Tuesday, December 23, 2014

Rezeki dan dugaan

Hujung2 tahun ni mcm2 dugaan datang...
InsyaAllah... rezeki Allah ada...


Friday, December 19, 2014

....

Hati resah... si bijak demam.. muntah2.. tak selera makan...

Mama kat kpg pulak sorang2 cirit-birit, demam, sakit perut...

Ya Allah.. permudahkan la urusan kami... 

berilah kami kesihatan yg baik... 

peliharalah ibu bapa kami yg jauh dimata tp dekat dihati... 

aminnn

Kisah tempayan

Hujung minggu lepas balik kpg muar sbb adik mama (andak) balik dr sarawak. So ada la buat kenduri, kumpul ramai2 adik beradik mama.

Bilik mandi rumah mama mmng mama letak tempayan sbb tak de kolah. So boleh tadah air buat mandi selain pakai shower. Konon air tempayan tu sejuk. Padahal air shower pun dah sejuk sgt... air gunung la katakan... hahahaha...

Si bijak pulak kalo bab main air ni mmng la suka sgt2nya. Pantang kata jom mandi, terus lari ketuk2 pintu bilik air.

Hari sabtu tu, mcm biasa, suh en suami mandikan si bijak. Mak buyong tak larat nak terbongkok2...

Tah mcm aner tah, masa mandikan si bijak, si bijak boleh termasuk dlm tempayan tu... tempayan tu mmng tak besar mana pun. Paras2 dada si bijak je..

Nasib baik la suami yg mandikan.. terus ditarik si bijak.. yaAllah... hanya tuhan yg tau perasaan ibu... alhamdulillah si bijak tak apa2. Terkejut skit pastu nangis..

Mcmtu kot yg berlaku pada baby2 yg selalu baca kat surat kabar kes lemas2 ni. Huhuhu... alhamdulillah ya Allah anak ibu ni bernasib baik...

So mak ayah, kakak adik abang, mak cik pakcik, nenek atuk semua... sentiasa awasi anak2 semasa dlm bilik air. Jgn tinggalkan air bertakung tanpa tutup dan kunci la bilik air, bilik mandi supaya kes2 mcm ni tak terjadi...

Ubat cacing

Sbbkn si bijak xmo makan, try bg dia makan ubat cacing.

Sbb duk google2 antara faktor anak tak de selera makan mungkin sbb ada cacing dlm badan.

Cacing yg dimaksudkan ni ada bnyk jenis. So memandangkan si bijak xpenah dibagi ubat cacing, dan bila google tu baru tau betapa pentingnya ubat cacing ni kepada kita (bukan baby je tau... dewasa pun kene makan), maka operasi makan ubat cacing pun dijalankan... 

Tp ibu tak makan la.. sbb preggy woman tak boleh tau... no no no no no....


Harap2 usaha bg ubat cacing ni berjaya menaikkn selera si bijak...

Thursday, December 18, 2014

Happy birthday si bijak

Si bijak masuk 2 tahun... pg2 lg dah mainkan slide show gmbar2 baby si bijak kat tv. Tergedik2 dia ketawa.. paham agaknya...

Tak tau nak selebrate kat mana sbb si bijak xde selera makan. Semua makanan feveret dia, dia reject mentah2... agak stress jugak la....

Last2 g jalan2 tesco dan jusco. Dia paling enjoy kalau lepas bebas kat pasaraya. Mmng jalan tak toleh kiri kanan. Toys ke, jajan ke, cartoon ke mmng tak layan punya time ni. Yg penting dapat lepas bebas jalan, lari dan merangkak sepuas hati...

Jimat jugak dapat anak mcm si bijak. Hahahaha... xde kerenah nak mintak jajan dgn toys...

Tghari ajak makan kfc. Seperti yg dijangka, mmng tak pandang langsung pun kfc tu.. sian... dah kurus dah anak ibu ni...

Ptg, pegi playground plak... puas la melayan dia main satu hari ni... xpe la nak... ibu ayah tak tau nak bg hadiah apa.. ni pun cukup la ye...

Yg penting, ibu ayah love iman banyak sgt... iman sentiasa baby di hati ayah ibu..

Semoga menjadi anak yg soleh, hormat org tua dan sihat cergas cerdas seadanya... amin.... insyaAllah...

