Aku dpt tau yg aku mengandung masa tu baby nayla baru 10 bulan lebih..
Mmng aku frust.. aku rasa penat sbb blum ready utk mengandung lagi...
Bila aku dah mula muntah2, penat2 sbb mengandung, lg la aku frust... smpai pernah terfikir bestnya klo ada anak 2 je.. lagipun da cukup sepasang...
Ya Allah... aku silap.
Aku silap sgt sbb terfikirkan mcm tu... aku sayang sgt baby yg aku kandung kan ni..
Maafkan ibu baby.. ibu perlukan baby dlm hidup ibu.. ibu cintakan baby...
Suami...
Penerimaan suami mulanya dia sgt2 terkejut.. dia jangka baby cuma masalah mcm emir arshad. Mcm yg aku jangka..
Tp bila doktor kata terminate, dia terdiam.. nampak muka dia berubah dan mata dia merah..
Seharian kami buntu..
Skng suami dah semakin ok. Cuma aku masih terkesan lagi...
Layanan suami pun semakin baik. Apa je yg aku nak makan, dia carikan. Sbb katanya baby nak makan. Ini lah masanya dia berbakti pada baby..
Smlm keluar pergi beli susu iman.. nampak sorang ibu tengah dokong baby yg baru lepas pantang, aku terus terpaku.. tak mampu nak buat apa...
Iman dan nayla la kekuatan aku masa tu.. suami pergi solat masa tu.. terus aku cium kepala iman nayla dan menangis..
Ya Allah... kuatkan la hati aku menerima ujian mu...
Mlm tu suami cakap kat aku, kita bertuah sbb Allah s.w.t uji kita mcm ni. Dia tak lupakan kita sbb tu Dia uji kita mcm ni.. supaya kita lebih dekat denganNya..
Dan doktor kham yg scan aku jumaat lepas pun ada pesan kat aku sblum aku tinggalkan hospital..
Dia pegang tangan aku dan kata yg aku bertuah sbb kandungkan ahli syurga. Allah s.w.t dah janjikan syurga untuk anak aku ni..
InsyaAllah aku makin kuat.. cuma aku perlukan masa.. masa utk bersama2 lebih lama bersamanya..
No comments:
Post a Comment