Sunday, April 24, 2016

My baby im my womb

Aku dpt tau yg aku mengandung masa tu baby nayla baru 10 bulan lebih..

Mmng aku frust.. aku rasa penat sbb blum ready utk mengandung lagi...

Bila aku dah mula muntah2, penat2 sbb mengandung, lg la aku frust... smpai pernah terfikir bestnya klo ada anak 2 je.. lagipun da cukup sepasang...

Ya Allah... aku silap.

Aku silap sgt sbb terfikirkan mcm tu... aku sayang sgt baby yg aku kandung kan ni..

Maafkan ibu baby.. ibu perlukan baby dlm hidup ibu.. ibu cintakan baby...

Suami...
Penerimaan suami mulanya dia sgt2 terkejut.. dia jangka baby cuma masalah mcm emir arshad. Mcm yg aku jangka..

Tp bila doktor kata terminate, dia terdiam.. nampak muka dia berubah dan mata dia merah..

Seharian kami buntu..

Skng suami dah semakin ok. Cuma aku masih terkesan lagi...

Layanan suami pun semakin baik. Apa je yg aku nak makan, dia carikan. Sbb katanya baby nak makan. Ini lah masanya dia berbakti pada baby..

Smlm keluar pergi beli susu iman.. nampak sorang ibu tengah dokong baby yg baru lepas pantang, aku terus terpaku.. tak mampu nak buat apa...

Iman dan nayla la kekuatan aku masa tu.. suami pergi solat masa tu.. terus aku cium kepala iman nayla dan menangis..

Ya Allah... kuatkan la hati aku menerima ujian mu...

Mlm tu suami cakap kat aku, kita bertuah sbb Allah s.w.t uji kita mcm ni. Dia tak lupakan kita sbb tu Dia uji kita mcm ni.. supaya kita lebih dekat denganNya..

Dan doktor kham yg scan aku jumaat lepas pun ada pesan kat aku sblum aku tinggalkan hospital..

Dia pegang tangan aku dan kata yg aku bertuah sbb kandungkan ahli syurga. Allah s.w.t dah janjikan syurga untuk anak aku ni..

InsyaAllah aku makin kuat.. cuma aku perlukan masa.. masa utk bersama2 lebih lama bersamanya..

Saturday, April 23, 2016

18w and anencephaly...

Pregnancy kali ni mmng plan nak ke private..

Lepas 18 minggi baru prgi klinik. Sblum tu, makan ubat farmasi iberet folic mcm masa mengandungkan alisha...

Vitamin makan kadang2 skip...

Teruja pagi td nak jumpa keluarga baru.. budak2 pun ok je.. sgt berkerjasama walaupun kene tunggu lama...

Masuk2 bilik Dr. Khamsiah, kene interview skit pasal detail previous pregnancy..

Lepas tu pemeriksaan fizikal secara terperinci sbb 1st time datang..

Then baru scan... Dr. Kham panggil suami sekali kot nak tengok baby...

Its a boy... masa tu aku happy sgt2.. mmng harap baby boy..

Happy tengok baby gerak2... until Dr Kham cakap..

'Awak mmng 1st time cek ke? Tak penah cek mana2 lagi?'

Aku cakap la mmng tak de cek...

Dr. Kham cakap, bayi mcm ada masalah... terus dia panggil Dr. Pakar sorang lagi...

Mcm tak dr tempurung kepala...

Aku dengar terus beristifar... Ya Allah... dugaan apa ni..

Air mata dah start meleleh... tak pe... aku boleh jaga baby sepanjang hidup aku... aku cakap dalam hati..

Dr Kham cakap lg, pernah dengar pasal anencephaly? Baby tak ada tempurung kepala dan otak...

Ya Allah... masa tu aku teringat emir arshad, anak buah aku yg ada masalah CP... tak pe... aku boleh jaga smpai tua...

Dr. Pakar yg sorang lg pun datang dan sahkan..

Dr. Kham tepuk2 aku smbil kata ibu kene sabar... dia ajak aku duduk kerusi...

Katanya peluang baby untuk hidup adalah 0%..

Dalam rahim baby mmng aktif dan bernyawa tp bila dah keluar, dia xmampu nak survive...

Dr. Kham suggest utk terminate pregnancy.. Ya Allah... mana sanggup ibu anak buat mcm tu...

Risiko utk teruskan kandungan adalah pada ibu. Sbb baby akan ada masalah masa nak bersalin..

Dr. Kham kata lebih baik terminate sekarang sementara baby masih kecil..

Tp mampu ke ibu???

Ya Allah...

Aku dah rasa baby tendang2... dah rasa gerakan baby...

Sakit... pedih... sedih... takut... keliru... semua ada...

Sepanjang mengandung kali ni mmng sgt2 mudah... ibu tak berapa morning sickness... ibu sihat dan kuat... rupanya anak ibu tak sihat...

Maaf kan ibu syg...

Tahu la yg ibu sgt cintakan kamu...

Aku blum decide keputusan.. nak rujuk ke hospital lain dulu...

Harap2 ada harapan lain...

Ya Allah... permudahkan lah urusan kami... kuatkan la iman kami... tabahkan hati kami...

Ibu sayang kamu....