Bibir tebal ikut ibu.. kening garang mcm ayah... hihihu

Muka budak 2 tahun tak boleh nak bukak mata bangun pagi.... 

Tuesday, December 16, 2014

1st cek up di azzahrah @ 31week

Appoinment sblum jam 12. So jam 10 dah sampai azzahra.
Naik tingkat 1, dan register utk jumpa dr masyitah.

Hmpir jam 12 jugak baru no giliran smpai. Berulang alik masuk tandas... hahaha...

Si bijak pun asyik kehulur kehilir je main lari2. Bosan la tu....

Alhamdulillah adik baby dah tak songsang.. berat dalam 1.5kg. Jantina sama mcm kat ajwa...

Next appoinment 13 jan.  Dr masyitah siap2 pesan.. kata kalo tnda2 bersalin smpai sblum 22 jan, azzahra tak boleh terima kes sbb xde ward icu utk baby. Sbb sblum 36 weeks baby blum matang utk bernafas sendri...

So, banyakkan berdoa semoga adik baby tak kluar awal sgt... dan semoga dapat bersalin secara normal... doakan saya ye... 
Total cost cek up - rm139

Vitamin dan segala test/cucuk2, dr masyitah bg suh teruskan amik kt klinik kesihatan je.. hihihi... jimat skit...


Tangkap, pastu peluk ajak selfie... asyik menjerit2 je kerjanya... geram tgk...

Xnk pakai selipar main lari2... malu ibu, org kata ibu biar anak xpakai kasut... hihihi

Thursday, December 11, 2014

29 weeks dan baby songsang

Selasa haritu g cek up kat klinik desa. Mcm yg scan haritu, nurse ckp baby songsang. Nurse pesan jgn pegi urut dgn bidan plak. Takut baby terbelit tali pusat plak...

So... cuba la menggoogle tips dan petua2 untuk membetulkan kedudukan baby. Ikutkan masih bnyk ruang lg untuk baby pusing2 dalam tu. Nurse bg tempoh sebulan sblum refer ke hospital..

Antara tips2 yg aku dapat adalah....
  1. banyakkan senaman mcm sujud tu. Klo sembayang tu, sujud dan rukuk la lama skit.
  2. letak ais kat bahagian pusat sbb kononnya baby tak suka sejuk
  3. main2 lampu kat bahagian bawah supaya kepala baby pusing
  4. pujuk dgn kasih sayang.. baby boleh dengar dan paham...
  5. dan yg penting, jgn lupa doa...

InsyaAllah....

Smlm jugak aku ke wisma bersalin ikhwan sekali lg. Tp xjumpa doc pun. Niat mmng nak jumpa tp akak kaunter tu kata tak yah sbb baru je lepas cek gomen. Kalo nk datang, datang lg 2 minggu. Tp selalunya klo kes baby songsang ni dia mmng tak terima... huhuhuhu....

Terus google no hospital azzahrah dan buat appoinment dgn dr. Mashitah... harap2 tak kene reject la kat azzahrah...

Doakan sy dapat bersalin secara normal ye.... terima kasih...

Sunday, December 7, 2014

Scan 3d/4d detail

Alhamdulillah... adik baby dah masuk 29 minggu...

Smlm buat scan 3d/4d dgn detail scan.. mcm abg baby, kami buat kat klinik yg sama. Klinik ajwa, sek 7.

Mmng dah call siap2 booking tarikh appointment.

Sonographer perempuan muslim so mmng ok sgt la.. sessi scan pun ok je. Alhamdulillah baby sihat...

Abg baby duk bergendang2 sbb adik baby xnk tunjuk muka. Hahaha...

So far baby songsang. Tp insyaAllah boleh pusing balik dgn izin Allah.. sama2 ye kite doa..

Sbb pg sblum g scan, nurse klinik desa dtg umah cek kata baby dah ok. G scan tgk baby songsang plak. Patut la ptg tu ibu rasa adik baby bergolek2 dlm perut ibu ni. Hihihi...


Friday, December 5, 2014

Air kelapa pandan....

Harini g melawat kawan suami yang nak berpindah balik kedah.

Bosan duduk rumah tgk astro boy hari2, maka tergedik2 la ikut....

