Monday, September 17, 2012

Me & You - Our weeding :)

Kau memng melampau tau.... Azreena, kau memng dah melampau...
Hari ni, 17 September 2012 maksudnya genab 6 bulan ko kawen... tapi baru hari nak pos entry pasal weeding ko kan... hahahha

Sorry la readers... aku jadi sgt2 la BZ dan malas lepas jadi isteri org ni. maklum la, dengan keje, dengan laki kat rumah, dgn baby kecik dalam perut ni... kadang-kadang xde masa utk diri sendiri. tapi memng berbaloi la penat lelah dan keBZan ni bile tgk muka suami tersenyum kekenyangan, bile baby kecik berjoget dan derdansa dalam perut ni... rasa seronok sgt2...

Mmang entry ni dah tahap basi gile tapi aku kisah apa. aku nak tulis jugak sbb aku nak kenangan terindah ni diabadikan disini. mungkin suatu saat nanti, aku, suami atau anak2 aku nanti boleh baca apa yang ibu pernah hadapi masa ini.. :)

Entry bermula dengan tarikh 4/3/2012 - Bachelorate @ birthday party

Agenda utama nak berjumpa kawan2 satu kelas sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Yelah, dulu study sama-sama. bile susah, meraung sama-sama, menangis sama-sama, menjerit kat karaoke box sama-sama, makan aiskrim McD tgh2 malam sama-sama... kenangan manis tu susah nak lupa. so, blum melangkah ke alam baru yang memungkinkan aku utk terbatas keluar dengan dorang semua, aku pun plan untuk buat pesta bujang.. hahaha... bukan pesta apa pun. just satu hari utk hang out together mcm dulu2.. sambil2 menyambut birthday kay (yg dah lepas) dan birthday aku (yg xlama lagi - time tu la...)

All cs224 batch aku dapat join. tq friend :)

Muka kusam gile sbb stress dengan tempat keje (masa tu keje kat s.alam) 

Posing lepas makan kat garden. 
*Noted: Maisarah yang bayar tau.. katanya hari tu dia bawak duit banyak. hihihihi :P

Hadiah kawen in advance oleh mereka selepas satu Alamanda dijelajahi dalam misi pencarian kasut kawen. tu pun kene paksa beli sbb xjumpa2 yg berkenan. last2 amik je yg ni sbb kalo x, mmng xdapat la hadiah kawen dari dorang. hahaha :P 

Memng fun dan enjoy sgt keluar dgn dorang saat2 terakhir sebagai bujang. walaupun banyak kene bebel sbb lagi seminggu nak kawen banyak yng xprepare lagi. kasut xbeli, muka kusam, kaki bercagu (bukan bercagu pun tapi ibu jari terlanggar pintu pastu kuku pecah separuh. sakit wooo...). memng masa tu hidup sgt2 kelam kabut....

Minggu2 terakhir sebelum 17/3/2012

Masa ni dalam delima dengan status baju yg nak pakai masa wedding. tailor dah siap jahit. baju suami mmng handsome habis siap terpikat masa tgk dia test pakai... fewwiiitt... handsomenye... (maklum la xpernah nampak dia pakai baju melayu. hihihi)

Baju aku plak, kelihatan seperti org gemuk dan pendek (sebenarnya mmng aku yg gemuk dan pendek tapi xsedar diri lagi). so, aku rasa mmng aku kene DIY baju kawen aku. Hujung minggu, aku ajak suami (masa tu masih lagi berstatus tunang) pergi GM plaza. nak cari barang2 untuk DIY. aku beli bead mcm2 color dan size serta brooch bunga bermacam2 size dan warna. aku nekad nak DIY. tiap2 malam lepas balik keje, aku berkurung dalam bilik dan mula menjahit baju. aku menDIY baju tu smpai ke malam seblum aku dinikahkan... serius mmang last minute... hahaha..

Masa tgh jahit kat kampung malam sblum nikah tu, makcik2 aku semua duk bising2. 
'Asal ko xsewa je baju kawen. kan dah susah'
'Ko ni jangan menyesal kalau baju tu nanti xcantik. semua org gelak je tgk baju ko nanti'

Dalam hati cume tuhan je yg tau... bengang gile... huhuhu... tapi sabarkan je la hati ni.. lagipun aku pasti dan yakin dengan bakat DIY aku ni. aceh....

17/3/2012 - Sabtu
Pagi tu aku dah bangun awal2. Tgk pelamin yang dah siap hias, ruang makan damai yang baru malam tadi hias tapi xsiap-siap lagi, tgk pulak bilik pengantin yng bersepah dgn barang hantaran yng masih ada yang complete lagi. masa tu dah xfikir apa dah.. xkisah dah semua tu. kalo barang hantaran tu masih kosong smpai pengantin sampai pun, dah xkisah... kalo ruang makan damai tu xsiap hias lagi pun xpe la.. asalkan pagi ni, aku jadi nikah dengan dia... tu je yang aku pikirkan. 

Aku terus mandi-mandi. Mandi agak lama jugakla... kata nak cantik kan.. kot2 mandi lama2 tu nanti boleh jadi putih ke.. hahaha... kol 8.30 baru mula make up. padahal nikah jam 9.00 pagi.
Jam 9.30 baru siap make up. Pak ngah dah bising-bising kata pihak lelaki dah smpai masjid dah. aku sebangai ketua rombongan (boleh ke? hahaha) pun lead la semua yng dah siap2 tu ke masjid. masjid pun sblah rumah je. so, senang je la.. Smpai kat masjid duk jeling-jeling tgk bakal suami. hihihi... aduh.. handsomenye dikau :P

Sepanjang majlis akad nikah, aku xtau nak gambarkan perasaan tu mcmaner. yg penting aku rasa happy, terharu dan sedih... happy sbb ni yang aku impikan selama ni. terharu sbb sesungguhnya suami aku betul2 cintakan aku dan inilah bukti cintanya :) dan sedih sbb arwah abah xde disaat aku menjadi isteri kepada suamiku.

Bila je suami sahut lafaz akad dari tok kadi, dan saksi2 cakap sah, (satu lafaz je tau... hebat...) rasa mcm 'eh.. aku dah jadi isteri oranglah...' hihihi... alhamdulillah atas pernikahan ini Ya Allah..

Majlis akad nikah diteruskan dengan suami serahkan mahar kepada aku dan lafaz sakinah.. tapi time lafaz sakinan tu, mama dah cabut lari balik rumah.. x adil kan... hahaha... last2 tok kadi tu yang bacakan bagi pihak mama. aku plak kene jugak baca sendiri.. sangat2 xadil.. hihihi... tapi masa baca lafaz sakinah tu, mmng sayu hati baca. nasib baik mama xde kat citu. nasib baik gak tok imam xsuruh baca pakai microphone bagai. kalau x, sure mama dengar dari rumah. hahahaha... malu la nangis2 ni... :p

Tapi apa-apa pun, terima kasih mama sebab kawenkan adik dengan pilihan adik sendiri. dan terima kasih jugak sbb terima Sharif dalam keluarga kite. Terima kasih jugak pada paman Sidik yang jadi wali untuk nikah. kalo paman xde, xtau nak nikah mcm aner. dan terima kasih kepada tok kadi, saksi-saksi, saudara-mara dan kawan-kawan yang ada time tu.. :)

Lepas majlis akad nikah, balik rumah dengan kawan-kawan. suami tinggal kat masjid. nak solat sunat katanya. aku nak join xbleh sbb tgh datang bulan time tu. hiihihi... 

Untuk majlis bersanding, pada aku mmng ringkas. ni atas permintaan aku sendiri la. aku cakap kat mama, xnak la buat besar2 sangat. xnak renjis-renjis, silat-silat semua tu (ada sbbnya aku tolak semua ni.). nasib baik mama ok je. cuma mama kata mama nak panggil kompang dngn zapin. tu mama nak sponsor.. so, aku ok je la. lagi pun benda dah last minute dan duit dah bayar. xkan nak kecoh-kecoh kata xnak plak. hihihi...

Tunggu punya tunggu, pengantin lelaki pulak yang lewat sampai. sbb lepas je majlis akad nikah dorang ramai2 balik homestay kat muar. muar dah la jem. Jam 2.30 lebih baru sampai. tetamu dah gelisah. kawan-kawan dah nak balik. Mama dah bising-bising. budak-budak zapin dah penat (make up masing2 dah cair. hahaha...)

Untuk hiburkan tetamu sementara tunggu pengantin lelaki, budak2 zapin pun joget la dulu satu lagu. hahaha... kesian sgt..

Bila pengantin lelaki sampai je, ya Allah punya la berdebar. xpenah kot dapat perhatian dari semua org sblum ni. mata-mata yang ada semua pandang aku dengan suami. kuat aku pegang tngan suami sbb malu. hahaha... dan majlis pun berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah, hujan pun turun selepas semua tetamu pulang. Alhamdulillah... bersyukur sangat... 
Me without him... lambat sangat nak tunggu :P

Kawan-kawan from UKMT. tq for coming ;)
 
Bebudak zapin yang comel2.... membuatkan tetamu tertawan :P
 
Geng gediks.. sayang uolss...

Banana cake sponsored by my insurance agent (my sis) and redvelvet cupcake with cream cheese topping from 'Cupcake MyOhMy by Dayang' sponsored  by my sister :P 
 
my happy family dengan zara buat aksi akrobatik :p

my new family :)

 and we're married :)

*Noted: Baju DIY aku sangat membanggakan sbb tersangat la sweetnya.. :)
makcik yang duk perli2 aku malam tu pun tegur masa majlis bersanding. 'eh, nampak cantik pulak bila adik pakai. sbb adik kurus kot'.. dalam hati pun berbunga je... baru kau tahukan... hahahaha

1 comment:

Anonymous said...

tinggal aku sorang je lah berstatus bujang di geng gediks itu.huhu


mye