Cuba tengok ticker kat bawah ni... dengan rasminya harini, baby dalam kandungan dah masuk 36 minggu 1 hari... yeeahhh... 'saya dah nak keluar. nak jumpa ibu dengan ayah. :)'
perasaan aku time ni mmng la teruja, nebes, takut dan macam-macam lagi la. tp alhamdulillah, segala persiapan awal nak sambut baby dah pun dibuat. baju dan barang utk aku dan baby dah pun siap packing dalam beg sejak kandungan masuk 7 bulan. harap semua berjalan dengan lancar maklum la aku ni jenis yg senang panic. t semua plan yg dah dibuat utk sambut baby lari entah mana.
aku plan nak ambil cuti awal kot. tp masih belum final lagi nak ambil bila. sbb kalo boleh mmng aku xnak kacau maternity leave. so terpaksa la unpaid leave memandangkan aku dah tak ada cuti. so, kire-kire mungkin akan amik unpaid leave 2minggu awal dari tarikh jangkaan bersalin.
maklum la, aku g balik kerja amik masa almost 5 hours dalam train sahaja. tu blum masuk masa yg diambil dari rumah ke ktm dan dari ktm ke opis. huhuhu...
masa mula2 masuk kerja, time tu baby baru 2 bulan lebih. mmang tak rasa penat pun travel hari2 naik train. naik train 5jam umpama naik train 5 minit. sbb aku tidur je dalam train tu... hahaha... tp bile perut dah besar dan baby makin berat, 5 jam tu rasanya cukup lama. macam2 posisi duduk dah dalam train tu. tu yg terfikir nak cuti awal je.
oh... x sabar... xsabar... xsabar....
1 comment:
semoga dipermudahkan urusan... amin..
Post a Comment