Alhamdulillah... dapat rezeki setandan kelapa pandan... 

minum air kelapa smpai pecah perut pastu asyik ke tandas je.. hahaha...

Sedap, manis dan wangi... terima kasih...

Wednesday, December 3, 2014

Minyak kelapa dara

Sebelum ni mmng tak pernah dengar pun pasal minyak kelapa dara. Yg selalu aku dgr nasi kukus ayam dara la.. huhuhu...

Dulu masa si bijak baby, kaki dan kepala dia ada kerak2 dan kering. Kadang smpai berdarah. Kesian tgk. Mcm2 ubat klinik, krim farmasi dan lotion disapu. Last2 akak pengasuh tu suh beli vco jenama ALIF.

Dia kata dia sapu kat kaki si bijak. Aku tgk pun mcm ok je kaki dgn kepala si bijak. So, mencari la vco ni. Puas cari kot. Tak jumpa kedai yg jual. Last2 try google dan contact seller dia kat FB.
Alhamdulillah... si bijak sesuai pakai... suami pun pakai sbb masalah kulit kepala yg teruk.

Tp tu la... susah nak cari... kene order kat FB.

Pastu kawan opis suh try jenama CATALYST. Yg ni jenis capsul. Erm... so far makan, xde rasa apa2. Sbb kitorang pakai vco lebih pd penggunaan luaran kan... so tak boleh komen sgt..

Baru2 ni try plak vco D'Herbs terlajak laris... so far suka plak sbb bau dan rasa dia agak best skit. Baru guna seminggu.

Saturday, November 29, 2014

Cameroon highland

Percutian bersama keluarga suami... 3 family.. abg isa dgn family dan mak, kak noi dgn suami dan kami.

Stay di villa dahlia, tanah rata. Rate harga 'free'... sbb suami dgn kk noi ada join membership swiss garden. So tiap2 2 tahun dpt la 5 mlm penginapan. Kt cameroon mmng xde swiss garden tp boleh pakai kat villa dahlia ni... kami ambil apartment 2 bilik...

So far, appartmentnya not bad... yg badnya adalah servis... nanti kite cite ye...

Dr rawang kami kluar exit tapah. Singgah ke kuala wol, sungai air panas.. jakun kot sbb air sungai dia panas.. hahaha...

Pastu singgah pulak kt lata iskandar.. air sejuk plak.. hahaha.. mcm biasa, si bijak paling teruja nak main air. Bile dah celup kaki, tau pulak dia mintak peluk sbb sejuk. Hahaha...

Then terus ke tanah rata utk cek in.

Lepas tghari jalan2 di ladang boh, habu. Masuk ni kali ke 3 aku dn suami ke sini. Mmng tak lepaskn peluang naik bukit boh tu utk lihat keindahan ciptaanNya...

Bayangkan mak buyong 6 bulan ni duk panjat bukit. Hahaha... tercabut lutut... tp semua tu sgt2 berbaloi dgn keindahan bukit boh... sejuk, udara yg nyaman dan berkabus, pemandangan yg cantik.. mmng destinasi terbaik la kat cameroon ni...

Balik dr ladang boh terus ke kea farm, 3 km dr brincang. Sayur murah2... ada yg 4 pek rm10.. dan ada yg 16 pek rm10..

Habis shopping sayur,  kami balik hotel.. prepare utk dinner mlm ni.. plan nak buat steamboat grill...

Ayam perap dan bola2 steamboat mmng da bawak siap2... mlmnya... kami kekenyangann....  Alhamdulillah... syukur... sedap kot.. sejuk2 mkan steamboat...

Esoknya pulak, pg2 dah siap2 masak nasi lemak..

Lepas sarapan, destinasi pertama adalah ke Big red strawberry farm. Tgk pokok salad dan strawberry smbil makan2.

Tghari, kami balik ke hotel. Makan tghari kami masak sendiri.. simple tp sedap.. sayur segar kot...

Ptgnya ke kebun lavendar. Tak banyak gambar kat sini sbb tak de mood nak snap gambar.. dah penat kot. Ikutkan hati mak buyong ni, mmng malas nak ikut.. tp tak penah ke sini lagi jadi ikut je la. Jalan pelan2...

