Sunday, February 7, 2010

review 'LU PIKIR LAH SENDIRI DE MOVIE'

natasya, nabil, nabil, natasya, nabil, natasya, nabil, natasya, aisyah, nabil, natasya, aisyah, nabil, natasya..... (xde motif aku menaip nama2 itu...)

barisan pelakon "LU PIKIRLAH SENDIRI de MOVIE"

nabil dgn moto yang banyak berjasa
poster "LU PIKIRLAH SENDIRI de MOVIE"

noorafzan: tgk da lu pikirlah sendiri..review pleasee..

tu adalah komen yng ditinggalkan oleh salah sorng blogger yng mai singgah kat blok capuk aku ni. uh uh uh... nak review ke? aku ni bukannye pengkritik filem pun nak bagi review n komen2 ni. hihihi

tapi ini lah serba sedikit tentang movie ni:

sinopsis:

Lu Pikirlah Sendiri de Movie Mengisahkan tentang mengejar impian, kerjaya dan cinta. Nabil (Nabil Raja Lawak) dan Puteri Sarah Liyana (Natasya) merupakan pasangan yang berbeza dari semua perkara. Mereka seperti dua garisan yang tidak mungkin bertemu di dalam kehidupan ini untuk melayakkan mereka bercinta. Mereka mempunyai pandangan hidup yang berbeza kerana seorang di universiti dan seorang lagi terpaksa bekerja menyara diri dan keluarga. Walaupun mereka berdua ibarat garisan yang tidak mungkin bertemu, tetapi takdir menentukan segalanya.

Pada pertemuan yang pertama sahaja mereka sudah tidak sefahaman, bertengkar dan bergaduh. Cinta yang tidak diungkapkan menimbulkan salah faham yang berterusan dan berpanjangan. Apakah kesudahan mereka? Siapakah dahulu yang melafazkan kata cinta? Siapakah Kumpulan Meet Uncle Hussain di dalam cerita ini? Apakah kelainan pada watak-watak yang dibawa oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Amy Search, Vanida Imran, Faizal Tahir, Mila AF5,Aziz M. Osman, Natasha AF4, Zizan (Raja Lawak 1) dan lain-lain yang turut terlibat di dalam filem ini? Untuk mengetahui selanjutnya, nantikan kemunculan filem ini di pawagam berhampiran anda...

watak2 dalam filem 'LU PIKIRLAH SENDIRI DE MOVIE'
nabil:

Memegang watak sebagai Nabil. Seorang anak muda yang hanya berkelulusan SPM dan sering bertukar-tukar kerja. (dari keje kat pasar jual ayam, jd mat despatch, keje bengkel moto pastu keje pasar malam n jd penyanyi fofular...)Ada sahaja punca yang menyebabkan Nabil diberhentikan. Walaupun begitu, Nabil bersih dari gejala sosial, mempunyai cita-cita yang tinggi, berdikari, suka berjenaka tetapi di dalam hati, menyimpan rasa sedih mengenangkan nasib keluarga yang susah. Tidak pernah berputus asa dan akhirnya berjaya mengubah nasib keluarga.

mila:
Memegang watak sebagai Aisyah iaitu adik Nabil. Masih bersekolah. Tetapi ingin berhenti sekolah untuk mencari kerja demi membantu abangnya menyara keluarga.

puteri sarah liyana:
Memegang watak sebagai Natasya. Berbeza dengan Nabil dari semua sudut. Kaya, ego dan sombong. Melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan. Membenci Nabil yang menegur sikap sombongnya. Sentiasa bergaduh dengan Nabil dan akhirnya benci menjadi rindu. Walaupun begitu, tetap tidak mahu mengakui mencintai Nabil. Dalam diam, Natasya mengubah sikapnya dan berjaya mendapatkan cinta Nabil serta berjaya membina nama sebagai model yang dikenali di Malaysia.

jumpe pakcik hussain (meet uncle hussain):
Memegang watak sebagai Kumpulan Muzik Meet Uncle Hussain. Sentiasa ada dimana Nabil ada. Mereka pada mulanya tidak mengenali di antara satu sama lain. Tetapi, akhirnya bertemu dan membentuk sebuah kumpulan muzik yang berjaya menjuarai sebuah pertandingan realiti televisyen.

komen peribadi aku la kan, cerita ni best. tapi ada sedikit kekurangn pada ending cerita. apapun nabil mampu membuatkan penonton dalam dewan ketawa, dan terdiam (mungkim sbb nak cover nangis. segan dgn kawan2 yng duduk sebelah). kalo korang tanye, mana lagi best dgn cite adnan sem-pit, ohhh... maaf. no komen dari aku sbb aku xtgk cite tu. huhuhu...

part yng paling aku suka dalm cite ni masa nabil cakap yang dia sukakan natasya. serius comel sgt. (^_^)
part paling terharu adalah nabil berusaha utk belikan kasut baru utk adik dia, aisyah
dan part paling sedih is masa nabil kene tinggal dgn natasya kat highway. huhuhu... kalo korng nampak natasya ni tepi jalan, korang langgar lari je. minah ni sgt kijam..
huhu... tu je la komen aku utk cite ni. apa2 pun, korang bleh la visit www.lupikirlahsendiri.com utk tgk2 pasal cite ni.

pic n info kredit to www.lupikirlahsendiri.com

1 comment:

mat salleh said...

terima kasih review ni, sgt menghargai anda...
terrima kasih.