Thursday, June 19, 2014

Tak dapat surat untuk pemeriksaan fizikal penolong penguasa penjara?

Ramai yg email, call dan sms. Hahaha.. Non stop tanya sbb tak dapat surar lagi.. 

Calon biasanya akan terima sms/email dulu dari surat sbb posmen banyak surat nak hantar. Sehari dua lagi smpai la tu biasanya. InsyaAllah.. Melainkan alamat masa kite buat permohonan tu bukan alamat terkini kita. 


Ni contoh sms yg diterima. Aku dapat sms ni. Sampai dua kali hantar kot.


Ni pulak contoh email. Suami yg dapat.

So apa kene buat lepas tu? 

G la portal spa dia www.spa.gov.my seperti di bawah. 


Kat bahagian bawah portal, klik pada Senarai penjadualan Peperiksaan Fizikal / Pacaindera dan Kecergasan. Seperti gmbar dibawah. Jika online guna phone (mobile version) tak dapat cek sbb sistem tak update. 


Klik pada Penolong Penguasa Penjara Gred KX 27 seperti dlm gambar.


Masukkan no kad pengenalan seperti dlm gmbar dibawah.


Maklumat perperiksaan anda akan diaparka . Boleh la print page ni utk dibawa masa perperiksaan jika surat tak sampai2. 


Sementara menunggu hari perperiksaan, jgn lupa berlatih lari 2.4km ye...

Gud luck!!!

Pengalaman Pemeriksaan Fizikal Penolong Penguasa Penjara

Seperti yang diceritakan oleh suami... hahahaha

Pagi-pagi smpai terus register..

Buat pemeriksaan fizikal iaitu cek dada, tinggi, berat, bmi semua tu la..

buat pemeriksaan mata. sapa-sapa yang rabun teruk memang terus gagal la...

dia periksa juga kot dulu penah patah kaki, tangan.. gigi palsu pun cek juga..

lepas pemeriksaan fizikal baru dia buat ujian-ujian seperti bangun tubi, lari 4x10m, lompat jauh dan lari 2.4km.

yg ni memng bergantung pada masing-masing punya kecerdasan dan ketabahan mental. mcm suami haritu, dia kene lari 2.4km waktu tengah hari. matahari dh atas kepala... memang mental jugak la... alhamdulillah lepas...

lepas semua ujian ni, terus di adakan ujian bertulis. ni intake tahun lepas la. tahun ni punya intake tak de pun tulis ada ujian bertulis jika lulus ujian fizikal...

jadi calon-calon semua, semoga berjaya... semoga jumpa di PENJARA :p

Wednesday, June 18, 2014

Pemeriksaan fizikal penolong penguasa penjara gred kx27

Ok... Kali ni suami isteri dapat panggilan utk pemeriksaan fizikal penjara. Tapi suami kena hari ahad. Aku pulak kena khamis.


Tahun lepas suami dapat juga panggilan ni. Sampai stage temuduga.. Tapi malangnya tak dapat. 

Tahun ni xtau la.. 

Best jugak kalau suami isteri ni sama-sama dapat. Boleh bekursus sama-sama. Dating dalam penjara.. Hahahaha... Tapi kesian dekat si bijak... 


Tuesday, June 17, 2014

Batuk dan rawatan secara alami..

Aku kalau kene batuk-batuk mmng susah gile nak baik. 

Kadang makan berbulan-bulan. Ingt lagi masa blajar kat uitm dulu selalu kene marah dgn maisarah. Takut jangkit la tew.. Hahahaha.. Siap bagi ubat batuk lg kat aku. Hakikatnya batuk tak baik-baik jugak.. 

Sejak dua menjak ni, senang je baik kalau kene batuk-batuk ni. Aku amalkan habatussauda. Tak kira sakit atau pun sihat. Aku beli yg jenis biji-biji tu. mamng rasa dia pelik dan tak sedap. So aku masukkan dalam masakan. Setiap kali masak mesti masukkan. Tumis ke, sup ke, sambal ke, goreng ke... Mesti letak. 

Alhamdulillah.. Kami sekeluarga jarang dah sakit-sakit ni. 

Utk lebih mujarab masa kena batuk tu makan madu dan air lemon. Sedap dan sihat.. 

Alhamdulillah.. Kita ikhtiar dan Allah yang beri kesihatan yg baik.. InsyaAllah... 




Monday, June 16, 2014

Paip bocor dan meter SYABAS patah

Alkisahnya... Bulan lepas bil air tinggi. Biasanya free je.

Gigih kami ke SYABAS Hulu Selangor buat report. Dia kata pihak SYABAS akan datang cek dalam masa 3 hari. Jika kebocoran selepas meter memang owner la yg bertanggungjawab repair. 