Kat lavender ni mmng cantik. Selain lavender, ada mcm2 bunga lagi yg cantik2 dan kembang mekar. Angin sepoi2 pun bau harum je...

Lupa nak cakap, nak masuk sini kene bayar rm5 utk dewasa, rm3 kanak2 dan utk mak (warga emas) rm3.

Kami beli aiskrim lavender, rm5.50. Tp mcm pelik plak rasa dia sbb bau wangi kan... selalu kan lavender ni pakai utk cuci toilet, cuci lantai... ni tetiba buat aiskim mmng rasa mcm pelik skit kot. Hahahaha...

Balik jam 6, terus ke hotel. Hujan agak lebat. Dr lavender farm nak le tanah rata nmpak bnyk sgt air limpah kat jalan. Agak menakutkan jugak..

Aktiviti malam kedua, duduk hotel je. Sejuk kot. Suhu 19˚c. Kak noi dan suami dah balik KL sbb esok keje. Tp blum smpai lata iskandar diorang terpaksa u-turn sbb ada pokok tumbang. Terpaksa patah balik ikut jalan simpang pulai.

Tgh2 malam yg sejuk beku tu, si bijak kene muntah2 pulak. Lebih 10 kali muntah. Mmng tak tidor la jaga si bijak. Tilam, sofa, baju, selimut, sweater semua kene muntah.. mmng bertambah2 sejuk... huhuhu...

Smlm plan konon nk g bee farm la pg tu. Tp dgn keadaan si bijak yg tak mengizinkan, kol 9 pg kami dah cek out. Nak bawak ke hospital situ takut kene taham wad plak.. tak tahan sejuk kot klo kene bermalam kat spital. Dah la baju semua dah kene muntah.

Sblum balik, singgah ke kea farm nak beli sayur n strawberry yg akak dyg kirim. Dgr2 org kedai cakap yg banjir lumpur kat ringlet. Dia suh hati2 drivr balik. Siap cakap lg harga strawberry pun mahal skit sbb hujan. Hahaha... nasib la...

Alhamdulillah, perjalanan balik kami xdr masalah. Smpai KL terus monitor keadaan si bijak. Dan alhamdulillah juga si bijak dah mula nak makan dan dah tak muntah2..

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami dan jauhkn kami dr musibah yg menimpa penduduk di cameroon highland pd hari kejadian..

Budak tak boleh bangun pagi

Sungai air panas

Lata iskandar

Dapur appartment

Bahan2 steamboat


Bakar2 pulak



Tanah runtuh

Muka budak muntah2... sian...

Thursday, October 30, 2014

Pengalaman mengandung abg baby vs adik baby

Alhamdulillah dah nak masuk 25 minggu mengandungkan adik baby.. abg baby si bijak pulak semakin hari semakin manja.

Mmng pengalaman mengandung kali ni sgt berbeza dgn si bijak dulu.

1- abg baby - pantang nampak iklan makanan mcm kfc,mcd, piza n etc. Mesti rasa nak sgt2...
Adik baby - tak heran langsung kot..

2- abg baby - tak boleh dan sgt benci bau/mkn nasi.. lagi2 nasi goreng... rasa sakit ati dgn org yg makan/masak nasi tu. Hahahaha...
Adik baby - tak heran pun... siap boleh join makan...

3- abg baby - tak suka makan benda pedas. Klo g kfc pun makan sos tomato.. hahaha...
Adik baby - hari2 kene ada sambal. Smbal belacan paling best... lg pedas lg best.. huhuhu... ngences...

4- abg baby - tiap2 pagi muntah. Walaupun dah masuk trimester 3.
Adik baby - awal2 mengandung je muntah. Tu pun tak de la hari2.

5- abg baby - tak ada masalah kesihatan sgt.. paling teruk pun berat naik bnyk sgt je..
Adik baby - tekanan darah rendah la... HB rendah la... etc..  tak pasal2 kene cek klinik hari2.. huhuhu...

Tu je yg ingt buat masa ni... hahaha... apapun doakan aku selamat mengandung dan melahirkan adik baby ni ye.. insyaAllah...

Monday, October 27, 2014

Hospital gomen vs private

Mengandung kali ni plan nak bersalin kat swasta plak..

