Sunday, July 27, 2014

Panggilan untuk perperiksaan online penolong penguasa kastam w27

Kali ni laki bini ni dapat pulak panggilan exam online kastam w27. 

Dulu masa bujang penah la amik exam ni. Tp utk jawatan penguasa kastam gred 41. Exam masa tu kat PICC. Xde exam online ni... 

Bagus jugak SPA dah upgrade sistem jd exam online. So boleh la ambil exam di mana sahaja..

Tp mcm kami ni kali bini dapat panggilan. Tak tau lagi nak p ke tak. Komputer kat umah ni ada satu je. Tu pun xbleh aksess internet explorer.. So kene la ke CC kot.. 

Tgk la mood nak g amik exam ni ke tak.. Hahahaha... 

Apa-apa pun untuk yang ambil exam ni, gud luck ye.. 



Tuesday, July 22, 2014

Buat buku pink di klinik kesihatan

Alhamdulillah.. InsyaAllah si bijak akan dapat adik tak lama lagi...

Mcm si bijak juga, insyaAllah akan buat pemeriksaan bulanan di klinik kesihatan kerajaan. 

Lebih murah dan lebih detail.. InsyaAllah..

Walaupun lebih lama menunggu tapi servis dan pemeriksaan di klinik kerajaan utk ibu mengandung lebih detail..

So, pagi-pagi lagi dah ke klinik kesihatan serendah untuk UPT. Test air kencing untuk pengesahan kehamilan. Walaupun dah buat UPT sendiri di rumah pakai alat yg beli kat farmasi, tp tak valid ye utk buat buku pink. Dia nak kene buat kat klinik jugak utk dapatkan pengesahan dari makmal. 


Ni hasil UPT pagi tu. Dapat result ni boleh la bawa ke mana-mana Klinik kesihatan/desa utk pemeriksaan susulan tiap-tiap bulan. 

Aku buat di klinik kesihatan desa sungai buaya. Sbb lebih dekat dengan rumah. Senang nak ulang-alik.

Kalau ni kehamilan ke2 atau 3,4,5 dan seterusnya, sila bawak buku pink atau apa-apa rekod kehamilan sebelum ni ye. 

Sbb ada sessi interview. Nurse akan tanya mcm2 contohnya tarikh kawin, jarak anak terdahulu, kesihatan anak, sakit keturunan, dan macam-macam la... 

Utk si bijak ni, nurse bebel skit la sbb si bijak baru setahun 6 bulan. Kononnya tak digalakkan hamil sehingga anak berusia 2 tahun. Huhuhu

Siap soal jawab, nurse akan cek berat, kedudukan rahim, tonsil dan buat pemeriksaan payudara. 

Dan setiap kali kehamilan akan diadakan ujian saringan HIV.. 

Tuesday, July 15, 2014

Transformers 4

Dapat jugak tengok transfomers kali ni. Kalo transformers 1 dulu, tgk dgn suami (masa tu dating pertama kot).. 

So mmng terus follow cerita ni sampai skang. Tp transformers 2 dan 3 sanggup kot kejar 1st day tayangan. Sanggup balik kl jauh-jauh semata-mata nak tengok.. Sambil selebrate anniversary la tu sebenarnya.. 

Now, transformers 4 ni tgk hujung-hujung je. Yela kan.. Dah ada si bijak. Mula-mula ingt nak tgk cd je nanti tp mcm tak best plak. 

Last-last bawak je la si bijak tengok sama. Nasib baik tak meragam dalam tu. siap boleh tidor lagi.. Hahahaha...

Plan ingt nak tgk esok, rabu pagi. Siap-siap beli tiket hari ahad haritu. Tetibe plak bos suami kata rabu pagi ada tender kene pegi. 

So smlm, terus pegi pagi-pagi nak tanya boleh tukar tiket ke tak.. Sayang kot kalau burn mcm tu je.. 

Staff kaunter tu cakap tak boleh. Bincang-bincang dulu dgn suami, pastu nak beli la tiket baru je. Kire burn la.. Pastu staff kaunter tanya bawak tak tiket tu.

Dia ambil tiket dan masuk office kejap. Keluar-keluar je dia kata, bolehla terus masuk..

Alhamdulillah.. Tak payah beli baru dah... Mungkin sbb mmng tak ramai kot org yg tgk tu dia bagi tengok. Dalam panggung tu ada dalam 10 org je kot.. Pagi kan.. Org g keje.. 

So far, cerita transformers kali ni mmng best.. Sbb tak ada adegan-adegan lucah sangat.. Walaupun ada babak yg nampak kartoon tp keseluruhan serita dia menarik.. 

Rasa mcm nak pegi tgk lagi je.. Wakakaka... 

Thursday, July 10, 2014

Keputusan ujian PAC penolong pegawai belia dan sukan

Alhamdulillah... Result Ujian PAC haritu dah keluar. 


Apa2 pun masih panjang perjalanannya.. Ada test, ada interview.. 

InsyaAllah kalau ini yang terbaik... 

Saturday, July 5, 2014

Resepi ikan patin tempoyak simple

Smlm shopping terambil ikan patin. Mmng tak penah beli kot sejak kawin ni. 

Teringat kat rumah ada balance tempoyak tahun bile tah. 

Resepi ni mudah je.. 

Tumbukkan cili dgn kunyit. Masukkan tempoyak, bahan2 yg dah di tumbuk, masukkan ikan patin, masukkan air, garam, perasa tambahan pastu masak atas dapur.. 

Tunggu masak... Siap.. Da boleh makan..