Friday, February 20, 2015

Stripwashed cloth diapers - 6 bulan sekali

Ye.. abg baby masih lg berCD. Cuma klo travel or malam nak tdo baru pakai diapers pakai buang. 

Sejak jd mak buyung ni, tugas membilas CD jatuh kepada suami mithali... *smile face*

usia CD pun sama mcm usia abg baby dan insyaAllah akan diwarisi adik baby.. so far CD tu semua masih berkeadaan baik. Leaking tu biasa la.. klo dah start leaking, maksudnya dah kene buat stripwash la. Untuk menambah serapan, kegebuan dan keputihan CD.. 

stripwash ni tak perlu buat selalu. Agak2 CD dan tak berapa serap, dah keras bile dia kering or dah tak gebu, maka boleh la buat stripwash ni.. 

Ni step yg aku selalu buat.. semua process aku buat pakai mesin basuh sbb toilet kecik nak rendam2 dalam toilet..

1- rendam insert dgn air panas hingga jadi suam. Ingt, insert je tau. Cover jgn rendam nnti rosak plak..

2- masukkan skit cecair pencuci pinggan sunlight. Ni utk hilangkan minyak pd najis yg melekat kat CD. Guna skit je. T jenuh plak nak membilas. Rendam dan pusing kejap dalam mesin tu. Kemudian bilas.

3- cuci plak dgn air yg ditambah cuka. Ni pun jgn letak banyak2 sbb boleh buat kulit baby merah2. Ada kawan tu buat, smpai 3 kali basuh balik CD baru anak dia ok. Nak selamat, lepas cuci, bilas bnyk kali sblum proceed ke process seterusnya..

4- rendam dan bilas plak dngn air yg dicampur dgn baking soda. Tujuannya nak kasi insert putih bersih. 

Kemudian, bilas dan sidai... fyi, aku buat semua step diatas utk insert shj. Cover mmng tak berani buat sbb takut rosak. Hehehe.. 

********************
Meriahkan majlis harijadi anda dengan kek yang ditempah khas. 

Cantik, comel, menarik dan meriah.. biar anak anda bermain dengan imiginasi mereka di hari jadi mereka...

whatapps utk maklumat lanjut: 01110914326 (kl, putrajaya, selangor)

No comments: