi....


Baby… sian baby kan.. Ibu janji nak tgk baby sabtu lepas tp xberjaya.. Ibu mintak maaf ye sayang… Ibu pun sedih sgt2… ayah pun sedih sgt2 jugak… kite jumpa next week ye sayang…

2 minggu lepas, aku dengan suami beria-ria pegi klinik ANIZA MEDICAL CENTRE, AMC, RAWANG…. Nak Tanya pasal 4d scan. Kalo ikut pada calendar, baby dah nak masuk 7 bulan. So time ni mmng sedang elok kalo nak buat scan 4d. aku la yang rekemen kat suami AMC ni sbb kat area ni, klinik ni la yang paling dekat ada buat 4d scan.

Bila sampai klinik tu, receptionist pun sambut dengan senyuman manis. Lepas tanya apa yang patut, aku set date 29 sept utk scan 4d. cik receptionist yang manis tu pun tulis dalam buku latihan yg kat sebelah dia.

Nama: Nur Azreena
No tel: 013*******
Item: Scan 4d
Note: Patient nak buat pada 29/9

Pastu cik receptionist tu kata lagi, “sehari sebelum scan kita akan call ye utk reminder.”

Wah… senang hati bila dah ada date scan 4d. tinggal tunggu hari je nak tgk budak kecik yg selalu kacau aku ni… hihihi.. teruja sgt2…

28/9 iaitu sehari sebelum scan, aku pun tunggu-tunggu la call dari cik receptionist tu. Konon dia nak call kan. Smpai ke petang xde call jugak. Aku pun call la utk confirmation.

Cik receptionist yang angkat phone aku pun tanya nama dan dari dalam phone, aku dengar la dia ketuk2 keyboard tu. Pastu tanya aku lagi, “hari tu ada buat appointment ke?”
Aku cakap la ada. Tapi dia tulis dalam buku latihan je. Xmasuk dalam system lagi. Pastu aku tanya la, ‘Doc Aniza ada x esok? Sbb janjinya esok nak scan 4d’

Dia kata ‘ooo… kalau puan ada bagi nama, puan datang je la. Doc aniza ada dari jam 8pagi smpai 3 ptg.’

Huhuuhuhu.. teruja… teruja… doc aniza ada maknanya boleh buat scan 4d.. kat AMC ni yng boleh buat 4d ni cume doc aniza je. Doc lain xboleh.

29/9 dengan penuh keterujaan, aku dgn suami pagi2 lagi dah keluar rumah… kol 8.00 pagi tepat dah sampai depan pintu AMC. Jumpa la dengan cik receptionist tu dan tanya pasal appointment aku.

“Maaf puan, harini doc aniza cuti. Doc lain yang ganti. Doc lain xboleh buat 4d”

“what?? Semalam kan saya dah call. Awal ckp doc ada dari kol 8 sampai kol 3” aku dah bengang gile kot time tu… dalam hati ni mmng dah menjurai air mata.. ibu rindu baby.. ibu nak tgk baby… dah 7 bulan ibu sabar nak tgk baby xdapat2. Kat hospital gomen xdapat, kat klinik private pun xdapat…

“maaf puan, Doc aniza punya jadual dah tukar lain..” jawab cik receptionist tu lagi..
“abis, bila dia ada? Saya nak buat appointment lain”
“maaf puan, jadual Doc aniza xtentu. Saya pun xpasti…” lagi selamberrrr…..

Masa tu mmng dah menjurai air mata aku… “kite pegi klinik lain je la. Klinik ni tak bagus…” aku cakap kuat-kuat depan receptionist tu smbil tarik tangan suami…

Sedih sangat-sangt… sakitnya hati tuhan je yang tahu.. sib baik suami ada utk pujuk. Yelah.. mungkin ada hikmahnya xdapat buat scan 4d kat AMC tu.. lagi pun suami kata kat AMC ni bukan ok pun. Ramai officemate dia yang dah boikot klinik ni dan tukar klinik lain…

Moral of the story: AMC mmng tak bagus.. jom boikot. Hahahaha…

Friday, September 28, 2012

Esok hari yang sangat mendebarkan :)

Baby...
Esok baby be nice kat doc ye sayang... Ibu dengan ayah nak tgk baby... Jgn notty2 sangat ye :)
2d dgn 4d kat AMC, Rawang... Ibu dgn ayah nak g seawal pagi sbb terlalu teruja :)
Jumpa esok :)

Shopping for baby is begin...

