Next week insyaAllah kami akan terbang ke thailand.. Cuti2 budget. Tiket dah beli sejak tahun lepas lagi.. Wakakakaka...
So kena la buat passport.. Kami buat kat pej imegresen kuala kubu bahru saja. Dekat dan cepat..
Nak pergi tu sila jgn lupa bawa i.c original, passport yg dah expired/hampir expired dan duit.. Rm 100 utk 2thn dan rm300 utk 5 tahun..
Utk si kecil si bijak pandai pulak bawak sijil kelahiran yg original, duit dan ibu/bapa kene datang sekali. Tak boleh wakil2 nenek atau atok ye..
Gambar tak perlu ye sbb dia akan amik kat sana je terus masuk sistem.. Jimat duit aku.. Dulu2 nak buat passport gambar asyik kene reject je..
Prosedur dia mmng cepat dan senang.
- ambil no giliran dan isi borang ringkas
- no giliran dipanggil dan ambil gambar dan cop jari.
- tunggu kejap sehingga nama dipanggil utk buat pembayaran... Passport akan siap dalam tempoh 1 jam jika tiada masalah teknikal..
- selepas 1 jam, nama akan dipanggil dan siap!!!
Dari prosedure 1-3 tu mmng tak sampai 10 minit kot rasanya.. Sbb mmng tak ramai orang..
Si bijak pun baik je masa nak ambil gambar tu.. Mmng sgt bekerjasama.. Hahahaha...
So passport siap.. Boleh la kita berjalan2.. Yyyeeaahh...
No comments:
Post a Comment