Monday, April 30, 2012

Homemade Spaghetti Bolognese


Hi... Last week tibe-tibe teringin makan spegati. nak ajak hubby makan kat luar, hubby bukan peminat makanan yang luar biasa ni. nanti membazir dan rasa tak syok makan beria sorang-sorang. huhuhu... last-last bukak internet dan google. hasil carian, dapatlah resepi spaghetti bolognese ni.

walaupun dalam gambar nmpak macam xsedap, tapi bila makan... va va vooommmm kau... sedapnya.. siap boleh tambah lagi. kos buat pun cuma rm 20 je. huhuhu.... jom kite share resepi ye...

Bahan-bahan
  1. 1 paket spegati
  2. 1 paket daging lembu cincang
  3. 200 ml susu (aku pakai susu pekat manis)
  4. 1 ulas bawang putih dicincang
  5. 1 biji bawang besar dicincang
  6. 1 tin besar tomato puri
  7. 2 biji tomato didadu
  8. 1 biji lobak merak dicincang
  9. 1 batang celery
  10. 1 tin cendawan butang
  11. sedikit oregano
  12. sedikit garam
  13. sedikit minyak


Cara-cara
  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar spegati tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, garam dan gula secukup rasa. 
  7. Renah sos sehingga pekat. 
P/S: aku reneh sos smpai 2 jam sbb nak betul2 pekat. hahaha... habis gas aku. hahaha....

Nota kaki: resepi aku ambil kat cni. http://www.myresipi.com/top/detail/728 tapi dah ubah ikut bahan yang ada dirumah sahaja...

Hasil nya sangat memuaskan... nyum nyummm.... :)

Prosedur nikah kahwin selangor - Lelaki

Hi bloggers..
Entry kali ni nak cerita pasal prosedur nak kawen bagi bakal-bakal pengantin lelaki negeri selangor. untuk setiap negeri, prosedur dia lebih kurang sama tapi lain skit. hahahaha....
Kepada bakal-bakal pengantin lelaki, boleh ambil dan rujuk pejabat agama yang berdekatan untuk dapatkan borang dan maklumat.
Macam suami dulu masa nak mohon kawen, dia pergi kat pejabat agama kuala kubu baru. suami punya IC dari beralamat negeri melaka tapi menetap kat rawang. so ada pilihan samaada permohonan di majlis agama melaka ataupun majlis agama selangor.
Bila dah dapat borang tu, kene lengkapkan dulu setiap salinan seperti ic, surat pengesahan bujang, laporan HIV dan beberapa salinan lagi. lepas lengkap semua salinan dan borang, bawak borang jumpa nazir kawasan tempat tinggal untuk dapatkan tandatangan. dah dapatkan tandatangan, bawak 2orng kawan lelaki untuk jadi saksi borang jumpa dengan pendaftar nikah kawen dan dapatkan tandatangan lagi.
Bila dah dapat tandatangan tu, bawak borang tersebut ke pejabat agama yang mula-mula ambil borang tu untuk dapatkan pulak surat kebenaran nikah. pegawai-pegawai pejabat agama akan sediakan dan kepilkan bersama semua salinan mengikut susunan untuk urusan pihak pengantin perempuan.... maka selesai la urusan pengantin lelaki... boleh goyang kaki je tunggu pengantin perempuan pulak kehulur-kehilir bawak borang :p

Kalau ikut pengalaman aku, prosedur kebenaran nikah ni mudah je selagi semua maklumat, dokumen dan saksi tiada masalah. InsyaAllah....

Untuk prosedur nikah kawen perempuan negeri johor, akan di ceritakan pada entry akan datang.... stay tune... aceehhhh....

Saturday, April 28, 2012

Wedding Dress for rent

Hi bloggers,

Ada sesiapa yang berminat nak sewa baju pengantin untuk majlis bahagia kalian. sesuai untuk dinner, wedding dan bertunang. Boleh contact saya 0132073385 (Azreena).

Baju warna pink belacan, berkeadaan baik, boleh sewa untuk sepasang atau hanya sehelai. Harga sewa pasti murah. Main cincai kire.... :P

Set Perempuan:
Dress
Veil

Set Lelaki:
Baju Melayu (Bersulam)
Sampin




between RESIGN and FIRED!!!!!

Hi sahabat blogger semua....
Dah lama gile xupdate blog ni. Bari bujang smpai dah kawen pun... huhuhu... Banyak gile nak share and cerita pasal kawen, pasal hantaran, pasal kehidupan selepas kawen.... tapi NANTI DULU.... Aku nak cerita benda lain dulu... Aku nak cerita pasal..........
The biggest move i made lepas kawen. Selepas ditimbang tara dan difikirkan secara logik menggunakan beberapa fungsi otak, akhirnya aku ambil keputusan untuk berhenti kerja di company yang aku baru je keje kat situ xsampai 3bulan.
Memang mulanya aku risau, takut dan was-was. Betul ke tindakan aku ni? Apa perancangan hidup kami lepas ni? Nak makan apa? Tapi rasa hati untuk berhenti kerja mengatasi segalanya...
Selepas berdiskusi dengan suami, family dan kawan-kawan, akhirnya keputusan dibuat... Pagi semalam 27/4/2012, dengan yakinnya aku melangkah ke pejabat HR hantar surat resign 24jam...
ALHAMDULILLAH... terus rasa separuh beban dah hilng. sepanjang hari menghabiskan masa dengan sattlekan outstanding kerja. Tengahari waktu lunch plak, kene panggil dengan bos utk discussion. nasib baik guna skype je. kalo face to face, xtau la berani ke tak.
Bos tanya macam-macam, sampai rasa salah ke aku nak berenti kerja? Nak je aku jerit.... keje kat cni xbest!!!! hahaha.... Tapi aku masih tahu hormat lagi. hanya senyum dan berikan alasan yang sememangnya menjadi masalah utama kami....
Lepas lunch, Andrew datang jumpa aku smbil tunjukkan surat yang dia dapat dari HR. Andrew ni kawan yang sekali masuk dengan aku. kami sebenarnya bertiga masuk pada 1/2/2012. aku dan andrew satu department dan yang sorang lagi masuk department lain. al-kisahnya, yang sorang tu (tak ingat nama) dah pun cabut dari company pad minggu pertama lagi. huhuhuhu... Good move!!!... so tinggallah aku dan Andrew kat situ.
Nak dijadikan cerita, aku pun excited kononnya tengok Andrew dapat surat CONFIRM untk keje kat ctu. Rupanya.... Andrew kata, HR bagi surat tamat perkhidmatan. Kononnya tak perform. Well.... terus aku rasa upset gile dengar berita Andrew dan at the same time, rasa LUCKILY, WINNER and HAPPY sbb dah hantr surat resign siap-siap pagi tu... huhuhu...
Kalau la aku masih plan nak bekerja dan masih mengharapkan duit makan gaji, alamaknya garu kepala dn terjun bangunan sbb kene nasib yang sama.
Balik tu, Andrew jumpa aku lagi dan kata "U ni bijak la. Sebelum kena, u dah kenakan dorang dulu..." huhuhu....
Well Andrew, good luck for your better life lepas ni. wish all the best for you. Ingat, rezeki tu ada dimana-mana....

P/S: Sbb dah berenti kerja ni, fokus lebih kepada business online. Sape2 nak sewa chocolate fountain, order cupcake, door gift for weeding ke boleh la contact2 ye.... hehehe.. 0132073385...

Again..... sib baik aku resign bukan kene PECAT!!!......

si kecil zara

si diva oh lalala.... zara adelia...

comel gila kan.... aritu mama dia beli toy online. Tapi auntie dia yang ambil kan sbb masa COD, zara balik rumah nenek. Serius toy dia best sangat. sampai-sampai rumah je, auntie dia ni terus main sorang2 kat rumah. hihihiihi....


Set dapur untuk chef zara


Siap da sinki lagi kau....

Ok... jom kite masak-masak...




si manis zara kene masuk spital sbb cerit birit. walaupun tangan dah kene balut tetap nak main masak2. ooohhhwww.... sweet sgt....


Si manis zara berjogging. walaupun nak beriadah, harus bergaya...