As mommies to be yg lain, aku memng terlalu teruja nak g shopping barang baby..
OMG baju baby memang comel-comel jadi sangat rambang mata. tp kenapa baju baby yg cenonet tu harga dia mesti mahal2. huhuhu... suami pun pesan, "kite shopping biasa-biasa je la dulu. beli barang untuk bawak g spital dengan barang nak pakai masa pantang. Baby dah 1bulan, kite shopping lagi. takut org bagi hadiah utk baby banyak-banyak smpai tak terpakai pulak. kan dah membazir"
Aku pun cume angguk-angguk-angguk-angguk... "yelah suami... kite beli sikit je dulu ye. tp kalo barang-barang best mcm katil, carseat tu murah kite beli terus la ek. nanti bile lagi nak beli. saya dah malas nak berjalan-jalan bawak perut ni.. penat tau..."
Ok... bermulalah episod mengoogle dan survey barang secara online utk buat budget. kat sini aku sharekan list yang aku buat utk menyambut orang kecik dalam keluarga kami :) ohh... terasa comel sgt :)

Bottle Feeding
Steriliser (warmer) - xpenting pun. jadi xbeli.
Feeding Bottles & Teats - ni akan beli lepas pantang sblum masuk kerja
Bottle Brush
Pacifier & Pacifier Attacher 
Pacifier Holder
Bottles Drying Racks - Dah beli kat Fabulous Mom, Ampang

Breast-feeding
Breast Pump - Dah beli kat Fabulous Mom, Ampang
Breast Milk Storage Container - Beli PWP kat Fabulous Mom masa beli set breast pump
Breast Pad
Nursing Pillow - tak beli kot sbb xpenting sangat
Nipple Cream - Terbeli sbb akak kat Fabulous Mom tu takut2kan aku. hahahaha :P
Nipple Protector

Nursery
Cloth Diapers - Beli sikit-sikit kot. 
Baby Cot / Playpen - Dah beli kat jusco masa J card day.. :)
Crib Set (Cot Bumpers, Fitted Sheet, Comforter) - Nenek baby nak buatkan
Newborn Pillow & Bolster - Nenek baby nak buatkan
Mattress (Latex/Foam) - Nenek baby buatkan pakai kekabu...
Waterproof Bed Pads
Blanket
Night Light - Ni gedik je. x beli pun
Lullaby Player
Musical Mobile
Baby Monitor
Baby Napkin - Beli masa ada promosi J card. siap dapat free pampers 4 keping :)
Nappy Rash Cream
Wipes / Wet Tissue
Handkerchief

Apparel
Bodysuits (0-6month) - beli masa next sales
Infant Cap
Mittens and Booties
Swaddle - Nenek baby nak buatkan :)
Bibs - xperlu sbb baby kecik sgt lagi. gatal-gatal list benda ni sbb teruja :P

Bathing & Grooming
Bath Tub / bath bed - Beli kat kampung sbb murah
Bath Towels
Bath Toys
Baby Bath Set - Beli yg set sekali shampoo, lotian, talkum dan body shampoo
Baby Powder Puff Case
Baby Lotion / Oil
Cotton Buds

Health Care & Hygiene
Grooming Set (Comb, Nail Clipper, Scissors)
Medicine Set (Medicine Dropper, Medicine Syringe) - Beli bile baby sakit
Nasal Aspirator
Thermometer

Travel
Stroller - Amik kak dayang punya sbb dia dah ada lain
Infant Car Seat
Baby Wrap
Diapers Bag
Sunshades 
Cooler Bags & Ice Pack - Set dgn breast pump
Portable Baby Bed - tak jadi beli
Toys
Plastic Bag for Soiled Diapers
Baby On Board Sticker
Baby View Car Mirror
Water Flask
Sping Cot / Net - Tunggu permintaan baby. kalo baby xperlukan, xyah beli la

Lain-lain
TV
Peti Ais
Rak baby

Ni pulak list utk bawak ke hospital masa hari Push mommy Push...

LIST BERSALIN (IBU)
Buku pink
Kad pengenalan
Telephone & Charger
Baju lawa
Kain batik
Tudung
Stokin
Seluar kecik
Tuala muka
Barang mandian
Tuala mandi
Bedak
Sikat
Pad (Maternity)
Baju sweater
Selipar
Beg plastik
Minyak angin
Getah rambut
Disposal panties
Nursing bra
Breastpump
Air & Makanan
Termos air
Majalah & Quran
Tisu
Bakul
Mug, Sudu, Garfu

LIST BERSALIN (AYAH)
Handphone & charger
Sijil nikah
Kad pengenalan
Duit bayar hospital

LIST BERSALIN (BABY)
Pampers newborn
Baju lengan pendek
Baju lengan panjang
Sarung kaki & tangan
Bedung
Topi
Selimut
Tuala baby
Wet tissue
Baby bath set
Baby oil
Minyak Yuyi
Diapers beg
Barut
Krim ruam
Pin

Kelengkapan Berpantang
Bengkung
Set Bersalin
Tunku
Pad biasa

So, bile lihat pada senarai-senarai ni, banyak lagi yg belum prepare... huhuhu... so, kene la shopping sakan dan kejar sale :)


Antara barang dah beli. Tidak termasuk playpen yang dah siap pasang kat dalam bilik sbb terlalu teruja... ohhhhh comelnya :p

