Friday, May 31, 2013

Iman's solid food program - part 1

Iman dah naik masuk 6 bulan pada 18 jun depan. ni antara apa yng aku dah prepare utk memperkenalkan dia dgn solid food. fyi, iman sebelum ini mmng exclusive BF. semoga anak ibu ni mendapat khasiat yg terbaik... :)

Barang-barang yg dah dibeli:
Blender (Hadiah kawen)
Bibs (Plastik)
Fork, Cup, Spoon, Plate (Tak bertutup - beli satu set)

Barang yg nak beli
Walker (untuk letak kat rumah pengasuh)
Plate (Bertutup - senang nak bawak travel)
Ice Tray 2oz
Food feeder
Food termos

dan dibawah adalah jadual makan si bijak untuk 1 bulan. info dan idea asal aku dapat dari group fb -Solid Food for My Baby :)


Thursday, May 30, 2013

Perjalanan 1 tahun di sini...

Alhamdulillah, jumaat ni genablah setahun aku bekerja di sini. Bnyk pahit manis yg aku lalui. Dari merangkak ke berjalan dn dari berjalan ke berlari. Terima kasih atas tunjuk ajar dn pengalaman ini.
Esok tamat la kontrak aku di sini. Tak tau lagi nak sambung atau tidak. Huhuhu.... Semoga apa juga keputusan aku, itu adalah yg terbaik utk keluarga ku, agama ku.

Esok jugak genab 2 tahun company tempt aku keje ditubuhkan. Happy birthday ;-)

Tuesday, May 28, 2013

Cerita breast feeding

Bnyk dugaan utk full BF ni. Lagi2 utk aku yg rumah jauh dr opis. 5 jam perjalan pegi balik. Blum outstation lg. Kadang2 ter skip sessi pump. Dan paling sedih sekali bile kene buang hasil perahan sbb ice pack dah cair. Huhuhuhu... Ikutkan hati mmng xnk buang sbb sayang. Tp xkan nk bg susu yg basi kat si bijak. Huhuhuhu.... So... Maafkan ibu ye sayang. Tp susu iman penuh lagi dlm peti tu. Jgn risau ye nak. Rezeki iman sentiasa ada. InsyaAllah....

Bile janji tinggal janji

Janji utk site visit kol 9++ pagi di lrt sungai besi.
Keluar dr rumah mcm biasa walaupun kelam kabut tertinggal phone bagai. Smpai di BTS masih awal dalam kol 8.45 pagi.
Org yg berjanji hantr msg kata jumpa kol 10 ++. Ok fine. G mkn kt pak hailam kopitiam.
Kol 10 tepat yg berjanji kata dah sampai. Lekas2 mkn dn ke LRT sungai besi. Smpai disana, yg berjanji msg suh ke kl sentral pulak.. Dan gerak ke upnm lepas lunch.. Apakah???? Segala amarah dan kesabaran menjadi satu. Berlaku pergolakan dalam diri.

Hujan

Gile la lebat hujan mlm tadi. Mmng rasa malas gile nk g keje. Hahaha... Lg malas bile tgk si bijak tergolek lena atas katil. Skng malas nk angkat dia tdo kat katil dia. Sbb malam2, masa tgh lalok tu mmng xlarat nak angkat objek berat tu. Hahaha...
Pagi bangun agak lewat. Kol 6pg. Kelam kabut punya pasal tepon tertinggal kat kereta. Sedarnya masa masuk train. Dah la harini kene outstation. Mmng kene ada phone.
Last2 call husband pakai public phone. Hahaha... Lama dah tak pakai. Cakap sekejap pun dah abis 50sen.
Husband yg baik hati pun hantarkan la walaupun dia sendiri masuk keje lewat. Maaf.... Harap2 tak dpt tiket disiplin la ye...

Monday, May 27, 2013

Bile dah lama tak menulis...

Tulisan mcm cakar ayam. Nak baca pun kadang tak paham. Tangan sudah keras nk pegang pen.

meeting di pagi isnin

hahaha... meeting... meeting... meeting..
seminggu sekurang-kurangnya ada 3. tu baru internal meeting. blum meeting luar lagi. kadang tu sehari meeting je. huhuhu...
jumaat ni habis kontrak. so... nk sambung ke ek? huhuhu...

Friday, May 24, 2013

demi sijil diploma

sejak akak aku dapat zara, skng da jadi puteri amanda. akak aku mmng fully BF zara. dari situ aku belajar sikit2 tetang susu ibu dan cara2 pengendaliannya.
mmng susah dn mencabar. tp itu yg terbaik untuk si ank.
so, sejak dari situ aku pasang azam utk fully BF anak2 aku sekurang2 6 bulan. klo smpai 2 tahun lg la elok. aku mencabar diri sendiri dan alhamdulillah, iman skng dah 5 bulan dn masih minum susu ibu tnpa campur makanan atau susu formula. lagi 1 bulan, iman genab 6 month dapatlah aku diploma penyusuan. harap2 misi aku tercapai walaupun skng tgh mengalami zaman kemarau susu. tp stok EBM yg aku buat, insyaAllah boleh supply smpai 2 bulan lagi. alhamdulillah...
tp bile fully BF ni bukan mudah. bnyk kene berkorban. masa dan kerajinan. setiap hari kene pump klo berjauhan dgn baby sbb nnti ibu boleh kene bengkak susu.
hari ni aku plak kene outstation keluar. so nak cari tempat pump agak sukar. last2 dalam keadaan darurat terpaksa jugak pump in public. hahahaha...  sbb aku pakai spektra 3. kene pakai elektrik utk pump. sib baik kat library tempat aku meeting ni ada meja tersorok dn ada plug. bleh la aku menjalankan operasi mengepam. lega.... alhamdulillah... rezeki iman sentiasa ada....

Thursday, May 23, 2013

itik dan ayam

last monday aku kene outstation ke kelantan. balik hari je. mmng penat sikit tp rela je. asalkan tak berjauhan dgn suami dn si bijak.
sampai airport naik teksi ke destinasinya, UMK. nk senang terus amik no phone teksi utk balik ke airport ptg nya.
selasai urusan, call la teksi.
'hello en tarmizi, boleh tak datang jemput sy kat UMK. sy nak ke airport'
dan en tarmizi pun balas.. 'selalu...'
erk... aku tergamam seketika.. apa yang selalu plak ni? tibe2 teringt cerita mama masa kecik2 dulu. masa isteri en ipin dtg umah pastu nk balik mesti dia ckp, nk kelik selalu. yg membawa maksud nak balik sekarang...
ler.... terus aku jawab kat en tarmizi tu, 'klo sekarang boleh?'
hhahaha... ayat cover takut salah paham. lalala...
tu la uniknya manusia. walaupun kita sama2 melayu, tp kadang ada jugak perbezaannya...

Monday, May 20, 2013

I'm 5 month :)

18/5/2013 - Iman genab 5 bulan...

Minggu ni office suami ada buat trip ke Kuala Terengganu untuk candat sotong. so, aku n si bijak pun join sekali. 1st time naik bus mmng supper dupper cute...

Malam suami g candat sotong aku bergolek-golek dengan si bijak. si bijak tak ikut la g candat sotong. nanti banyak sotong nyonyot bontot si bijak. jadi umpan. hahahaha....

ok...
layan gaya si bijak dalam bus...

Main toy sambil layan puting

dah kalah.... ZZZzzzz

Sorang-sorang pun lena je...

Saya dah smpai hotel :)

titisan air liur. hahahaha


Friday, May 17, 2013

berMary Kay

sejak-sejak dapat warning untuk TAK ke alamanda tghari jumaat, kami si wanita2 ni pun buat aktiviti lain. selalunya tdo la...
tp harini kita berMary Kay bersama Lyn. so tau la skit mcmaner nk gosok muka. selalu bersihkan muka mcm gosok periuk.. hahhaha...

ok... ni hasilnya...

sim card tune talk

hari jumaat. feeling-feeling nk bercuti dgn mood candat sotong. tp kene g keje gk.

nk masuk gate ukm td nmpk sim card tune talk besar gajah kat padang rugby. klo sim card besar gini mesti senang gile dpt coverage. waaahhh... nk sim card besar... nak naik sim card.

tak tau apa event dia kt ukm tp sim card gajah mmng menarik hati. try tgk tghari nnti la. rehatkn lama. xyah g alamanda... eh.. :-P

Wednesday, May 15, 2013

Nipple thrush

Rentetan kepada oral thrush yang di alami oleh si bijak. Aku turut dijangkiti. Adui... sakit gile kot. Baru la aku paham apa yang akak FabulousMom tu cakap kat aku masa aku shopping-shopping pump kat kedai dia.

Sakit macam nak bersalin.

Yeke?? entah la. seingat aku sakit bersalin lagi sakit kot. mmng fikir mati je masa tu. huhuhu... tp sakit bersalin sekejap je. ni dah nak seminggu kot.

so... apa aku buat memandangkan aku xbleh direct BF si bijak sbb takut mulut dia makin teruk. aku pun xbleh pump sbb lebih memudaratkan. aku guna teknik marmet. 

Teknik marmet ni adalah kaedah gunakan tangan. ala.. mcm perah susu lembu tu la.. eh... Tp sbbkan aku masih terkial-kial tak tau nak perah so production pun kurang. dan memandangkan aku takut ada jangkitan pada susu yang diperah, aku amik keputusan utk buang je susu-susu tu. mencegah lebih baik dari mengubati. aku tak nak si bijak dijangkiti lagi.

harap cepat la sembuh dpt la si bijak ngempeng je mlm2.

Tuesday, May 14, 2013

Tugas sebagai ibu...

Jadi ibu tak kire masa. Dimana jua, bila2 masa... Dalam hati dan fikiran cuma tentang si bijak...


Kerja oh kerja...

Customer always right... Tp bile bab keje... Bos always right... Bile bos kata kite betul, mmng kite betul.. Bile bos kata kite salah, mmng kite salah..

Angguk.. Angguk mcm burung belatuk.. Tok tok tok....

Pagi2 kene char kue tiaau.....

Selasa yang blues...

3 hari cuti bergolek2 dgn si bijak.. Harini kene masuk keje..

Aduhai... Terbayang2 kecomelan sibijak.. Rindu...

Monday, May 13, 2013

Balik kampung kenduri akikah...

Iman dah 4bulan 2minggu 5 hari.. Emir plak dah 3bulan.
Kononnya nak buat majlis akikah sekali dgn anak kak dyg, emir arshad. Tp suami xnak memandangkan akikah tu nak buat kambing dan suami xmakan kambing so iman punya pospone la...
Balik kmpung nk ambil sekali ic iman dan buat kad nikah. Huhuhu... Setahn lebih kawen tp xbuat2 lg kad nikah... Erkk...

Friday, May 10, 2013

Oral thrush

Pagi tadi, si bijak tidur lena masa hantar kat rumah Baby Sitter (BS). Smpai2 kat office, BS msg cakap si bijak xnak susu sbb mulut dia sakit. Patut la dua hari ni susu dia banyak tak habis. Agak membazir dan terpaksa dibuang je. Tp bile malam, si bijak ok je menyusu. Mungkin sbb direct so xde la sakit sgt.
Sian si bijak... Mulut dia aku rasa kene oral thrush dari maklumat yg aku google tadi. Lepas ni kene lebih menjaga kebersihan utk elakkan si bijak dijangkiti lagi.
Malam ni nak bawak g klinik untuk rawatan. Semoga si bijak cepat sihat...

Thursday, May 9, 2013

Servis ktm komuter yang tah pape tah...

Kali ni adalah kali ke2 dlm minggu ni KTM Komuter mengalami gangguan.
Hari tu (selasa), hujan lebat dan kl sampai banjir dn train stuck hampir 2jam kat kl sentral.
Hari ni (khamis), tak tahu apa masalah train stuck kat tiap stesyen dr kajang. Fuh....
Harap2 suami dapat panggil gomen, pindah ke kajang. Senang skit nk balik rumah xde naik train lg... KTM oh KTM, sile la upgrade service kamu ni...

18/12/12 – Segalanya berubah

--Entry ni dah berkepuk dalam draft xsempat nak post--

Alhamdulillah, aku dah pun selamat bersalin putera sulung pada jam 2.07ptg 18/12/12 (selasa) yg lepas. Segalanya bermula dengan…….

Jumaat – 14/12/12
Suami ajak balik Penang sbb adik dia kawen. Mula-mula plan xnak balik sbb risau jalan jauh tapi nekadkan hati dan tawakal je la. Majlis kawen adik sendiri kan. Kalo org lain tu boleh la excuse skit.
Sepanjang hari berkemas untuk balik Penang. Persiapan bersalin dan barang baby memng dah siap-siap masuk dalam kereta sejak baby 7 bulan dalam perut lagi.
Suami balik kerja je, terus ajak duduk kat sofa. Dia kata ada benda nak pesan sikit kat baby. dengan suara lembut, suami pujuk baby jangan keluar dulu. “Kalo nak keluar pun, biarlah lepas majlis selesai dan lepas ayah makan burger besar. Dah lama ayah nak makan burger besar tu.” Masa suami pesan mcmtu, baby diam je. Lepas tu dia tendang-tendang perut. Mcm paham je apa ayah dia cakap. Sweet….

Sabtu – 15/12/12
Majlis kawen adik nazir berjalan dengan sempurna. Alhamdulillah. Semoga adik n farah hidup bahagia hingga ke akhir hayat.
Balik majlis kawen, aku, suami dan family sebelah suami jalan-jalan kat Queensbay. Aku la yang ajak suami sbb nak berjalan sambil tengok tempat main rollerblade. Sambil-sambil tu boleh la senaman sikit. Konon ada baca, nak mudahkan bersalin kene banyak berjalan. Memang banyak berjalan sampai rasa nak tercabut tulang pinggang.
Malam tu, kami ke seberang prai sbb nak makan burger besar kat D’pauh restaurant. Tempat ni kitorang jumpa masa ‘honeymoon’ kat situ dulu. Lepas makan burger besar, kami pun berpecah. Ada yang balik KL dan kami balik ke Penang. Plan nak balik ahad petang.
Sampai Penang dalam kol 2pg. Cakap kat suami, nak tidur kat katil sbb badan sakit2. Tp sepanjang malam tu asyik ke toilet je. Perut rasa memulas mcm nak membuang tp xde plak yang dibuang.

Ahad – 16/12/12
6.30 pagi
Bangun solat subuh pastu perut rasa memulas lagi. Bila masuk tandas, ada tompok darah kat panties. Masa tu hanya Allah je yang tahu apa yang aku rasa dalam hati. TAKUT, GEMBIRA, GEMENTAR, PANIK…. Lama jugak dalam tandas tu fikir apa nak buat. Nak terus ajak suami g hospital, takut kene tahan wad. Aku tak nak bersalin kat Penang. T dah bersalin nak balik Muar bukan main jauh lagi…. XNAKKKK!!!!!!!!
Nekadkan hati je la. Kejut suami ajak masuk bilik dan bagitau dah ada tanda nak bersalin. Boleh tak kalo nak balik KL sekarang jugak.
Suami pun panic. Dalam masa 10 minit je dah masuk kereta nak balik KL. Harap-harap sempat la sampai KL.

10.20 pagi
Smpai Ipoh. Sempat berenti beli limau bali. sejak awal mengandung memng suka sangat makan limau bali smpai pokok kat rumah ni habis dimakan aku n suami je.

12.00 tghari
Akhirnya sampai ke Rawang. Baru berani telepon mama bagitau. Tak nak bagitau awal-awal takut dia risau plak. Aku pegi Penang pun tak bagitau dia sebenarnya. Huhuhu…
Singgah kedai kat Rawang sbb nak beli barang sikit dan kebetulan jumpa bekas officemate. Sebabkan blur dan panik yang tak habis-habis, boleh plak aku tak kenal dia. Hahaha…. Maaf la ye…
Disebabkan ada perkara yang masih belum selesai, suami kene masuk office kejap. So, dia tapaukan aku makanan dan hantar balik rumah untuk rehat. lepas semua selesai baru plan nak ke hospital.

