Wednesday, June 29, 2011

TRANSFORMERS 3: DARK OF THE MOON

filem wajib tengok dah pun keluar. peminat2 optimus prime, bumble bee, sile la cepat2 cari tiket wayang. kite serbu panggung wayang.

untuk peminat2 sam witwiki (susah kot nak eja), boleh la lepaskn rindu pada wataknye yg slumber t. tp untuk peminat2 megan fox, soory la yer. sam dah ada awek laen kot. huhuhu...

apa2 pn, xtau la bile baru smpat nk g tgk

Tuesday, June 21, 2011

ikut sedap jer....


“Kurangkan garam, gula, minyak dan santan dalam masakan. Barulah ramai pelanggan yang datang ke kedai kite.”

Penah dengar x ayat mcm ni kat iklan tv. Ala... iklan kartun yang ada 3 pempuan tengah masak-masak kat dapur.

Entry aku kali ni, bukan nak kondem iklan tu tapi nak cerite pengalaman peribadi aku sebagai penjual ABC (Air Batu Campur) dan Cendol.

Hari2 kat kedai, ada sorang budak lelaki darjah 4. Dia memng hari2 datang beli ABC buta (ABC yg xde isi. Cuma air batu dengan gula). Nak di jadikan cerita, tiap2 hari masa aku nak buatkan ABC untuk budak tu, mesti dia berdiri sebelah aku. Bile aku nak letak gula je, mesti dia akan cakap.

“Kak, saya nak gula merah dengan gula itam banyak2”

Aku pun balaslah. “Nanti kene kencing manis pulak banyak sangat gula”

Dan dia bagi jawapan yng memng best, “xpe kak. Saya xkisah pun.”

Dalam hati aku... aduhai budak ni. Pendeknya akal dia. Makan nak sedap je smpai xhiraukan kesihatan dan kemudaratan diri sendiri. Budak2 kot. Xpanjang akalnya nak fikirkan tentang apa yang akan terjadi.

Tapi masalahnya, bukan budak tu aja. Kadang2 ada jugak pakcik2 ni yng mintak buat air manis2. Aku pun ckp la “Pak cik, t kene kencing manis kang”

Dan dia pun bagi jawapan yang best, “ala, yang sakitnya aku. Bukan engkau..”

Aduuuuhhhh.....

Aku pun xtau nak wat mcmane da. Kadang2 tu, aku wat2 xlayan je. Ye la. Bukan kedekut nak bagi air gula yng tah bape sen sgt tu. Tapi aku yang takut minum air manis2 sngt ni. Walaupun aku yang menjualnya, tapi aku pun selalu rasa serba salah. Huh...

Saturday, May 14, 2011

resepi chicken chop and mushroom sauce

ni projek masak-memasak yang dah berbulan. tapi baru sekarang dapat upload. mari kita tgk hasilnya dulu baru aku bgtau resepinya. jeng jeng jeng.....



dah tengok gambar kan.... rasa mcm best x? hehehehe... nak try buat x? ok jom kite belajar mcmaner nak buat.

bahan2 untuk ayam
peha ayam yang dibuang tulang
serbuk roti
telur
tepung goreng kentaky

bahan2 untuk sos
cendawan butang dalam tin
pati ayam
bawang merah
bawang putih
lada hitam
tepung gandum

cara2 masak ayam
peha ayam yang dah dibuang kulitnye di ketuk2 pakai anak lesung. nak bagi dagingnya lembut skit.
golek2kan dalam tepung kentaky dan kemudian golek2kan pulak dalam telur.
kemudian, balut dalam serbuk roti pulak.
panaskan sikit minyak dan goreng dengan api sederhana.

cara2 masak sos
bawang merah dan putih ditumbuk dan ditumis dengan lada hitam.
masukkan pati ayam dan cendawan. cendawan tu potong2 la jadi nipis2.
masukkan air sikit.
pastu masukkan tepung sikit nak bagi dia pekat.

siap....
boleh dihidangkan dengan salad dan kentang goreng. :))

tips: aku xtambah garam dalam sos tu sbb pati ayam tu pun dah masin.

so, korang boleh la try masak ni kat rumah. aritu masak kat umah akak aku, abg ipar aku suka sgt sbb dapat makan chicken chop kat rumah. xpayah nak makan kat luar lagi. dah la mahal. xbleh tambah2 plak tu. sbbkan suka sgt, akhirnya pinggan mangkuk semua dia yang basuh. hehehehe.... well done.

pokok ceri dan kenangan silam

sape tau pokok ceri. ni pokok ceri malaysia. bukan pokok ceri yang orng buat kek tu. kalo nak tau, tgk gambar.




nak dijadikan cerita. aku dgn mama baru je tibe dari kampung. naik bas tau. hehehe... turun kat hentian serdang. sampai je ctu, tepon akak aku suh jemput kitorang.

sedang duduk2 tu, aku pun telek2 la kat pokok ceri yang kitorng berteduh tu. duh.... banyak gile buah dia. ranum2 dan merah menyala. teringat masa kecik2 ni. suka sgt panjat pokok ceri. setiap rumah mesti ada pokok ni.

tiap2 petang kitorang panjat n petik buah dia. smpai xsempat nak merah dah kene petik. smpai tahap kitorang sembunyikan buah tu. petik daun2 n bungkus buah tu bagi xde orng nampak. kononnye la. tapi xsempat merah jugak dah kene petik. hehehe


mama kat bawah pokok. comelkan :)




tgk buah2 ni. merah2 n bulat2. sape xgeram.....

Friday, April 8, 2011

Friday, April 1, 2011

lollichoc yang comel

Hi bloggers...

Dah lama sangat xupdate ‘Secangkir Kopi’ ni. Banyak perkara baru yang berlaku. Dari suka hingga duka.

Sekarang sambil menjalankan business keluarga, aku dah start secara kecil2lan business baru aku sendiri. Dengan sokongan keluarga dan tunang.

Nak tau business apa? Aku buat coklat dan jual di kedai2 dan sekolah tempat aku tinggal sekarang ni. Sambil2 tu, aku amik juga tempahan untuk majis2 perkahwinan, hari jadi, pertunangan dan pelbagai.

Baru-baru ni, aku dipertanggungjawabkan untuk menyediakan coklat lolichoc untuk majlis perkahwinan kak Noi. Yang berlangsung pada 20 mac 2011 di taman botani, putrajaya. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Dan coklat aku pun jadi pemeriah majlis. =)

Kalau uols berminat nak order coklat, bolehlah contact aku di alamat limau_manis107@yahoo.com atau bleh direct call or sms ke nombor 0132073385.

Harga dan design coklat boleh dirunding.






Tuesday, March 22, 2011

Merong Mahawangsa

dah lama duduk kat kmpung. skng bile movie merong mahawangsa dah kuar, hati meronta2 nak p tengok. filem wajib tonton kot. hehehehe...

aritu g KL masa wedding kak noi, ajak kak jat. tapi dia xnak. so terpaksalah tengok kat astro first je. huhuhuhu.....

tapi best xcite tu? sape dah p tgk?