3hari selepasnya baru SYABAS datang. Mmng sah bocor. Tp tak tau kat mana bocor tu. Suspect bocor bawah lantai sbb xde nampak basah/air.

Kontraktor yg berdaftar dgn SYABAS boleh betulkan. Tp harga lebih dr RM600 dan dinasihatkan buat paip baru je. Sbb tak tau bocor kat mana. Takkan nak pecah satu rumah kan...

Suami amik inisiatif sendiri betulkan paip. Pakai poly paip dr meter ke tangki, pvc paip dari poly paip yg ke tanggi utk paip sinki dan GI paip utk penyambungan meter paip ke poly paip. Utk GI paip, trip tu kami buat kat kedai hardware area Bukit Sentosa, Rawang. Charge hanya RM1.80 sahaja.

Mula-mula pasang poly paip je kat meter tu. Tapi masa test tu asyik leaking je dekat tempat penyambung. Duk ralit betulkan leaking tu, tetiba meter SYABAS patah.. Huhuhu... Nasib la... Terus stop keje. 




Pagi tadi terus ke SYABAS semula bawak sekali meter tu. hahaha... Kena bayar RM73. Amik kau. Sia-sia kene bayar lagi. 

Suami tanya pasal warranty meter, staf tu cakap tak de warranty. Tapi kena hati-hati sbb meter plastik ni mudah pecah/parah. Masa pasang dgn paip dalam rumah jangan kuat2 sgt. 

Balik tu cepat-cepat suami betulkan paip dan ganti paip poly dgn GI. Nanti org SYABAS datang terus suruh dia pasang. Kalau pecah, suruh dia ganti. Wakakaka... 

Tak sampai sejam, org SYABAS datang. Sambil2 dia pasang tu suami pun tanya la kenapa poly paip asyik leaking je kat kawasan penyambung. Tips dari org SYABAS tu, utk poly paip, jgn pasang terlalu ketat atau terlalu longgar. Just nice... 

Siap tu, suami pun betulkan kawasan-kawasan yg leaking atas tips yang diberikan. Alhamdulillah... Dah boleh basuh baju dah!!!! 

Nasib baik ada abg hero suami tercinta..

Total lost utk semua damage tu adalah RM260!! 

Sunday, June 15, 2014

Resepi mee goreng basah simple

Tetiba rasa nak makan mee goreng yg berkuah.. Nyum nyum...


Bahan-bahan
  1. Bawang merah, bawang putih, ikan bilis, belacan, cili padi, cili kering. Aku kisar semua sekali gus. Kalo xnak pedas, boleh kurangkan cili.
  2. Sayur aku guna kobis dan tomato. 
  3. Cuka
  4. Kicap
  5. Fishball

Cara-caranya
  1. Tumis bahan kisar smpai naik bau.
  2. Letak sayur kobis dan fishball.
  3. Masukkan garam, kicap dan cuka secukup rasa.
  4. Masukkan mee dan biar dia masak. 
  5. Masukkan tomato.
  6. Siap. 

Sedia utk dimakan. 

Utk bg berkuah, air letak banyak2 skit. Tp jgn bnyk sgt nnti xsedap plak. 

Kenanga wholesale city, KWC

Hari khamis lepas. Suami pegi hntar tender dgn partner. Kak jat ajak aku ke KWC. Nak cari jubah katanya. 

Walaupun waktu bekerja tp ramai jugak org kat situ. Kebanyakan nya memang beli lebih dr 1 helai. 

Mcm2 kedai ada, aksesori, barangan bayi, baju fesyen, baju kurung, jaket, beg dan macam2 lg la. 

Pd aku KWC lebih bersih, cantik dan teratur dari GM Plaza Klang. Harga lebih kurang je. Beli banyak baru murah.. 




Kak jat smbar jubah 3 helai. Total lost RM250. Aku plak xbeli apa2 pun. T nk ajak suami shopping baru best. Hihihi... 


Saturday, June 14, 2014

Homestay Bandar Sungai Buaya, Rawang

Perlukan penginapan di Bandar Sungai Buaya, Rawang??

Harap maaf... rumah ini telah dijual....

Si bijak makin bijak

Tgh tgk tv ternampak si bijak bersungguh-sungguh nk keluar rumah dr grill.. Bijak kan... Sabar je la.. 



Friday, June 13, 2014

Merancang kehamilan vs merancang untuk hamil

Alhamdulillah. 

Si bijak lahir seblum aku masuk umur 28. Mmng awal2 kawin dah cakap dgn suami nak ada anak sblum 28. 