4.00 ptg
Suami balik dari office dan siap-siap ke hospital. Hati rasa berdebar-debar gile, maklum la kali pertama nak masuk hospital dan bersalinkan si kecil. Masa ni aku blur sangat. Tak tau nak buat apa dan nak bawak apa. Nasib baik semua barang dan document penting dah ada dalam kereta. Start enjin kereta dan jalan…. Hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu.
Sampai kat dewan bersalin hospital sungai buloh, daftar masuk ke dewan bersalin. Sementara nak tunggu pemeriksaan tu, pesakit boleh keluar untuk jumpa suami. Waktu melawat 24 jam.
Dewan bersalin memang penuh dengan ibu-ibu yang nak bersalin. Kadang-kadang terdengar suara-suara ibu menjerit bertarung nyawa. Hanya Allah yang tahu betapa resah gelisahnya aku.
Satu-satu prosedur dilalui, cek kekerapan contraction, doctor seluk untuk tahu bukaan dan akhir sekali doctor scan untuk tahu kedudukan baby. Masa pertama kali kene seluk mmng sakit sbb stress kot. Doctor sahkan bukaan dah 2cm dan kemungkinan ambil masa yang agak lama untuk sampai 10cm memandangkan anak pertama. Scan baby anggaran 3.2kg dan baby dah sedia untuk keluar. Doctor bagi balik rumah sebab bukaan masih 2cm dan disuruh datang balik bile contraction semakin kerap. Alhamdulillah, dapat balik rumah sbb akal masih belum bersedia untuk malam di hospital.
Jam 9 malam baru balik rumah bila semua document selesai. Suami ajak makan sbb aku dah mmng tak larat nak masak. Bila sampai kat kedai makan mula rasa contraction semakin kerap. Dalam 10 minit 2kali sakit. Makan pun dengan perlahan-lahan. Baru la aku rasa apa yang pernah mama rasa untuk bersalinkan aku dulu. Insaf…..

9.30malam
Sampai rumah terus mandi dan berehat. Dengan kesakitan yang semakin terasa, aku gagahkan juga untuk berehat sepuas-puasnya…

Isnin – 17/12/12
Jam 10 pagi
Malam tadi mmng tak boleh tidur. Badan mmng penat tp bila terlelap 5 minit akan terjaga sbb contraction. Suami ajak ke hospital malam tadi tapi tak nak sbb  baru je balik dari hospital. Mama pun dah beberapa kali telepon untuk tahu perkembangan. Suami juga dah bagitahu ahli keluarga dia yang aku bila-bila masa akan melahirkan. Mohon di doakan dan dipermudahkan segala urusan.

Jam 11 pagi
Bergerak ke hospital semula selepas contraction semakin kerap. Setiap 5 minit. Sakit… hanya Allah yang tahu…

Jam 2.30 ptg
Masih lagi menunggu untuk diperiksa oleh doctor. Hari ni lagi ramai ibu-ibu mengandung dalam dewan bersalin so aku kene queue agak lama. Bila bosan, aku keluar dari dewan bersalin untuk jumpa suami. Suami tak pernah tinggalkan tempat duduknya walaupun untuk ke tandas sbb takut nama dipanggil. Terima kasih abg.
Suami masih belum makan. Roti yang dibeli pun disuruh aku yang makan sbb katanya aku lebih perlukan. Tak lama lepas tu, mama dan akak dayang datang. Suami ambil kesempatan untuk bungkuskan makanan dan makan bersama. Mama kata perut dah turun dan tanda-tanda bersalin dah ada. Sebelum balik, mama cium dan bagi kata-kata semangat. Dan aku masuk balik ke dalam dewan bersalin untuk diperiksa

