Thursday, October 30, 2014

Pengalaman mengandung abg baby vs adik baby

Alhamdulillah dah nak masuk 25 minggu mengandungkan adik baby.. abg baby si bijak pulak semakin hari semakin manja.

Mmng pengalaman mengandung kali ni sgt berbeza dgn si bijak dulu.

1- abg baby - pantang nampak iklan makanan mcm kfc,mcd, piza n etc. Mesti rasa nak sgt2...
Adik baby - tak heran langsung kot..

2- abg baby - tak boleh dan sgt benci bau/mkn nasi.. lagi2 nasi goreng... rasa sakit ati dgn org yg makan/masak nasi tu. Hahahaha...
Adik baby - tak heran pun... siap boleh join makan...

3- abg baby - tak suka makan benda pedas. Klo g kfc pun makan sos tomato.. hahaha...
Adik baby - hari2 kene ada sambal. Smbal belacan paling best... lg pedas lg best.. huhuhu... ngences...

4- abg baby - tiap2 pagi muntah. Walaupun dah masuk trimester 3.
Adik baby - awal2 mengandung je muntah. Tu pun tak de la hari2.

5- abg baby - tak ada masalah kesihatan sgt.. paling teruk pun berat naik bnyk sgt je..
Adik baby - tekanan darah rendah la... HB rendah la... etc..  tak pasal2 kene cek klinik hari2.. huhuhu...

Tu je yg ingt buat masa ni... hahaha... apapun doakan aku selamat mengandung dan melahirkan adik baby ni ye.. insyaAllah...

Monday, October 27, 2014

Hospital gomen vs private

Mengandung kali ni plan nak bersalin kat swasta plak..

Masa si bijak dulu plan bersalin kat gomen sbb nak jimat la kononnya.. alhamdulillah mmng la jimat. Bill tak sampai 300 kot. Vakum dan stay 4hari 3mlm kot..

Walaupun jimat.. tp ala-ala serik jugak la... nurse dan doc ok je.. tak de marah2 pun. Cuma yg tak berapa berkenannya adalah....

1- masa menunggu nak bersalin tu, ibu2 mengandung yg diberi wad sementara kene share katil. Tgh2 rehat tetiba doc nak pinjam katil. Terpaksa gigih berjalan2..

2- walaupun sementara menunggu masa bersalin tu waktu melawat adalah 24 jam... tp suami dan family kene tunggu luar. Nak jumpa, ibu2 mengandung ni yg kene kuar.. kat luar tu plak ramai org.. segan rasanya menahan sakit dpn org ramai...

3- yg cek bukaan tu boleh jadi siapa je.. lelaki, perempuan, cina, india dan melayu. Sgt2 malu ok...

4- masa dalam bilik bersalin, pintu dibiarkan terbuka... tak kisah la kan klo kononnya doc senang nak lari2 kalo ada emergency kan... tp katil betul2 kat pintu tu... tak ada tirai atau apa pun.. terbuka luas... sesiapa pun boleh jengah.. cak ba...

5- masa nak teran tu, bilik bersalin tu penuh dgn segala umat manusia. Lelaki, perempuan, cina, india dan melayu... doc, doc praktikal dan nurse... masing2 bersorak... stress kot.. dah la ko tgk bahagian yg tak sepatutnya pastu nak jerit2 bagai.. rasa nak sepak je satu2.. tp masa tu mmng redha je la sbb sakit gile kan..

6- sessi jahit menjahit sgt la menyiksakan.. boleh plak doc salah jahit kan. Mungkin doc pelatih kot... Pastu dia boleh panggil doc lain (india lelaki) utk tgk kan jahitan dia.. last2 kene marah dgn doc lelaki tu sbb salah jahit. Yg siksanya si ibu ni la.. jahitan kene bukak balik... yaaawwww....

Lepas bersalinkan si bijak mmng tak penah cite pun kat sesiapa termasuk suami sbb malu kot.. tp bile dah mengandung lg ni, cite je la kat suami... dgn harapan suami setuju (sponser) bersalin kat private..

Bile dah cite, amik kau... kene marah plak sbb tak cite awal2.. huhuhu...

So, skng mmng plan nak bersalin di private saja. Tp smpai skng pun masih blum confirmkan nak bersalin di hospital mana....

Cuma doakan yg terbaik sahaja... yg menjadi pilihan hati skng ni adalah hospital islam az-zahrah dan wisma bersalin ikhwan. Tp..... nanti la cite plak....

Tuesday, October 7, 2014

Tips bercuti di krabi

Antara tips yg boleh aku share sikit kat sini...