Masa si bijak dulu plan bersalin kat gomen sbb nak jimat la kononnya.. alhamdulillah mmng la jimat. Bill tak sampai 300 kot. Vakum dan stay 4hari 3mlm kot..

Walaupun jimat.. tp ala-ala serik jugak la... nurse dan doc ok je.. tak de marah2 pun. Cuma yg tak berapa berkenannya adalah....

1- masa menunggu nak bersalin tu, ibu2 mengandung yg diberi wad sementara kene share katil. Tgh2 rehat tetiba doc nak pinjam katil. Terpaksa gigih berjalan2..

2- walaupun sementara menunggu masa bersalin tu waktu melawat adalah 24 jam... tp suami dan family kene tunggu luar. Nak jumpa, ibu2 mengandung ni yg kene kuar.. kat luar tu plak ramai org.. segan rasanya menahan sakit dpn org ramai...

3- yg cek bukaan tu boleh jadi siapa je.. lelaki, perempuan, cina, india dan melayu. Sgt2 malu ok...

4- masa dalam bilik bersalin, pintu dibiarkan terbuka... tak kisah la kan klo kononnya doc senang nak lari2 kalo ada emergency kan... tp katil betul2 kat pintu tu... tak ada tirai atau apa pun.. terbuka luas... sesiapa pun boleh jengah.. cak ba...

5- masa nak teran tu, bilik bersalin tu penuh dgn segala umat manusia. Lelaki, perempuan, cina, india dan melayu... doc, doc praktikal dan nurse... masing2 bersorak... stress kot.. dah la ko tgk bahagian yg tak sepatutnya pastu nak jerit2 bagai.. rasa nak sepak je satu2.. tp masa tu mmng redha je la sbb sakit gile kan..

6- sessi jahit menjahit sgt la menyiksakan.. boleh plak doc salah jahit kan. Mungkin doc pelatih kot... Pastu dia boleh panggil doc lain (india lelaki) utk tgk kan jahitan dia.. last2 kene marah dgn doc lelaki tu sbb salah jahit. Yg siksanya si ibu ni la.. jahitan kene bukak balik... yaaawwww....

Lepas bersalinkan si bijak mmng tak penah cite pun kat sesiapa termasuk suami sbb malu kot.. tp bile dah mengandung lg ni, cite je la kat suami... dgn harapan suami setuju (sponser) bersalin kat private..

Bile dah cite, amik kau... kene marah plak sbb tak cite awal2.. huhuhu...

So, skng mmng plan nak bersalin di private saja. Tp smpai skng pun masih blum confirmkan nak bersalin di hospital mana....

Cuma doakan yg terbaik sahaja... yg menjadi pilihan hati skng ni adalah hospital islam az-zahrah dan wisma bersalin ikhwan. Tp..... nanti la cite plak....

Tuesday, October 7, 2014

Tips bercuti di krabi

Antara tips yg boleh aku share sikit kat sini...

  1. plug kat krabi xsama macam kat malaysia ni. So better beli travel adapter siap2 ye. Tp kalo xnak beli pun xpe. Kat aonang banyak jual.. tapi tak sure harga berapa.
  2. utk yg bercuti reramai tu boleh la bawak extention cable. So xde la berebut nak charge handphone, kamera, ipad bagai...
  3. utk yg datang naik flight dan hanya bawak cabin bag, dinasihatkan meminimakan barangan cecair yg dibawa. Contoh mcm air, perfume, sunblock dan lotion. Nanti tak lepas bawak naik flight. Utk yg ada baby tu insyaAllah susu boleh bawak naik. So far org lain kene tahan tp aku punya beg lepas je sbb ada si bijak..
  4. yg ada baby kecik dan plan utk buat aktiviti pantai dan naik bot, boleh la beli siap2 life jacket sbb kat sana tak ada life jacket yg saiz baby. Utamakan keselamatan itu penting. Yg mencari life jacket utk baby boleh try cari kat kenanga wholesale tu. Tingkat 7 kedai nama evergreen kalo xsilap. Harga dalam rm35. Si bijak yg umur 1tahun lebih pakai mmng ngam2 je. Dan boleh adjust smpai aidid, 7 tahun pun boleh pakai...

Ok.. Tu je kot antara tips yang boleh di kongsi.

