Saturday, February 14, 2015

Anak lambat cakap...

Kebiasaan kanak2 dah mula pndai panggil ibu dan ayah seawal usia 1tahun.. pastu makin banyak perkataan2 baru yang dia akan sebut...
Si bijak pulak tak macam tu. Smpai sekarang memang tak pernah panggil ibu dan ayah depan2. Nk ibu ayah, dia nangis dan jerit. Anak manja... hehehe...

Bukan tak reti sebut ibu dan ayah.. tp dia tak nak. Aku perasan bile keadaan terpaksa mcm jatuh yg sakit sangat, cari aku kat tempat ramai org... time tu la dapat dgr dia panggil ibu ayah...

Pastu bila dia tgh excited sgt2 baru dengar jelas bunyi dia menyanyi.. tu pun kadang2 sgt ye...

Si bijak ni mmng masa baby org cakap dia jenis tak ada perasaan. Agah cak ba mmng dia buat tak tau.. dalam hati dia kot cakap, "apa kau buat ni sampai buat muka huduh mcm tu pastu gelak sorang2"... akhirnya nak agah2 dia pun jadi malu sendri... hahahaha...

Tp tu masa baby la.. bile dah up skit, dah mula ada respond iaitu senyum..

So, kesimpulan yg aku buat kat sini adalah dia cuma lambat cakap. Maybe ikut gen ayah dia kot. Sbb ayah dia ni mmng jenis yaaa ampun sgt pendiam... dan sepupu si bijak sebelah ayah dia pun ada masalah speech delay ni. Masuk taska baru pandai cakap.. kecelaruan bahasa sbb kat rumah cakap omputeh, kawan2 cakap melayu dan sekolah cina.. tp bile pandai cakap mmng lebih advance dr org lain la..

Yg penting, dia paham je apa yg kita cakap.

So buat masa ni, aku tgh cuba mengaktifkan sel2 lidah si bijak utk sebut perkataan2 yg ada makna dan bukan perkataan2 yg minnion (cerita despicable me) cakap tu... ok.. klo cerita despicable me tu, mmng dia sgt excited tgknya.. minnion cakap dia boleh je ulang balik.. bile ibu baca ABC suh dia ikut nanti dia buat muka "eh.. ibu cakap bahasa alien mana ni".... gerammm... ggggrrr....

Selalu perhatikan si bijak main sorang2 smbil membebel2 tu.. (masuk umur 2tahun baru main ada suara ye.. sblum ni main sambil senyum2 sorang je) masa dia main ni la akan terdengar perkataan yang boleh difahami seperti nasi, panas dan lain2.. masa dengan ibu ayah mmng haram... jerit dan nangis je tau.. geram....

Hahaha... apa2 pun kita tgk perkembangan si bijak.. harap bila ada kawan (adik baby) nanti ada la kawan dia nak membebel dan belajar bercakap...


Ni la dia reaksi yang dia akan buat kalo org ajar dia perkataan.. muka tak puas hati... 

No comments: