Tuesday, November 29, 2016

Cinderella Glow & Slim - review

Alhamdulillah haritu layak dapat free trial utk product Cinderella Glow & Slim.

1botol free trial untuk kegunaan 1bulan. 1 hari 1tablet.

Aku biasa ambil pagi lepas solat subuh tu. Kemam2 sementara nak buat breakfast.

Sedap. Rasa dia mcm makan gula-gula je. Tak rasa perit tekak mcm sesetengah supplement.

Oh ye..  Sblum makan Cinderella ni,  ada juga yg sarankan makan ubat cacing. Dan kebetulan ada balance ubat cacing beli masa mengandungkan arwah umar, aku makan la. (ubat cacing tak boleh diambil oleh wanita mengandung ye).

Kenapa kene makan ubat cacing? Salah satu sebab adalah cacing yang ada dalam badan kita ni makan nutrisi yang ada dalam badan. Jadi tak guna la kita makan supplemet kalau tak makan ubat cacing. Dan ubat cacing bukan hanya untuk anak-anak je tau...


Pengambilan air masak yg mencukupi (8gelas)  juga penting untuk dapatkan hasil kesan yg maksima..

Ok selepas amalkan selama 1bulan, ini review jujur..

1) kulit moist. 
Aku mmng ada kulit kering dan mengelupas. So sepanjang amalkan produk ni, kulit rasa lembab dan tak mengelupas.


2) rambut tak gugur. 
Mak-mak yang ada anak kecik tau la sensaranya bela rambut panjang. Aku perasan sejak amalkan product ni, kurang rambut gugur. Kalau tak mmng ya ampun la.. Seram tengok.


3) tumit kaki licin.
Kaki aku selalu pecah2. Kadang nak tidur smpai kene pakai stokin sbb tak selesa kaki sangkut kat selimut.. 😭😭😭
Lepas amalkan Cinderella, tumit kaki jd lembut dan lincin.. Serius wehhh...


4) selera makan? 
Minggu pertama je tak kuat makan. Minggu selepasnya mcm biasa. Makan mcm gajah. Tp.. Tp.. Tp.. Berat tak naik. Hahaha.. Best kan...


5) kuku cantik.
Mcm entry aku yg dulu, aku ada masalah kuku. Tak tau nak kata sakit apa. Erm.. Mcm kuku terpisah dr isi la senang cerita. So, masa amalkan Cinderella, kuku aku sihat. Tak terpisah da. Dan berkilat..

Ok. Tu je kot aku boleh review.. Tang jerawat, jeragat dan perut jerawat jgn tanya aku. Aku tak ada masalah tu.. Parut aku semua parut old school. Zaman main paya kecik-kecik dulu. So mmng aku redha kalau dia kekal disitu. Hahahaha.  

Mana nak product hebat ni? Ko google je Cinderella Glow & Slim.

Aku mmng tak jual. Dulu aku jadi dropship jugak la sbb product bagus. Tp sbb aku dah sibuk membaking, jadi malas plak nak jual. Hahaha...

Ok.. Selamat mencuba dan selamat berCinderella...