  1. plug kat krabi xsama macam kat malaysia ni. So better beli travel adapter siap2 ye. Tp kalo xnak beli pun xpe. Kat aonang banyak jual.. tapi tak sure harga berapa.
  2. utk yg bercuti reramai tu boleh la bawak extention cable. So xde la berebut nak charge handphone, kamera, ipad bagai...
  3. utk yg datang naik flight dan hanya bawak cabin bag, dinasihatkan meminimakan barangan cecair yg dibawa. Contoh mcm air, perfume, sunblock dan lotion. Nanti tak lepas bawak naik flight. Utk yg ada baby tu insyaAllah susu boleh bawak naik. So far org lain kene tahan tp aku punya beg lepas je sbb ada si bijak..
  4. yg ada baby kecik dan plan utk buat aktiviti pantai dan naik bot, boleh la beli siap2 life jacket sbb kat sana tak ada life jacket yg saiz baby. Utamakan keselamatan itu penting. Yg mencari life jacket utk baby boleh try cari kat kenanga wholesale tu. Tingkat 7 kedai nama evergreen kalo xsilap. Harga dalam rm35. Si bijak yg umur 1tahun lebih pakai mmng ngam2 je. Dan boleh adjust smpai aidid, 7 tahun pun boleh pakai...

Ok.. Tu je kot antara tips yang boleh di kongsi.

Friday, October 3, 2014

Krabi trip - day 3

Pagi2 lagi dah bangun. Jam 5 kot.. Duduk layan siaran thailand smpai jam 7.00 pagi waktu thailand. Suami dan abg mie keluar beli sarapan naik tuk-tuk lagi. Kali ni bawak hasil ala2 nasi ayam dan bubur nasi untuk si budak2. Rasa boleh tahan la sedap. Tp kalau kat malaysia, ayam tu ada kuah kicap. Kat aonang plak kuah tauchu. Aku mmng xpernah suka kuah tauchu.. Huhuhu...

Lepas sarapan terus kemas barang. Pagi ni terus cekout sbb flight esok pagi jam 7 pagi. Plan malam ni tido pekan krabi. 

Jam 8 cekout dan tunggu driver amik untuk pakej phi phi yg kami dah beli mlm smlm..

Jam 8.40 pagi bas pun smpai... Kat sini aku nak nasihat n bgtau ye.. Sila tunggu awal skit.. Biar kite tunggu dia jgn dia tunggu kite. Nnti kene tinggal. Mmng la dia cakap bus datang jam 8.30 - 9.00 pagi.. Tp sila tunggu awal.. 

Masa kitorang haritu, lepas pickup kitorang bus g pickup org lain kat hotel lain.. Tapi org tu tak siap lagi kot. Driver bus bising- bising pastu terus tinggal je... Huhuhu.. 

Kami naik speed boat untuk phi phi island tour. Perjalanan dari satu pulau ke pulau amik masa antara 30 min ke 45 min.. 

Rasa agak kecewa sbb mcm tak puas mandi pantai dan snokerling. Untuk phi phi island tour ada beberapa pantai yg dia singgah tp tempoh singgah tu tak lebih dari 1 jam.. Dgn budak2 kecik lagi.. Mmng tak puas la.. 

Tp pantai dia mmng cantik.. Ada 2 tempat yang dia singgah untuk snokerling (open sea). Tempat pertama, aku bawak si bijak turun jugak. Tp suami yg pegang. Tak berani aku.. Dalam kot..

Tempat ke dua. Aku turun lepas suami naik. Suami dah warning arus agak kuat.. Tp aku turun gak.. Ha kau.. Tak pasal2 hanyut.. Jadi berhati-hati la...

Snokerling gear yg disediakan sila la jaga baik2 ye.. Masa kitorang haritu, ada auntie cina tu hilang sbb dia tinggal kat boat. So dia kene bayar gantirugi rm100.. Gile mahal.. 




Balik dri phi phi tour terus balik hotel untuk mandi2 dan ambil barang yg kami tumpang pagi tadi. Sempat jugak la mandi pool dia.. Hehehee


Dah siap mandi dan solat, terus mintak hotel sediakn van ke pekan krabi. Van charge ke krabi rm50. 

Smpai krabi dlm jam 6.30 ptg. Kitorang stay kat hotel nama hometel. Harga untuk satu bilik rm50 dan rm60. Ada 1 katil queen dan satu katil single. Decoration bilik ala2 zaman p-ramlee. Tandas main selak2 je.. 

Mlm tu dinner kat pasar mlm dia. Ni bukan pasar mlm yg besar tu. Pasar ni hari2 ada kot.. Tak sure plak area mana.. 




Dinner makan nasi dgn lauk2 mcm masak lemak, rendang kerang, ulam-ulam, ikan keli sambal dan macam2 lagi la.. Semua pedas2 dan sedap2 gile.. Mmng kene dgn selera aku yg kuat makan pedas ni.. 3 pinggan kot makan. Air pun minum bergelas2. Tp air teh ais dia mmng best gile.. Yg lagi terkejut, makan sebanyaj tu kitorang cuma kena bayar rm50!!! Murah gile kot untuk 7 org makan siap tambah2 lagi.. Hahahaha

Lepas makan pusing pasar malam tu beli la pud thai yg glemer tu, beli buah-buahan dan kuih-muih. Semua murah2 dan besar2.. Geram tgk buah2 dia.. 

Lepas tu singgah kedai ni kejap nak habiskan duit.. 


Sempat rembat tshirt untuk si bijak. Tapi sehelai je sbb tak de saiz kecik. Rm10.. 

Balik hotel makan smbung makan buah dan kuih2 yg beli kat pasar tadi.. Dan tertidur la sambil kekenyangan....