Tuesday, February 24, 2015

40w2d 24022014... welcome newborn...

Alhamdulillah.. telah pun bersalin...
Selepas berjuang hmpir 24 jam.. akhirnya lahir la kecintaan ibu, ayah dan abg baby...
Pagi 23hb ada appoinment kat Klinik Desa. Tp sbbkan tanda darah dah ada 2 hari lepas, gigihkan diri terus ke hospital selayang..
Ok.. tak jadi g spital KKB sbb baca review selayang mcm lg best je. Hehehehe...
Pg tu dah ada sikit contraction. Dalam 10 minit sekali dan sakit dr jam 4pg non stop.
Smpai hospital selayang, terus ke dewan bersalin. Jam 10.10 pagi. Agak ramai org tp tak seramai masa kat hospital sungai buloh dulu.
Jam 12 tghari baru buat ctg dgn cek bukaan. Alhamdulillah jalan dah ada. Tp 2 cm je. Sbb wad penuh dan mmng prosedure dorang tak simpan org yg baru 2cm ni, dia bg balik. Tp klo sakit makin kerap, pecah air ketuban dan baby kurang gerak kene cepat2 g spital balik.
Balik singgah tesco selayang dulu. Shopping2 dulu.. jalan2 dulu.. tp xboleh jalan pun sbb rasa contraction dah makin kuat dan kerap dalam 7min sekali..
Terus balik rumah. Solat dan prepare sambal tumis utk bekalan suami kat umah masa aku tgh pantang nanti.. huhuhu... sian dia kan...
Petang, rehat sambil layan abg baby. Abg baby mcm moody je.. mcm tau nk kene tinggal dgn ibu... sian anak manja ibu tu...
Contraction makin kuat dan sakit.. tiap 5 min datang.. suami pujuk ke hospital. Tp hati masih risaukn abg baby. Siapa nk jaga abg baby..
Suami paksa makan lepas magrib. Barang2 pun semua dia angkut masuk kereta. Nmpak muka cuak dia tu.. huhuhu... abg baby pun ok je masuk kereta smbil minum susu..
So, jam 8.30 gerak ke umah kak jat kt shah alam nk hntar abg baby. Smpai2 rumah kak jat je terus abg baby main. Mmng good boy abg baby. Hati ibu pun jd senang..
Jam 9.30mlm, gerak ke hospital. Smpai jam 10.30 mlm. Kene bayar rm5 sbb second visit.
Dewan bersalin kosong. Xde patient.. hahaha... best.. terus cek bukaan. 5cm.. huhuhu..
Doctor suh pecahkan air ketuban utk cepatkan bukaan. Huhuhu... lepas prosedure tu je, rasa perut sedikit ringan. Tp tak lama lepas tu rasa sakit makin kuat.
Lebih kurang 1jam kemudiaannya tu mintak nurse cek bukaan. Masih 5cm.. huhuhu... aduhai.. rasa tak larat sgt2... last2 teringankan mulut nak mintak pain killer.. kene cucuk 1das kat punggung. Tp xde la rasa hilang sakit. Cuma mental dah set, dah amik pain killer.. jadi lebih bertenang..
Rehat2 sambil layan sakit... tak lama tu nurse cakap dah boleh masuk labour room. Yeeahh.. dah nak jumpa baby...
Nurse datang smbil bawa wheelchair dan tanya, puan boleh bangun tak? Aku diam je.. sakit ya amat.. tak mampu walaupun utk berkata2. Hahaha
Pastu nurse cakap lagi, kite tolak katil ye.. terus aku angguk laju2...
Salin baju dan terus ditolak ke labour room. Kluar dari dewan bersalin, nmpak suami.. tp nurse suh tunggu dulu. Nak siap2 kan bilik bersalin.
Masuk bilik bersalin 8. Tukar katil, pasang mesin CTG dan rehat... tak lama lepas tu suami masuk.
Alhamdulillah.. nampak muka suami je, terus rasa lega skit. Suami ajar zikir, ajak berbual kosong smbil usap2 tangan.. serius membantu menaikkan semangat.. tp tetap tak hilang sakit... bile contraction datang, habis tangan suami jadi mangsa.. hehehe..
Rasa nak meneran semakin kuat. Da banyak kali dah terlepas teran. Tiap kali rasa tu datang, dan aku terlepas teran rasa agak lega tp mmng penat. So... selagi boleh tahan, tahan la.. nanti takut bile tibe masanya tak larat nak teran plak..
Bile suami nampk aku asyik teran je, dia kluar panggil doctor. (dia tak tau yg aku tgh teran.. yg dia tau aku picit tgn dia kuat sgt smpai dia sakit)
Doctor masuk dan cek bukaan. 8cm. Tp dia kata, klo nak teran sekarang dah boleh da. Dia boleh tolong bantu.
Aku pun apa lagi, contraction datang terus aku teran.. tp tak lepas...
Doctor suh rehat dulu. Nanti panggil dia lagi.. fuhhh... mmng penat nak tahan sakit contraction..
2 kali jugak la doctor kluar masuk n try push push tp xberjaya.. 9cm.. last2, 2 org doctor masuk dan cek bukaan. Masih 9cm. 
Doctor advise masuk tiub kencing untuk kosongkan pundi kencing so baby senang nak keluar. Redha je... 
Tak sempat doctor nak cabut tiub kencing, rasa nak teran sangat2.. cepat2 doctor cabut tiub.. huhuhu... mmng kelam kabut kot.. sian doctor tu..
10 cm dan sessi push2 pun bermula lagi... serius sakit... masa ni dah lupa teknik2 push yg betul. Yg aku dengar suami cakap dah nampak kepala baby separuh.. sikit lg dah boleh kluar... tp serius tak dapat nak push da.. habis nafas.
Kepala baby masuk balik.. nasib baik baby tak lemas. Dengar doctor cakap terpaksa buat episiotomi skit.. fuh... kene lagi... 
Zasss... dan pushh... dan dapat rasa panas.. rasa sedikit lega.. suami cakap kepala dah keluar. Dan dengar doctor cakap, last teran panjang nak kluarkan badan baby. 
Tarik nafas panjang dan rasa panas... ringan... dan tak lama tu dengar suara baby menangis.. ya Allah..  alhamdulillah.. bersyukur sgt semuanya selesai... jam 4.20pg.. 24022015...
Nurse ambil baby dan lap2 skit. Suami bisik.. "tahniah sayang... dapat baby girl"
Alhamdulillah... anak ibu sihat dan selamat.. nurse letakkan atas dada utk skin to skin. Kali ni lebih lama sbb baby sihat. Abg baby dulu sekejap je sbb lemas. 
Urusan keluarkan uri, bersihkan luka dan jahit menjahit pun berlangsung dengan baby dalam dakapan.... serius penat tp berbaloi..
Jam 8.30pg baru dapat masuk wad. Wad b5 katil 5. Kelas 2. 

Saturday, February 21, 2015

39w6d - tanda bersalin... Mucus plug

Hari2 terakhir mengandung ni mmng agak menguji... penat, brixton hicks yg tak pernah berhenti, perut makin berat dan mcm2 lg.
Tiap hari pujuk adik baby suh kluar. Hahaha... sedap sgt duduk dalam perut ibu ye.
Harini genab 39w6d. Esok patutnya dijangka bersalin. Pagi td masa mandi, mcm biasa aku buat urutan perineum. Urutan ni kononnya untuk elakkan koyakan masa bersalin nanti. Sesuai buat untuk ibu2 bakal bersalin yg dah masuk 35minggu. Masa si bijak dulu, luka mmng banyak. Siap salah jahit ye.. so utk adik baby, target utk kurangkan koyakan.. insyaAllah...
Ok, cerita pg td.. masa buat urutan tu, tibe2 ada darah.. opppsss.. agak cuka dan kecewa skit.. hahaha... cuak sbb dah nak bersalin. Kecewa sbb selalunya kalo tanda darah ni mau 2 ke 3 hari jugak bersalinnya. Maksudnya lama lagi la tu.. hahaha...
Tanda darah pg td mcm skit je. Tak sakit dan agak melekit. Lepas mandi, pakai la pantyliner mcm biasa. Dan mmng darah tu xdr dah kluar lepas tu...
Ptgnye plak masa mandi kluar lg tanda darah tu.. nama darah tu mucus plug ye.. tp ptg td agak bnyk. Kluar seketul mcm duit syiling 50sen lama. Keadaan dia mcm telur putih (tak boleh putus), merah hitam2 mcm hujung2 period tu dan ada putih2 skit.. nak letak gambar rasa mcm geli je.. hahaha...
Fyi, mucus plug ni tak tentu jugak sifatnya kot.. sbb masa si bijak dulu, sebijik mcm datang period tu. Skit2 tp sentiasa keluar. Siap pakai pas lg. Penuh sekeping. Yg adik baby ni, sekali2 je kluar..
****************
Untuk dekorasi majlis anda.. 
Indoor/outdoor... 

hubungi 0132073385 (kl, putrajaya, selangor)

Friday, February 20, 2015

Baik buruk anak berbuai

Berbuai... klo zaman2 dulu biasa g umah2 org boleh nmpak tali tergantung atas syiling umah. Klo sesekali balik kmpung, masa berkumpul ramai2 berderet buaian kat alang syiling. Hihihi... dah mcm apa je.. 

tp skng org dah tak pakai kot buaian yg gantung kat syiling tu. Semua beli yg jenis besi boleh sorong2 tu. Siap ada yg tmbah fungsi utk non-stop berbuai tu. Hehehehe...

so far, si bijak dulu masa dalam pantang penah la letak dalam buaian kejap. Tu pun tak berbuai pun. Letak sesaja je... 

Bile start naik keje, kat umah pengasuh pun xde la smpai beli buaian letak kat situ. Pengasuh pun cakap dia lebih suka popok2 kat tilam je. Tp kadang2 dia letak jugak la si bijak dalam buaian kawan tu klo mood si bijak tak berapa baik... 

Bile suami berenti kerja dan jaga si bijak, konon beli jugak la buaian tu. Rm250 kot.... hahaha.. tp masa tu si bijak dah 1tahun lebih. Bile masukkan je dalam buaian, dia bergolek2 tak mo diam. Last2 simpan masuk kotak.. hahaha.. bertuah...

tp berbuai ni sebenarnya ada bnyk pro n kons nya... 

antaranya ialah: 

1- bahaya bile buaian tak kukuh. Mcm anak kawan aku, milah. Masa tu umur dalam 3 ke 4 bulan gitu la. Masuk dalam buaian. Kan spring buaian nak sangkut kat besi buaian tu main sangkut je kan. Tp dia ikat pakai tali apa tah. Tah mcmaner, tali tu boleh putus. Anak jatuh bawah, besi hempap anak... nyaya weh... sib baik anak tak apa2. So... nak pakai buaian, pastikan semua bahagian kukuh ye... 

2- anak tak boleh tido klo tak berbuai.. ni kes biasa. Antara sbb ramai mak2 sekarang tak suka berbuai sbb nanti nak jalan2 susah. Klo setakat nak g balik kpg, xkisah la sgt kan. Umah tok mesti ada stok buaian.. buatnya nak g holiday g sabah, sarawak... takkan nak angkut besi2 buaian tu naik flight. Hahaha.. 

anak kawan aku, kema.. mmng tdo berbuai. Haritu datang umah lepak2 dr pg smpai ptg. Dah tghari anak dia mengamuk nak tdo xde buai.. hahaha... nasib ada buaian si bijak dalam kotak tu. Hahaha..

lg sorang anak kawan, feroz. Jenis berbuai jugak... nak g holiday mana2 dia bawak sekali besi buaian tu naik kete. Nak cek in hotel segan je katanya.. hahaha... anak punya pasal sanggup tahan malu.. hehehe....

3- bahaya berbuai utk baby baru lahir. Agak bahaya la sbb baby baru lahir kan lembut mcm gula2 kapas. Masuk dalam buaian, tergolek ke kiri/kanan pastu hidung terkepit kain buaian kan nyaya je.. so utk newborn jgn masukkan dlm buaian. Lg pun henjutan/goyang2 ni tak elok utk otak baby. Nanti boleh buat otak dia radang plak.. 

4- jenuh nak berbuai.. yg ni satu hal lg.. ada anak yg tak boleh stop berhenjut kat buai.. asal berhenti henjut je terus nangis. Hahaha... tu yg ada jual mesin henjut automatik tu. Switch on je la.. tiap2 bulan bayar elektrik.. hehehe...

5- tak dinafikan, tido berbuai ni lebih lena dan lebih lama. Sbbnya masa dlm perut kan ibu banyak bergerak sini sana. Anak dalam perut tu pun duk berbuai je dalam perut smbil tdo lena. Sbb tu bile dah kluar, nak tdokan baby lebih senang kalo kita dodoi lembut2 gitu.. hehehe... 

6- dan bile anak tdo dalam buai, mak2 ada banyak masa nak buat keje lain sbb anak tdo lena.. boleh la menyapu rumah, mop rumah sbb anak tdo dalam buai.. nak menyapu bilik, tolak buaian anak ke ruang tamu. Nak sapu ruang tamu, tolak anak masuk bilik.. hahahaha... mcm si bijak dalam pantang haritu. Rumah nenek tgk renovation. Tukang kayu buat kerja kat ruang tamu, larik masuk bilik. Tukang kayu buat kerja dalam bilik, sorong si bijak masuk bilik akak pulak.. :p

**********************
Candy buffet untuk meriahkan majlis anda... 

kanak-kanak pasti sukakannya.. 

whatapps untuk tempahan: 0132073385 (putrajaya, kl, selangor)

Stripwashed cloth diapers - 6 bulan sekali

Ye.. abg baby masih lg berCD. Cuma klo travel or malam nak tdo baru pakai diapers pakai buang. 

Sejak jd mak buyung ni, tugas membilas CD jatuh kepada suami mithali... *smile face*

usia CD pun sama mcm usia abg baby dan insyaAllah akan diwarisi adik baby.. so far CD tu semua masih berkeadaan baik. Leaking tu biasa la.. klo dah start leaking, maksudnya dah kene buat stripwash la. Untuk menambah serapan, kegebuan dan keputihan CD.. 

stripwash ni tak perlu buat selalu. Agak2 CD dan tak berapa serap, dah keras bile dia kering or dah tak gebu, maka boleh la buat stripwash ni.. 

Ni step yg aku selalu buat.. semua process aku buat pakai mesin basuh sbb toilet kecik nak rendam2 dalam toilet..

1- rendam insert dgn air panas hingga jadi suam. Ingt, insert je tau. Cover jgn rendam nnti rosak plak..

2- masukkan skit cecair pencuci pinggan sunlight. Ni utk hilangkan minyak pd najis yg melekat kat CD. Guna skit je. T jenuh plak nak membilas. Rendam dan pusing kejap dalam mesin tu. Kemudian bilas.

3- cuci plak dgn air yg ditambah cuka. Ni pun jgn letak banyak2 sbb boleh buat kulit baby merah2. Ada kawan tu buat, smpai 3 kali basuh balik CD baru anak dia ok. Nak selamat, lepas cuci, bilas bnyk kali sblum proceed ke process seterusnya..

4- rendam dan bilas plak dngn air yg dicampur dgn baking soda. Tujuannya nak kasi insert putih bersih. 

Kemudian, bilas dan sidai... fyi, aku buat semua step diatas utk insert shj. Cover mmng tak berani buat sbb takut rosak. Hehehe.. 

********************
Meriahkan majlis harijadi anda dengan kek yang ditempah khas. 

Cantik, comel, menarik dan meriah.. biar anak anda bermain dengan imiginasi mereka di hari jadi mereka...

whatapps utk maklumat lanjut: 0132073385 (kl, putrajaya, selangor)

Thursday, February 19, 2015

Resepi apam lempeng

Sejak tunggu hari ni, breakfast simple2 je.. masak utk sekali makan je.. kang masak banyak2 buatnya terberanak siapa plak nak menghabiskan. Suami?? Suami aku bukan pemakan orgnya.. bg makan ayam goreng pagi boleh tahan smpai ke esok hari ye.. sbb tu body slim je.. hehehe...
So, kat umah mmng stok bahan2 kering dan sayur2 tahan lama je. Kata cuti sebulan. So, harini kite masak lempeng apam...

Bahan2,
Tepung gandum
Garam
Gula
Mauripan

Cara2,
Bancuh mauripan dengan air suam.
Bancuh tepung, gula dan garam guna air.
Dah sebati baru masukkan bancuhan mauripan.
Biarkan selama 2 jam.
Bila dah siap perap, panaskan kuali dan goreng mcm buat lempeng...
Siap dan boleh dihidangkan...
Aku goreng pakai kuali biasa je. Tips xmo lempeng melekat kat kuali adalah sblum pakai tu, basuh bersih2 kuali siap gosok2 pakai berus dawai tu ye.. hahaha...



Makan cecah smbal tumis.. sedap wooo... sambal tumis mmng buat banyak skit simpan dalam peti. T dalam pantang, suami nk makan tinggal panaskan je..

p/s: bertuah badan, suami jenis tak cerewet makan. Telur goreng dgn smbal tumis hari2 pun dah boleh jalan.. hahaha... 

Siri menambah selera anak... part 4 (final)

Ok... rasanya ni final siri kot.. hahaha.. mcm filem plak ye...
Just nk update result. Sblan yg lepas, berat si bijak 9.9 kg dengan muka cengkung dan badan melidi. Lepas bg mkn appeton lysine jenis liquid setiap pg campur dlm susu (habis sebotol), berat si bijak naik 100g. Walaupun 100g je (klo org dewasa beza mcm lepas berak je kan) tp bg baby lain.. so far nmpk la perbezaan si bijak.
Lebih aktif, xbanyak merengek2 dan yg paling penting dia dah nak mkn. Skng da stop bg appeton pun still tak de masalah selera mkn lg. Alhamdulillah..

Awal2 bg appeton, pipi masih kepet.. 


Pipi dia dah labuh skit.. picit pun xlembek mcm dulu.. peha dgn lengan pun da keras je... hihihi...

Wednesday, February 18, 2015

39w3d and still counting

Ok.. saat entry ni ditulis, aku blum lg bersalin. Hahaha.. Due date hari ahad ni ye..
Agak stress jugak menunggu bile nak bersalin. Beg dah siap2 kemas dr minggu ke 35 lg. Over kau..
Rumah dan peti ais pun sentiasa kemas sbb nak bercuti masal sebulan. Wakakaka...
So bile tak bersalin2 lagi ni hari2 fikir nak masak apa ye hari ni.. hahaha...
Ok.. try jugak google2 tips utk cepatkan bersalin... sini aku share skit ye...
1-  makan pedas2. Klo nak advance, gigit2 la cili api yg mentah tu buat ulam ye.. aku mmng xmasalah makan cili 5biji buat ulam mcm tu je. So rasa mcm dah immune kot.. hahahaha... tak jalan...
2- cakap2 dengan baby suh kluar... selalu2 la cakap dengan baby suh kluar.. harap2 baby paham pastu terus cari jalan nak kluar..
3- makan nenas. Kononnya sebagai natural inducer. Aku tak berani sgt makan sbb org cakap makan nenas boleh buat keguguran masa awal2 mengandung. Hahaha... tp aku makan jugak la. Tu pun tak banyak..
4- minum teh daun resberry. Pun konon sebagai natural inducer. Tp aku xpernah cuba.. tak tau nak beli kat mana. Online bnyk jual tp sejak jd housewife ni mmng jarang shopping online..
5- kerap bersama suami... tak tau betul ke tak.. xmo komen banyak2...
Ok.. tu antara tips yg aku boleh share.. huhuhu... tak sabar nak jumpa adik baby..
Harap2 tak overdue. Masa abg baby dulu, time ni dah masuk spital da. Huhuhu...

Addicted... kopi 434

Ni serius... org mengandung sepatutnya kene elakkan minum minuman yg ada kafein.. tp mengandungkan adik baby, mmng suka minum kopi dan tea.. patut la HB asyik turun je.. tak bagus ye mak-mak dan bakal mak-mak...
Tp sebab ketagih, aku minum la jugak. Sib baik bukan ketagih kopi starbuck.. hahaha...
Kopi 434.. org muar kenal la kopi ni. Sgt femes dikalangan org muar.. hahaha...
Tp ada jugak 2-3 org kawan2 aku yg datang muar semata2 nak pekena kopi 434 ni. Xtau la apa yg sedap sgt. Tp aku layan jugak la minum..
Bos abg ipar aku pun selalu gak kirim kopi 434 dgn mee siput kalo dia balik kmpung. Nk amik hati bos, layankan je la... hahahaha...
Ok.. smpai sini je la entry kali ni..
P/s: agaknya adik baby tak mo kluar2 sbb sedap duk dalam perut ibu. Ibu minum kopi hari2. T dah kluar xbleh minum kopi ye.. hahahaha....

Tuesday, February 17, 2015

False alarm... false labour sign

Pg td balik spital jam 3pg... huhuhu...
Dlm 3 ke 4 hari ni tiap malam tak bleh tido sbb sakit perut.. smlm dr tghari sakit smpai ke malam.. sakit tak de konsisten pun. Tp makin sakit.. risau sbb dah 3 hari sakit... dan esok (jap lg la) suami kene g JB hantar pomen.. so cuak, panic la kene tinggal umah sorang2 lama plak tu... (tak penah kot pisah lebih dr 5jam.. huhuhuhu)
Suami skng pun dah start keje fulltime.. (tak dapat nak manja2 sgt kepit 24 jam mcm selalu... huhuhu... rindunya).. td balik kerja pukul 10 mlm. Cite la pasal sakit2 yg masih lg rasa tp xde tanda (lendir beserta darah dan air ketuban).. suami risau.. terus ajak g spital. At least kalo ada apa2, esok (kol 3pg nak gerak g JB) boleh suh member lain replace..
Tp sedey la jugak sbb sian dia penat tak tido. Pastu nak drive jauh... tp suami paksa jugak.. katanya biar la dia tak tido asal esok dia tak menyesal (nak ada disisi aku waktu bersalin)... huhuhu... pengorbanan suami.. ni yg makin love love... huhuhu...
Pujuk punya pujuk, kol 11.45 mlm baru aku setuju dn gerak ke hospital kuala kubu bahru. Aku xjadi bersalin kat azzahra sbb katanya kat HKKB ni DR dan nurse semua perempuan. So xde masalah bg aku.. murah pun murah...
Kol 12 lebih smpai spital. Nurse buat prosedure dan pas tu jumpa DR. Bukaan blum ada, heart beat baby pun ok. Cuma sakit2 pinggang tu maybe sbb kencing kotor. DR cakap kencing kotor antara penyebab laluan bukak awal jugak. Sbb tu bahaya utk ibu mengandung. Utk baby pramatang, boleh jd baby keluar awal. Tp mcm kes aku yg baby dah pun matang (tunggu keluar je) kencing kotor ni kene jugak jaga. Takut effect kat baby dan organ dalaman aku..
So, DR bagi balik.. jam 3 pg smpai umah terus suami siap2 nk g JB. Tak sempat nak manja2.. huhuhu...

Monday, February 16, 2015

Aktiviti melukis dan menconteng...

Hujung minggu haritu g umah kak dayang sambil selebrate birthday emir. 
Emir dgn iman asyik duk berebut toys je.. last2 bg diorang buat aktiviti menconteng2 ni. Masing2 terus senyap dan leka conteng. Hahahaha... comel sgt..

Sunday, February 15, 2015

Emir and iman turns 2!!!

Ok... walaupun birthday dua budak ni dah lepas... tp selebrate jugak la... walaupun sebenarnya iman tumpang je selebrate party emir.. hahaha...
So.. Happy birthday sayang2... semoga jadi anak yang baik ye...


Saturday, February 14, 2015

Masalah botol susu...

Masalah biasa bagi ibu2 yang baru lepas bersalin nak ajar anak minum susu pakai botol.. walaupun minum susu ibu, tp bg ibu2 yg bekerjaya mmng akan jd stress jugak nak ajar anak minum botol.. 

si bijak dulu mmng direct breastfeed smpai 2minggu terakhir nak masuk kerja. So dia dah serasi dengan kesedapan dan kelembutan breastfeed.. hahaha... maka nak bg botol mmng susah skit. Lg2 bile nipple botol tu keras dan aliran susu tak dapat dikawal.. 

Masa tu bg si bijak pakai botol susu yg dapat org bg hampers hadiah bersalin tu.. tiap kali sua botol mmng dia bukak mulut tp dia tak pandai nak isap sbb air susu asyik kluar. Klo direct breastfeedkan susu keluar bila dia hisap. So itu yg dikatakan baby confius.. 

masa tu gigih duk google2 jenis2 puting botol susu yang memberi kesan yg sama mcm puting ori.. mcm2 jenama ada.. MAM, avent, tommie tippie dan mcm2 la.. tp aku lebih berkenan dengan jenama NUK ni... 

ada jenis wide neck (besar), latex (lembut sgt2... tak sakit gusi) dan orthodontic shape (susu akan keluar bile baby isap je)... so 3 ciri2 tu yg buat aku berkenan dan beli.. 



Harga botol susu dalam rm40+ dan puting rm24+... agak mahal.. tp layan kan je la.. 

apa yang best, mmng si bijak terus nak je minum botol. Xde nangis2 lagi.. yg tak bestnya bile si bijak dah besar, dah manja sgt... ganti puting ni dgn yg jenis silikon (warna putih, lebih keras) dia tak mo... end up nya.. bg la dia isap pakai botol NUK ni guna puting latex yg konon2 utk baby ni... hahaha... 

Beza puting jenis latex dan silikon adalah latex lebih lembut tp pakai sebulan je dah naik putih2 dan berbau... jenis silikon pulak lebih keras tp tahan la 3-6 bulan tgk penggunaan... jdnya ibu ayah terpaksa invest lebih utk anak manja yg nak pakai puting latex konon2 sakit gusi tak de gigi tu... hahahaha...


Anak lambat cakap...

Kebiasaan kanak2 dah mula pndai panggil ibu dan ayah seawal usia 1tahun.. pastu makin banyak perkataan2 baru yang dia akan sebut...
Si bijak pulak tak macam tu. Smpai sekarang memang tak pernah panggil ibu dan ayah depan2. Nk ibu ayah, dia nangis dan jerit. Anak manja... hehehe...
Bukan tak reti sebut ibu dan ayah.. tp dia tak nak. Aku perasan bile keadaan terpaksa mcm jatuh yg sakit sangat, cari aku kat tempat ramai org... time tu la dapat dgr dia panggil ibu ayah...
Pastu bila dia tgh excited sgt2 baru dengar jelas bunyi dia menyanyi.. tu pun kadang2 sgt ye...
Si bijak ni mmng masa baby org cakap dia jenis tak ada perasaan. Agah cak ba mmng dia buat tak tau.. dalam hati dia kot cakap, "apa kau buat ni sampai buat muka huduh mcm tu pastu gelak sorang2"... akhirnya nak agah2 dia pun jadi malu sendri... hahahaha...
Tp tu masa baby la.. bile dah up skit, dah mula ada respond iaitu senyum..
So, kesimpulan yg aku buat kat sini adalah dia cuma lambat cakap. Maybe ikut gen ayah dia kot. Sbb ayah dia ni mmng jenis yaaa ampun sgt pendiam... dan sepupu si bijak sebelah ayah dia pun ada masalah speech delay ni. Masuk taska baru pandai cakap.. kecelaruan bahasa sbb kat rumah cakap omputeh, kawan2 cakap melayu dan sekolah cina.. tp bile pandai cakap mmng lebih advance dr org lain la..
Yg penting, dia paham je apa yg kita cakap.
So buat masa ni, aku tgh cuba mengaktifkan sel2 lidah si bijak utk sebut perkataan2 yg ada makna dan bukan perkataan2 yg minnion (cerita despicable me) cakap tu... ok.. klo cerita despicable me tu, mmng dia sgt excited tgknya.. minnion cakap dia boleh je ulang balik.. bile ibu baca ABC suh dia ikut nanti dia buat muka "eh.. ibu cakap bahasa alien mana ni".... gerammm... ggggrrr....
Selalu perhatikan si bijak main sorang2 smbil membebel2 tu.. (masuk umur 2tahun baru main ada suara ye.. sblum ni main sambil senyum2 sorang je) masa dia main ni la akan terdengar perkataan yang boleh difahami seperti nasi, panas dan lain2.. masa dengan ibu ayah mmng haram... jerit dan nangis je tau.. geram....
Hahaha... apa2 pun kita tgk perkembangan si bijak.. harap bila ada kawan (adik baby) nanti ada la kawan dia nak membebel dan belajar bercakap...


Ni la dia reaksi yang dia akan buat kalo org ajar dia perkataan.. muka tak puas hati... 

7 idea tambah pendapatan bagi surirumah

1- jual kek...
Akak aku buat cake suka-suka utk hilangkan stress smbil jual.. hasilnya agak lumayan... yg penting kene pandai baking dan creative
2- dropship
Banyak supplier2 yang cari agen dropship ni sebenarnya. Cuma kene pandai cari la. Ada yg kenakan yuran pastu senyap.. ada yg ok... kebanyakannya ok la.. barang pun cepat je sampai ke customer cuma margin untung kecik.. tp xpening nak habiskan stok dan g pos barang..
3- jual jamu/suppliment
Samada jual online atau offline. Ada je yg nak beli. Perempuan kan nak cantik.. tp jgn plak cari product tiruan. Sila2 la cuba dulu produk yg nak dijual sblum menjual ye..
4- freelance designer/website
Ni utk org2 yg creative dan pandai guna komputer..
5- jadi babysitter atau org2 tua
Jika diri seorang yg penyayang dan penyabar, boleh la try buat ni. Demand sentiasa ada utk keluarga yg bekerjaya..
6- ambil upah menjahit
Lagi2 bile dah musim raya. Mmng tak menang tangan nak menjahit. Boleh jugak jahit baju kanak2 dan jual online.
7- jual hasil tanaman
Mana2 yang rumah atas tanah, rajin2 la berbudi pada tanah. Tanam sawi 2bulan dah boleh jual. Sikit2 lama2 jadi bukit...

P/s: tu je idea yg ada.. hahaha.. ada idea2 ni aku pun buat. Tp tak konsisten sbb malas. Jd income pun tak la banyak mcm org yg rajin. Pokok pangkalnya doa, usaha dan rajin..

