Ok... Jom try...
Bahan-bahan
Isi ayam (dipotong kecil)
Bawang merah
Bawang putih
Lada sulah
Lada hitam
Garam
*Tepung gandum
*Garam
*Serbuk kari
*Serbuk cili
(Boleh gantikan dgn serbuk goreng ayam kentaki. Aku pakai tepung gandung dan campur serbuk cili, kari sbb ni je yg ada kt rumah. Malas nk ke kedai... Asal boleh...)
Putih telur
Cara-cara
Blender sampai halus isi ayam, bawang merah, bawang putih, garam, lada sulah dan lada hitam. Xperlu letak air.
Blender da retak pun boleh la...
Hasil yg dah blender halus.
Isi ayam yg dah blender ni di bentukkan ikut suka hati. Aku buat bulat2 pakai sudu je mcm buat cekodok sbb melekit2. Huhuhu
Campurkan tepung gandum, garam, serbuk cili dgn kari.
Putih telur yg telah diasingkan..
Golekkan isi ayam yg dah dibentuk ke dlm putih telur.
Kemudian golekkan pulak kat dlm tepung tadi.
Kemudian goreng.....
Dan hasilnya....
Rangup diluar lembut didalam... Nyum nyum...
Dan komen dr suami... Next time boleh buat lagi...
Yeeeaahh 🙅🙅👯
No comments:
Post a Comment