--Entry ni dah berkepuk dalam draft xsempat nak post--
Alhamdulillah, aku dah pun selamat bersalin putera sulung
pada jam 2.07ptg 18/12/12 (selasa) yg lepas. Segalanya bermula dengan…….
Jumaat – 14/12/12
Suami ajak balik Penang sbb adik dia kawen. Mula-mula plan
xnak balik sbb risau jalan jauh tapi nekadkan hati dan tawakal je la. Majlis
kawen adik sendiri kan. Kalo org lain tu boleh la excuse skit.
Sepanjang hari berkemas untuk balik Penang. Persiapan
bersalin dan barang baby memng dah siap-siap masuk dalam kereta sejak baby 7
bulan dalam perut lagi.
Suami balik kerja je, terus ajak duduk kat sofa. Dia kata
ada benda nak pesan sikit kat baby. dengan suara lembut, suami pujuk baby
jangan keluar dulu. “Kalo nak keluar pun, biarlah lepas majlis selesai dan
lepas ayah makan burger besar. Dah lama ayah nak makan burger besar tu.” Masa
suami pesan mcmtu, baby diam je. Lepas tu dia tendang-tendang perut. Mcm paham
je apa ayah dia cakap. Sweet….
Sabtu – 15/12/12
Majlis kawen adik nazir berjalan dengan sempurna.
Alhamdulillah. Semoga adik n farah hidup bahagia hingga ke akhir hayat.
Balik majlis kawen, aku, suami dan family sebelah suami
jalan-jalan kat Queensbay. Aku la yang ajak suami sbb nak berjalan sambil
tengok tempat main rollerblade. Sambil-sambil tu boleh la senaman sikit. Konon
ada baca, nak mudahkan bersalin kene banyak berjalan. Memang banyak berjalan
sampai rasa nak tercabut tulang pinggang.
Malam tu, kami ke seberang prai sbb nak makan burger besar
kat D’pauh restaurant. Tempat ni kitorang jumpa masa ‘honeymoon’ kat situ dulu.
Lepas makan burger besar, kami pun berpecah. Ada yang balik KL dan kami balik
ke Penang. Plan nak balik ahad petang.
Sampai Penang dalam kol 2pg. Cakap kat suami, nak tidur kat
katil sbb badan sakit2. Tp sepanjang malam tu asyik ke toilet je. Perut rasa
memulas mcm nak membuang tp xde plak yang dibuang.
Ahad – 16/12/12
6.30 pagi
Bangun solat subuh pastu perut rasa memulas lagi. Bila masuk
tandas, ada tompok darah kat panties. Masa tu hanya Allah je yang tahu apa yang
aku rasa dalam hati. TAKUT, GEMBIRA, GEMENTAR, PANIK…. Lama jugak dalam tandas
tu fikir apa nak buat. Nak terus ajak suami g hospital, takut kene tahan wad.
Aku tak nak bersalin kat Penang. T dah bersalin nak balik Muar bukan main jauh
lagi…. XNAKKKK!!!!!!!!
Nekadkan hati je la. Kejut suami ajak masuk bilik dan
bagitau dah ada tanda nak bersalin. Boleh tak kalo nak balik KL sekarang jugak.
Suami pun panic. Dalam masa 10 minit je dah masuk kereta nak
balik KL. Harap-harap sempat la sampai KL.
10.20 pagi
Smpai Ipoh. Sempat berenti beli limau bali. sejak awal
mengandung memng suka sangat makan limau bali smpai pokok kat rumah ni habis
dimakan aku n suami je.
12.00 tghari
Akhirnya sampai ke Rawang. Baru berani telepon mama bagitau.
Tak nak bagitau awal-awal takut dia risau plak. Aku pegi Penang pun tak bagitau
dia sebenarnya. Huhuhu…
Singgah kedai kat Rawang sbb nak beli barang sikit dan
kebetulan jumpa bekas officemate. Sebabkan blur dan panik yang tak habis-habis,
boleh plak aku tak kenal dia. Hahaha…. Maaf la ye…
Disebabkan ada perkara yang masih belum selesai, suami kene
masuk office kejap. So, dia tapaukan aku makanan dan hantar balik rumah untuk
rehat. lepas semua selesai baru plan nak ke hospital.
4.00 ptg
Suami balik dari office
dan siap-siap ke hospital. Hati rasa berdebar-debar gile, maklum la kali
pertama nak masuk hospital dan bersalinkan si kecil. Masa ni aku blur sangat.
Tak tau nak buat apa dan nak bawak apa. Nasib baik semua barang dan document penting
dah ada dalam kereta. Start enjin kereta dan jalan…. Hanya Allah yang tahu
perasaan aku masa tu.
Sampai kat dewan
bersalin hospital sungai buloh, daftar masuk ke dewan bersalin. Sementara nak
tunggu pemeriksaan tu, pesakit boleh keluar untuk jumpa suami. Waktu melawat 24
jam.
Dewan bersalin memang
penuh dengan ibu-ibu yang nak bersalin. Kadang-kadang terdengar suara-suara ibu
menjerit bertarung nyawa. Hanya Allah yang tahu betapa resah gelisahnya aku.
Satu-satu prosedur
dilalui, cek kekerapan contraction, doctor seluk untuk tahu bukaan dan akhir
sekali doctor scan untuk tahu kedudukan baby. Masa pertama kali kene seluk mmng
sakit sbb stress kot. Doctor sahkan bukaan dah 2cm dan kemungkinan ambil masa
yang agak lama untuk sampai 10cm memandangkan anak pertama. Scan baby anggaran
3.2kg dan baby dah sedia untuk keluar. Doctor bagi balik rumah sebab bukaan
masih 2cm dan disuruh datang balik bile contraction semakin kerap.
Alhamdulillah, dapat balik rumah sbb akal masih belum bersedia untuk malam di
hospital.
Jam 9 malam baru balik
rumah bila semua document selesai. Suami ajak makan sbb aku dah mmng tak larat
nak masak. Bila sampai kat kedai makan mula rasa contraction semakin kerap. Dalam
10 minit 2kali sakit. Makan pun dengan perlahan-lahan. Baru la aku rasa apa
yang pernah mama rasa untuk bersalinkan aku dulu. Insaf…..
9.30malam
Sampai rumah terus mandi
dan berehat. Dengan kesakitan yang semakin terasa, aku gagahkan juga untuk
berehat sepuas-puasnya…
Isnin – 17/12/12
Jam 10 pagi
Malam tadi mmng tak boleh
tidur. Badan mmng penat tp bila terlelap 5 minit akan terjaga sbb contraction. Suami
ajak ke hospital malam tadi tapi tak nak sbb
baru je balik dari hospital. Mama pun dah beberapa kali telepon untuk
tahu perkembangan. Suami juga dah bagitahu ahli keluarga dia yang aku bila-bila
masa akan melahirkan. Mohon di doakan dan dipermudahkan segala urusan.
Jam 11 pagi
Bergerak ke hospital
semula selepas contraction semakin kerap. Setiap 5 minit. Sakit… hanya Allah
yang tahu…
Jam 2.30 ptg
Masih lagi menunggu
untuk diperiksa oleh doctor. Hari ni lagi ramai ibu-ibu mengandung dalam dewan
bersalin so aku kene queue agak lama. Bila bosan, aku keluar dari dewan
bersalin untuk jumpa suami. Suami tak pernah tinggalkan tempat duduknya
walaupun untuk ke tandas sbb takut nama dipanggil. Terima kasih abg.
Suami masih belum makan.
Roti yang dibeli pun disuruh aku yang makan sbb katanya aku lebih perlukan. Tak
lama lepas tu, mama dan akak dayang datang. Suami ambil kesempatan untuk
bungkuskan makanan dan makan bersama. Mama kata perut dah turun dan tanda-tanda
bersalin dah ada. Sebelum balik, mama cium dan bagi kata-kata semangat. Dan aku
masuk balik ke dalam dewan bersalin untuk diperiksa
Jam 6.00 ptg
Baru nama dipanggil
untuk pemeriksaan. Mcm smlm, doctor periksa kekerapan contraction dan seluk
untuk periksa bukaan. 4cm. so malam tu doctor tak bagi balik sebab bukaan dan
lebih 3cm. doctor bagitau kemungkinan nak dapat 10cm mungkin esok tghari sbb
anak pertama tp doctor tak bagi balik sbb nak monitor bukaan. Doctor daftarkan
aku ke wad sementara.
Malam tu aku
berehat-rehat kat katil di wad sementara. Tp kadang-kadang doctor akan pinjam
katil untuk periksa ibu lain. Katil terlalu terhad. Kalau bosan, aku
berjalan-jalan nak cepatkan bukaan. Mmng malam tu sekali lagi aku xboleh tidur
sbb contraction.
Suami masih gagah tunggu
kat luar dewan. Tidur-tidur ayam di atas kerusi dengan berbantalkan beg
persalinan baby. kalau nak ke tandas dan solat, dia akan suruh aku bgtau kalau
aku dah sedia untuk bersalin. Dia xnak tertinggal saat-saat aku melahirkan.
Malam berlalu dengan
sangat panjang.. sakit yang datang setiap 5minit sangat mengganggu. Perut sentiasa
mengeras dan pinggang terlalu sakit untuk baring. Setiap posisi pun
penyakitkan. Insaf….
Jam 12 malam
doctor datang untuk
seluk dan periksa bukaan. 6cm. doctor kata bukaan agak cepat dan ready untuk
masuk ke Labour Room (LR). Contraction semakin kerap dan semakin sakit…
Jam 6 pagi
doctor datang untuk
periksa bukaan lagi. 5cm. doctor cek beberapa kali sbb bukaan jadi kecil balik.
Doctor teruskan monitor.
Jam 9 pagi
Aku dah tak mampu nak
berjalan sgt. Breakfast pun xdapat nak habiskan sbb terlalu mengganggu.
Telefon dan habis bateri.
Aku gagahkan juga keluar dari dewan bersalin utk bagi suami telefon. Mintak dia
caskan kat luar. Aku kata akan datang balik dalam sejam.
Jam 10 pagi
Dah tak larat untuk
berjalan. Nak ke tandas pun terlalu susah inikan nak ambil telefon kat luar
dewan bersalin. Aku berbaring kat katil dengan menahan contraction yang semakin
kerap 5minit sekali/2kali. Bila aku bangun nak ke luar ambil telepon, mcm ada
bunyi ‘pop’ dan katil aku basah. Aku panggil nurse dan nurse sahkan yang air
ketuban dan pecah. Nurse terus bantu aku untuk salin kain. Dan aku terus takut
nak keluar jumpa suami. Dalam hati aku, hanya mampu berdoa untuk semua ni
selamat dan dipermudahkan…. Dan semoga suami mampu bertahan di luar dewan
bersalin.
Jam 12.30 tghari
Contraction semakin kuat
dan perut kerap mengeras. Rasa mcm nak meneran (mcm nak berak). Nurse sebelum
tu dah banyak kali pesan, kalo rasa nak meneran dan nak berak cepat-cepat
bgtau. Tp aku tetap cuba bertahan sampai beberapa kali mengerang. Nurse yang
ada di wad sementara datang kat aku dan siap-siapkan aku. Dia kata aku dah
ready untuk masuk LR.
Aku angguk je tak mampu
nak kata apa-apa lagi. Yang aku fikir masa tu adalah untuk melahirkan baby ni. Nurse
ambil kerusi roda dan tolak aku ke LR 6. Dua org doctor lelaki masuk untuk
tengok keadaan aku. Sorang pasang jarum kat tangan kiri aku dan sorang lagi
periksa bukaan aku. Dah 7cm.
Doctor yang sorang lagi
ambil alat mcm chopstick tu dan masukkan dari bawah. Aku tak pasti apa yng dia
buat tp tak lama lepas tu dia tanya aku.
‘Air ketuban dan pecah
ke?’
Aku jawab la, ‘dah,
pukul 10 lebih tadi.’