Friday, October 3, 2014

Krabi trip - day 3

Pagi2 lagi dah bangun. Jam 5 kot.. Duduk layan siaran thailand smpai jam 7.00 pagi waktu thailand. Suami dan abg mie keluar beli sarapan naik tuk-tuk lagi. Kali ni bawak hasil ala2 nasi ayam dan bubur nasi untuk si budak2. Rasa boleh tahan la sedap. Tp kalau kat malaysia, ayam tu ada kuah kicap. Kat aonang plak kuah tauchu. Aku mmng xpernah suka kuah tauchu.. Huhuhu...

Lepas sarapan terus kemas barang. Pagi ni terus cekout sbb flight esok pagi jam 7 pagi. Plan malam ni tido pekan krabi. 

Jam 8 cekout dan tunggu driver amik untuk pakej phi phi yg kami dah beli mlm smlm..

Jam 8.40 pagi bas pun smpai... Kat sini aku nak nasihat n bgtau ye.. Sila tunggu awal skit.. Biar kite tunggu dia jgn dia tunggu kite. Nnti kene tinggal. Mmng la dia cakap bus datang jam 8.30 - 9.00 pagi.. Tp sila tunggu awal.. 

Masa kitorang haritu, lepas pickup kitorang bus g pickup org lain kat hotel lain.. Tapi org tu tak siap lagi kot. Driver bus bising- bising pastu terus tinggal je... Huhuhu.. 

Kami naik speed boat untuk phi phi island tour. Perjalanan dari satu pulau ke pulau amik masa antara 30 min ke 45 min.. 

Rasa agak kecewa sbb mcm tak puas mandi pantai dan snokerling. Untuk phi phi island tour ada beberapa pantai yg dia singgah tp tempoh singgah tu tak lebih dari 1 jam.. Dgn budak2 kecik lagi.. Mmng tak puas la.. 

Tp pantai dia mmng cantik.. Ada 2 tempat yang dia singgah untuk snokerling (open sea). Tempat pertama, aku bawak si bijak turun jugak. Tp suami yg pegang. Tak berani aku.. Dalam kot..

Tempat ke dua. Aku turun lepas suami naik. Suami dah warning arus agak kuat.. Tp aku turun gak.. Ha kau.. Tak pasal2 hanyut.. Jadi berhati-hati la...

Snokerling gear yg disediakan sila la jaga baik2 ye.. Masa kitorang haritu, ada auntie cina tu hilang sbb dia tinggal kat boat. So dia kene bayar gantirugi rm100.. Gile mahal.. 




Balik dri phi phi tour terus balik hotel untuk mandi2 dan ambil barang yg kami tumpang pagi tadi. Sempat jugak la mandi pool dia.. Hehehee


Dah siap mandi dan solat, terus mintak hotel sediakn van ke pekan krabi. Van charge ke krabi rm50. 

Smpai krabi dlm jam 6.30 ptg. Kitorang stay kat hotel nama hometel. Harga untuk satu bilik rm50 dan rm60. Ada 1 katil queen dan satu katil single. Decoration bilik ala2 zaman p-ramlee. Tandas main selak2 je.. 

Mlm tu dinner kat pasar mlm dia. Ni bukan pasar mlm yg besar tu. Pasar ni hari2 ada kot.. Tak sure plak area mana.. 




Dinner makan nasi dgn lauk2 mcm masak lemak, rendang kerang, ulam-ulam, ikan keli sambal dan macam2 lagi la.. Semua pedas2 dan sedap2 gile.. Mmng kene dgn selera aku yg kuat makan pedas ni.. 3 pinggan kot makan. Air pun minum bergelas2. Tp air teh ais dia mmng best gile.. Yg lagi terkejut, makan sebanyaj tu kitorang cuma kena bayar rm50!!! Murah gile kot untuk 7 org makan siap tambah2 lagi.. Hahahaha

Lepas makan pusing pasar malam tu beli la pud thai yg glemer tu, beli buah-buahan dan kuih-muih. Semua murah2 dan besar2.. Geram tgk buah2 dia.. 

Lepas tu singgah kedai ni kejap nak habiskan duit.. 


Sempat rembat tshirt untuk si bijak. Tapi sehelai je sbb tak de saiz kecik. Rm10.. 

