Ok.. aku start job hunting sejak abis pantang.
Tiap kali g interview, aku cakap yg aku available anytime but at least bg tempoh aku nak cari pengasuh..
And... i'm hired.. tp... harini dapat email, lusa kene lapor diri..
Terus pening kepala.. gunakan segala sumber yg ada utk cari pengasuh. Sbbkan si bijak dulu hantar pengasuh, so konon nak hantar pengasuh jugak la..
Tp rata2 pengasuh kat sini nak mak ayah yg keje perodua. Sbb perodua ni ada cuti shutdown kilang smpai seminggu.. so pengasuh yg rata2 suami keje perodua, nak la cuti sama2 dgn laki. So boleh g jalan2 dan balik kpg.. makanya terpaksa cari taska..
Jiran sebelah ni pun jaga budak jugak. Tp dia ada anak kecik, 4bulan gitu kot. So, tak sampai hati la..
Sebenarnya taska dan pengasuh tak banyak beza pun.. tp kenapa aku nak pengasuh sbb selalunya pengasuh cuma amik budak maksimum 4org. So tak kalam kabut dan budak2 lebih terurus.
Pastu kurang kene jangkitan selsema/demam.. sbb tak ramai budak yg dia jaga.
Pastu hubungan anak dgn pengasuh lebih rapat.. yg ni tak tau la pro ke cons kan.. sbb aku jeles jugak bile anak2 rapat dengan pengasuh.. hahaha..
Tp hantar taska pun ada baiknya.. antaranya adalah, semua aktiviti anak akan direkodkan.. contoh apa anak buat/belajar. Berapa kali anak susu dan berak..
Pastu anak ada belajar skit2.. tak banyak pun xpe la.. asal ada jugak kan..
Pastu, taska kalo nak cuti biasanya dia akan bgtau awal. Dan susah la taska nak tutup tibe2 je..
Tp yg tak best nya, selalu cikgu taska akan jaga lebih dari 4 org. So, kadang2 anak kita akan terlepas pandang dan kadang2 cikgu stress dgn anak kita.. huhuhu...
Erm... tak tau la..
Berat hati nak tinggalkan anak2 kat org lain.. tp xpe la.. harap2 semuanya selamat..
InsyaAllah..