Banyak tips2 yg digoogle utk memudahkan kehamilan/merancang utk hamil. Alhamdulillah.. Allah beri kami rezeki. 

Antara tips yg diamalkan utk memudahkan kehamilan adalah seperti letakkan bantal dipunggung slpas bersama, berbaring sekurang-kurangnya 10 minit slps bersama, mkn makanan yg berkhasiat, bersama pada waktu subur. 

Nak tau waktu subur kite senang je. Selepas seminggu lebih dtg bulan kita akan perasan ada lendir jernih yg pekat keluar. Itu tandanya kita tgh subur.

Tips ni aku amalkan selepas kawen. Alhamdulillah, bunting pelamin. Hihihi...

Selepas si bijak lahir, masa utk merancang kehamilan. 

Mula2 ingt nak makan pil je. Sbb 99% dapat mencegah. Google punya google katanya pil ni boleh menyebabkan kegemukan/pening dan sebagainya. Cuba utk dapatkan stok pil di Klinik Kesihatan Desa tapi masa datng tu, mmng tengah subur. So nurse suruh dtg lg masa tgh period. Rasa mcm malas nak datang bnyak kali, so ambil keputusan nak rancang sendiri.

Aku guna apps my days. Alhamdulillah masih lg selamat. 




Apps ni bagus jugak sbb kite boleh agak bile time subur dan period. 

Skng ni, tgh plan plak untuk bg si bijak kawan. Masuk harini baru lewat dtg bulan 2 hari. Hihihi.. 

InsyaAllah kalau ada rezeki... :)


Uncle Jack

Berlunch di uncle jack, giant rawang.

Restoran baru bukak. Harga boleh kata murah kot sbb sekali dgn air. Rasa pun boleh la utk harga tu.. 

Alhamdulillah.. Rezeki Allah beri utk hari ni.. 



Cinta hati, pengarang jantung...

Wednesday, June 11, 2014

PAC Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Gred S27

Alhamdulillah suami selesai PAC di precint 18, putrajaya smlm. 

PAC dijadualkn hingga ptg tp sblum jam 1 dah siap. Mungkin sbb peserta yg hadir cuma ada lebih kurang 70 org shj. 

Antara ujian kecergasan yg dijalankn adalah lari ulang-alik 10 tahap dan sit up. 

Walau apa pun keputusan dr PAC ni, harap ada hikmahnya kepada kami. InsyaAllah... 

P/s: balik dr PAC terus tak boleh tidur sbb kepenatan. Jd harini punya ujian fizikal utk SPRM terpaksa tak pergi.. Hahaha.. 

Monday, June 9, 2014

Part time dirumah


Mcm2 kerja aku buat sambil2 mnjadi surirumah. Antaranya adalah sebgai agen dropship, jual chocolate dan mendesign logo/signboard. 

Hahaha.. Walaupun gaji xsemasyuk dulu tp alhamdulillah. Rezeki kn 

Sunday, June 8, 2014

Review cloth diaper (CD) aka lampin moden

Aku mmng pakaikan si bijak CD sejak dia 2 bulan. Alhamdulillah sampai skng masih lg berCD. 

Antara kebaikan yg aku dpt bile berCD adalah seperti berikut.. 

1- jimat. Walaupun sekeping CD tu harganya cecah rm80, tp aku rasa jimat sgt2. Aku beli time aku gaji. Time kaya. Time bnyk duit. So hujung bulan tak yah pikir stok lampin pakai buang dah abis.

2- tak payah nk tanya pengasuh, 'harini anak poo n pee ok x??' Dr CD tu boleh tau hasil buangan anak baik/tak. Kes ibu2 yg risau pengasuh bg anak (bawah 6bln yg full bf) makan/minum susu formula boleh guna kaedah ni..

3- tak perlu buang smpah hari2. Dan rumah tak berbau. Hahahaha.. 

So far koleksi si bijak adalah seperti dibawah. Bnyk lg yg masih dlm basuhan. 

Charlie banana
Beli dr bummia kids. Utk kegunaan siang. Senang dicuci bile si bijak poo. Senang nak pakai. 

Bubblebubs
Beli dr bummia kids jugak. Agak sukar dipakai pd aku. Fitting kemas dan tak bocor. Pakai waktu malam. 

Sheizy
Beli dr bummia kids jugak. Fitting agak kecil. Skng ni sibijak pakai dah sempit. Si bijak pandai bukak sendiri kalau pakai sheizy ni.

Lunatots. 
Beli di expo. Pakai waktu malam kene pakai 2 insert. 

Itti bitti
CD terbaik pada aku. Fitting kemas. Gebu. Print dia pun cantik-cantik. Serapan terbaik. Huhuhu.. Menyesal beli satu je!!! 