Balik hotel makan smbung makan buah dan kuih2 yg beli kat pasar tadi.. Dan tertidur la sambil kekenyangan.... 












Saturday, September 20, 2014

Krabi trip - day 2

Kol 5 pg dah bangun sbb dah terbiasa bangun pg kt malaysia kol 6.

Duk lepas smbil tgk tv siaran thailand. Walaupun xpaham tgk jugk.. Haha.. 

Jam 7 pg gerakkan anggota lelaki utk cari sarapan. Pagi2 mmng xde kedai yg bukak. Terpaksa naik tuk-tuk cari kedai sarapan yg halal. Harga tuk-tuk rm20. 

Pulut dgn ayam goreng... 

Kuih ondeh-ondeh

Dan beli jugk bubur nasi untuk si kecil bijak dan si emir arshad.. Total lost rm20 utk 7org mkn dan 2 baby.

Jam 8.30 pg siap2 tunggu kat lobby hotel tunggu org dtg pick up untuk pakej yg kami beli smlm. Hotspring, emerald pool dan elephant trekking. 

Pagi tu cerah je.. Sesampai ke hotspring hujan pun turun mencurah-curah... Maka kolam air panas tu jd sejuk... Hahaha.. Xde rezeki.. 

Rendam lebih kurang je la.. 

Kemudian terus ke emerald pool. Dr parking ke kolam emerald tu kene jalan kaki lebih kurang 1km. Hujan masih lg mencurah2 tp tetap gigih jalan kaki nk pegi jugak.. 

Mmng subhanallah cantik sgt emerald pool tu. Tp kene hati2 ye sbb nk masuk kolam tu agak licin. Ramai yg jatuh termasuk si suami.. 

Utk elakkan jatuh, kene menggelungsur la.. 


Si bijak pun nk mandi jugk walaupun kehujanan.. 

Mandi kejap je pun kat emerald pool tu sbb risau si bijak kene hujan lebat. Siap mandi dan salin baju terus g lunch. 

Sedap gile makan tghari tu. Mkn buffet disediakan. So masing2 tambah2 makannya.. Mmng puas hati dan sedap.. 

Lepas makan beli baju hujan 2 helai rm3. Takut naik gajah kene hujan plak.. 

Smpai tempat gajah si bijak tidor pulak.. Tp kejut jugak sbb nak kasi dia tgk gajah.. Terus bulat mata dia seronok.. Hahaha.. 

Naik gajah masuk trek hutan pastu masuk sungai kejap. Agak cuak jugak la.. Tp mmng best.. 

Rasa cuak bile gajah main sembur2 air pastu mendengus2 mcm marah.. Macam2 fikir dalam kepala masa tu.. Tp serius best... 



Lepas main gajah ada sessi bagi makan gajah. 1pinggan pisang rm5. Dan beli jugak gambar naik gajah yg dah siap frame. Rm10. 

Balik hotel jam 4.30 ptg. Siap2 nak jalan dekat kedai-kedai bawah hotel.. 

Survey punya survey last2 tak beli apa pun. Kk jat dgn mama je beli tshit dgn beg. Suami ajak shopping malam pulak sbb dah penat berjalan.. 

Lepas magrib, keluar pegi dinner. Hari ni makan kat sebelah restoren smlm. Nama restoren Bamboo. Naik tuk-tuk rm18 utk 2 tuk-tuk. 

Menu malam seafood. Udang, sotong, ketam dan sayur... Total lost rm200. 

Agak kecewa skit makan kat bamboo.. Rasa mcm kene tipu sbb masa pilih ketam, ketam masih hidup dan siap gerak2 lagi.. Tp bile makan rasa ketam lama. Tak fresh.. Udang pun rasa tak fresh.. Terus rasa tak berbaloi.. 

Siap makan survey plak pakej utk pulau esok. Alhamdulillah dapat beli pakej utk phi phi island rm570 utk 6 dewasa 1 kanak-kanak. 3 budak bawah umur yg lain (4 thun dn kebawah) free..  

Sambil tunggu deal pakej pulau kami beli pancake pisang yg glemer tu.. Rm4. Bnyk kot kami beli. Suami plak amik pancake mangga.. Rupanya mangga lg sedap kot.. Huhuhu... 