Wednesday, September 26, 2012

my wishlist for baby :)


ok... bila dah nak masuk 7 bulan, rasa keterujaan tu semakin kuat... tak sabar nak sambut ketibaan budak kecik comel yg selalu berenang-renang dalam perut aku ni...
hari-hari kerjanya duduk depan laptop sambil survey barang baby.. dengan suami pun gigih mensurvey. sblum ni, dia kalo bukak laptop xpernah lebih dari setengah jam. kali ni, dia pulak yang over dari kite. maklumlah, untuk penjimatan poket sendiri kan :p

selain barang-barang baby yang confirm-confirm kene beli sbb anak pertama, aku dgn suami pun ada barang-barang yang target nak beli... antaranya ialah:
TV besau.... nak yg 45' keatas... 
beria kau jah... ni kire nak balas dendam sbb dah 7 bulan jugak kami xde tv. sebenarnya, benda ni xde la penting sgt pun. maklumla, aku g keje gelap. balik keje pun gelap. xde masa nak tgk pun. hujung minggu kalau tak keluar, aku dgn suami berkebun kat rumah. memng xperlu pun... cuma, terpikir bila ada baby nanti mesti ramai yang datang rumah nak tgk baby. nenek baby, makcik pakcik baby mesti nak datang. hihihihi.... kesian pulak dorang bosan :p

Peti ais 2 pintu yang besar punya... 
hahaha... semua nak besar-besar k. aritu survey kat jusco dgn seng heng, peti ais besau jenama samsung ni rm 1.7k je. so memng dalam budget pun. lagi pun memng aku memerlukan space freezer yang besar utk buat stok EBM. ni semangat nak BF utk baby nanti. So, suami pun support dan sokong utk beli peti ais besar ni. masalahnya sekarang berbaloi ke. sbb peti ni cume guna utk simpan EBM je. barang-barang dapur lain bukan banyak pun. takat aku dgn suami je, seminggu sekali shopping barang makan, xpernah habis rm50. so space dalam ni mmng banyak kosong la. lagi pulak memang dah ada peti ais tp kecik dan 1pintu je la. so, x sesuai utk simpan EBM.. oleh yang demikian, suami cadangkan utk beli benda kat bawah ni. peti ais besau gajah ni tunggu la peti ais yang satu tu rosak dulu... hihihihi

Deep freezer
Bile plan nak full BF, memng la freezer ni penting sangt. dan bile study balik dgn expert mommies kat luar tu, rasanya berbaloi lagi beli deep freezer ni. kat seng heng aritu nampak rm 400 je. so, mmng murah la kan.. point utama nak beli benda ni sbb boleh simpan EBM smpai 6bulan. kalau peti ais besau gajah 2pintu tu cume boleh simpan 3bulan je. so, terpujuk la hati aku xdapat beli peti ais besau tapi dapat bagi full BF kat baby walaupun guna EBM :)

so, the next action, nak pergi jusco sunway hari ni sbb nak beli tv... yeaahhhh.... deep freezer ni beli bile dah nak due date :)

Saturday, September 22, 2012

Me and you and our baby


Bila dapat tahu yang aku pregnant, mmng tak dapat gambarkan perasaan tu. Takut, gembira, teruja, risau… semua perasaan tu bercampur baur.
Aku memng dah dapat agak yang aku pregnant sblum buat ujian kehamilan pakai pregnancy kit tu. Sbb masa seminggu sblum tarikh datang bulan tu, aku dah rasa loya-loya dan pening-pening lalat. Tapi rasa tu tak kuat sangat la. Dan tak berani nak cakap kat suami sbb baru je kawen kan.. nanti suami kata mcm tak sabar-sabar plak nak ada anak.. memng xsabar pun.  tapi berjaya jugak pujuk suami pergi ‘Guardian’ kat area Klang sbab nak beli pregnancy kit tu. Konon untuk kegunaan masa hadapan. Hihihi…
21 April 2012 (Sabtu)
 ‘Paiman’s family day’ – Kitorang satu family plan buat family dah kat A-famosa, Melaka. Sewa rumah kat situ dan bercuti 2 hari la kirenya. Motif utama adalah sbb nak meraikan pakcik makcik dan sepupu sepapat yang selama ni banyak tolong kitorang satu keluarga. Dan memandangkan anak-anak mama semua dah kawen, so, sekali la tu nak celebrate satu family.
Tapi aku time ni kene keje la pulak. Nak mintak replace hari keje aku kepada minggu depan, bos besar xbagi plak.. konon sbb aku asyik mintak cuti je. Huhuhu… dah keje kat company tu x best (masa tu keje kat shah alam) :P
So, pagi-pagi lagi dah bangun. Nak test pakai pregnancy kit tu. Berdebarnya jantung masa tu… tp untuk kepastian, kene jugak buat test ni. Hihihi…


Gambar xclear sbb ambil masa ni teruja gile sampai tangan mengeletar je :P

Alhamdulillah, rezeki aku dan suami.
Suami terdiam sekejap. Entah apa yg dia fikirkan masa tu pun aku tak tau. Pastu dia cakap, ‘kite dah kene start buat saving dan ready untuk dapat baby tau.’
Mungkin dia risau dengan tanggungjawab yang bakal dia pikul sebagai ayah. Yelah, baru sebulan kawen kan… tp rezeki Allah.. Alhamdulillah, kami gembira sangat masa tu…
Pagi tu suami hantar g kerja naik moto. Dah lewat, so kalau naik kereta makin la lewat dengan jem bagai… sampai kat opis, cuma ada mr khoo dgn kak Aspa je. Jiwa dan raga memng dah tak ingat pasal kerja dah. Asyik fikir pasal baby dengan family day. Sepanjang setengah hari kerja tu, aku dok surfing internet je. Baca info dan tips untuk baby… hihihi… teruja kot…
Tengahari suami datang jemput naik kereta terus ke Melaka dengan perasaan teruja, takut, gembira dan gementar… aku bakal bergelar ibu………………..