Jam 6.00 ptg
Baru nama dipanggil untuk pemeriksaan. Mcm smlm, doctor periksa kekerapan contraction dan seluk untuk periksa bukaan. 4cm. so malam tu doctor tak bagi balik sebab bukaan dan lebih 3cm. doctor bagitau kemungkinan nak dapat 10cm mungkin esok tghari sbb anak pertama tp doctor tak bagi balik sbb nak monitor bukaan. Doctor daftarkan aku ke wad sementara.
Malam tu aku berehat-rehat kat katil di wad sementara. Tp kadang-kadang doctor akan pinjam katil untuk periksa ibu lain. Katil terlalu terhad. Kalau bosan, aku berjalan-jalan nak cepatkan bukaan. Mmng malam tu sekali lagi aku xboleh tidur sbb contraction.
Suami masih gagah tunggu kat luar dewan. Tidur-tidur ayam di atas kerusi dengan berbantalkan beg persalinan baby. kalau nak ke tandas dan solat, dia akan suruh aku bgtau kalau aku dah sedia untuk bersalin. Dia xnak tertinggal saat-saat aku melahirkan.

Malam berlalu dengan sangat panjang.. sakit yang datang setiap 5minit sangat mengganggu. Perut sentiasa mengeras dan pinggang terlalu sakit untuk baring. Setiap posisi pun penyakitkan. Insaf….

Jam 12 malam
doctor datang untuk seluk dan periksa bukaan. 6cm. doctor kata bukaan agak cepat dan ready untuk masuk ke Labour Room (LR). Contraction semakin kerap dan semakin sakit…

Jam 6 pagi
doctor datang untuk periksa bukaan lagi. 5cm. doctor cek beberapa kali sbb bukaan jadi kecil balik. Doctor teruskan monitor.

Jam 9 pagi
Aku dah tak mampu nak berjalan sgt. Breakfast pun xdapat nak habiskan sbb terlalu mengganggu.
Telefon dan habis bateri. Aku gagahkan juga keluar dari dewan bersalin utk bagi suami telefon. Mintak dia caskan kat luar. Aku kata akan datang balik dalam sejam.

Jam 10 pagi
Dah tak larat untuk berjalan. Nak ke tandas pun terlalu susah inikan nak ambil telefon kat luar dewan bersalin. Aku berbaring kat katil dengan menahan contraction yang semakin kerap 5minit sekali/2kali. Bila aku bangun nak ke luar ambil telepon, mcm ada bunyi ‘pop’ dan katil aku basah. Aku panggil nurse dan nurse sahkan yang air ketuban dan pecah. Nurse terus bantu aku untuk salin kain. Dan aku terus takut nak keluar jumpa suami. Dalam hati aku, hanya mampu berdoa untuk semua ni selamat dan dipermudahkan…. Dan semoga suami mampu bertahan di luar dewan bersalin.

Jam 12.30 tghari
Contraction semakin kuat dan perut kerap mengeras. Rasa mcm nak meneran (mcm nak berak). Nurse sebelum tu dah banyak kali pesan, kalo rasa nak meneran dan nak berak cepat-cepat bgtau. Tp aku tetap cuba bertahan sampai beberapa kali mengerang. Nurse yang ada di wad sementara datang kat aku dan siap-siapkan aku. Dia kata aku dah ready untuk masuk LR.
Aku angguk je tak mampu nak kata apa-apa lagi. Yang aku fikir masa tu adalah untuk melahirkan baby ni. Nurse ambil kerusi roda dan tolak aku ke LR 6. Dua org doctor lelaki masuk untuk tengok keadaan aku. Sorang pasang jarum kat tangan kiri aku dan sorang lagi periksa bukaan aku. Dah 7cm.
Doctor yang sorang lagi ambil alat mcm chopstick tu dan masukkan dari bawah. Aku tak pasti apa yng dia buat tp tak lama lepas tu dia tanya aku.
‘Air ketuban dan pecah ke?’
Aku jawab la, ‘dah, pukul 10 lebih tadi.’
Dan doctor tu cakap, ‘la, kenapa tak bagi tahu.’
Masa tu mmng aku geram dan marah. Aku dah bagitahu kat nurse masa dalam wad sementara dan nurse dah tulis dalam buku pink tp dia yang tak baca. Pastu main terjah je cucuk-cucuk tanpa bgtau aku prosedur yang dia nak buat. Aku yang dalam kesakitan ni pulak bukan nak tanya pun sbb sibuk menahan rasa nak meneran…
nurse tadi datang lagi dan bagi aku gas. Aku pun xpasti gas apa tapi aku ok je. Sepanjang pakai gas tu, aku rasa mcm diawang-awangan. Antara nyata dan mimpi. Aku terbayangkan suami, mama, mak, kakak-kakak aku dan kucing aku, si oyen. Bila contraction datang, aku terjaga balik dan aku hanyut semula….

Jam 1.30ptg
Aku dah tak tahan rasa nak meneran dan beberapa kali terlepas teran. Kalau nak ikutkan nurse marah teran awal ni sbb nanti akan hilang tenaga bila masanya. Tp aku terlepas jugak meneran.. perut makin sakit dan contraction makin kerap. Dalam masa berapa minit je, bilik dah penuh dengan nurse dan doctor. Katil yang aku baring tu pun dah transform jadikan kaki aku tergantung.
Aku dah tak kisah apa dah masa tu. Kasakitan yang terlampau. Tp dalam ramai-ramai tu, suami aku masih belum ada. Aku nak suami ada disisi. Aku panggil, ‘abang.. abang.. mana abang’ dan aku dengar doctor suruh nurse panggilkan suami. Tak lama kemudian suami datang, dan cium dahi aku. Masa tu terus semangat aku semakin pulih. Jadi kuat sedikit dan suami terus bagi kata-kata semangat.
Dan bermulalah aktiviti sorak menyorak dalam LR tu. Nurse dan doctor bagi kata-kata semangat. Suami pulak ulang apa yang nurse dan doctor cakap. Hihihi…
Beberapa kali cuba teran, tapi baby masih belum keluar. Hampir tercabut nyawa masa tu. Apa yang aku fikirkan cuma nak keluarkan baby tak kisah la nyawa jadi taruhan.
Lepas beberapa kali cube teran, doctor kata baby lemas berdasarkan mesin yang dipasang kat perut aku.
Doctor bgtau aku baby lemas dan akan membahayakan baby. aku cube teran panjang tapi baby tetap tak keluar. Doctor ambil keputusan untuk vacuum sbb boleh membahayakan baby.
Doctor pakar pun masuk dan suami diarah keluar. Masa last teran doctor vacuum dan toreh kat miss V untuk mudahkan baby keluar. Hanya Allah je yang tahu betapa sakitnya masa tu…….
Dan baby pun lahir… sekelip mata je… lahir tanpa suami disisi… tak pe lah. Asalkan semuanya selamat.
bila saat doctor letakkan baby atas perut (skin to skin), hati aku terus luruh... mengalir air mata keinsafan dan kecintaan kepadaNya... ni adalah anugerah terbaik..

--panjangnya cerita… tu belum cerita pasal jahit menjahit dan doctor salah jahit kene bukak balik, pakai tiub kencing sbb kencing tak lawas, baby kene pakai gas sbb lemas, baby hampir tertukar dan kene tahan wad sampai khamis (4 hari duduk wad)--

Kepada suami: terima kasih abg sbb tak penah tinggalkan sayang saat syng bersalinkan anak kita. Walaupun abg tak ada disitu tp syg tahu abg rasa kesakitan yang syg alami. Kita cume dipisahkan dengan dinding wad tapi syg tahu semangat abg ada disisi syg. Ni la hadiah untuk abg…







Baby - beberapa jam selepas kelahiran - kepala sedikit benjol kesan vakuum.

 Baby - Malam pertama di dunia baru..

Wednesday, May 8, 2013

Aku seorang ibu

Lama dah tak update blog bersawang ni. Sejak da ada si bijak, makin kurang masa utk diri sendiri. Sbb masa yg ada terlalu pantas untuk aku bermanja, mendidik dn mengasuh si bijak iman.
Alhamdulillah, aku selamat bersalinkn si bijak hujung tahun lepas. Anugerah terindah hingga hujung nyawa.

Upload pic si bijak skit untuk introduce :-)

Nama: Muhammad Firas Iman bin Mohd Sharif
Makna: Yg terpuji, tajam akal (bijak) dan beriman
Tarikh lahir: 18/12/2012
Masa: 02:07 petang
Berat: 2.8kg