Sunday, May 1, 2016

Pain... journey with anencephaly

Apa aku rasa? Tak boleh nak gambarkan...

Kadang2 rasa sesak nafas, rasa marah, rasa iri hati, rasa benci, rasa sayang, sedih... kadang2 rasa mcm org gile..

Tak boleh tdo malam... bila terbangun tengah malam, tangan terus pegang perut.. mencari2 pergerakan si Umar.. ye.. aku namakan dia Umar..

Isnin, aku dengan suami ke hospital selayang bawak surat dari hospital annur.

Doctor suruh jumpa haritu jugak.. jam 1tghari baru jumpa doctor.
Doktor india perempuan. Interview aku dan suami dan scan perut. Tak cakap apa2 dia terus panggil doktor lain. Doktor cina lelaki..

Yup.. baby anen..

Ya Allah... bukan ayat tu yg aku nak dengar saat tu..

Aku cakap kat doktor lelaki tu.. apa risiko kalau aku teruskan kandungan?

And dia jawab ' why you nak penat2 carry dia smpai 9 bulan padahal you tau yang dia tak boleh hidup?'

What??

Sakit hati aku dengar.. yes.. he just a men.. apa dia tau.. bukan anak dia.. bukan dia yg mengandung... bukan dia...

Then, doktor india tu terus schedule kan ptg tu utk proceed termination of pregnancy.. tp kitorang mintak hari rabu sbb blum ready...

Balik rumah, aku down gile.. aku menangis puas2.. aku stress...

Rabu lepas, patutnya aku admitted ward. Tp aku tak nak. Kami pakat tak nak terminate. Biarlah dia pergi sendiri. Kami tak layak akhiri perjalanan hidup dia..

Kami pergi jugak hospital utk tukar plan.. pihak hospital refer aku ke doctor o&g yg kat ward.

Doctor mualaf perempuan..

Lama jugak jumpa sbb nak clearkan semuanya..

Dia scan lagi sekali dan jelaskan dengan lebih detail pd kami tentang keadaan baby dan risiko2 yg akan kami hadapi utk teruskan..

Dia bg kami appoinmet lg 2minggu utk fikirkan keputusan...

Aku tak tau apa yg akan berlaku lagi 2 minggu..

Aku takut..

Tiap kali baby tendang perut, aku happy.. aku tau dia masih hidup dalam rahim aku.. tp smpai bile??

Ya Allah... aku tak kuat...

Suami mula belajar cara2 pengurusan jenazah... tp aku rasa benda tu salah...

Bukan ini caranya nak sambut kelahiran... bukan sambut dengan kain kapan...

Aku rasa aku jahat sgt sbb cuba lawan takdir.. aku blum kuat...

Lagi2 bila dapat tau kawan2 mengandung, kawan2 dapat baby... sakit... sakit sgt hati aku...

Aku tau aku kejam... patutnya aku happy utk kawan2 aku.. tp aku marah sbb aku sedih aku smbut kelahiran anak aku dengan kain kapan...

Dan yg paling buat aku marah bila aku yg tamatkan perjalanan hidupnya...

Aku tak kuat...

Jgn hukum aku sbb korang tak rasa apa yg aku rasa...
Jgn hina keputusan aku sbb korang bukan aku...
Ya Allah.......

No comments: