Tuesday, August 24, 2010

resepi siakap 3 rasa

aritu, saja gediks2 mau masak siakap 3 rasa. pasalnye akak dayang kutuk2 kata saya xpandai masak. dgn berlagak terernye, saya pun masakla. tapi bukan masak kat umah dia. tapi masak kat umah sewa. sbb suruh kawan2 rasa dulu. baru kasi kak dayang rasa. kalo xsedap, xde la jadi bahan nak kutuk. akibatnye, kawan2 jadi juri hakim utk saya.
nak try wat jugak? senang je.

bahan2nye
1- ikan siakap. tgk kat pic betul2 tau. jgn salah beli ikan nanti xjadi ikan siakap 3 rasa pulak. hehehe...


2- serai
3- tomato dipotong dadu
4- halia ditumbuk
5- bawang merah n bawang putih ditumbuk.
6- nenas. dipotong dadu. kalo malas, pakai nenas dalam tin je. xmo banyak2. jus nenas n lebihan tu bleh wat air plak ek.
7- lada cili dihiris
8- sos tomato, sos tiram dan cili boh
9- limau kasturi

cara-cara masak:
1- tumis bawang merah, halia, cili, bawang putih n serai sampai naik bau
2- masukkan sos tomato, cili boh dan sos tiram
3- tambah air skit
4- masukkan nenas dan tomato
5- biarkan sampai mendidih.
6- masukan garam n perasa secukupnye. n perahkan limau utk rasa masam.
7- kuah siap dah....

then goreng ikan siakap. dan curahkan kuah tadi kat atas ikan. siap utk dimakan... selamat mencuba. :)



maaf, presentation xcantik. xde mangkuk yang sesuai. al-maklumlah duduk umah sewa je. hihihi.... however, komen from judges, "DAH BOLEH KAWEN DA....." sekian.... (^_^)

1 comment:

Kancilbiru said...

yaaaaaaaaaa mmg dah boleh kahwin dah camni...hehehe