Aku masuk wad hari rabu 11.5.2016
Pada harijadi suami...
Selepas scan lagi sekali dengan doc di hospital selayang.
Ubat cervagem masuk 5kali sehari dlm tempoh 3jam sekali.
Hari pertama masuk 4 kali. Start pukul 7pg.
Terus rasa kontraksi tp tak ada bukaan smpai pil ke 4.
Jumaat masuk lg 5 ubat seawal jam 7pg sehingga jam 11 mlm. Bukaan 2cm. Jam 6ptg masuk mmng sakit sgt smpai mintak pain killer...
Sabtu doctor bg rehat. Katanya masuk ubat banyak kali takut rahim tak kuat..
Ahad jam 8 masuk balik ubat. Bukaan 2cm. Selepas 1jam baring, aku bawak jalan2, berkawad sehingga rasa sakit kontraksi.
Balik ke katil je terus air ketuban pecah. Aku panik.. jam 10pg.
Doktor cek bukaan 3cm.
Tak larat nak jalan sbb sakit makin kuat. Mintak ubat tahan sakit.. mula rasa lega sikit...
Berdoa suami lekas sampai sbb waktu melawat jam12.30
Suami smpai, nurse pun smpai bg baju salin bersih sbb aku dah lencun abis kene air ketuban.
Aku mintak suami teman sekali aku salin dalam bilik air sbb takut jatuh.
Mandi air panas.. sgt2 lega.. rasa kuat skit sbb rasa kontraksi da hilang... tp tetiba rasa mcm ada benda nak keluar...
Rasa mcm ada ketulan darah masa period.. tp rasa mcm ketulan besar. Terus mintak suami panggil nurse.. Berlari suami panggil nurse.
Muhammad Umar lahir.. tanpa rasa sakit.. lahir tanpa nafas.. terkaku aku kat situ...
Menangis dan menjerit panggil suami..
Ya Allah... hanya Allah yg tau perasaan aku..
Suami, doktor dan nurse smpai... nurse ambil umar dan masuk dalam bekas.
Suami papah aku ke katil. Dan doktor uruskan semuanya hingga uri keluar..
Umar, nurse bawak ke bilik mayat dan keluarkan surat kematian...
Aku? Hanya Allah yg tau perasaan aku..
Aku sempat lihat betapa kecilnya jari2 dia.. kaki dia, hidung dia yg mancung, muka yg macam abg iman, dada, tangan, perut, nampak tulang2 rangka dia... cukup sempurna.. cukup cantik kejadiaannya.. kecuali kekurangan dibahagian atas matanya.. kosong..
Ya Allah... dia sangat cantik..
Aku rindukan dia...
No comments:
Post a Comment