Monday, September 17, 2012

Me & You - Our weeding :)

Kau memng melampau tau.... Azreena, kau memng dah melampau...
Hari ni, 17 September 2012 maksudnya genab 6 bulan ko kawen... tapi baru hari nak pos entry pasal weeding ko kan... hahahha

Sorry la readers... aku jadi sgt2 la BZ dan malas lepas jadi isteri org ni. maklum la, dengan keje, dengan laki kat rumah, dgn baby kecik dalam perut ni... kadang-kadang xde masa utk diri sendiri. tapi memng berbaloi la penat lelah dan keBZan ni bile tgk muka suami tersenyum kekenyangan, bile baby kecik berjoget dan derdansa dalam perut ni... rasa seronok sgt2...

Mmang entry ni dah tahap basi gile tapi aku kisah apa. aku nak tulis jugak sbb aku nak kenangan terindah ni diabadikan disini. mungkin suatu saat nanti, aku, suami atau anak2 aku nanti boleh baca apa yang ibu pernah hadapi masa ini.. :)

Entry bermula dengan tarikh 4/3/2012 - Bachelorate @ birthday party

Agenda utama nak berjumpa kawan2 satu kelas sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Yelah, dulu study sama-sama. bile susah, meraung sama-sama, menangis sama-sama, menjerit kat karaoke box sama-sama, makan aiskrim McD tgh2 malam sama-sama... kenangan manis tu susah nak lupa. so, blum melangkah ke alam baru yang memungkinkan aku utk terbatas keluar dengan dorang semua, aku pun plan untuk buat pesta bujang.. hahaha... bukan pesta apa pun. just satu hari utk hang out together mcm dulu2.. sambil2 menyambut birthday kay (yg dah lepas) dan birthday aku (yg xlama lagi - time tu la...)

All cs224 batch aku dapat join. tq friend :)

Muka kusam gile sbb stress dengan tempat keje (masa tu keje kat s.alam) 

Posing lepas makan kat garden. 
*Noted: Maisarah yang bayar tau.. katanya hari tu dia bawak duit banyak. hihihihi :P

Hadiah kawen in advance oleh mereka selepas satu Alamanda dijelajahi dalam misi pencarian kasut kawen. tu pun kene paksa beli sbb xjumpa2 yg berkenan. last2 amik je yg ni sbb kalo x, mmng xdapat la hadiah kawen dari dorang. hahaha :P 

Memng fun dan enjoy sgt keluar dgn dorang saat2 terakhir sebagai bujang. walaupun banyak kene bebel sbb lagi seminggu nak kawen banyak yng xprepare lagi. kasut xbeli, muka kusam, kaki bercagu (bukan bercagu pun tapi ibu jari terlanggar pintu pastu kuku pecah separuh. sakit wooo...). memng masa tu hidup sgt2 kelam kabut....

Minggu2 terakhir sebelum 17/3/2012

Masa ni dalam delima dengan status baju yg nak pakai masa wedding. tailor dah siap jahit. baju suami mmng handsome habis siap terpikat masa tgk dia test pakai... fewwiiitt... handsomenye... (maklum la xpernah nampak dia pakai baju melayu. hihihi)

Baju aku plak, kelihatan seperti org gemuk dan pendek (sebenarnya mmng aku yg gemuk dan pendek tapi xsedar diri lagi). so, aku rasa mmng aku kene DIY baju kawen aku. Hujung minggu, aku ajak suami (masa tu masih lagi berstatus tunang) pergi GM plaza. nak cari barang2 untuk DIY. aku beli bead mcm2 color dan size serta brooch bunga bermacam2 size dan warna. aku nekad nak DIY. tiap2 malam lepas balik keje, aku berkurung dalam bilik dan mula menjahit baju. aku menDIY baju tu smpai ke malam seblum aku dinikahkan... serius mmang last minute... hahaha..

Masa tgh jahit kat kampung malam sblum nikah tu, makcik2 aku semua duk bising2. 
'Asal ko xsewa je baju kawen. kan dah susah'
'Ko ni jangan menyesal kalau baju tu nanti xcantik. semua org gelak je tgk baju ko nanti'

Dalam hati cume tuhan je yg tau... bengang gile... huhuhu... tapi sabarkan je la hati ni.. lagipun aku pasti dan yakin dengan bakat DIY aku ni. aceh....

17/3/2012 - Sabtu
Pagi tu aku dah bangun awal2. Tgk pelamin yang dah siap hias, ruang makan damai yang baru malam tadi hias tapi xsiap-siap lagi, tgk pulak bilik pengantin yng bersepah dgn barang hantaran yng masih ada yang complete lagi. masa tu dah xfikir apa dah.. xkisah dah semua tu. kalo barang hantaran tu masih kosong smpai pengantin sampai pun, dah xkisah... kalo ruang makan damai tu xsiap hias lagi pun xpe la.. asalkan pagi ni, aku jadi nikah dengan dia... tu je yang aku pikirkan. 

Aku terus mandi-mandi. Mandi agak lama jugakla... kata nak cantik kan.. kot2 mandi lama2 tu nanti boleh jadi putih ke.. hahaha... kol 8.30 baru mula make up. padahal nikah jam 9.00 pagi.
Jam 9.30 baru siap make up. Pak ngah dah bising-bising kata pihak lelaki dah smpai masjid dah. aku sebangai ketua rombongan (boleh ke? hahaha) pun lead la semua yng dah siap2 tu ke masjid. masjid pun sblah rumah je. so, senang je la.. Smpai kat masjid duk jeling-jeling tgk bakal suami. hihihi... aduh.. handsomenye dikau :P

Sepanjang majlis akad nikah, aku xtau nak gambarkan perasaan tu mcmaner. yg penting aku rasa happy, terharu dan sedih... happy sbb ni yang aku impikan selama ni. terharu sbb sesungguhnya suami aku betul2 cintakan aku dan inilah bukti cintanya :) dan sedih sbb arwah abah xde disaat aku menjadi isteri kepada suamiku.

Bila je suami sahut lafaz akad dari tok kadi, dan saksi2 cakap sah, (satu lafaz je tau... hebat...) rasa mcm 'eh.. aku dah jadi isteri oranglah...' hihihi... alhamdulillah atas pernikahan ini Ya Allah..

Majlis akad nikah diteruskan dengan suami serahkan mahar kepada aku dan lafaz sakinah.. tapi time lafaz sakinan tu, mama dah cabut lari balik rumah.. x adil kan... hahaha... last2 tok kadi tu yang bacakan bagi pihak mama. aku plak kene jugak baca sendiri.. sangat2 xadil.. hihihi... tapi masa baca lafaz sakinah tu, mmng sayu hati baca. nasib baik mama xde kat citu. nasib baik gak tok imam xsuruh baca pakai microphone bagai. kalau x, sure mama dengar dari rumah. hahahaha... malu la nangis2 ni... :p

Tapi apa-apa pun, terima kasih mama sebab kawenkan adik dengan pilihan adik sendiri. dan terima kasih jugak sbb terima Sharif dalam keluarga kite. Terima kasih jugak pada paman Sidik yang jadi wali untuk nikah. kalo paman xde, xtau nak nikah mcm aner. dan terima kasih kepada tok kadi, saksi-saksi, saudara-mara dan kawan-kawan yang ada time tu.. :)

Lepas majlis akad nikah, balik rumah dengan kawan-kawan. suami tinggal kat masjid. nak solat sunat katanya. aku nak join xbleh sbb tgh datang bulan time tu. hiihihi... 

Untuk majlis bersanding, pada aku mmng ringkas. ni atas permintaan aku sendiri la. aku cakap kat mama, xnak la buat besar2 sangat. xnak renjis-renjis, silat-silat semua tu (ada sbbnya aku tolak semua ni.). nasib baik mama ok je. cuma mama kata mama nak panggil kompang dngn zapin. tu mama nak sponsor.. so, aku ok je la. lagi pun benda dah last minute dan duit dah bayar. xkan nak kecoh-kecoh kata xnak plak. hihihi...

Tunggu punya tunggu, pengantin lelaki pulak yang lewat sampai. sbb lepas je majlis akad nikah dorang ramai2 balik homestay kat muar. muar dah la jem. Jam 2.30 lebih baru sampai. tetamu dah gelisah. kawan-kawan dah nak balik. Mama dah bising-bising. budak-budak zapin dah penat (make up masing2 dah cair. hahaha...)

Untuk hiburkan tetamu sementara tunggu pengantin lelaki, budak2 zapin pun joget la dulu satu lagu. hahaha... kesian sgt..

Bila pengantin lelaki sampai je, ya Allah punya la berdebar. xpenah kot dapat perhatian dari semua org sblum ni. mata-mata yang ada semua pandang aku dengan suami. kuat aku pegang tngan suami sbb malu. hahaha... dan majlis pun berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah, hujan pun turun selepas semua tetamu pulang. Alhamdulillah... bersyukur sangat... 
Me without him... lambat sangat nak tunggu :P

Kawan-kawan from UKMT. tq for coming ;)
 
Bebudak zapin yang comel2.... membuatkan tetamu tertawan :P
 
Geng gediks.. sayang uolss...