Saturday, June 7, 2014

Resepi pucuk labu masak lemak putih

Haritu beli labu, tabur biji dia kat depan rumah. Sekali tumbuh dan membesar dgn gembira. Siap keluar pagar dan panjat pagar. Walaupun nmpk semak tp aku suka sbb pokok tumbuh dgn segar bugar.. 

Sekali dia berbunga mmng banyak.. Tp asyik gugur je.. Rupanya bunga labu ada jantan dan betinanya.. Lain kali la aku cerita pasal bunga labu ye.. 

Nak dijadikan cerita pokok labu ni asyik keluar bunga jantan je. Dan smlm ada org mesin rumput kat luar pagar tu. rupa-rupanya dia terpotong sekali pokok labu aku.. 

Ptg2 tgk asal la daun labu ni layu je. Baru teringt ada org mesin rumput.. Jadi terus petik pucuk labu ni utk buat lauk esoknya...


Resepi pucuk labu masak lemak putih
  1. Pucuk labu ni kene gentil/ramas2 utk buang bulu. 
  2. Bawang merah, bawang putih, ikan bilis ditumbuk
  3. Hiris sikit lada hijau/merah
  4. Tumis bahan2 tumbuk dgn lada
  5. Masukkan santan dan pucuk labu
  6. Reneh hingga masak..
  7. Masukkan garam dan perasa tambahan...
  8. Siap..


Jgn lupa buat smbal belacan dan goreng ikan masin..

Gambar hasil masakan tak sempat nak snap sbb dah lapar sgt terus makan smpai licin. Hahahaha


Panggilan untuk kerja gomen

Dapat panggilan utk PAC atau program assessment centre bagi jawatan penolong pegawai belia dan sukan. Dan selang sehari dapat lagi panggilan pemeriksaan fizikal, pacaindera dan kecergasan bagi jawatan penolong pegawai siasatan, sprm.. Kalau lulus, keesokannya ada interview pulak. 

3 hari berturut-turut. Tapi... Bukan aku la yg pegi.. Panggilan utk suami. 

Semenjak suami menjadi FTT (full time trader) ni ada interview gomen pertama. So, xpayah risau nak amik cuti dah.. 

So... En abg suami terbaik, semoga berjaya ye.. Jika ini yang terbaik utk kita, adalah rezeki keje gomen. InsyaAllah... 




Friday, June 6, 2014

Kursus tips dan panduan memasuki Perkhidmatan Awam

Baru tau SPA ada kursus macamni... hahaha... nasib la tarikh daftar dh lepas..

untuk maklumat lanjut boleh la ke website SPA; http://spa.gov.my/

Gud luck!!!!

UiTM Dungun dihatiku


Dapat email dr junior bizzcom di uitm dungun. Invitation utk adakan talk berkenaan program bizzcom. Hihihi.. 

Dah lama tak jejak kaki ke dungun. Ingt dulu kalau kema kawin, boleh la pegi dungun. Tup tup dia kawin time mak buyong dah nak meletup. 

Sadly, invitation kali ni pun terpaksa ditolak. Tetibe rasa 'apa achievement aku utk jd role model pd junior. Aku housewife je kot..' Huhuhu... 

InsyaAllah.. Ada masa, ada rezeki... Akan ku jejaki juga dungun satu hari nanti.. Amin...

Bayaran nuffnang

Alhamdulillah... Akhirnya berjaya juga withdraw dari akaun nuffnang. Walaupun tak beribu-ribu mcm ada org tu, tp ada la jugak kan.. Lepas la buat beli baju raya tahun ni.. Alhamdulillah...  



Monday, June 2, 2014

Taman Burung, KL




Berlibur di Taman Burung KL. pegi masa demam selsema. Masuk2 bau taik burung mmng sgt2 melemaskan. Jalan laju2 terus balik. Maybe waktu sihat jalan situ mesti lg enjoy...


Sunday, June 1, 2014

Psoriasis pada kuku

Tetiba je.. Kuku jadi mcm ni... 



Nampak tak?? Kuku terpisah dr isi. Tak sakit. Tapi rimas.. Nak makan nasi pakai tangan nanti nasi terlekat celah kuku. Nak masak ikan, takut kunyit masuk celah kuku.. Huhuhu..

Try google jumpa ni... 


Seram x... huhuhu... Pegi klinik.. Jumpa doc, doc kata xde apa ni.. Jgn risau.. Ni bukan prosiasis..

Huh... Dugaan... Semoga kuku ku jd cantik semula.. Agak2 g mani pedi boleh jd cantik balik x ek??

Huhuhu