Dan doctor tu cakap, ‘la,
kenapa tak bagi tahu.’
Masa tu mmng aku geram
dan marah. Aku dah bagitahu kat nurse masa dalam wad sementara dan nurse dah
tulis dalam buku pink tp dia yang tak baca. Pastu main terjah je cucuk-cucuk
tanpa bgtau aku prosedur yang dia nak buat. Aku yang dalam kesakitan ni pulak
bukan nak tanya pun sbb sibuk menahan rasa nak meneran…
nurse tadi datang lagi
dan bagi aku gas. Aku pun xpasti gas apa tapi aku ok je. Sepanjang pakai gas
tu, aku rasa mcm diawang-awangan. Antara nyata dan mimpi. Aku terbayangkan
suami, mama, mak, kakak-kakak aku dan kucing aku, si oyen. Bila contraction
datang, aku terjaga balik dan aku hanyut semula….
Jam 1.30ptg
Aku dah tak tahan rasa
nak meneran dan beberapa kali terlepas teran. Kalau nak ikutkan nurse marah
teran awal ni sbb nanti akan hilang tenaga bila masanya. Tp aku terlepas jugak
meneran.. perut makin sakit dan contraction makin kerap. Dalam masa berapa
minit je, bilik dah penuh dengan nurse dan doctor. Katil yang aku baring tu pun
dah transform jadikan kaki aku tergantung.
Aku dah tak kisah apa
dah masa tu. Kasakitan yang terlampau. Tp dalam ramai-ramai tu, suami aku masih
belum ada. Aku nak suami ada disisi. Aku panggil, ‘abang.. abang.. mana abang’
dan aku dengar doctor suruh nurse panggilkan suami. Tak lama kemudian suami
datang, dan cium dahi aku. Masa tu terus semangat aku semakin pulih. Jadi kuat
sedikit dan suami terus bagi kata-kata semangat.
Dan bermulalah aktiviti
sorak menyorak dalam LR tu. Nurse dan doctor bagi kata-kata semangat. Suami pulak
ulang apa yang nurse dan doctor cakap. Hihihi…
Beberapa kali cuba
teran, tapi baby masih belum keluar. Hampir tercabut nyawa masa tu. Apa yang
aku fikirkan cuma nak keluarkan baby tak kisah la nyawa jadi taruhan.
Lepas beberapa kali cube
teran, doctor kata baby lemas berdasarkan mesin yang dipasang kat perut aku.
Doctor bgtau aku baby
lemas dan akan membahayakan baby. aku cube teran panjang tapi baby tetap tak
keluar. Doctor ambil keputusan untuk vacuum sbb boleh membahayakan baby.
Doctor pakar pun masuk
dan suami diarah keluar. Masa last teran doctor vacuum dan toreh kat miss V
untuk mudahkan baby keluar. Hanya Allah je yang tahu betapa sakitnya masa tu…….
Dan baby pun lahir…
sekelip mata je… lahir tanpa suami disisi… tak pe lah. Asalkan semuanya
selamat.
bila saat doctor letakkan baby atas perut (skin to skin), hati aku terus luruh... mengalir air mata keinsafan dan kecintaan kepadaNya... ni adalah anugerah terbaik..
--panjangnya cerita… tu
belum cerita pasal jahit menjahit dan doctor salah jahit kene bukak balik,
pakai tiub kencing sbb kencing tak lawas, baby kene pakai gas sbb lemas, baby hampir tertukar dan kene tahan wad sampai khamis (4
hari duduk wad)--
Kepada suami: terima
kasih abg sbb tak penah tinggalkan sayang saat syng bersalinkan anak kita. Walaupun
abg tak ada disitu tp syg tahu abg rasa kesakitan yang syg alami. Kita cume
dipisahkan dengan dinding wad tapi syg tahu semangat abg ada disisi syg. Ni la
hadiah untuk abg…
Baby - beberapa jam selepas kelahiran - kepala sedikit benjol kesan vakuum.
Baby - Malam pertama di dunia baru..
No comments:
Post a Comment