Sambil2 tunggu si bijak pulak pop-pop.. Makanya aktiviti shopping terpaksa ditangguhkan. Bergegas balik hotel sbb cari public toilet tak jumpa. Tuk-tuk rm9. 

Mula ingt nk tidor kn si bijak dulu sblum g shopping.. Tp si bijak jatuh katil pulak... Menangis kuat sampai benjol kepala.. Tak sampai hati nk tinggal maka bawak jugak lah naik stroller... 

Shopping tshirt krabi dapat rm13 sehelai. Rembat 4 helai.. Baju tidor  utk mak mertua rm35. Pashmina utk kakak ipar rm14. Nak shopping baju sendiri dan si bijak dah tak sempat.. Rata-rata kedai tutup jam 10mlm.. Nasib la.. 

Balik hotel, yg tinggal cuma mama dgn budak2 yg dah tido. Abg mie, kk dyg dgn kk jat g buat pedi meni dan berurut kt bawah hotel. Malas nak join.. Maka terus tido... 

Esoknya akan ke pulau.. So charge energy!!!! Zzzzzz....






Wednesday, September 17, 2014

Krabi trip - day 1.

Seperti dirancang... Team A (kak dayang dan anak beranaknya) gerak dari rumah jam 5 pg. flight jam 7 pg..
Team B ( kami anak beranank, mama dan kak jat) pulak gerak jam 10 pg dr rumah. Flight jam 1.15 tghari.. 

Kak dayang sampai awal maka tugasnya untuk cek in hotel dan survey pakej tour. 




Sesampai je kami terus beli simcard DTAC rm35. Dalam ada 100 bath utk call dan unlimited internet untuk 7 hari. Simcard ni beli kat kedai jual2 snek dalam airport. Yg booth2 tu pun ada jugak. Simpack Happy DTAC dan True. Siap free lagi.. Tp isi dalam kosong. Kene beli topup kat 7e dan beli sama ada nak untuk call or internet. Sebabkan suami mmng masih dalam mode kerja so beli siap2 simcard yg rm35 seperti diatas.. Tak payah topup2 dah... Boleh terus masuk kerja.. 

Dari krabi ke Aonang kami naik taxi rm60. Dan dia terus hantr terus ke hotel. Taxi kami akan berhenti sekejap di taxi station. Nnti ada org akan datang dan try jual pakej tuor. Tp sbb kami dah suruh team A survey maka kami pun menolak dgn baik.. 

Sampai hotel... Anyavee Ban Aonang. Betul2 tepi panai ditengah2 pekan Aonang. 

Hotel dah booking siap2 di booking.my. Rm600 utk 2 bilik dan 2malam.. So far hotel dan servis mmng best. Terasa welcome sgt.. 

Org2 sini mmng best la. Ramah dan sgt membantu... 



Tak de aktiviti petang tu cuma keluar beli air mineral botol besar sbb air dia rasa payau. 

Cuaca pun sejuk dan hujan renyai2. Katanya pakej tour ke pulau2 tak ada sbb tgh monsun. So dia xmo amik risiko sbb team kami ramai budak2. 

Malam pulak kami melepak dan bershopping2. 

Makan di restoren lemon. Dari hotel naik tuk-tuk. Rm3 perperson. Mula-mula naik mmng jakun la.. Hahahaha... 


Makan malam budget menu ikan masak stim limau, green kari, tomyam seafood dan telur bungkus. Air sirap limau yg sedap. Total lost rm120 utk 7 org makan. Alhamdulillah... Kenyang dan boleh la tahan sedap.. 

Sambil jalan balik terbeli pulak fridge magnet rm10 utk 3 keping. Antara yang termurah.... Kak jat pulak beli topi ala2 fazura macam dalam cerita pisau cukur dgn harga rm20. 

Balik hotel tidor..... 

Hari ke 2 (hari ni) plan akan ke emerarld pool, hotspring dan elephent tour. Dapat harga rm500 utk 6 dewasa 1 kanak-kanak. Dewasa rm75. Kanak2 5 tahun dan keatas rm50. Infant sehingga 4 tahun free.. Makan, minum dan transport disediakan.. 

Ok.. Sambung mlm nanti.. Nak pegi elephant tour ni.. Driver dah tunggu.. Adios...