Friday, November 29, 2019

Gigit hujung bucu

Bila travel, samada long distance atau short distance. Mesti kadang ada je ragamnya. Lagi-lagi bila handle 3kids without husband. 

Kalini saya ke klinik serendah sebab si Iman batuk-batuk dah lebih 2minggu. Dari pengalaman lepas, kalau batuk tak baik-baik jugak lepas makan ubat, sila la ke klinik. Di kuatiri tibi. Tibi ni bahaya dan boleh tersebar ke orang sekeliling kita. Dan ia juga boleh bawa maut.

Sebelum sampai klinik, saya dah tapau makanan siap-siap. Biasanya beli kuih je sebab senang nak makan. Tapi kuih habis masa saya datang. Jadi bungkus mee dalam plastik. 

Nak makan, koyakkan hujung bucu dan makan. Mula-mula sibuk jugak mintak sudu nak makan. Tapi saya tak bagi sebab risau makan tumpah-tumpah. Lama-lama seronok pula mereka makan macam tu. 

Alhamdulillah..result sample kahak dan ujian tibi dan xray, iman baik-baik sahaja. Saya suka klinik kerajaan sebab memang detail pemeriksaannya. Cuma kena tunggu lama. Biasa la, nak makan kfc pun kadang kene tunggu jugak ayam siap goreng. 


Tuesday, November 5, 2019

Ikan kembung masak lemak tauchu

Harini teringin makan ikan kembung. Suami jenis tak berapa makan ikan ni, jadi saya memang jarang-jarang masak ikan. Saya pulak bukan jenis masak tiga empat lauk. Cukup satu jenis lauk dan satu sayur. Kalau banyak-banyak pastu tak habis mula la saya stress dan down. 

Haritu mama datang rumah saya dan saya masak tauchu lemak ni. Dulu masa sekolah asrama paling saya tak suka kalau ada menu ikan masak tauchu ni. Tapi resepi mak saya lain sikit, jadi memang kena dengan selera saya. 

Bahan-bahan
  1. Ikan kembung 
  2. Bawang merah
  3. Bawang putih
  4. Cili
  5. Tauchu
  6. Santan

Cara-cara
  1. Goreng ikan bersama kunyit dan perasakan dengan garam
  2. Potong bawang merah, bawang putih dan cili. Saya tak potong sebab anak-anak tak makan pedas.
  3. Tumis bahan-bahan yang telah dihiris tadi. Masukkan tauchu dan santan.
  4. Masukkan ikan goreng. 
  5. Tambah garam jika perlu sbb biasanya tauchu ni dah masih. Kalau da cukup masin, tak perlu letak garan lagi.
  6. Siap...

Boleh juga letak tomato atau kucai jika mau. Tapi kali ni saya buat kosong sebab ada sayur lain.