Thursday, February 12, 2015

Contraction timer.. apps utk kire contraction

Genab 40 minggu. Mlm td tak boleh tdo sbb brixton hicks. Huhuhu... sangat2 tak selesa. Siap marah2 bile aircond sejuk sgt. Hahaha...
Ok.. aku pakai apps contraction timer ni utk tau samada sakit yg aku alami tu betul2 contraction nak bersalin atau sekadar brixton hicks. Xmo da g spital pastu cek VE tp xdr bukaan.. buat sakit n malu je...
Apps ni mudah. Main tekan2 je bile contraction datang dan berhenti. Pastu dia akan listkan history tu. Klo bacaannya tempoh masa antara contraction tu makin pendek dan rapat2, so betul la tu contraction nak bersalin. Mcm aku tu kejap 10 min, kejap 6 min, kejap 3 min, pastu 10 min balik... insyaAllah tu brixton hicks..
Letih melayan brixton hicks ni. Masa abg baby dulu xdr pun brixton hicks ni... huhuhu... xpe la.. layan je..
Sakit kan penghapus dosa kecil.... insyaAllah...

Tips penjimatan bil elektrik

Katanya tarif elektrik akan turun bulan mac ni.. kalo betul, bagus la.. kite sama2 tunggu ye... hehehe.. minyak kete murah, elektrik murah.. best2.. wwweeeeeee....
So far kat umah ni bil elektrik xpernah lebih dr rm70 sebulan. Paling rendah penah dapat rm30 sebulan. Dulu2 selalu rm80 jugak la... tp lepas kami buat plan penjimatan, ok la skit boleh turun...
Penggunaan elektrik mcm biasa je. Sekadar ada kipas 24 jam, lampu 12 jam, aircond 8jam, peti ais 24 jam, tv selagi blum tido mmng sentiasa terpasang, periuk nasi, cerek elektrik, iron, laptop, handphone dan apa lagi ek......
Apa yg kami praktiskan kat umah ni adalah bile xpakai satu2 alat elektrik tu, terus switch off plug. Xde nak biar dalam mode stanby. Tv off plug, aircond off plug, event plug extention pun off ye. Hahaha... so far nampak skit perbezaannya. Tak banyak pun ada la dalam rm10. Boleh buat makan roti canai.. hahaha...
So, sempena tarif elektrik turun ni boleh ke agak2 nak turunkan bil jadi bawah rm20? Hahahaha... over kau ek...
Ye la kan... bil air bulan2 tak penah bayar sbb tak pernah cecah rm10 pun.. so harap bil elektrik pun boleh dapat free... hahahhaa...

Kereta control mini cooper =)

Happy birthday emir arshad... yeeeaahh...
Emir arshad ni sepupu si bijak. Beza umur 2 bulan tp nanti klo sekolah sibijak jd senior la sbb lahir bulan 12. Hahahaha...
Emir lahir dengan berat bawah 2kg. Memang kecik sgt2. Takut nak pegang. Mama dia je yg berani pegang dan mandikan. 
Lahir secara normal tp hampir czer sbb dah berak dalam perut. Ada masalah pernafasan, paru2 sbb berak dalam perut. Dan doc suspect ada masalah lain jugak sbb lahir cukup bulan tp berat tak cukup. Kene tahan wad hampir 2 minggu kot.. sian sgt.. 
Selepas hampir setahun lebih refer hospital dan buat mcm2 test, doc sahkan dia mengalami cerebral palsy. Mula2 tu macam2 yg doc suspect.. jantung berlubang la, sindrom down la, hati la.. dan hampir2 kene operate sbb nak tau sakit apa.. padahal doc pun tak tau sakit apa lagi masa tu.. 
Alhamdulillah skng dah jadi budak yg bijak. Petah cakap. Walaupun ada masalah pergerakan. Still tak boleh berjalan dgn betul. Tp otak dia mmng cerdik. Geram tgk.. 
Happy birthday emir... cun, uncle dgn iman sayang emir tau... =)

Sumber dr wikipidea..

"Cerebral palsy (CP) is a group of permanent movement problems that do not get worse over time. They cause physical disability, mainly in the areas of body movement. There may also be problems with sensation, depth perception, and communication ability. Difficulty with cognition and epilepsy are found in about one third of cases. There are subtypes including a type characterized by spasticity, a type characterized by poor coordination, and types which feature both symptoms or neither.
Cerebral palsy is caused by damage to the motor control centers of the developing brain and can occur during pregnancy, during childbirth, or after birth up to about age three.About 2% of all cerebral palsy cases are believed to be due to a genetic cause.Cerebral palsy is not an infectious disease. Most cases are diagnosed at a young age rather than during adolescence or adulthood.
Improvements in the care of newborns has helped reduce the number of babies who develop cerebral palsy and increased the survival of those with very low birth weights.There is no cure, with efforts attempting to treat and prevent complications. It occurs in about 2.1 per 1,000 live births.Physical and occupational therapy may help.
Cerebral refers to the cerebrum, which is the affected area of the brain. The disorder may often involve connections between the cortex and other parts of the brain such as the cerebellum. The root word "palsy" means "paralysis". In medicine, this is often used in reference to the paralysis or weakness that often accompanies nerve damage, loss of sensation or muscle disorders involving uncontrollable movements such as trembling or shaking."