Banana cake sponsored by my insurance agent (my sis) and redvelvet cupcake with cream cheese topping from 'Cupcake MyOhMy by Dayang' sponsored  by my sister :P 
 
my happy family dengan zara buat aksi akrobatik :p

my new family :)

 and we're married :)

*Noted: Baju DIY aku sangat membanggakan sbb tersangat la sweetnya.. :)
makcik yang duk perli2 aku malam tu pun tegur masa majlis bersanding. 'eh, nampak cantik pulak bila adik pakai. sbb adik kurus kot'.. dalam hati pun berbunga je... baru kau tahukan... hahahaha

Friday, June 8, 2012

Prosedur nikah kahwin johor - Perempuan

Hi....
Jom sambung cerita pasal kawin-kawin walaupun dah nak setahun kawin. hahaha... dah nak masuk 3 bulan je bukan lama sangt pun. inai kat jari pun masih berbaki sikit-sikit ni.
Kali ni nak cerita prosedur nikah pengantin perempuan di negeri Johor pulak. setiap negeri, prosedur dia berbeza. 
Mula-mula kena beli borang kat Pejabat Agama Daerah masing-masing. Aku beli kat Pej Agama Tangkak dekat Masjid Tangkak. Proses permohonan aku buat dalam masa 1hari je dah boleh siap. Tapi sebelum aku pegi tu, aku dah telepon dulu dan tanya dokument yang penting untuk dibawa la.
Antara dokumen-dokumen yang diminta adalah surat kebenaran nikah dan dokument-dokument pengantin lelaki, salinan IC pengantin perempuan, salinan IC 2 orng saksi dan dan borang saksi yang telah ditandatangani, salinan IC wali dan borang wali yang telah ditandatangani, surat pengakuan bujang (dari ketua kampung atau majikan. surat dari suruhan jaya sumpah tak sah ye... rugi je aku kene bayar rm10 aritu), sijil kawin dan borang ujian HIV dari pej agama yang ditandatangani oleh peg kesihatan. (borang dia tak sama dengan borang dari Selangor. Kalau kat selangor, result HIV tak tulis kat borang tu. kalau kat Johor, dia tulis samada +ve atau -ve)
untuk setengah-setengah kes, macam saya yang kematian ayah (wali), kene sediakan surat kematian sekali sebagai bukti. dan untuk anak sulung perempuan, perlu disertakan sekali surat nikah ibu bapa untuk pastikan tarafnya. 
Lepas semua dokument complete (original dan copy), kepilkan bersama dan pergi interview... wah kau... mcm nak mintak kerja. masa ni memng nervous jugak la. tapi bila dah masuk tu, dia tanya soalan basic je macam doa iftitah, tahiyat akhir, doa qunut, alfatihah, mengucap, cara-cara berhadas besar dan kecik, tanggungjawab suami isteri dan sedikit nasihat untuk melayari kehidupan selepas berkahwin. bila penemuduga tu sign dan luluskan temuduga, kire dah tak de masalah dah. surat kebenaran nikah pun dikeluarkan dan kene byar la untuk surat tu. tah ingt dah berapa ringgit tapi xmahal la...
Urusan pun selesai.... mudah, ringkas dan cepat.... satu hari je dah boleh siap.... Alhamdulillah... Boleh jumpa tok kadi untuk berbincang tentang tarikh dan majlis nikah. 

Wednesday, May 2, 2012

Aaron Aziz datang bertandang...

Korang-korang sila jangan jeles okay dengan aku. Walaupun belog aku ni selalu bersawang, tapi ada jugak artis glemer yang nak bertandang. blog aku http://cunshomemadechocolate.blogspot.com. Siapa artis glemer tu??? Eleh.. dari entry pun boleh tau kan... Aaron Aziz tu... Wuuuhhhuuu..... Sila jangan jeles.... :p
 



Monday, April 30, 2012

Homemade Spaghetti Bolognese


Hi... Last week tibe-tibe teringin makan spegati. nak ajak hubby makan kat luar, hubby bukan peminat makanan yang luar biasa ni. nanti membazir dan rasa tak syok makan beria sorang-sorang. huhuhu... last-last bukak internet dan google. hasil carian, dapatlah resepi spaghetti bolognese ni.

walaupun dalam gambar nmpak macam xsedap, tapi bila makan... va va vooommmm kau... sedapnya.. siap boleh tambah lagi. kos buat pun cuma rm 20 je. huhuhu.... jom kite share resepi ye...

Bahan-bahan
  1. 1 paket spegati
  2. 1 paket daging lembu cincang
  3. 200 ml susu (aku pakai susu pekat manis)
  4. 1 ulas bawang putih dicincang
  5. 1 biji bawang besar dicincang
  6. 1 tin besar tomato puri
  7. 2 biji tomato didadu
  8. 1 biji lobak merak dicincang
  9. 1 batang celery
  10. 1 tin cendawan butang
  11. sedikit oregano
  12. sedikit garam
  13. sedikit minyak


Cara-cara
  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar spegati tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, garam dan gula secukup rasa. 
  7. Renah sos sehingga pekat. 
P/S: aku reneh sos smpai 2 jam sbb nak betul2 pekat. hahaha... habis gas aku. hahaha....

Nota kaki: resepi aku ambil kat cni. http://www.myresipi.com/top/detail/728 tapi dah ubah ikut bahan yang ada dirumah sahaja...

Hasil nya sangat memuaskan... nyum nyummm.... :)

Prosedur nikah kahwin selangor - Lelaki

Hi bloggers..
Entry kali ni nak cerita pasal prosedur nak kawen bagi bakal-bakal pengantin lelaki negeri selangor. untuk setiap negeri, prosedur dia lebih kurang sama tapi lain skit. hahahaha....
Kepada bakal-bakal pengantin lelaki, boleh ambil dan rujuk pejabat agama yang berdekatan untuk dapatkan borang dan maklumat.
Macam suami dulu masa nak mohon kawen, dia pergi kat pejabat agama kuala kubu baru. suami punya IC dari beralamat negeri melaka tapi menetap kat rawang. so ada pilihan samaada permohonan di majlis agama melaka ataupun majlis agama selangor.
Bila dah dapat borang tu, kene lengkapkan dulu setiap salinan seperti ic, surat pengesahan bujang, laporan HIV dan beberapa salinan lagi. lepas lengkap semua salinan dan borang, bawak borang jumpa nazir kawasan tempat tinggal untuk dapatkan tandatangan. dah dapatkan tandatangan, bawak 2orng kawan lelaki untuk jadi saksi borang jumpa dengan pendaftar nikah kawen dan dapatkan tandatangan lagi.
Bila dah dapat tandatangan tu, bawak borang tersebut ke pejabat agama yang mula-mula ambil borang tu untuk dapatkan pulak surat kebenaran nikah. pegawai-pegawai pejabat agama akan sediakan dan kepilkan bersama semua salinan mengikut susunan untuk urusan pihak pengantin perempuan.... maka selesai la urusan pengantin lelaki... boleh goyang kaki je tunggu pengantin perempuan pulak kehulur-kehilir bawak borang :p

Kalau ikut pengalaman aku, prosedur kebenaran nikah ni mudah je selagi semua maklumat, dokumen dan saksi tiada masalah. InsyaAllah....

Untuk prosedur nikah kawen perempuan negeri johor, akan di ceritakan pada entry akan datang.... stay tune... aceehhhh....

Saturday, April 28, 2012

Wedding Dress for rent

Hi bloggers,

Ada sesiapa yang berminat nak sewa baju pengantin untuk majlis bahagia kalian. sesuai untuk dinner, wedding dan bertunang. Boleh contact saya 0132073385 (Azreena).

Baju warna pink belacan, berkeadaan baik, boleh sewa untuk sepasang atau hanya sehelai. Harga sewa pasti murah. Main cincai kire.... :P

Set Perempuan:
Dress
Veil

Set Lelaki:
Baju Melayu (Bersulam)
Sampin




between RESIGN and FIRED!!!!!

Hi sahabat blogger semua....
Dah lama gile xupdate blog ni. Bari bujang smpai dah kawen pun... huhuhu... Banyak gile nak share and cerita pasal kawen, pasal hantaran, pasal kehidupan selepas kawen.... tapi NANTI DULU.... Aku nak cerita benda lain dulu... Aku nak cerita pasal..........
The biggest move i made lepas kawen. Selepas ditimbang tara dan difikirkan secara logik menggunakan beberapa fungsi otak, akhirnya aku ambil keputusan untuk berhenti kerja di company yang aku baru je keje kat situ xsampai 3bulan.
Memang mulanya aku risau, takut dan was-was. Betul ke tindakan aku ni? Apa perancangan hidup kami lepas ni? Nak makan apa? Tapi rasa hati untuk berhenti kerja mengatasi segalanya...
Selepas berdiskusi dengan suami, family dan kawan-kawan, akhirnya keputusan dibuat... Pagi semalam 27/4/2012, dengan yakinnya aku melangkah ke pejabat HR hantar surat resign 24jam...
ALHAMDULILLAH... terus rasa separuh beban dah hilng. sepanjang hari menghabiskan masa dengan sattlekan outstanding kerja. Tengahari waktu lunch plak, kene panggil dengan bos utk discussion. nasib baik guna skype je. kalo face to face, xtau la berani ke tak.
Bos tanya macam-macam, sampai rasa salah ke aku nak berenti kerja? Nak je aku jerit.... keje kat cni xbest!!!! hahaha.... Tapi aku masih tahu hormat lagi. hanya senyum dan berikan alasan yang sememangnya menjadi masalah utama kami....
Lepas lunch, Andrew datang jumpa aku smbil tunjukkan surat yang dia dapat dari HR. Andrew ni kawan yang sekali masuk dengan aku. kami sebenarnya bertiga masuk pada 1/2/2012. aku dan andrew satu department dan yang sorang lagi masuk department lain. al-kisahnya, yang sorang tu (tak ingat nama) dah pun cabut dari company pad minggu pertama lagi. huhuhuhu... Good move!!!... so tinggallah aku dan Andrew kat situ.
Nak dijadikan cerita, aku pun excited kononnya tengok Andrew dapat surat CONFIRM untk keje kat ctu. Rupanya.... Andrew kata, HR bagi surat tamat perkhidmatan. Kononnya tak perform. Well.... terus aku rasa upset gile dengar berita Andrew dan at the same time, rasa LUCKILY, WINNER and HAPPY sbb dah hantr surat resign siap-siap pagi tu... huhuhu...
Kalau la aku masih plan nak bekerja dan masih mengharapkan duit makan gaji, alamaknya garu kepala dn terjun bangunan sbb kene nasib yang sama.
Balik tu, Andrew jumpa aku lagi dan kata "U ni bijak la. Sebelum kena, u dah kenakan dorang dulu..." huhuhu....
Well Andrew, good luck for your better life lepas ni. wish all the best for you. Ingat, rezeki tu ada dimana-mana....

P/S: Sbb dah berenti kerja ni, fokus lebih kepada business online. Sape2 nak sewa chocolate fountain, order cupcake, door gift for weeding ke boleh la contact2 ye.... hehehe.. 0132073385...

Again..... sib baik aku resign bukan kene PECAT!!!......

si kecil zara

si diva oh lalala.... zara adelia...

comel gila kan.... aritu mama dia beli toy online. Tapi auntie dia yang ambil kan sbb masa COD, zara balik rumah nenek. Serius toy dia best sangat. sampai-sampai rumah je, auntie dia ni terus main sorang2 kat rumah. hihihiihi....


Set dapur untuk chef zara


Siap da sinki lagi kau....

Ok... jom kite masak-masak...




si manis zara kene masuk spital sbb cerit birit. walaupun tangan dah kene balut tetap nak main masak2. ooohhhwww.... sweet sgt....


Si manis zara berjogging. walaupun nak beriadah, harus bergaya...

Tuesday, February 7, 2012

PENAKUT....

Entry tgh2 mlm... Mesti la dikata hati dlm gundah gulana. Risau, takut, tak yakin, tak pasti.... Tp semua perasaan tu ada.
Risau dengan segala persiapan yg dirancang. Takut dgn masa dpn. Takut dgn kerja baru, rumh baru, kehidupan baru yg jauh dr norma hidup aku... Xyakin dgn keputusan untuk terus mencuba.. Xyakin diri ni kuat dn setabah dulu. Dan xpasti adakah ini yg terbaek utk aku...
Tambah tolak, lg 6minggu aku nk bernikah dgn pilihan hati aku. Dgn kerja baru yg memerlukn aku travel, adakh kami akn tabah? Adakah dia akn redha? Aku takut nk berjauhan. Jauh dr mak, dari keluarga dn dari org tercinta.
Aku dah berubah. Aku dah xsekuat dulu. Xseberani dulu. Aku takut... Aku dah xpndai berdikari...
Ya Allah,kuatkn aku seperti makna nama ku. Tabahkn hatiku dlm mengharungi ujianMu. Dan lindungi aku dari bisikan jin dn syaitan...

Friday, February 3, 2012

changes......

harini masuk hari kedua aku kt office baru. maka berubah la jadual tidur tu. berubah juga jadual mkn ku.... omigot.....
dulu pukul 8.30pg baru nk panaskn enjin. kol 8.50pg dah smpai opis.
sekarang pukul 7.00pg dah start tinggalkn pengkarangn rumh. pukul 8.30 kene masuk office. jauh.... jem... ngantuk... omigot... sib baik boleh dgr celoteh jj n ean kt hitz.fm pagi2.

klo dulu, lunch hour bleh sesukati je kluar. kn bos kan.... hahaha... xde la sesukati pun asalkn kerja siap. ada tu smpai kluar pukul 12.30 tghari smpai pukul 2.30 ptg :p
skng ni rehat cume 45 minit. mkn kt kantin je. nk kluar jauh2 jem la plak...

klo dulu pukul 5.30 ptg dah siap2 tutup laptop. kadang tu nmpk bos angkt beg, kite pun angkt beg. kn ijat kn... :p
skng kol 5.45ptg baru siap2 nk kemas beg.

klo dulu tiap jumaat g mkn mcd. xpun shopping kt alamanda. kata perempuan...
skng, jumaat pun rehat 45minit je. huhuhu....

dulu sabtu je siap2 nk g dating la, balik kpg la...
skng, sabtu keje mehh...

dulu outstation paling jauh pun pegi PWTC je.
skng kene pegi seberang prai.... aduhai.. xtau sanggup ke x. dah la nk kawen. kene tinggalkn suami kot... waaaaa....

dulu kehulu kehilir pakai je selipar oren beli kt gaint..
skng, kene pakai safety shoe la, safety halmet la... mcm engineer :p

apa2 pun, doakn aku yng terbaek kt tempat baru yang penuh debaran ni... (berdebar2 masuk kilang dgn ramao lelaki n bunyi mesin yg kuat2)... doakn aku tabah untuk mencari sesuap nasi :p

Thursday, January 5, 2012

Dugaan terhebat

Opis xde air yg digunakan untuk menunaikan hajat. xde aircon yang boleh membantu korang bernafas. stresss... aku streess...... rasa nak balik sekarang jugak...
cepat la ambil tidakan untuk masalah ni... tolong la aku stress.....

Tuesday, January 3, 2012

Azam tahun baru

tiap tahun pasang azam baru. walaupun hari ni dah hari ke 3 utk tahun 2012, tp blum lewat nak berazam. bukan ke berazam tu boleh buat bile2 masa je. bukan nak tunggu tahun baru, baru nak pasang azam semua...
azam tahun ni aku nak KAHWIN...
doakan semua pejalanan dan perancangan berjalan dengan rapi.
amin....