P/s: hadiah mini cooper tu bukan aku yg beli pun.. hahahaha... papa mama dia la yg beli.. tp nanti iman nak tumpang naik. Main kat dataran. Wakakaka... cun beli hadiah lain ye emir.. murah skit la kan.. hahahaha... (mini cooper tu rm270 siap free gift tom the talking cat)

Tanda-tanda bersalin dan perbezaan contraction dengan Braxton Hicks

Hampir 39 minggu dah... perut kerap rasa tak selesa dan mudah letih..
Mcm si bijak dulu, seminggu sblum tarikh due, kluar tanda darah dan lendir beserta sakit perut rasa nak membuang air besar 3 hari sblum bersalin.. lama tak... hahahaha...
Contraction pulak rasa 2 hari sblum. dan bukaan masa tu baru 2cm. Tu pun xserik nak tambah anak lagi.. well... perempuan kot.. seronok rasanya ada anak ramai..
Ni aku share skit info dr application babycenter. Antara tanda2 bersalin...
"Your body actually starts preparing for labor up to a month before you give birth. You may be blissfully unaware of what's going on or you may begin to notice new symptoms as your due date draws near.
Here are some things that may happen in the weeks or days before labor starts:
Your baby drops. If this is your first pregnancy, you may feel what's known as "lightening" a few weeks before labor starts as your baby descends lower into your pelvis. You might detect a heaviness in your pelvis as this happens and notice less pressure just below your ribcage, making it easier to catch your breath."
* nurse dan doc ada cakap, utk baby pertama je kepala baby engaged awal (36 minggu). Utk second baby dan seterusnya selalu baby engaged bile nak bersalin tu. Tu kadang ada kes terbesalin dalam kereta la..
"You note an uptick in Braxton Hicks contractions. More frequent and intense Braxton Hicks contractions can signal pre-labor, during which your cervix softens and the stage is set for true labor. Some women experience a crampy, menstrual-like feeling during this time.
You pass your mucus plug. The mucus plug is the small amount of thickened mucus that blocks the cervical canal leading to your uterus. The plug may come out all at once in a lump, or as increased vaginal discharge over the course of several days. The mucus may be tinged with blood (which may be brown, pink, or red), in which case it may be referred to as "bloody show."
* ni mcm kes abg baby.. darah berserta lendir. Ala2 macam period awal bulan tu. Bukan darah cair yg banyak tu tau.. kalo yg banyak tu kire bahaya dah tu...
"Your water breaks. Most women start having regular contractions sometime before their water breaks, but in some cases, the water breaks first. When this happens, labor usually follows soon. (If contractions don't start promptly on their own, you'll be induced.) Whether the amniotic fluid comes out in a large gush or a small trickle, call your doctor or midwife."
* yg ni plak kadang pecah sendri. Kadang tu dalam labour room baru doc pecahkan pakai macam batang rod tu. Kes abg baby dulu, air ketuban pecah sendiri ada bunyik 'pop' pastu basah katil.. hahaha...
"How can I tell whether I'm in false laboror true labor?
Sometimes it's very hard to tell false labor from the early stages of true labor. Here are some things that might help you sort it out:
False labor contractions are unpredictable. They come at irregular intervals and vary in length and intensity. Although true labor contractions may be irregular at first, over time they start coming at regular and shorter intervals, become increasingly more intense, and last longer.
With false labor, the pain from the contractions is more likely to be centered in your lower abdomen. With true labor, you may feel the pain start in your lower back and wrap around to your abdomen.
False labor contractions may subside on their own, or when you start or stop an activity or change position. True labor contractions will persist and progress regardless of what you do."
* skng ni rasa sakit perut tu time baring je. Klo bangun or berjalan rasa tu berkurangan. So.. tu adalah false labor... =)
P/s: doakan saya selamat bersalin ye.. insyaAllah murah rezeki ada adik baby ni nanti...

Wednesday, February 11, 2015

Rezeki...

Alhamdulillah.... raya cina ni genap. la setahun aku jadi fulltime housewife.

Seronok jd housewife ni. Walaupun agak penat tp rasa berbaloi bile tgk anak membesar depan mata. Kita tau apa yang dia buat seharian, dia makan apa dan semua la..

Yang tak bape best bile cite pasal elaun la. Hahaha.. tak sebanyak masa bekerja. Tp alhamdulillah.. rezeki tu sentiasa ada. Tak pernah tak cukup.

Allah Maha Memberi dan Mengetahui.. =)

3rd checkup di azzahrah @38w3d

Alhamdulillah.. adik baby sihat2 sahaja. Air ketuban cukup. Heart beat ok.

Next appoinment is 23 hb iaitu sehari selepas due date. Doc bg masa 1 minggu utk overdue kalo 23hb tu condition (air ketuban dan etc) semua normal. Klo x, 23hb tu siap2 la kene induce..

Harap2 la tak smpai overdue dan tak kena induce. Takut.. hahaha...

Anyway, bff sekolah menengah, milah, dah pun selamat bersalin czer anak ke 3. Walaupun bersalin awal, 32minggu, harap dia sihat dan kuat. Baby pun masih kene tahan dalam tabung sbb underweight. Sian sgt rasanya..

Dr anak pertama (24 minggu; meninggal), anak kedua (34 minggu; 2tahun stgh) dan yg ketiga (32 minggu) semua czer dan baby pramatang. Besar betul dugaan dia..
Milah, semoga tabah dan kuat hadapi ujian Allah.. bersabar la... insyaAllah, Allah itu Maha Mendengar...

P/s: bil cek up kali ni kene rm106. Makin murah plak.. hahaha... Alhamdulillah..